Anda di halaman 1dari 23

PUSAT PENGAJIAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH,

JABATAN PENGAJIAN ALAM BINA DAN TEKNOLOGI,


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK,
KAMPUS SERI ISKANDAR

CTU 554
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TUGASAN 1:
PENGHAYATAN ETIKA BERKOMUNIKASI ANTARA MASYARAKAT DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
1. MUHAMAD AFIF NAJMI BIN MOHAMAD NASIR (2021329763)
2. MUHAMMAD AZRUL ARIF BIN MOHD IZHAM (2021355021)
3. MOHAMMAD ILHAM BIN HAMID (2021355073)
4. MUHAMMAD AIMAN BIN JAFRI (2021355003)
5. NURSYAZANA AQILAH BINTI NOR AZ AZLAN (2021354973)

KELAS:
AAP2215A (KUMPULAN 3)

SESI:
OKTOBER 2021 – FEBRUARI 2022

DISEDIAKAN UNTUK:
PN. NURUL KHAIRIAH KHALID
PERAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan tugasan ini dan segala yang
terkandung di dalam adalah benar. Laporan tugasan ini menjelaskan bahawa hasil tugasan adalah
hasil tulisan setiap ahli kumpulan sendiri tanpa mengambil atau meniru mana mana dari hasil
karya orang lain”

Tandatangan :
Nama : Muhamad Afif Najmi Bin Mohamad Nasir
No. Kad Pengenalan : 990301-14-5429
Tarikh : 3/1/2021

Tandatangan : AimanJafri
Nama : Muhammad Aiman Bin Jafri
No. Kad Pengenalan : 990419-02-5485
Tarikh : 3/1/2021

Tandatangan :
Nama : Muhammad Azrul Arif Bin Mohd Izham
No. Kad Pengenalan : 990528-03-5283
Tarikh : 3/1/2021

Tandatangan : ILHAM
Nama : Mohammad Ilham Bin Hamid
No. Kad Pengenalan : 990813-08-6039
Tarikh : 3/1/2021

Tandatangan :
Nama : Nursyazana Aqilah Binti Nor Az Azlan
No. Kad Pengenalan : 990307-10-6666
Tarikh : 3/1/2021
i
PERHARGAAN

Assalamualaikum, kami ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t keran dengan taufik
dan hidayahnya kami berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kami yang bertajuk
“Penghayatan Etika Berkomunikasi Antara Masyarakat Di Malaysia” pada masa yang
ditetapkan. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pensyarah kami yang bernama Puan Nurul Khairiah
Khalid banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat kepada kami dalam
pembelajaran. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan
semangat kepada kami untuk belajar dan menyelesaikan tugasa-tugasan yang diberi. Ucapan
terima kasih kepada Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar yang
menawarkan kursus CTU 554 iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban II ini dan menetapkan
sebagai kursus wajib yang perlu diambil dan dipelajari bagi setiap pelajar ijazah sarjana muda di
UiTM. Oleh itu, diharap tugasan ini dapat menjadi panduan dan sedikit sebanyak dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kita semua.

ii
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Perakuan Pelajar i
Perhargaan ii
Isi Kandungan iii, iv
Senarai Rajah v

1.0 PENDAHULUAN 1-1


1.1 Matlamat dan Objektif 1-2
1.2 Persoalan Kajian 1-2
1.3 Definisi Etika dan Komunikasi 1-3

2.0 KONSEP ETIKA 2-4


2.1 Etika Deskriptif 2-4
2.2 Etika Normatif 2-4

3.0 KEPENTINGAN ETIKA BERKOMUNIKASI DALAM 3-5


MASYARAKAT
3.1 Sifat Persamaan 3-5
3.2 Menjauhi Salah Faham 3-5
3.3 Sikap Bertolenrasi 3-6
3.4 Bertukar-Tukar Pendapat 3-6

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ETIKA BERKOMUNIKASI 4-7


DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA
4.1 Pengaruh Keluarga 4-7
4.2 Pengaruh Rakan 4-8
4.3 Pengalaman Hidup 4-8
4.4 Nilai Peribadi dan Prinsip Moral 4-9
4.5 Faktor Keadaan 4-9
5.0 ISU DAN CABARAN ETIKA BERKOMUNIKASI DALAM 5-10
MASYARAKAT DI MALAYSIA
5.1 Perkauman 5-10
5.2 Batas Pergaulan 5-11
5.3 Kesantunan Bahasa 5-12
5.4 Integrasi Budaya dalam Perayaan 5-13
5.5 Hiburan Melampau 5-14

6.0 KESIMPULAN 5-15

RUJUKAN

iii
iv RAJAH
SENARAI

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 : Etika Berkomunikasi antara Masyarakat 1


Rajah 2.1 : Konsep Etika 4
Rajah 4.1 : Pengaruh Keluarga 7
Rajah 4.2 : Pengaruh Rakan 8
Rajah 4.3 : Pengalaman Hidup 8
Rajah 4.4 : Nilai Peribadi dan Prinsip Moral 9
Rajah 4.5 : Faktor Keadaan 9
1.0 PENDAHULUAN
v
Etika merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembentukan masyarakat di Malaysia.
Etika perlu difahami dan dihayati oleh setiap masyarakat supaya terbinanya sebuah masyarakat
yang lebih bertamadun dan beradab. Dalam konteks negara Malaysia, kajian mengenai
penghayatan etika berkomunikasi ini boleh kita susuri melalui beberapa zaman termasuklah
zaman Pra-Kolonial, zaman Kolonial dan zaman Pasca-Kolonial. Pada setiap zaman ini etika
mengalami perubahan dan evolusi yang sangat memberi kesan kepada pembentukan etika
berkomunikasi antara masyarakat di Malaysia (Naimah et al, 2021). Merujuk kepada Ahmad
Bashir (2004) telah menyatakan kesedaran masyarakat terhadap ketidakpuasan terhadap etika
berkomunikasi yang tidak bermoral dalam negara Malaysia merupakan fenomena yang agak
baru. Penerapan nilai-nilai murni dan Islam adalah yang terpenting dan perlu diberi perhatian
kerana perlanggaran etika berkomunikasi sering dikaitkan dengan persoalan keprihatinan
terhadap agama.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan diduduki oleh
tiga kelompok terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga bangsa ini beramal dengan
budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kepelbagaian budaya dan kepercayaan dari bangsa
Melayu, Cina dan India ini sebenarnya tidak menghalang mereka untuk tinggal dalam sesebuah
negara yang merdeka dan sejahtera iaitu Negara Malaysia. Oleh yang demikian, tugasan ini
bertujuan untuk menjawab persoalan tersebut dan menjelaskan etika berkomunikasi antara
masyarakat di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan dalam tugasan ini merangkumi lima
elemen iaitu definsi etika dan komunikasi, konsep etika, kepentingan etika berkomunikasi, faktor
yang mempengaruhi etika berkomunikasi dalam masyarakat, isu dan cabaran etika
berkomunikasi dalam masyarakat di Malaysia (Ahmad Bashir, 2004) (Rujuk Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Etika Berkomunikasi antara Masyarakat


Sumber: Google Images, 2015
1.1 Matlamat dan Objektif
1
1.1.1 Matlamat

Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui penghayatan etika berkomunikasi


antara masyarakat di Malaysia.

1.1.2 Objektif

i. Untuk mengenalpasti definisi etika dan komunikasi


ii. Untuk mengenalpasti konsep etika
iii. Untuk mengetahui kepentingan etika berkomunikasi dalam masyarakat.
iv. Untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi etika berkomunkasi antara
masyarakat di Malaysia.
v. Untuk mengenalpasti isu dan cabaran etika berkomunikasi antara
masyarakat di Malaysia.
vi. Untuk menentukan langkah-langkah dalam mewujudkan etika
berkomunikasi yang baik antara masyarakat di Malaysia.

1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan persoalan berikut:


i. Apakah definisi etika dan komunikasi.
ii. Apakah konsep etika.
iii. Apakah faktor yang mempengaruhi etika berkomunikasi antara masyarakat di
Malaysia.
iv. Apakah isu dan cabaran etika berkomunikasi antara masyarakat di Malaysia.
v. Apakah langkah- langkah dalam mewujudkan etika berkomunikasi yang baik
antara masyarakat di Malaysia.

1.3 Definisi Etika dan Komunikasi 2

Definisi etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu “ethos” yang membawa maksud
nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku
sesuatu golongan. Selain itu, definisi etika berasala daripada Bahasa Inggeris iaitu “ethic”
(Ruslan, H. et al, 2020). Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan
seseorang individu atau kumpulan masyarakat dalam menentukkan perbuatan atau
tingkah laku masing-masing. Dalam Bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan atau
tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada benar atau salah, baik atau buruk.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan
prinsip ahlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individua atau sesuatu
kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau
profesion terhadap masyarakat. Merujuk Saravanan (2018) telah menyatakan kehidupan
yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup yang memberi
faedah kepada diri sendiri dan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan
beretika apabila jujur, belas kasihan dan kesetiaan manakala sikap tidak beretika seperti
mencuri, membunuh menipu dan memfitnah.

Merujuk kepada artikel Sosio Budaya (2016), komunikasi berasal dari Bahasa
Inggeris iaitu “communication” yang mempunyai maksud perhubungan, khabar, dan
perkabaran (S. Wojowarsito, 1974). Istilah komunikasi berasal dari Bahasa latin iaitu
“communication” bererti pemberitahuan atau memberi bahagian (Anwar Arifin,1984).
Menurut Onong Uchjana Effendi (1992) telah menyatakan komunikasi merupakan proses
penyampaian suatu pesan oleh seseorang kepada orang lain untuk memberitahu atau
mengubah sikap, pendapat atau perilaku baik secara lisan atau tidak lansung secara
media. Penulis tersebut menyimpulkan tentang pengertian komunikasi yang terdiri
daripada pesan, pengiriman pesan, penyampaian pesan, pemilihan media, penerimaan
pesan, dan respon, efek atau pengaruh. Apabila etika digabungkan dengan komunikasi
makai a menjadi dasar dalam berkomunikasi dan memberikan panduan moral dalam
membangun tata susila terhadap semua sikap dan perilaku seseorang dalam komunikasi.

2.0 KONSEP ETIKA 3

Etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar,
salah, baik atau buruk. Etika dalam Islam merupakan ahlak. Ia merujuk kepada nilai ahlak atau
prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadis. Selain itu, ia juga ditarifkan sebagai ilmu
pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran Allah dan
Rasulnya. Etika secara umum terbahagi kepada dua jenis iaitu etika berbentuk deskriptif dan
normative (Nasruddin, 2021).
1 Etika Deskriptif

Konsep
Etika
2 Etika Normatif

Rajah 2.1: Konsep Etika


2.1 Etika Deskriptif

Etika deskriptif yang mengkaji secara kritis dan rasional tentang sikap dan tingkah laku
manusia dan apa yang diusahakan setiap orang dalam kehidupan sebagai sesuatu yang
bernilai. Ini bermakna etika deskriptif bercakap tentang fakta sebagaiman adanya nilai
dan tingkah laku manusia sebagai fakta yang berkaitan dengan situasi dan reality
berbudaya. Hal ini disimpulkan bahawa mengenai realiti dalam penghayatan nilai atau
tanpa nilai dalam masyarakat yang dikaitkan dengan keadaan perkara-perkara tertentu
yang membolehkan manusia berntindak secara beretika (Mannan, 2019).

2.2 Etika Normatif

Etika normatif mentarifkan pelbagai cita-cita dan tingkah laku dimiliki oleh manusia atau
apa yang manusia patu laksanakan dan tindakan apa yang berharga dalam hidup. Jadi
etika normatif adalah norma yang boleh membawa manusia untuk bertindak dengan baik
dan mengelakkan perkara yang buruk mengikut peraturan atau norma yang dipersetujui
dalam masyarakat (Mannan, 2019).
3.0 KEPENTINGAN ETIKA BERKOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT
4
Terdapat empat kepentingan etika berkomunikasi dalam masyarakat yang merangkumi sifat
persamaan, menjauhi salah faham, sikap bertolenrasi dan bertukar-tukar pendapat.

3.1 Sifat Persamaan

Antara kepentingan etika berkomunikasi dalam masyarakat yang pertama ialah supaya
hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana sifat persamaan yang ditunjukkan.
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang
menjadi cabaran khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial itu. Cabaran itu wujud,
terutama dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara
kaum, agama serta budaya, sekali gus memerlukan penekanan dalam etika berkomunikasi
dalam masyarakat dengan penuh berhemah serta penuh rasa hormat supaya keharmonian
dalam masyarakat dapat dicapai.

3.2 Menjauhi Salah Faham

Kepentingan yang kedua adalah dapat menjauhi salah faham antara masyarakat supaya
masyarakat dapat hidup bersatu-padu id dalam sebuah negara yang aman. Ini penting
dalam etika berkomunikasi dalam masyarakat kerana ia dapat memastikan kesejahteraan
dan keharmonian masyarakat. Antara perkara utama yang perlu dielakkan dalam
menjauhi salah faham antara masyarakat ialah dengan menjaga perbatasan percakapan
antara kaum. Ini supaya tidak berlakunya tragedi tragedi yang melibatkan perbalahan
antara kaum berulang kembali contohnya Tragedi 13 Mei.

3.3 Sikap Bertolenrasi


5
Kepentingan yang ketiga ialah dapat mewujudkan kemesraan antara masyarakat dan
dengan mengukuhkan aspek aspek yang berkaitan dengan perpaduan. Perkara ini dapat
dicapai jika masyarakat dapat bertoleransi antara satu sama lain. Merujuk kepada
Mahathir (2019), beliau pernah menyatakan yang setiap individu perlulah memupuk
sikap toleransi antara kaum agar keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan. Tanpa
sikap toleransi, perpecahan serta pergaduhan dalam kalangan masyarakat yang menjurus
kepada peperangan akan berlaku sekaligus menghapuskan keamanan serta keharmonian
yang wujud. Disamping itu juga, sikap toleransi ini perlu ada dalam diri setiap individu
kerana elemen positif itu juga menjanjikan nikmat, keuntungan dan ganjaran yang besar
terutamanya dalam aspek pembangunan sesebuah negara terutama negara yang berbilang
kaum.

3.4 Bertukar-tukar Pendapat

Kepentingan yang keempat ialah dapat bertukar-tukar pendapat supaya masyarakat maju
dan makmur. Masyarakat perlulah menerapkan amalan bertegur sapa sesama masyarakat
kerana ia adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan
diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung
kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila
ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Oleh itu, amalan bertukar pendapat perlu dilakukan
oleh setiap masyarakat dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab
sesama jiran.

4.0 6
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ETIKA BERKOMUNIKASI DALAM
MASYARAKAT DI MALAYSIA
Terdapat lima (5) faktor yang mempengaruhi etika berkomunikasi dalam masyarakat di Malaysia
termasuklah pengaruh keluarga, pengaruh rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip
moral dan faktor keadaan.

4.1 Pengaruh Keluarga


Pengaruh keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan etika peribadi.
Didikan ibu bapa akan menjadi pegangan hidup kepada anak-anak memandangkan
hubungan kekeluargaan menjadi hubungan pertama yang rapat kepada seseorang
individu. Nilai peribadi adalah dibentuk berdasarkan kepada prinsip kekeluargaan,
amalan budaya dan adat, dan nilai-nilai murni serta sosial yang diamalkan oleh ahli-ahli
keluarga. Dengan ini, anak-anak akan mencontohi dan mempelajari etika daripada
kelakuan ahli keluarga. Sebagai contoh, jika ibu bapa menunjukkan nilai yang baik
seperti bercakap sopan santun, beradab dan menegur anak dengan baik maka anak-anak
juga akan mempunyai etika sedemikian. Sekiranya ahli keluarga mempunyai etika tidak
baik seperti biadap, menipu maka perbuatan ini akan menjadi ikutan anak-anak yang
seterusnya membentuk etika tidak baik (Saravanan Anna, 2018) (Rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Pengaruh Keluarga

4.2 Pengaruh Rakan


7
Pengaruh rakan adalah faktor lain yang menentukan etika seseorang. Pengaruh rakan ini
dapat dilihat diperingkat sekolah ataupun di tempat kerja. Etika seseorang individu
biasanya dipengaruhi oleh tingkah laku rakan mereka sama ada dari segi baik ataupun
tidak baik. Jika rakan sekerja mempunyai nilai moral yang baik seperti jujur,
bertanggungjawab dan berbudi bahasa maka ja akan membantu membentuk etika yang
baik. Jika seorang pelajar mempunyai rakan yang selalu ponteng sekolah, tidak
menghormati guru dan terlibat dengan aktiviti tidak baik maka kemungkinan perbuatan
negatif ini akan menjadi ikutan rakan-rakan yang lain (Saravanan Anna, 2018) (Rujuk
Rajah 4.2).

Rajah 4.2: Pengaruh Rakan

4.3 Pengalaman Hidup

Pembentukkan etika juga bergantung kepada pengalaman hidup seseorang. Pengalaman


boleh memberi impak positif dan negatif kepada kehidupan manusia. Contohnya,
sekiranya perbuatan mengambil rasuah tidak dilaporkan dan tiada tindakan undang-
Walaubagaimanapun, apabila seseorang tertangkap dan hukuman dikenakan kerana
rasuah maka beliau akan sedar bahawa mengambil rasuah adalah menyalahi undang
undang. (Saravanan Anna, 2018) (Rujuk Rajah 4.3).

Rajah 4.3: Pengalaman Hidup


4.4 Nilai Peribadi dan Prinsip Moral8

Nilai peribadì dan prinsip moral boleh dilihat dari segi kerjaya dan keluarga. Seseorang
yang mementingkan pangkat, pengaruh dan kedudukan tinggi dalam masyarakat akan
bertindak untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain
dan akan berasa riak dan tidak menghormati orang bawahannya. Bagi individu yang
mementingkan keluarga, kerja akan dilihat sebagai tanggungjawab kedua dan segala
tindakan yang diambil akan mengutamakan kepentingan semua pihak (Saravanan Anna,
2018) (Rujuk Rajah 4.4).

Rajah 4.4: Nilai Peribadi dan Prinsip Moral

4.5 Faktor Keadaan

Tingkah laku dan etika boleh berubah apabila faktor keadaan mempengaruhi tindakan
seseorang. Walaupun manusia mengetahui tindakan seperti bercakap secara tidak sopan
adalah sesuatu yang tidak beretika, tetapi keadaan boleh menyebabkan seseorang itu
melakukan perbuatan tersebut. Contohnya, seseorang yang kehilangan kerja dan
mengalami tekanan, seseorang itu akan bertindak secara tidak terkawal seperti memarahi
orang sekeliling secara tiba-tiba dan meninggikan suara secara tib-tiba kerana tidak dapat
mengawal emosinya dengan baik (Saravanan Anna, 2018) (Rujuk Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Faktor Keadaan

5.0 9
ISU DAN CABARAN ETIKA BERKOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT DI
MALAYSIA

Terdapat beberapa isu dan cabaran yang menjadi penghalang etika berkomunikasi dalam
masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah perkauman, batas pergaulan, kesantunan bahasa,
integrasi budaya dan perayaan, hiburan melampau.
5.1 Perkauman

Isu-isu perkauman bermaksud isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek
penggunaan bahasa, agama, adab sosial, sikap, pekerjaan, buli, penulisan, rasis, dan lain-
lain. Maksud perkauman adalah hal yang mengenail kaum atau perbuatan berkaum.
Risiko bagi etika perkauman di Malaysia adalah besar kerana Malaysia merupakan
negara yang berbilang agama, kaum dan budaya. Dalam kehidupan Malaysia, isu sensitif
perkauman membawa erti isu yang berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu,
status Bumiputera, kontrak sosial, dan bahasa. Selain itu, isu seperti memperlekehkan dan
merendahkan serta mempertikaikan kaum lain adalah antara cabaran etika berkomunikasi
dalam masyarakat di Malaysia. Kesan dari berlakunya isu perkauman dalam cabaran
etika komunikasi antara masyarakat di Malaysia adalah masyarakat hidup tidak bersatu
padu. Selain itu, ia boleh mengancam kestabilan politik dan memudaratkan keselamatan
budaya yang boleh memberi kesan buruk seperti berlakunya peperangan.

5.2 Batas Pergaulan


10
Dalam islam, pergaulan yang sihat dan memberi manfaat dengan menjaga batas-batas
pergaulan antara mahram dan aktiviti amat digalakkan. Ini bagi menjamin keselamatan
dan martabat maruah iman sesama insan. Terdapat 2 jenis pergaulan yang berlaku
disekeliling kita iaitu pergaulan sesame jenis dan pergaulan berlainan jenis. Pergaulan
berlainan jenis hanya dibenarkan jika bertujuan menuntut ilmu ataupun kerana aktiviti
yang berfaedah. Namun kedua-dua jenis pergaulan ini mempunya syarat iaitu haruslah
menjaga adab pergaulan yang tidak melanggar Syariah.

Firman Allah:

“Katakanllah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya


mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yabg haram) dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu, lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memeliara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang
zahir darinya”

(Surah An-Nur: 30-31)

Keadaan yang diharuskan bergaul antara lelaki dan perempuan adalah tika
darurat, keperlun atau hajat dan ketika majlis keramaian. Darurat adalah dalam keadaan
yang boleh mengancam nyawa dan agama. Sebagai contoh lelaki memberi perlindungan
kepada wanita. Keperluan hajat adalah Ketika sesuatu yang mesti ada tapi ia tidak
mencapai tahap darurat. Seperti contoh, urusan yang melibatkan percampuran lelaki dan
perempuan. Manakala keadaan Ketika majlis keramaian yang dibolehkan bgi lelaki dan
perempuan untuk bergaul selagi tidak melanggar hukum syara’.

5.3 Kesantunan Bahasa


11
Kesantunan bahasa adalah seperti kata-kata yang diucapkan tidak mempunyai unsur
sindir, perli, kutuk, dengki ataupun ejekan dan lain-lain yang berunsur negatif, sebaliknya
ia penuh dengan kejujuran dan penggunaan perkataan dan bahasa yang sopan. Erti
kesantunan bahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam berkomunikas melalui lisan
atau tulisan. Ianya penting kerana melahirkan insan yang cemerlang dari segi akedemik
dan sahsiah. Selain itu meneruskan kesinambungan amalan kesantunan dari generasi
dahulu. Serta dapat menunjukkan keluhuran hati budi masyarakat yang berpegang kuat
kepada adab sopan serta budaya.

Kesantunan bahasa dari Al-quran adalah menunturkan kata-kata yang lunak dan mesra
mengikut sikap rasulullah. Manakala dari sunnah, baginda rasullulah melarang kata-kata
yang tidak berfaedah iaitu tidak memberi kebaikan antara penutur dan pendengar yang
boleh membawa kepada perpecahan. Ciri-ciri kesantunan bahasa adalah teliti memilih
kata-kata, itonansi dan gaya. Selain itu memberi tumpuan kepada pendengar ketika
berinteraksi. Gaya dan ragam pertuturan mestilah tidak mengejek, menyindir ataupun
memerli. Juga bersantun Ketika bersapa dan menggunakan panggilan gelaran dengan
memberi rujukan hormat atau ganti nama. Dan, bahasa yang digunakan mestilah sopan
walaupun Ketika menolak permintaan seseorang tanpa berniat atau mengecilkan hati
orang lain.

Rasulullah bersabda:

“Bahawa Allah menharamkan ke atas kamu penderhakaan kepada ibu-ibu, membunuh


anak-anak perempuan hidup-hidup, menahan hak-hak yang wajib dan meminta-minta
dan (Allah benci) kepada kamu yang suka berkata-kata yang tidak berfaedah, banyak
bertanya dan membuang harta.”

-Hadis Riwayat Bukhari-

5.4 Integrasi Budaya dalam Perayaan


12
Integrasi budaya adalah kepecayaan agama, perbezaan bahasa, pengkhususan ekonomi,
sikap politik yang kesemuanya adalah selari dengan pengenalan kumpulan etnik.
Kepentingan integrasi budaya adalah mengeratkan ikatan batin, antara masyarakat. Selain
itu, berkasih sayang, dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dapat berinteraksi
dengan masyarakat dengan penuh toleransi dan harmoni. Dan, meminimumkan jurang
pergaulan antara kaum.

Terdapat 3 sumber yang menyatakan keharusan integrasi budaya iaitu dari Al-
quran, menghayati saranan Al-quran dalam prinsip ta’ruf (saling kenal). Dari segi sejarah
hidup Rasullulah pula toleransi dan moderasi sentiasa menjadi acuan dan pendoman
dalam interaksi. Dan mengikut sumber sejarah masyarakat melayu pula, perpaduan wujud
dari hasil interaksi antara pedagang Arab, Farsi, Cina dan India.

Gari panduan bagi orang islam dalam mengikuti perayaan orang bukan islam
adalah majlis tersebut estilah tidak disertakan dengan acara yang bertentangan dengan
akidah islam seperti terdapat simbol-simbol agama. Selain itu, disertakan dengan
perbuatan yang haram. Misalnya, menghidangkan minuman keras atau memabukkan.
Majlis juga tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan akhlak budaya
masyarakat islam seperti berpakaian menjolok mata atau berlebihan. Dan, tidak
mempunyai perbuatan yang boleh mentuh sensitiviti masyarakat. Contohnya ucapan yang
menghina umat islam.

5.5 Hiburan Melampau 13

Tidak kira apa juga segi had lapisan umur, jantina dan kaum, bidang hiburan adalah
antara medium yang paling disukai bagi berkomunikasi oleh masyarakat. Bidang hiburan
ini terlalu diterima oleh masyarakat sehingga terdapat kalangan yang sanggup berbunuh-
bunuhan demi mempertahankannya. Terdapat pelbagai jenis contoh hiburan seperti
hiburan yang bercanggah dengan ajaran islam yang berunsurkan syirik dan khurafat.
Hiburan melampau ini adalah agenda pengaruh dari golongan kafir bagi merosakkan
islam.

Hiburan melampau adalah perbuatan, aktiviti, atau sebagainya yang bertujuan


menghiburkan atau menyenangkan dan hati. Seperti contoh, media cetak dan juga digital.
Hukum bagi hiburan yang melampau telahpun disepakati keharamannya dan llarangan
untuk umat islam bagi menyertainya. Ini kerana, hiburan melampau memberi kesan
seperti tidak mendatangan manfaat atau faedah bahkan ia sia-sia dan membawa kepada
keburukkan. Selain itu bertujuan untuk merosakkan akhlak serta akidah. Hiburan juga
memberi kesan dorongan kearah masalah sosial. Dan akhirnya, memberi kesan khurafat,
syirik, pergaulan bebas serta pendedahan aurat.

Firman Allah:
“Sedarlah wahai orang yang lalai, (sebenarnya kamu tidak diingatkan kesudahan kamu)
bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat
habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari kiamat (yang kekal
abadi.)
(Surah Al-Qiyamah: 20-21)

6.0 KESIMPULAN 14
Kemajuan teknologi hari ni ini mempercepatkan lagi keruntuhan etika berkomunikasi bagi
masyarakat khusunya generasi muda di Malaysia. Usaha untuk membangunkan kembali etika
berkomunikasi dalam jiwa setiap individu atau masyarakat pada masa kini menjadi sangat
mencabar. Hal ini menjadi tanggungjawab semua masyarakat tanpa mengira kelompok bangsa
dan agama yang merangkumi bangsa Melayu, Cina dan India dalam memgembalikan etika
berkomunikasi yang baik antara masyarakat di Malaysia. Berdasarkan perbincangan yang
dikemukakan dalam tugasan ini, jelan menunjukkan betapa elemen etika berkomunikasi yang
baik merupakan nadi utama dalam kerangka menjana kesejahteraan masyarakat. Etika
berkomunikasi yang baik antara masyarakat merupakan satu kekuatan yang mampu merubah
seluruh kehidupan ke arah kebaikan.

Terdapat tiga (3) cadangan bagi mewujudkan suasana etika berkomunikasi yang baik
antara masyarakat di Malaysia. Cadangan yang pertama adalah pembangunan dan keupayaan
sesebuah keluarga penting dalam mendidik serta membimbing anak-anak ini untuk menjadi
masyarakat yang berguna dan positif terutamanya dalam aspek etika berkomunikasi. Sebagai
contoh, ibu bapa perlu mengambil berat mengenai pendidikan dan kemajuan pelajaran anak-anak
seperti berinteraksi dengan anak-anak secara terbuka dengan memberikan beberapa pandangan
atau nasihat yang baik dalam meningkatkan nilai dan etika berkomunikasi yang baik. Selain itu,
cadangan yang kedua adalah pihak kerajaan perlulah mewujudkan pelbagai program bagi
membentuk masyarakat khusunya generasi muda yang berkomunikasi secara baik demi masa
depan negara. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi fokus
kepada perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, etika berkomunikasi dan memupuk
perpaduan kaum supaya bersedia menempuh cabaran masa hadapan yang mencabar. Seterusnya,
cadangan yang ketiga adalah agama islam amat menggalakan umatnya supaya berkomunikasi
dengan penuh jujur, muhibbah, dan kemesraan antara masyarakat dalam kehidupan seharian
selagi tidak melanggar hukum syarak agara membentuk masyarakat yang bertakwa. Oleh itu,
etika berkomunikasi yang baik perlu dipastika terus menjadi tera dalam mengupayakan
masyarakat kea rah nilai kesejahteaan yang sebenarnya.

RUJUKAN 15
Naimah Binti Ismail et al (2021, Mac). Penghayatan Etika dan Peradaban. Jabatan Pengajian
Am. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Diambil 2 Mac, 2021 daripada
https://fliphtml5.com/dhytd/drgd/basic

Ahmad Bashir Aziz (2004, September). Nilai dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perspektif
Agama - Agama di Malaysia. Diambil 4 September, 2004 daripada
http://repo.uum.edu.my/1810/1/10.pdf

Dr. Nasruddin Yunos (2021). Konsep Etika Dalam Dari Perspektif Barat. Hak Asasi Manusia
Tajuk Tugasan. Diambil 24 November, 2021 daripada
https://www.coursehero.com/file/77513801/konsep-etika-dalam-dari-perspektif-Barat-
A172790docx/

Mannan, A., Dakwah, F., Uin, K., & Makassar, A. (2019). Etika Komunikasi Interpersonal
Mahasiswa Ilmu Komunikasi Fakultas Dakwah dan Komunikasi kepada Dosen melalui
Smartphone. Diambil 2019 daripada https://core.ac.uk/download/pdf/234751666.pdf

Media Baharu. (2019, Februari). Kekalkan Sikap Toleransi Antara Kaum Demi Keamanan Dan
Keharmonian Negara - PM. Portal Berita RTM. Diambil 18 Febuari, 2019 daripada
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/11263-kekalkan-sikap-toleransi-antara-kaum-
demi-keamanan-dan-keharmonian-negara-pm

Saravanan Anna (2018, Febuari). Etika : Sebagai Panduan Hidup. Diambil 2018 daripada
https://www.researchgate.net/publication/323454258_ETIKA_SEBAGAI_PANDUAN_HIDUP

Afif Syakir. (2019). Topik 3 - Cabaran Komunikasi & Penyiaran Dalam Islam. Slideshare.net.
Diambil 2019 daripada https://www.slideshare.net/AfifSyakir1/topik-3-cabaran-
komunikasi-penyiaran-dalam-islam

Lukin @ Lokin, S. A., Esa, M. S., Abang Muis, A. M. R., Ationg, R., Mohd Tamring, B. A.,
Othman, I. W., & Mokhtar, S. (2021). Methods and Challenges in Managing Ethnic
Relations in Malaysia. International Journal of Law, Government, and
Communication, 6(23), 115–124. Diambil 2021 daripada
https://doi.org/10.35631/ijlgc.623008

Anda mungkin juga menyukai