Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu
dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.
Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadi
seseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya
didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak
menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran
agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan
hukuman yang bakal diterima kelak.
Manakala terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini seperti
memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan
pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang
berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala
rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya
aktiviti rasuah ini.
Langkah yang kedua adalah pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah
sejak di bangku sekolah lagi. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini
akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka.
Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran
di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.