Anda di halaman 1dari 1

Bismillah Arrahman Arrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam 4 Ramadan


1442H.

Selamat datang diucapkan kepada semua yang hadir ke Bilik Mesyuarat Alamanda pada
petang ini.

Seperti yang Tuan-tuan Puan-puan sedia maklum, pada petang ini kita akan mendengar
taklimat ringkas tentang Perlindungi Diri, satu produk insurans terkini yang diperkenalkan
oleh Affin Bank. Dan betulkan say ajika saya tersilap, semua ahli BAKTI telah diinsuranskan
secara PERCUMA oleh BAKTI! Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada BAKTI atas usaha
kalian dalam memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Lebih menarik lagi, selepas tamat sesi taklimat ini, bubur lambuk viral Kampung Baru akan
diagihkan kepada semua. Agihan bubur lambuk ini adalah sumbangan daripada kolaborasi
mantap Affin Bank dan BAKTI. Di mana & bagaimana kaedah agihannya, kita tunggu hingga
ke penghujung agenda.

Baiklah, tanpa membuang masa, pihak majlis mempersilakan:

Puan Norliyana selaku Financial Consultant

Puan Norazliha selaku Sales Manager

Untuk memberikan taklimat ringkas tentang produk Perlindungi Diri ini. Dipersilakan.

(taklimat – limit 3.45 pm)

Alhamdulillah, demikian tadi pencerahan yang diberikan oleh Puan Norliyana & Puan
Norazliha tentang produk insuran Perlindungi Diri ini. Semoga ia memberi manfaat kepada
kita semua demi masa depan yang masih menjadi rahsia. Terima kasih diucapkan kepada
Affin Bank atas kesudian berkongsi maklumat bersama warga Jemaah Nazir pada petang ini.

Baiklah hadirin sekalian, menutup tirai agenda pada petang ini, pihak majlis mempersilakan

Nama:

Untuk menyampaikan cenderamata kepada wakil AFFIN BANK pada petang ini. Dipersilakan:

Nama:

Sekian sahaja sesi perkongsian pada petang ini. Selamat meneruskan ibadah puasa. Moga
diberikan kekuatan, ketenangan, keselamatan, dan segala kebaikan.

(agihan bubur lambuk)

Anda mungkin juga menyukai