Anda di halaman 1dari 4

c  

c  

 !
Dalam proses penyediaan peraturan bilik darjah, guru perlu memastikan peraturan-peraturan itu
I. Dinyatakan secara positif
 Disenaraikan secara ringkas dan jelas 
 Ditentukan dan dipersetujui secara demokratik 
"#!$%&$' $
Carl Rogers dan kaunselor-kaunselor lain dalam buku Mook Soon Sang (2009) menghuraikan
sifat-sifat yang diperlukan dalam hubungan interpersonal. Sifat-sifat ini termasuklah:

Penerimaan dan Kemesraan (‘  
 );

Tidak menghakim (m  
)

Kesejatian ( Ô); dan

Ketepatan (c  )

1. Penerimaan dan Kemesraan (‘  


 )
a. Guru hendaklah bermesra dan menunjukkan minat dan tumpuannya terhadap muridnya. Guru
harus memberitahu muridnya bahawa dia sentiasa menghormati dan menerimanya secara jujur
tanpa mengenakan sebarang syarat (     ). Guru harus juga menerima
muridnya dengan penuh kerelaan (). Suasana   dapat digambarkan daripada
keikhlasan semula jadi guru untuk menerima muridnya. Hal ini dapat dilihat daripada air mukanya
yang ikhlas mesra, dan kata-kata yang meyakinkan murid tentang kejujurannya membantu.
Dengan ini, murid akan bercerita dengan bebas segala isinya.

b. Terdapat empat faktor yang penting dalam penerimaan:


i. Penerimaan berdasarkan idea bahawa seseorang individu mempunyai
penghormatan dan nilai-nilai tertentu.
ii. Seseorang individu mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri.
iii. Individu mempunyai keupayaan untuk memilih sesuatu dengan kebijaksanaan
supaya dapt hidup secara penuh erti dan berguna.
iv. Setiap individu adalah bertanggungjawab terhadap hidup diri sendiri.

2. Tidak menghakim (m  


)
a. Guru hendaklah pengadil, hakim, atau pendamai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memerhati
setiap pergerakan dan ucapan yang disampaikan oleh murid dengan teliti. Guru tidak boleh
membuat atau mengambil keputusan melainkan telah mendapat bukti-bukti dan keterangan yang
lengkap.
i. Contoh:

Seorang murid datang dan memberitahu bahawa dia telah bergaduh
dengan kawannya semalam. Di sini, guru tidak boleh terus
memandangkan murid ini sebagai seorang samseng atau kaki gaduh.
3. Kesejatian (Ô)
a. Seseorang guru hendaklah sentiasa benar dan ikhlas semasa berkomunikasi, iaitu tidak
berpura-pura dan tidak menunjukkan keinginan menguasai hubungan komunikasi tersebut.
Keadaan ini hendaklah dikawal dan diamati di dalam kelakuan, pertuturan, dan sikap guru.
b. Kepercayaan murid akan wujud jika sikap guru selari dengan sikap murid. Oleh itu, guru harus
berterus-terang dengan murid tanpa membunyikan perasaannya dan bertindak secaar tegas.
Elakkan sama sekali sikap berpura-pura, membunyikan kenyataan, tidak jujur dan sebagainya.
c. Carl Rogers berpendapat, sekiranya seorang itu sejati, maka dia akan diterima sebagai seorang
yang jujur dan benar. Sekiranya perasaan dan kepercayaan ini ada pada muridnya, dia akan
berasa selamat dan mempercayai kebolehan gurunya. Jika tidak ada sifat-sifat tersebut, murid
akan berdalih atau memberi kenyataan yang palsu.

4. Ketepatan ( )


a. Guru hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid, hendaklah tepat dan
sesuai dengan kebolehan murid. Guru haruslah membantu murid supaya dapat bercerita atau
mencurahkan isi hatinya tepat dan jelas dengan perkataan-perkataan yang mudah difaham.
b. Jika murid menggunakan bahasa yang mengelirukan, guru harus memberi perhatian sepenuhnya
tentang apa yang hendak disampaikan, maka barulah proses komunikasi ini dapat dijalankan
dengan berkesan.
Mook Soon Sang (2009) pula berpendapat bahawa daya Penarik dalam hubungan merupakan
faktor mempengaruhi hubungan guru dan murid. Menurut beliau, untuk membina hubungan interpersonal
yang baik serta berkesan, seseorang guru harus mempunyai sifat-sifat peribadi yang sabar, sensitif
kepada keperluan muridnya.
Antaranya ialah:
1. Percaya kepada setiap murid.
2. Komitmen kepada nilai-nilai perseorangan.
3. Kesedaran terhadap dunia sosial.
4. Bersifat hati terbuka.
5. Memahami diri sendiri secara keseluruhan.
6. Mempunyai komitmen profesional
" $
Apakah yang dimaksudkan dengan budaya penyayang?
Menurut Choong Lean Keow (2009), ia merangkumi dua aspek: bersifat penyayang terhadap
orang lain; dan menjaga kebajikan dan kepentingan orang lain sebagai pengukhan kepada sifat
penyayang tersebut.
Dalam konteks sekolah, semua warga sekolah dikehendaki bersifat penyayang, termasuk pihak
pentadbir, staf akademik, murid-murid, staf sokongan dan sebagainya. Amalan budaya penyayang
hendaklah sebati dengan jiwa setiap pihak yang berada dalam kawasan sekolah.
Secara keseluruhannya, amalan budaya penyayang itu terbentuk apabila ahli-ahli dalam
sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka
antara satu sama lain dan jujur semasa berhubungan.

c  c(

) *+ $',-$!$$'
Menurut Mook Soon Sang (2009), hubungan positif antara guru dengan murid adalah penting
untuk menjalin hubungan mesra, demi membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya hubungan positif guru-murid ini, guru dapat menyampaikan muridannya
dengan berkesan.
Di samping itu, murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah,
demi memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin arahan kerja dan disiplin dalam kalangan mereka. Maka,
membina hubungan positif guru-murid merupakan prasyarat untuk mewujudkan iklim penyayang alam
belajar dan menentukan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Dengan pembentukan iklim penyayang bilik darjah, keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja dapat dipertingkatkan, tetapi juga masalah disiplin dapat dikurangkan ke
tahap  

Dengan adanya hubungan positif di antara guru dengan murid, bilik darjah akan menjadi alam
belajar yang menarik, dan seterusnya melahirkan murid yang mencintai ilmu melalui budaya belajar kea
rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

Walaubagaimanapun, Choong Lean Keow (2009) mempunya pendapat tersendiri mengenai


hubungan guru dan murid amat penting dalam bilik darjah atas sebab-sebab yang berikut.

Pertama, suasana bilik darjah menjadi selesa dan kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Mengikut kebiasaan, murid-murid menghabiskan lebih kurang 5 hingga 7 jam setiap hari
persekolahan bersama dengan guru-guru matamuridan. Guru yang prihatin, mudah didampingi,
mengambil berat kebajikan murid-murid pasti berjaya mewujudkan persekitaran pembelajran yang positif,
dan menyeronokkan. Cuba bayangkan bilik darjah di mana guru-guru Bersifat garang, tidak bertolak
ansur, kurang bertimbangrasa dan sebagainya.
Kedua, hubungan guru-murid mempengaruhi pencapaian dan perkembangan murid-murid. Guru
yang bersifat sebagai ibu atau bapa merupakan ibu bapa gentian kepada murid-murid sepanjang waktu
persekolahan. Secara tidak langsung, kasih sayang yang ditunjukkan dan nasihat serta bimbingan yang
diberikan akan merangsang murid-murid untuk berusaha dengan lebih tekun lagi dalam aktiviti-aktiviti
dalam dan luar bilik darjah.

Jelaslah bahawa walau apapun alasan berkaitan tentang hubungan guru-murid ini, semuanya
membawa kepada kebaikan kepada kedua-dua pihak. Hubungan yang dibina dengan baik ini
memudahkan guru menyampaikan isi pengajaran dan murid pula dapat menerima yang dengan baik.
Situasi menang-menang ini bukan hanya untuk kebaikan masa yang singkat tetapi berkekalan untuk
jangka masa yang panjang apabila murid mengamalkan pengajaran guru dalam kehidupannya.