Anda di halaman 1dari 8

TEMA: SEJARAH ETNIK

TAJUK: ADAT-ADAT UPACARA DALAM MASYARAKAT SUNGAI, DI KAMPUNG

SUNGAI SUNGAI SUGUT BELURAN SABAH MALAYSIA

Pengenalan

Sungai adalah merupakan salah satu bangsa Melayu yang terdapat di Malaysia. Suku kaum

Sungai ini terlebih tertumpu di kawasan pantai timur Sabah . Suku kaum sungai ini

sebenarnya berasal dari negeri Sabah iaitu di kawasan daerah sungai sugut. Namun

begitu,kebanyakan suku kaum sungai ini telah banyak berhijrah di merata daerah seperti

Kota Kinabatangan dan daerah yang lain yang ada di negeri Sabah sebelum negara ini

mencapai kemerdekaan lagi. Suku kaum sungai ini juga seperti masyarakat lain yang

mempunyai adat-adat upacara dalam melakukan sesuatu hal yang penting seperti adat yang

dikaji iaitu adat upacara perkahwinan, adat upacara kelahiran dan adat upacara kematian.

Mengikut kamus bahasa melayu definisi upacara ialah majlis keramaian mengikut sesuatu

adat kebiasaan atau agama.

Objektif Kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk merintis sejarah awal adat–adat

pengupacaraan dalam masyarakat Sungai di Kampung Sungai Sungai Sugut. Dengan

adanya kajian ini, masyarakat dapat mengetahui bagaimana cara melakukan adat

pengupacraan dalam sesuatu hal yang penting mengikut etnik sungai.

Malah tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti cara untuk

menyelesaikan adat upacara yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Sungai Sungai

Sugut semasa majlis dilakukan. Ini kerana dalam tempoh kajian tersebut banyak perkara yang
perlu dilakukan oleh penduduk di kampung tersebut.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menjelaskan perkembangan dari segi adat

dan ritual pengupacaraan di kampung tersebut dari tahun 1978 sehingga 2006M. Selain itu,

penulisan ini membolehkan dapat mengenalpasti perubahan dari tatacara dan penyelesaian

yang digunakan oleh penduduk di Kampung Sungai Sungai Sugut dalam tempoh kajian.

Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana cara adat

pengupacaraan mula dijalankan oleh penduduk tempatan di Kampung Sungai Sungai Sugut.

Ini kerana aktiviti adat upacara yang dilakukan ini pada mulanya dapat dikaitkan dengan

amalan tradisi masyarakat tersebut. Ini menjadikan kajian ini menarik untuk dijalankan.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh

penduduk yang menjalankan adat pengupacaraan dalam tempoh kajian. Dengan kajian ini

dapat melihat cabaran – cabaran yang dihadapi oleh penduduk berkenaan.

Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk meninjau apakah perubahan

perkembangan cara dalam proses melakukan adat-adat pengupacaraan oleh penduduk

masyarakat di kampung tersebut. Justeru kajian ini dapat meninjau adakah perubahan cara ini

membawa kepada perubahan masyrakat untuk melakukan segala tatacara semasa melakukan

sebuah majlis di kampung tersebut.


Skop Kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan

Kampung Sungai Sungai Sugut yang terletak di daerah Beluran Sabah Malaysia. Kawasan ini

terletak 114 km dari Pekan Daerah Beluran Sabah. Ini kerana majoriti penduduk di kampung

berkenaan melakukan adat pengupacaraan sebagai mengikuti tatacara etnik sungai.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1978 sehingga

2006M. Tempoh kajian selama 28 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

perubahan yang pesat dalam melakukan adat upacara di kawasan tersebut.

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 2 aspek yang difokuskan. Ia tertumpu

kepada asal usul permulaan adat-adat upacara yang dilakukan oleh penduduk di kampung

tersebut. Dengan kajian ini dapat mengetahui bagaimana cara mengikut proses dan ritual

dijalankan. Malah kajian ini juga berfokus kepada penelitian terhadap masalah – masalah

yang dihadapi oleh penduduk ketika hendak melakukan adat pengupacraan pada sepanjang

tempoh kajian. Dengan ini dapat mengenalpasti adakah masalah – masalah itu dapat diatasai.

Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada perkembangan cara tradisional dan

moden yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Sungai Sungai Sugut yang menjalankan

adat-adat upacara dalam tempoh kajian.

Sorotan Kajian Lepas

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan adat-adat

upacara di Malaysia. Namun kebanyakan kajian lebih tertumpu pada etnik sungai melalui

upacara perkahwinan, upacara kematian, dan upacara kelahiran di Kampung Sungai Sungai

Sugut. Penulisan ini hasil dari pengamatan dan analisis yang telah diakukan melalui sumber

yang diperolehi dari kaedah sejarah lisan dan buku. Penulisan ini dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu asal usul masyarakat Sungai, latar belakang lokasi kajian dan sejarah adat-adat

upacara. Hasil pembacaan, ia menjelaskan bagaimana masyarakat Sungai yang tinggal di

kawasan kajian iaitu Kampung Sungai Sungai Sugut telah menjalankan adat pengupacaraan.

Namun penjelasan tentang isu kajian hanya tertumpu pada tiga aspek sahaja. Dalam bahagian

ini, dijelaskan tentang tentang beberapa perkara seperti pengupacaraan perkahwinan, upacara

kelahiran, dan upacara kematian.keunikan budaya suku kaum sungai dipaparkan dalam tradisi

majlis perkahwinan dan proses ajaran islam yang diterapkan dalam upacara kelahian dan

kematian. Ia suatu yang menarik untuk dibaca kerana didapati setiap adat-adat upacara

mempunyai tatacara tersendiri. Dari kajian ini menarik minat pengkaji untuk merintis kajian

yang belum lagi dilakukan terhadap sejarah adat-adat pengupacaraan di Kampung Sungai

Sungai Sugut.

Antara penulisan akademi bertajuk Sejarah Adat Perkahwinan Sungai di sabah

oleh zulfah dalam zulfah89.blogspot.com . Bagi kaum sungai adat merisik ( jarum-jarum )

keluarga pihak lelaki akan menghantar seorang dua wakil kerumah keluarga perempuan

untuk merisik gadis itu. Meminang ( Menawo ) wakil masing-masing sebagai jurucakap

untuk mengadakan perundingan perkahwinan. Bagi majlis hantaran ( mengossur ) semua

permintaan pihak perempuan akan diserahkan selengkap-lengkapnya dengan peniuh adat

istiadat. Pada Malam Berinai (Gabbpie Tullau ) akan berlangsung pada sebelah malam sehari

sebelum majlis nikah diadakan keesokan harinya. Majlis Nikah Kahwin ( Nagnikah ) ini

disempurnakan di rumah keluarga pengantin perempuan berdasarkan hukum-hakam agama

islam. Majlis Bersanding ( Nagsanding ) ini adalah mempertontonkan kepada orang ramai

tentang majlis tersebut. Majlis Sambut Menantu ( Tingkuang ) iaitu selepas genap 7 hari

pihak pengantin lelaki akan membawa balik isterinya untuk diperkenalkan secara rasmi

kepada keluarga pihak suami.

Selain itu kajian berkenaan dengan adat upacara kematian bagi suku kaum sungai.
Adat upacara kematian juga terdapat dalam artikel yang dihasilkan JKKN PEMETAAN

dalam pemetaan budaya.my yang bertajuk adat kematian etnik orang sungai. Pengurusan

jenazah dikendali oleh imam atau ahli keluarga terdekat dan hendaklah dilakukan secara

tertib dan terhormat kerana dipercayai jenazah merasa sakit sekiranya dilakukan secara kasar.

Kebiasaan jenazah diletakkkan di sudut ruang ruma untuk dimandikan dan dikapankan

dengan kain kain putih dan kitab al-Quran diletakkan di hujung bahagian kepala jenazah.

Seterusnya, Mandian Rupog jenazah dimandikan terlenih dahulu diurus oleh imam kampung

atau ahli keluarga yang mahir, bertujuan membersihkan jenazah daripada najis. Empat jenis

air yang digunakan iaitu air bedak, air santan, air talkin, air limau. Pantang Larang sekiranya

berlaku kematian orang kampung memberhentikan kegiatan seperti berkebun, memburu, dan

pelbagai kegiatan harian yang dijalankan..

Akhir Sekali, kajian adat upacara kelahiran bagi suku kaum sungai. Azan akan

berkumandangdi telinga kanan bagi anak lelaki dan iqamat bagi anak perempuan.Azan dan

iqamat ini akan dilakukan pada hari ketiga waktu maghrib bagi tujuan memperdengarkan

kalimah islam pada awal kelahirannya di dunia. Disunatkan juga membaca membaca ayat-

ayat suci al-Quran pada bayi tersebut dan bacaan itu tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup

sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja. Bapa kepada bayi tersebut meminta

bantuan ustaz untuk melakukan ‘ tahnik ‘ atau belah mulut yang dilakukan selepas anak

dilahirkan. Rambut bayi tersebut itu dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh

kelahirannya, hal ini kerana ianya dapat menghilangkan selaput kulit kepala ( iaitu sejenis

cecair beku yang melitupi kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala ).

Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 2 kaedah untuk mendapatkan


maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi

memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan perpustakaan dijalankan di

Pejabat Pertanian, Arkib Negeri dan Pejabat Daerah serta perpustakaan tempatan. Ini

dilakukan untuk mendapatkan rekod – rekod berkenaan adat-adat upacara etnik bugis bagi

Kampung Sungai Sungai Sugut.

Selain itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan –

soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat

adalah Ketua kampun Sungai Sungai Sugut dan penduduk Kampung Sungai Sungai Sugut.

Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakam.

Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan

adat-adat upacara yang dijalankan di Kampung Sungai Sungai Sugut. Bahagian ini juga

menerangkan secara umum latar belakang Kampung Sungai Sungai Sugut yang menjadi

kawasan kajian. Seterusnya penulis akan mengaitkan dengan tujuan kajian dijalankan secara

umum.

Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada 3 aspek. Aspek yang pertama adalah meninjau permulaan atau pengurusan

adat yang dijalankan oleh penduduk Kampung Sungai Sungai Sugut. Seterusnya penulis akan

menghuraikan penyelasaian yang dihadapi oleh penduduk yang menjalankan adat upacara

dalam tempoh kajian. Malah penulis juga akan mengupas perkembangan cara yang berlaku

ke atas adat pengupacaraan di kawasan tersebut.


Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian

berkenaan.

Penutup

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi

pengetahuan tentang cara melakukan upacara mengikut adat terutamanya di kawasan yang

agak asing bagi masyarakat luar. Ini sekaligus akan membolehkan Kampung Sungai Sungai

Sugut akan sentiasa mengikut proses dan ritual dalam menjalankan sesuatu upacara walau di

manapun berada bagi memudahkan majlis yang dijalankan.

Bibliografi

Sumber Primer
Laporan Ketua kampung kampung

Bahan bacaan kamus dewan bahasa melayu

Laporan penduduk kampung

Sumber Sekunder

Zulfah , zulgah89,blogspot.com : adat perkahwinan orang sungai

JKKN PEMETAAN, pemetaan budaya.my : adat kematian orang sungai

Sumber Lisan

Temubual ketua dengan kampung Sungai Sungai Sugut

Temu Bual dengan penduduk kampung Sungai Sungai Sugut

Anda mungkin juga menyukai