Anda di halaman 1dari 8

3.1.

1 DASAR WANITA NEGARA

Dasar Wanita Negara digubal pada tahun 1989 dengan tujuan untuk menjamin kedaulatan,
kemakmuran, keadilan, kebebasan dan hak-hak asasi manusia seluruh rakyat. Dasar ini
mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan jantina yang mana membantu dalam
memartabatkan kedudukan wanita dalam pembangunan negara yang semakin pesat. Dasar
Wanita Negara juga bermaksud untuk memberikan panduan dan hala tuju dalam segala usaha
perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara.

Dasar ini berhasrat menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita untuk mencapai
potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara. Hal ini bertujuan
untuk mencapai konsep kesamaan jantina. Sehubungan dengan perkara itu, terdapat beberapa
objektif antaranya untuk menjamin perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan
sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada lelaki dan wanita
serta bertujuan untuk mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara selaras
dengan kemampuan dan kehendak wanita.

Terdapat beberapa strategi yang telah digariskan dalam melaksanakan Dasar Wanita,
antaranya termasuklah membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak.
Seterusnya, menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat kepada institusi-institusi dan
birokrasi kerajaan serta merancangkan pengagihan sumber-sumber kepada pelbagai sektor yang
mengendalikan program yang berkaitan dengan isu-isu wanita. Strategi yang dibentuk ini adalah
bertujuan untuk menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan kesegaraman dasar dan
tindakan dalam pelaksanaan dasar ini.

Melalui strategi yang digariskan ini juga Dasar Wanita melaksanakan beberapa rangka
pelaksanaan. Antaranya ialah, memperkukuh Unit Hal Ehwal Wanita sebagai jentera
pembangunan wanita, mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan, pendidikan dan
latihan mengenai isu wanita, penglibatan badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain.
Menyentuh skop memperkukuh Unit Hal Ehwal Wanita sebagai jentera pembangunan
wanita, terdapat sebuah jentera negara bagi kemajuan wanita yang dikenali sebagai HAWA.
Jentera ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Sosial. Kuasa dan taraf HAWA sewajibnya dipertingkatkan dengan
mewujudkan perhubungan dengan setiap kementerian yang terdapat di bawah kerajaan serta
mewujudkan jawatan penyelaras bagi setiap negeri dengan melantik mana-mana individu yang
berkelayakan.

Di samping itu juga, kerajaan seharusnya memberi peluang penglibatan dalam semua
program dan tindakan pembangunan wanita kepada Badan-badan Bukan Kerajaan ( NGO ) dan
badan-badan sukarela agar usaha negara dalam mengintegrasikan wanita dapat diperkuatkan
dengan lebih berkesan dan jayanya.

Perancangan tindakan mengikut sektor-sektor tertentu juga turut diberi penekanan dalam
pelaksanaan oleh Dasar Wanita. Antaranya ialah sektor kesihatan yang secara rasionalnya
menyingkap tentang kesihatan kaum wanita merupakan salah satu petunjuk yang penting dalam
mengetahui kedudukan dan taraf mereka di mana-mana peringkat. Secara umumnya, wanita
sering terdedah kepada pelbagai penyakit dan jangkitan serta perubatan-perubatan yang mungkin
membawa bahaya sehingga boleh membawa kepada kematian. Justeru itu, terdapat beberapa
tindakan yang diambil oleh dasar ini menerusi konsep kesihatan komprehensif yang meliputi
aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi.Antaranya termasuklah mewujudkan satu dasar
kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf kesihatan wanita.

Selain daripada dua sektor di atas, terdapat beberapa sektor lain yang turut diberi
penekanan dalam perancangan tindakan dasar ini. Antaranya ialah Jentera Nasional bagi
Pengintegrasian Wanita, Pendidikan dan Latihan, Pekerjaan, Politik, Media dan Kebudayaan.
3.1.2 DASAR KELUARGA NEGARA

Dasar Keluarga Negara merupakan suatu digubal bertujuan untuk membangunkan


keluarga sebagai unit asas pembangunan manusia dalam negara dengan memberikan arah tuju
dan bimbingan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya mengutamakan kesejahteraan
keluarga dalam setiap pembangunan masing-masing. Menerusi dasar ini, semua inisiatif yang
mesra keluarga berlandaskan nilai-nilai murni dan bersifat tersirat dapat diselaraskan untuk
mencapai kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial. Memetik kata-kata daripada Ketua
Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abd Rahman
berkata, setiap aspek pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah mengambil kira
kepentingan keluarga.

Terdapat beberapa rasional dalam pelaksanaan Dasar Keluarga Negara ini antaranya
termasuklah keluarga merupakan institusi yang akan memperturunkan nilai dan akhlak yang
mulia kepada generasi yang akan datang. Hal ini akan melahirkan suatu budaya dalam sesebuah
keluarga yang mana setiap anggota memikul tanggungjawab yang digalas dengan penuh amanah
dan saksama. Seterusnya, arah tuju pembangunan keluarga yang menyeluruh adalah merangkumi
pembangunan fizikal, mental, sosial, emosi dan kerohanian bagi setiap peringkat dalam kitaran
hidup sesebuah keluarga. Perkara ini membantu dalam melahirkan seseorang individu yang serba
lengkap dalam setiap aspek untuk menghadapi dunia hari ini.

Bagi skop objektif pelaksanaan dasar ini, terdapat beberapa objektif yang dibincangkan
antaranya termasuklah mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam setiap arus pembangunan
negara. Objektif ini dapat dimantapkan lagi dengan melaksanakan pengukuhan dalam institusi
keluarga melalui kerjasama daripada semua pihak untuk menyediakan suasana yang mesra
keluarga agar hubungan antara keluarga menjadi lebih erat. Di samping itu juga, terdapat
beberapa strategi pelaksanaan dasar ini antaranya menyediakan latihan dan penyelidikan untuk
pembangunan keluarga cemerlang dengan cara menggalakkan keluarga memiliki ilmu dan
meningkatkan pelbagai kemahiran yang bersesuaian mengikut kemampuan masing-masing.
3.1.3 WAWASAN 2020

Wawasan 2020 telah diperkenalkan pada tahun 1991 oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad dengan membawa tujuan untuk meningkatkan pencapaian Malaysia dan
menaiktaraf Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya apabila
menjelang tahun 2020. Wawasan ini mula-mula diumumkan dalam persidangan pertama Majlis
Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991.

Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu, mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
dan gagah menghadapi pelbagai rintangan, membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, mewujudkan masyarakat yang
liberal dan bertolak ansur, mewujudkan masyarakat yang memandang ke depan, mewujudkan
masyarakat yang penyayang, pengagihan kekayaan secara adil dan saksama serta mewujudkan
masyarakat yang makmur merupakan sembilan cabaran yang ingin diatasi dengan strategik bagi
mencapai negara yang maju bersesuaian dengan tujuan Wawasan 2020 ini digubal.

Terdapat tiga fasa utama dalam pelaksanaan wawasan ini. Fasa pertama merungkaikan
tentang dasar dan strategi yang terdapat dalam fasa ini digariskan berdasarkan Dasar
Pembangunan Negara (DPN) yang terdapat di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua,
1991-2000. Dasar Pembangunan Negara melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan untuk
mengurangkan jumlah kemiskinan dan sepanjang tempoh pelaksanaan ini, negara dilanda Krisis
Kewangan Asia pada tahun 1997/1998.

Fasa kedua pula dilaksanakan di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga iaitu
Dasar Wawasan Negara (DWN) yang merangkumi tempoh selama 2001-2010. Dasar ini
bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang saksama dalam menjamin kestabilan negara.
Namun, momentum pertumbuhan ekonomi yang perlahan setelah Krisis Kewangan Asia 197/98
dan Krisis Kewangan Dunia 2008/09 telah menyebabkan pelaksanaan fasa ini agak mencabar
untuk dilaksanakan. Bagi fasa ketiga pula, fasa ini dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi
(MBE) pada tahun 2010 selama 2011-2020.
3.1.4 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN BELIA

Belia merupakan suatu golongan yang berada dalam fasa di antara kanak-kanak dan dewasa.
Pembangunan golongan ini sepatutnya diberikan tumpuan dengan sepenuhnya dari semua pihak
kerana mereka merupakan pewaris negara pada masa hadapan. Bagi mempersiapkan golongan
ini, inisiatif untuk menyediakan satu pelan yang terperinci bagi pertimbangan pihak kerajaan
telah diatur oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Terdapat beberapa Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional yang disediakan oleh
KBS dan dirancang berdasarkan sebelas teras pembangunan. Hal ini bertujuan untuk
memperoleh komitmen kerajaan dalam pelaksanaan terhadap strategi pembangunan belia dan
membantu dalam mengukuhkan strategi yang sedia ada. Selain itu, Pelan Tindakan
Pembangunan Belia Nasional yang disediakan oleh KBS ini juga bertujuan untuk menambah
baik setiap strategi yang sedia ada dengan strategi yang lebih relevan mengikut keperluan belia
pada masa hadapan yang selaras dengan kepesatan ekonomi dan arus globalisasi.

Antara sebelas teras tersebut termasuklah teras pembangunan ekonomi yang


menerangkan tentang usaha dalam mewujudkan pusat khidmat perniagaan belia untuk memberi
peluang kepada golongan belia menceburi semua bidang perniagaan. Seterusnya, teras
pembangunan sumber manusia menjelaskan tentang usaha kerajaan dalam memantapkan
program latihan kemahiran IKBN melalui inisiatif menyediakan modul yang membolehkan
golongan belia menjalankan proses pembelajaran secara berterusan ( life-long learning ).

Selain itu, teras program rakan muda juga merupakan salah satu teras dalam Pelan
Tindakan Pembangunan Belia Nasional. Teras ini menjelaskan tentang modul program Rakan
Muda hendaklah disediakan secara seragam sehingga ke akar umbi dan dipastikan mempunyai
unsur-unsur patriotisme serta nilai-nilai murni yang lain agar dapat menimbulkan kesedaran
dalam hati masing-masing.
3.1.5 PELAN INTEGRITI NASIONAL

Pelan Integriti Nasional merupakan sebuah pelan induk yang menyerap falsafah dan prinsip
Rukun Negara bertujuan untuk memberikan hala tuju serta bimbingan kepada setiap sektor
masyarakat dan negara.

Terdapat beberapa objektif pelan ini dilaksanakan antaranya termasuklah untuk mencapai
matlamat yang seiring dengan tujuan Wawasan 2020 digubal iaitu menjadikan negara Malaysia
adalah negara yang maju menurut acuan sendiri. Selain daripada itu juga, pelan ini dilaksanakan
untuk memberi galakan kepada golongan masyarakat agar mewujudkan sikap bertanggungjawab
dalam diri masing-masing agar setiap tanggugjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan
cemerlang.

Terdapat lapan strategi Pelan Integriti Nasional untuk dilaksanakan dalam segenap aspek.
Antaranya termasuklah pelaksanaan agenda integriti untuk institusi keluarga, komuniti,
masyarakat sivil, institusi sosiobudaya, institusi agama, institusi ekonomi, institusi politik serta
institusi pentadbiran.

Menyentuh serba sedikit tentang strategi-strategi yang dirangka, pelaksanaan agenda


integriti untuk institusi agama adalah satu pelan yang utama kerana agama membawa peranan
yang amat besar di dalam kehidupan. Agama merupakan elemen penting dalam membina
integriti individu, masyarakat dan negara. Kewujudan suku kaum yang berbeza dan agama yang
pelbagai seharusnya tidak menjadi masalah dan hendaklah ditangani dengan baik melalui cara
saling hormat-menghormati dan lain-lain lagi.

Bagi institusi keluarga pula, pelaksanaan agenda integriti untuk institusi ini adalah
menunjukkan keluarga memegang peranan yang penting dalam membentuk sikap dan nilai
murni dalam diri setiap anggotanya. Integriti anggota yang lengkap dapat menjamin penerusan
dan kejayaan agenda dalam menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang.
3.1.6 DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

Dasar ini merupakan suatu medium penerapan sikap-sikap yang positif dalam bekerja bagi
melahirkan satu pentadbiran yang cekap dan berkesan. Hal ini bertujuan untuk memberi
kepuasan kepada semua rakyat di negara ini.

 Amanah  Sederhana
 Dedikasi  Kerjasama
 Disiplin  Syukur
 Bersih  Ikhlas
 Tanggungjawab  Tekun

B e r i k u t m e

terutamanya yang berkhidmat untuk awam. Penerapan nilai-nilai Islam ini bertujuan untuk
menanam sifat dan semangat cinta akan nilai-nilai suci Islam, menghormati kebaikan dan
membenci kepada keburukan yang berleluasa. Selain itu, nilai ini juga dapat melatih setiap
individu untuk menjadi seorang individu yang berdisiplin tidak kira di mana pun berada.

Strategi pelaksanaan nilai-nilai ini adalah dititikberatkan kepada pihak yang lebih utama
dalam pentadbiran negara iaitu anggota perkhidmatan awam. Hal ini kerana, anggota-anggota
perkhidmatan awam merupakan sebuah jentera yang melaksanakan pelbagai projek untuk
kebaikan rakyat-rakyat di negara. Justeru itu, negara sepatutnya meningkatkan prestasinya dalam
setiap aspek dari semasa ke semasa agar perkhidmatan yang disediakan oleh jentera ini dapat
dilaksanakan dengan cemerlang bersesuaian dengan harapan rakyat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai