Anda di halaman 1dari 7

Tuesday, May 22, 2012

Apresiasi Seni
DEFINISI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai


tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan
stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-
aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan
terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat
dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan


“logical operation such as defining, valuing and explaining”
 
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan
teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978)


“if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its
value and character”

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-
pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa


“…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art
forms such as dress, architecture an decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni
seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh.
Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi
dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan
mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI SENI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni


b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
c) Menghasilkan karya (produk seni)
d) Memahami seni dan hubungannya
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni
TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan
kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain
berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat
melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita
dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua
pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:

a) Pendekatan secara logik


b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek


semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada
yang melihat sesuatu karya seni tersebut:
 
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media,


proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh. 

Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid,


mengumpul dan menyusun gambar-
gambar

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain
serta menimbulkan kesedaran

Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman


masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang
gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan


peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan
penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu
pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan
dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih
terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

1. Secara perbincangan dan perbandingan


2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4. Secara menyediakansetting/set induksi
5. Secara membesarkan gambar
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7. Secara aktiviti permainan seni
8. Secara lawatan/pameran
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

 
KAEDAH MELIHAT SENI

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:


a) Hedonistic
b) Kontekstualistik
c) Organistik
d) Normistik
e) Elektik

  
a. KAEDAH HEDONISTIC

Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan
perasaan, gemar, menarik dan benci.
 
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

• Suka/tidak
• Tertarik/tidak
• Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah
ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.
Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK
Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik
dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah
dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan
fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman
konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang
menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan
terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh
intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang
dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya
dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan
serta kepelbagaian.

d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai
masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri
kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian
yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak
peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya
dan agama.

e. KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi
penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur
asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian
secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik,
sederhana dan kurang baik.

 
PROSES APRESIASI SENI 
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses
apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi
seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian

a. MENGGAMBARKAN

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,
bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur
b. MENGANALISA

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan


stuktur
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii. Menghauraikan stail sesuatu karya

c. TAFSIRAN

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol,
unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk 
menjelaskan makna tersebut.

d. PENILAIAN

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian,


gubahan, teknik dan fungsi
ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,
keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.
Alat Komunikasi

 Alat atau bahan untuk berinteraksi bagi meluahkan pendapat dan perasaan. 
 Menjelaskan konsep secara visual.
 Komunikasi visual yang baik membolehkan seni visual dapat disampaikan dengan berkesan
kepada audien.
 menyampaikan mesej melalui media massa
 sebagai tujuan perdagangan dan komunikasi yang memberi maklumat.

Ekspresi

 Tindak balas emosi hasil daripada interaksi dengan persekitaran, orang lain / masyarakat,
peristiwa dan benda.
 Meluahkan perasaan dan pandangan dalam bentuk visual.        

Kemahiran

 Bakat dan kebolehan dalam potensi diri individu.


 Mengaplikasikan pengetahuan dan teknik-teknik seni visual .
 Meningkatkan kemahiran dan membolehkan seseorang itu mengenal, membeza, membuat dan
menilai hasil serta ciptaan seni visual dalam kehidupan seharian.
 Kemahiran teknik penghasilan menggambar, rekaan corak, membentuk dan membuat binaan
dan kraf tradisional
 kemahiran mengaplikasikan konsep asas seni reka dan prinsip rekaan
 kemahiran teknologi digital dan multimedia

Pengetahuan dan Kefahaman

 Disiplin ilmu yang mampu memupuk dan membentuk secara halus nilai-nilai dalam diri manusia
melalui aktiviti-aktiviti seni yang mengabung jalinkan tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.
 Pengetahuan dan kefahaman berdasarkan kajian , penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam
proses penghasilan seni visual. 
 Penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber.

Menajamkan Kepekaan Pengamatan

 Membuat dan melihat sesuatu menggunakan pengamatan pelbagai  pancaindera serta


menggunakan perasaan dan akal.  
 Berkemampuan untuk menyuburkan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.  

Kreativiti

 Naluri yang digunakan untuk menyelesaikan atau meluahkan sesuatu masalah hidup. Melibatkan
idea baru, rekacipta, fleksibel, keaslian, kelancaran,  mengubah/mentafsir semula, dan kebebasan.
 Membentuk peribadi yang kreatif, citarasa yang baik dalam menikmati keindahan alam.
 Mencabar keupayaan individu untuk mencetuskan idea-idea seni melalui adunan pengalaman
dengan pemerhatian, pengamatan, pemahaman, penaakulan, pemilihan, mentafsir lalu memindah dan
menterjemahkan idea tersebut kepada media atau bahan.  
Pertimbangan dan Kesedaran Estetik
 Karya seni adalah kombinasi simbol-simbol estetika bertujuan mewujudkan perasaan.
 Melahirkan pembuat, penghayat dan  penggiat seni yang mempunyai pengetahuan dan
keupayaan estetika yang baik.
 Peka terhadap alam sekitar. 
Pembangunan Manusia
 Mampu bertanggung jawab dengan penuh yakin terhadap alam sekitar, memelihara dan menjaga
khazanah budaya bangsa serta dapat mengubah sosio- ekonomi.
 Mengunakan seni visual berasaskan media konvesional, media cetak dan media elektronik dalam
kehidupan seharian.
 merakamkan dan memelihara perasaan
 menggambarkan nilai-nilai masyarakat

Anda mungkin juga menyukai