Anda di halaman 1dari 16

TAJUK 7: KEMAHIRAN MENULIS

PENGENALAN

Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga
berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk
komunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan
juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.
Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan
membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman,
(1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan
pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi

Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk


berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu,
dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan
orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan
perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca
dan difahami oleh orang lain.

Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas


Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama
ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis.

Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembangan


menulis, masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis.

OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis,

2. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan, dan

3. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.


GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat Masalah Tulisan Strategi Mengajar


Perkembangan Tulisan
Menulis

7.1 Peringkat Perkembangan Menulis

Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.
Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang
pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang
menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalah
lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.
Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka
barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan
perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia
dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan
yang banyak memberi maklumat.

7.1.1 Jenis Kemahiran Menulis

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiran
menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.
Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang
betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi
otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-
perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat
awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu
sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis
secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf –
huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf yang salah.

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran


idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini
melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang
berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiran
menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-
muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar
melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan
kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi
maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

7.1.2 Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-


peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula
diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah
mempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi
kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga
pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-
pengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek,
mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran ini
diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.
Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui
latihan
dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai
kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan
struktur ayat mudah.

Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada


tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):

i. peringkat pra menulis


ii. peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis)

Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah


mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari
jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh
membezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan
dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat
memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi
mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru
bentuk-bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih
pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata
melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-
kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak
sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka
diajar menulis.

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan


depan ke belakang.

ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke
bawah, dan bawah ke atas.

v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah
jarum jam.

vi. Melukis garis condong.

vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan


perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.
Berikut diberikan beberapa contoh lakaran yang sesuai dengan sesetengah
perkara di atas.

Latihan

Bincangkan kepentingan latihan pra menulis kepada kanak-kanak bagi


menguasai kemahiran tulisan mekanis.

Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis)

Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan dapat
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh
memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka. Aktiviti awal
adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong,
kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara
memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-
kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah
dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

Peringkat Menulis Untuk Pelahiran ( Mentalis )

Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betul
dan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan perasaan,
idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Berbagai-bagai cara
boleh dilakukan untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran seperti
melengkapkan ayat, menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan
gambar, membina ayat daripada perkataan yang diberi, menulis karangan, dan
juga menulis surat kiriman.

7.2 Masalah Tulisan

Sebelum kanak-kanak diajar kemahiran menulis untuk pelahiran, guru lebih


menumpukan kepada pengajaran kemahiran tulisan tangan atau tulisan
mekanis. Pada peringkat ini terdapat beberapa masalah yang perlu diberi
perhatian oleh guru. Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima
masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam tulisan tangan.

i. Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat


bagaimana huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semula
huruf-huruf tersebut.

ii. Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan


motor tangan atau jari yang sesuai.

iii. Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan
menjadikan sukar untuk menulis.

iv. Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan


maklumat-maklumat motor di dalam otak.

v. Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial)


tulisan tersebut.

Seorang guru yang peka akan dapat mengesan muridnya yang menghadapi
masalah dalam tulisan berdasarkan tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan.
Antara tingkah laku pelajar yang boleh dijadikan petunjuk oleh guru adalah:

i. menggenggam pensel;

ii. cara memegang pensel yang salah;

iii. kedudukan badan yang canggung semasa menulis;

iv. mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-


lengah;

v. hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan


keupayaan bertutur;
vi. terlalu kerap memadam;

vii. kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf;

viii. keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan

ix. lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan


terlalu rapat atau berjauhan.

Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-


kanak, masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa
menulis seperti berikut:

i. Bentuk huruf

- tidak dapat membentuk huruf dengan betul


- menulis dari kanan ke kiri
- menulis abjad dan ayat terbalik
- menulis dengan tiada ketetapan kecondongan
- menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah
- menulis perkataan terbalik ( bapa ---- baqa )

ii. Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;

iii. Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

iv. Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan
tidak seragam;

v. Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

Apabila guru dapat mengesan masalah tulisan yang dihadapi murid maka
tindakan pemulihan perlu dilakukan segera supaya masalah itu tidak berlarutan
dan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan dalam pelajaran.

Latihan

Pilih satu masalah tulisan yang dihadapi pelajar dan bincangkan tindakan
pemulihan yang boleh dilaksanakan untuk membantu pelajar berkenaan.

7.2.1 Kategori Jenis Kesalahan dalam Tulisan

Kanak-kanak menunjukkan berbagai-bagai jenis kesalahan dalam tulisan


mekanis terutamanya pada peringkat awal menulis. Namun bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran, kesalahan-kesalahan tulisan ini sukar untuk di
pulihkan disebabkan faktor-faktor sampingan lain terutamanya yang mengalami
masalah khusus dalam tulisan. Terdapat dua masalah khusus dalam tulisan
yang dikenali sebagai Agraphia dan Dysgraphia (Cherry K.H., 1984).

i. Agraphia

Agraphia merujuk kepada masalah tulisan yang dihadapi oleh


seseorang dan terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

a. Perolehan (acquired) – iaitu kehilangan keupayaan menulis yang


telah dikuasai sebelumnya disebabkan oleh kecederaan otak atau
penyakit otak;
b. Perkembangan atau (congenital) – iaitu kesukaran yang luar
biasa untuk mempelajari kemahiran menulis yang tidak selaras
dengan pencapaian intelektual dan kemahiran-kemahiran lain
seseorang individu.

ii. Dysgraphia – adalah masalah tulisan yang sangat teruk atau


ketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang diperlukan
untuk menulis.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap hasil tulisan kanak-kanak,


kebanyakan penulis telah mengkategorikan jenis kesalahan tulisan kepada enam
kategori berikut:

i. bentuk huruf

ii. jarak

iii. kecondongan

iv. kualiti garisan

v. saiz huruf dan keselarasan

vi. kepantasan

Bentuk huruf merujuk kepada bentuk huruf dan cara huruf itu ditulis. Cherry K.H.
(1984) membahagikan bentuk huruf dan cara menulis kepada lima jenis berikut:

i. huruf-huruf bulat

a. Ikut jarum jam (p)


b. lawan jarum jam (a, c, c, o, q)

ii. huruf-huruf berlengkuk (looped letters)

a. di atas garisan (b, d, e, f, h, k, l)


b. di bawah garisan (g, j, p, q, y)

iii. huruf-huruf yang diulangi surihannya (retraced letters) – (i, u, t, w, y)

iv. huruf-huruf bengkok (humped letters) – (h, m, n, v,x, z)

v. bentuk-bentuk lain – (r, s)

Jarak huruf merujuk kepada cara huruf-huruf diletakkan di dalam perkataan, di


antara perkataan, dan di dalam ayat. Jarak huruf-huruf hendaklah ditulis
seragam. Contoh kesalahan:

Buk u s aya teba l.

Bukusaya tebal.

Kecondongan huruf juga perlu seragam terutamanya pada tulisan sambung dan
tulisan manuskrip. Cara menilai kecondongan yang mudah adalah dengan
membuat garis tegak melalui huruf-huruf dalam perkataan, manakala bagi tulisan
sambung pula garisannya hendaklah condong.

Kualiti garis pula merujuk kepada nipis atau tebal huruf atau huruf-huruf dalam
perkataan. Ketebalan juga perlu seragam penulisannya.

Kesesuaian saiz huruf merujuk kepada ketinggian dan kelebaran huruf yang
sesuai. Manakala keselarasan pula merujuk kepada kepadanan atau hubungan
saiz atau ukuran huruf yang baik dalam sesuatu perkataan. Kedua-dua aspek ini
saling berkait dan membentuk kesatuan yang harmoni dalam tulisan.

Kepantasan menulis merujuk kepada jumlah perkataan yang ditulis dalam masa
seminit (psm). Menurut Skala Zaner-Bloser, kadar tulisan kanak-kanak adalah
seperti berikut;

Gred/tahun 1 - 25 psm
Gred 2 - 30 psm
Gred 3 - 38 psm
Gred 4 - 45 psm
Gred 5 - 60 psm
Gred 6 - 67 psm
Gred 7 - 74 psm
Latihan

Guru dapat mengesan masalah tulisan pelajar melalui pemerhatian. Bincangkan


perkara yang menjadi tumpuan guru dalam pemerhatiannya.

7.2.2 Punca Masalah Tulisan

Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan
dysgraphia adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain
dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu: (1) aspek fizikal, (2) aspek
pembelajaran, dan (3) aspek pengamatan.

Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak,
kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah
yang kurang merangsang untuk belajar, keadaan tempat belajar yang tidak
selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru.

Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam


menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan;
kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidak
cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai;
pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada
peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam
tulisan; tulisan guru kurang elok untuk dicontohi murid.

Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapat


dibahagikan kepada tiga iaitu: (1) pengamatan dan masalah pendengaran, (1)
pengamatan dan masalah penglihatan, (3) kesukaran memahami konsep, dan
(4) kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

i. Pengamatan dan kesukaran pendengaran

Masalah utama yang berpunca daripada pengamatan pendengaran


adalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti ’b’ dan
’d’. Masalah ini bukan disebabkan oleh kecacatan yang dialami oleh
pelajar. Selain itu, masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar
boleh menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan
yang disebut atau didengar. Antara kerosakan alat pendengaran
adalah:

a. pekak konduktif – tidak mendengar bunyi yang bernada rendah


b. pekak perseptif – tidak mendengar bunyi bernada tinggi
c. pekak konduktif dan perseptif – masalah bercampur aduk
d. pekak rekrutmen – mendengar bunyi yang kuat sahaja
e. Secretory otitis Media – masalah pendengaran yang disebabkan
oleh cecair yang menyekat getaran

ii. Pengamatan dan masalah penglihatan

Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan


adalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-
ciri persamaan bentuk, masalah pembalikan huruf, keliru dengan
bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n – u,
p – q, 6 – 9 ). Manakala masalah penglihatan pula menyebabkan
pelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang jelas terutamanya
mereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah penglihatan
adalah seperti:

a. hypermetrophia atau rabun jauh


b. myopi atau rabun dekat
c. astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas
d. strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan
e. juling

iii. Kesukaran memahami kosep

Masalah yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan
huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil
dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nombor
bercetak dengan tulisan tangan.

iv. Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan

Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan adalah


seperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul,
bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang
dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata
pensel, dan kesukaran menentukan kedudukan buku/kertas ketika
menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akan
meregang, manakala jika buku terlalu dekat kedudukannya,
pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.
Latihan

Bagaimanakah masalah pendengaran boleh mempengaruhi kemahiran menulis


seseorang?

7.3 Strategi Intervensi Kemahiran Menulis

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaan


kemahiran tulisan mekanis dan juga untuk pengajaran pemulihan masalah
tulisan. Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan bahawa suatu program
pengajaran kemahiran tulisan mekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara
berikut:

i. mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada
ruang yang lebih kecil

ii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;

iii. menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar
menyurih (tracing) model huruf;

iv. sediakan banyak sesi latihan menulis;

v. melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan mereka


mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; dan

vi. menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses
yang sukar dan memerlukan galakan dan sokongan.

Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secara


terkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence)
dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat menghalang pelajar daripada
melakukan kesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulis
huruf yang salah.

Guru boleh menggunakan berbagai-bagai cara untuk membantu pelajarnya


mengatasi masalah menulis. Sebagai contoh guru boleh mengajar pelajarnya
menulis huruf mengikut bentuknya secara terkawal seperti ”7 C sekeluarga” di
bawah (Cherry , 1984).
Selain itu guru juga boleh memperkenalkan enam bentuk garisan yang
diperlukan untuk menulis huruf kecil (Cherry, 1984), iaitu:

Urutan garis boleh juga diajar melalui aktiviti melakar seperti berikut:

Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yang


mengalami masalah tulisan adalah disebabkan oleh masalah-masalah lain
seperti ingatan jangka pendek, pengamatan penglihatan, pengamatan
pendengaran, koordinasi mata-tangan, dan lemah otot-otot tangan. Oleh itu
aktiviti pengajaran hendaklah mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi
pelajar dan dilakukan peringkat demi peringkat.

Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran


pemulihan tulisan pelajar.

i. Latihan memegang pensel dengan betul.


ii. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis.

iii. Membuat garis-garis lakaran.

iv. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.

v. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan


huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.

vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi mata-
tangan seperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak,
menyambung titik, memadankan, mencari jalan keluar, dan
sebagainya.

Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah


lagi mengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti
pemulihan guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting
supaya pengajarannya akan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:

i. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu;

ii. latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;

iii. suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang
sesuai dengan pelajar;

iv. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ;

v. langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkan


kepada pelajar;

vi. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;

vii. buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihan
menulis di rumah.

Setelah pelajar sudah boleh menulis, guru sudah boleh memperkenalkan tulisan
sambung kepada pelajarnya. Tulisan sambung boleh membantu pelajar
daripada melakukan kesalahan menulis kerana tulisan sambung mempunyai
urutan garisannya yang tersendiri ketika menulis.
Latihan

Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan cermin. Bagaimana anda boleh


tentukan bahawa sesuatu tulisan itu adalah tulisan cermin?

7.4 Kesimpulan

Kemahiran menulis adalah kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai oleh pelajar
selain kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kepentingan tulisan adalah
jelas kerana tulisan juga merupakan satu bentuk komunikasi penting bagi
manusia yang tidak sentiasa dapat berkomunikasi secara bersemuka sepanjang
masa. Pengajaran kemahiran menulis kepada kanak-kanak bukanlah perkara
mudah kerana menulis melibatkan kognitif, pengamatan, koordinasi mata-
tangan, dan ketekunan. Bagi pelajar yang lemah dalam tulisan guru hendaklah
melaksanakan pengajaran pemulihan untuk pelajar tersebut. Setiap kelemahan
hendaklah diberi pemulihan dengan cepat supaya pelajar dapat membaiki
kelemahan tersebut dengan segera supaya tidak memberi kesan kepada
pencapaian dalam pelajaran.

Rumusan

1. Bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan
kompleks.

2. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-


perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca
atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan
itu

3. Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan


yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.

4. Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk


pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya.

5. Agraphia dan Dysgraphia adalah dua jenis masalah khusus dalam tulisan.
6. Punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu (1) aspek fizikal, (2) aspek pembelajaran, dan (3) aspek
pengamatan.

Kata Kunci

Agraphia
Dysgraphia
Pengamatan penglihatan
Pengamatan pendengaran
Tulisan cermin

Rujukan

Cherry K.H. (1984). Learning Disabilities: Understanding Concepts,


Characteristics, and Issues. New Jersey: Prentice-Hall.

Hughes, Mercer, Lenze, dan Hoffman (1991). Students With Learning


th
Disabilities. 4 ed, New York: Macmillan Publishing Company.

Kamarudin Hj.Husin,(1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman


Malaysia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai