Anda di halaman 1dari 2

(MEMORANDUM)

MEMORANDUM

Kepada : YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya


Daripada : Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian

Memorandum tentang Permainan


Tradisional Masyarakat Melayu yang Semakin Dilupakan

1.0 Pendahuluan

Permainan tradisional merupakan permainan lama atau warisan yang diperturunkan dari genersi ke generasi
sejak zaman nenek moyang kita. Antara contoh permainan tradisional adalah seperti wau, gasing, congkak dan
sepak raga. Era pembangunan teknologi yang pesat telah meminggirkan permainan tradisional dari jiwa dan
minda rakyat. Walaupun permainan tradisonal ini masih diamalkan dan dimainkan, namun popularitinya
semakin pudar ditelan zaman sehinggakan terdapat generasi muda yang tidak langsung mengenali permainan
tradisional ini. Oleh itu, Persatuan Kebudayaan dan Kesenian menghantar memorandum ini untuk
mengemukakan kesan negatif perkembangan tersebut dan juga usul untuk mempopularkan kembali permainan
tradisional.

2.0 Pernyataan Kekesalan


Pihak persatuan berasa kesal tentang isu berkenaan kerana permainan tradisional yang semakin dilupakan
boleh mendatangkan pelbagai kesan negative kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

2.1 Punca Pendapatan Penggiat Produk Permainan Tradisional Terjejas

Pemainan tradisional masyarakat Melayu yang semakin dilupakan menyebabkan punca pendapatan
penggiat produk permainan tradisional terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana permintaan terhadap
sesuatu produk permainan tradisional semakin hari semakin kurang. Sebagai contoh, permintaan
terhadap congkak meski pun masih ada lagi pertandingan permainan tradisional tersebut namun,
generasi muda kurang berminat sehingga penggiat mengalami kerugian. Kesannya, para penggiat
produk akan bimbang dengan perkara tersebut kerana itu adalah punca pendapatan penggiat produk.
Sekiranya keadaan ini berterusan, perkara ini akan menjejaskan usaha kita untuk mengekalkan
permainan tradisional masyarakat Melayu.

2.2 Hilang Identiti dan Jati Diri Masyarakat Melayu

Selain itu, jika permainan tradisional terus dilupakan oleh masyarakat Melayu akan menyebabkan hilang
identiti dan jati diri masyarakat Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana kecanggihan teknologi yang
menjadikan masyarakat lupa akan permainan tradisional. Permainan tradisional ini memberi
keseronokan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan menambah rakan
melalui internet. Namun, generasi muda lebih gemar menghabiskan masa dengan melayari internet dan
tidak suka bergaul dengan orang lain. Sekiranya amalan ini berterusan, permainan tradisional akan
pupus di mata generasi muda dengan mudah sedangkan permainan tradisional memberi banyak
manfaat kepada generasi muda.
3.0 Usul
Yang berikut merupakan usul bagi menangani masalah tersebut

3.1 Memasukkan Elemen Permainan Tradisional dalam Drama atau Filem Tontonan Umum

Bagi menangani kesan negatif pengabaian terhadap permainan tradisional adalah memasukkan elemen
permainan tradisional dalam drama atau filem tontonan umum. Hal ini dikatakan demikian kerana
untuk membentuk pemikiran dan memberikan pendedahan kepada masyarakat umum. Bak kata
pepatah, sambil menyelam minum air. Golongan pemimpin seharusnya menggunakan kuasa yang ada
untuk merencana program-program atau drama serta filem yang mempunyai unsur-unsur tradisi dan
budaya masyarakat. Dengan penambahan kreativiti serta kesnian yang dimiliki penggiat seni tanah air,
ia pasti dapat menerbitkan kandungan yang bermakna dan meninggalkan kesan kepada penonton serta
masyarakat umum. Tegasnya, permainan tradisional mampu dipopularkan jika diberikan ruang dalam
drama atau filem arus perdana.

3.2 Ibu, bapa dan Ahli Masyarakat Memperkenalkan Permainan Tradisonal

Selain itu, Ibu, bapa dan ahli masyarakat memperkenalkan permainan tradisonal satu kaedah yang
berkesan untuk mempopularkan kembali permainan tradisional masyarakat Melayu. Hal ini dikatakan
demikian kerana untuk mendedahkan kepada mereka keseronokan bermain permainan tersebut. Jika
ditelusuri, permainan tradisional sebenarnya dicipta bukan sahaja bagi mengisi masa lapang malah
untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang bermain
bersama. Permainan seperti congkak, batu seremban dan wau mampu menarik minat golongan kanak-
kanak terutamanya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Intihannya, ibu dan bapa berperanan
penting untuk memperkenalkan permainan tradisional di rumah supaya kemasyuharannya kembali
meningkat dan digemari ramai.

4.0 Kesimpulan

Masyarakat tidak seharusnya membiarkan permainan tradisional terus dipinggirkan. Masyarakat hendaklah
sedar akan kewujudan permainan tradisional untuk mempertahankan harta warisan masyarakat Melayu.
Dengan itu, pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mempopularkan semula permainan tradisional dalam
kalangan masyarakat kini. Pihak bertanggungjawab mesti memainkan peranan masing-masing dalam usaha yang
ingin dilaksanakan. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dalam mengekalkan permainan tradisional bagi memastikan
generasi akan datang tahu akan kewujudan permainan tradisional masyarakat Melayu.

Disediakan oleh, 28 Julai 2021

(MUHAMMAD KHALAF IKRAM BIN AZIZI)


Pengerusi
Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
Kelantan