Definasi Apresiasi Seni
Definasi Apresiasi Seni
Apresiasi Seni
DEFINISI
Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-
pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni
seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh.
Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi
dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan
mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.
Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua
pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:
Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain
serta menimbulkan kesedaran
KAEDAH MELIHAT SENI
a. KAEDAH HEDONISTIC
Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan
perasaan, gemar, menarik dan benci.
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:
• Suka/tidak
• Tertarik/tidak
• Pernyataan spontan
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah
ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.
Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.
b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK
Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik
dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah
dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan
fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman
konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang
menarik oleh pemerhati.
c. KAEDAH ORGANISTIK
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan
terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh
intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang
dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya
dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan
serta kepelbagaian.
d. KAEDAH NORMISTIK
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai
masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri
kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian
yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak
peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya
dan agama.
e. KAEDAH ELEKTIK
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi
penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur
asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian
secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik,
sederhana dan kurang baik.
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses
apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi
seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian
a. MENGGAMBARKAN
Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,
bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur
b. MENGANALISA
c. TAFSIRAN
i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol,
unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut.
d. PENILAIAN
Alat atau bahan untuk berinteraksi bagi meluahkan pendapat dan perasaan.
Menjelaskan konsep secara visual.
Komunikasi visual yang baik membolehkan seni visual dapat disampaikan dengan berkesan
kepada audien.
menyampaikan mesej melalui media massa
sebagai tujuan perdagangan dan komunikasi yang memberi maklumat.
Ekspresi
Tindak balas emosi hasil daripada interaksi dengan persekitaran, orang lain / masyarakat,
peristiwa dan benda.
Meluahkan perasaan dan pandangan dalam bentuk visual.
Kemahiran
Disiplin ilmu yang mampu memupuk dan membentuk secara halus nilai-nilai dalam diri manusia
melalui aktiviti-aktiviti seni yang mengabung jalinkan tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.
Pengetahuan dan kefahaman berdasarkan kajian , penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam
proses penghasilan seni visual.
Penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber.
Kreativiti
Naluri yang digunakan untuk menyelesaikan atau meluahkan sesuatu masalah hidup. Melibatkan
idea baru, rekacipta, fleksibel, keaslian, kelancaran, mengubah/mentafsir semula, dan kebebasan.
Membentuk peribadi yang kreatif, citarasa yang baik dalam menikmati keindahan alam.
Mencabar keupayaan individu untuk mencetuskan idea-idea seni melalui adunan pengalaman
dengan pemerhatian, pengamatan, pemahaman, penaakulan, pemilihan, mentafsir lalu memindah dan
menterjemahkan idea tersebut kepada media atau bahan.
Pertimbangan dan Kesedaran Estetik
Karya seni adalah kombinasi simbol-simbol estetika bertujuan mewujudkan perasaan.
Melahirkan pembuat, penghayat dan penggiat seni yang mempunyai pengetahuan dan
keupayaan estetika yang baik.
Peka terhadap alam sekitar.
Pembangunan Manusia
Mampu bertanggung jawab dengan penuh yakin terhadap alam sekitar, memelihara dan menjaga
khazanah budaya bangsa serta dapat mengubah sosio- ekonomi.
Mengunakan seni visual berasaskan media konvesional, media cetak dan media elektronik dalam
kehidupan seharian.
merakamkan dan memelihara perasaan
menggambarkan nilai-nilai masyarakat