Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan
Howard Gardner menyatakan bahawa kecerdasan logik matematik amat penting bagi
seseorang kerana ia dapat membantu mengembangkan ketrampilan berfikir dan logika
seseorang. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu berinteraksi
dengan nombor dan bilangan, berfikir logis dan ilmiah iaitu pengungkapan masalah,
pembentukan hipotesis, pengamatan dan penafsiran data. Kecerdasan ini
menyebabkan seseorang belajar operasi bilangan dengan pantas, cepat memahami
konsep waktu dan menjelaskan konsep secara logis atau mampu menyimpulkan
informasi secara matematik.
Visual bermaksud gambar dan Spasial berkaitan dengan ruang atau tempat.
Menurut Howard Gardner kecerdasan ini memberi kesedaran akan warna, garis,
bentuk, ruang, ukuran dan juga hubungan antara elemen-elemen tersebut. Ini
menyebabkan seseorang individu melihat sesuatu objek dengan pelbagai sudut dan
mampu membari penakrifan tentang objek tersebut. Kecerdasan ini merangkumi aktiviti-
aktiviti seperti mencorak, melukis, mengukir, mencipta dan sebagainya. Aktiviti seperti
ini akan mendorong seseorang untuk berfikir secara kreatif dalam membentuk sesuatu
objek. Biasanya, kecerdasan visual dan spasial jelas dapat dilihat pada seorang
seniman yang melihat sebuah lukisan dengan adanya perbezaan yang tampak di
antara goresan-goresan yang tidak membawa sebarang maksud kepada orang lain.
Namun demikian, kecerdasan visual dan spasial sangat penting kepada pelajar
sejak kecil lagi. Ini dapat meningkatkan daya pemikiran dan pengamatan. Ia juga akan
mencerminkan keperibadian seseorang pelajar. Pembelajaran beraraskan pengalaman
sebenar adalah lebih bermakna dalam kefahaman konsep. Oleh itu, di sekolah guru-
guru perlu menggunakan barang – barang maujud dalam perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Apabila guru menggunakan barang maujud bagi menerangkan tentang
sesuatu topik, pelajar-pelajar dapat menghayati rupa bentuk, warna dan saiz objek
tersebut dengan mata mereka sendiri. Selain itu, guru-guru perlu menggalakan pelajar
untuk membawa barang-barang kitar semula ke sekolah. Dengan menggunakan
barang-barang tersebut pelajar boleh membentuk semula kepada bentuk lain.
Contohnya, kotak air kosong boleh dijadikan sebagai bekas untuk letak alat tulis.
Penggunaan perisian multimedia dalam menunjukkan bahan-bahan grafik, cara melukis
peta, pelan dan sebagainya turut menjadi cara yang paling efektif dalam pengaplikasian
kecerdasan visual dan spasial di kalangan pelajar.
4) Kecerdasan Musik
Ciri – ciri individu yang memiliki kecerdasan kinestetik adalah terlalu aktif dalam
kegiatan luar, suka kegiatan fizikal, tubuh fizikal yang kuat, menarik perhatian orang
ramai dalam pandangan pertama, tidak cepat letih dan sebagainya. Pergerakan yang
aktif oleh kanak-kanak ini akan melatih otot-otot mereka berfungsi dengan lebih baik
dan fleksibel. Seseorang itu akan dapat memanipulasi objek dan aktiviti yang
melibatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. kecerdasan kinestetik
merupakan salah satu kecerdasan berkaitan pergerakan dan kemahiran fizikal yang
boleh dipelajari dan ditingkatkan ke tahap yang lebih mahir. Individu yang mempunyai
kecerdasan kinestetik yang tinggi akan cekap melakukan pergerakan tubuh badan
mereka. Mereka juga cenderung untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan.
Penjagaan alam sekitar adalah amat penting pada masa kini kerana pencemaran
dan kepupusan flora and fauna kini berlaku dengan berleluasa. Maka guru – guru patut
mengambil iktibar untuk memberi kesedaran kepentingan alam sekitar dengan
mengembangkan kecerdasan alam sekitar dalam diri murid – murid. Aktiviti yang boleh
diaplikasikan oleh guru – guru untuk mengembangkan kecerdasan tersebut adalah
menunjukkan video yang berkaitan pencemaran yang sedang berlaku di dunia, aktivit
penanaman tumbuh – tumbuhan di sekitar sekolah atau rumah, penggunaan bahan
kitar semula dan sebagainya.
9) Kecerdasan Rohaniah
Ciri – ciri individu yang mempunyai kecerdasan Rohaniah adalah individu yang
boleh mengaitkan kewujudan manusia dan Tuhan dengan pelbagai kemungkinan,
memikirkan dan memberi pendapat tentang kehidupan selepas kematian, Tuhan dan
sebagainya. Mereka adalah orang yang gemar berdebat tentang hal – hal keagamaan,
kepercayaan, Tuhan dan sebagainya.
Antara implikasi atau kesan penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah:
Membuktikan bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang
berlainan.
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760348/1/
http://www.scribd.com/doc/16051322/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Gardner-dan-Teori-Kecerdasan-
Emosi-Goleman
http://www.scribd.com/doc/28374972/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Seni-dalam-Pendidikan
http://www.scribd.com/doc/16051322/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Gardner-dan-Teori-Kecerdasan-
Emosi-Goleman
http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf
http://www.scribd.com/doc/6460562/TEORI-KECERDASAN-