Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Kritikan keras ke atas kaedah pedagogi dan kajian pendidikan isu tersebut
secara meluas oleh pakar-pakar pendidikan semenjak awal 1980an adalah akibat
daripada ketidaksamaan yang berlaku dalam sistem persekolahan dan
pendidikannya di Amerika Syarikat . Kritikan pedagogi yang ingin menjawab
persoalan tentang kepentingan siapakah yang ingin di layan dan dijaga ( Bennet &
LeCOmpte ,1999) boleh disimpulkan sebagai kritikan yang menjurus kepada
persoalan dominasi yang bukan hanya mempersoalkan tentang struktur
pembentukan sosiobudaya masyarakat sekolah yang berbeza tetapi juga kajian
tentang kuasa ; siapa yang membentuk kuasa, siapa yang memegang kuasa dan
bagaimanakah kuasa yang sedia tercipta memberi faedah kepada golongan yang
sudah berkuasa (Gordon, 1995).
Asasnya, kritikan pedagogi sebagai satu kajian ke atas ketidaksamaan
sistem persekolahan dan pendidikan di Amerika Syarikat bersandarkan kepada
tiga teori pemikiran yang utama iaitu , Teori Pembiakan Ekonomi , Teori
Pembiakan Budaya , Teori Pembiakan Hegemoni Negara dan Teori Penentangan.

Definisi istilah

Pembiakan budaya
Pembiakan budaya merujuk kepada proses di mana nilai dan norma budaya yang
sedia ada diturunkan dari generasi ke generasi yang seterusnya. Pembiakan
budaya sering menghasilkan pembiakan sosial, atau proses memindahkan aspek
masyarakat (seperti kelas) dari generasi ke generasi. Istilah ini diperkenalkan oleh
Pierre Bourdieu dan Jean Claude Passerine dalam Cultural Reproduction and
Social Reproduction.

Struktur Sosial

Struktur sosial merujuk kepada entiti atau kumpulan yang mempunyai


perhubungan yang jelas antara satu sama lain, yang mempunyai corak kelakuan
dan perhubungan dalam sistem sosial, atau institusi sosial dan norma-norma

1
ditanam didalam system sosial di mana terjadinya pembentukan kelakuan sistem
sosial tersebut. Dalam erti kata yang lain, masyarakat dikelompokkan dalam
kumpulan yang berkaitan yang melakukan fungsi yang berbeza. Salah satu contoh
struktur sosial ialah stratifikasi sosial, yang merujuk kepada masyarakat yang
mempunyai strata yang berbeza, berdasarkan perbezaan sosial seperti bangsa,,
kelas dan jantina.

Stratifikasi masyarakat

Raja Kelas Atasan

Kelas Menengah
Pembesar

Kelas Pekerja
Rakyat

Kelas Bawah
Hamba

Stratifikasi masyarakat tradisional Stratifikasi masyarakat moden

Didalam konsep stratifikasi sosial, tempat yang diatas diduduki oleh kelas yang
lebih tinggi sementara yang paling bawah ialah kelas yang paling rendah.
Stratifikasi zaman tradisional digambarkan berbentuk piramid manakala stratifikasi
zaman moden berbentuk intan. Pada hari ini struktur kelas sosial merupakan
sesuatu yang nyata di negara-negara maju kapitalis. Kelas sosial telah menjadi ciri
penting masyarakat moden. Sudah tentu perbezaan kelas sekarang tidak
sebagaimana pandangan Marx terhadap borjuis dan proletariat. Kita hidup dalam
masyarakat yang sangat kompleks. Menurut Gollnick dan Chinn (1990) dalam
Amir Hasan Dawi (2002), terdapat empat kelas sosial yang utama dalam
masyarakat moden. Kelas itu adalah kelas atasan, kelas menengah, kelas pekerja
dan kelas bawahan. Kelas atasan terdiri daripada golongan kaya raya, samada
kekayaan berbentuk wang atau aset harta. Kekayaan mereka boleh jadi diwarisi
atau diperolehi. Kelas menengah terbahagi kepada dua. Pertama ialah golongan
profesional dan pentadbir yang menjadi kumpulan elit kelas menengah. Keduanya
ialah pekerja kolar putih yang antaranya termasuklah guru-guru, jururawat,

2
pensyarah dan kerani. Kelas pekerja yang sering bergelar pekerja kolar biru
merupakan mereka yang melakukan pelbagai kerja-kerja manual. Mereka adalah
golongan subordinat dalam system kapitalis. Di bawah sekali ialah kelas bawahan.
Auletta (1982) dalam Amir Hasan Dawi (2002) membahagikan kelas bawahan
kepada empat golongan iaitu golongan miskin yang pasif (mengharapkan derma
kebajiakan), golongan hostile (penjenayah jalanan), golongan hustlers
(memperoleh pendapatan secara haram tetapi tidak ganas) dan golongan
traumatik (pemabuk,orang yang tidak berumah; lumpenproletariat).

Golongan Dominan

Kelas atasan dalam konsep sosiologi merujuk kepada orang yang berada
diatas hiraki sosial. Orang yang tergolong dalam kelas atasan sering mendapat
kuasa terhadap peruntukkan sumber dan polisi kerajaan dalam negara mereka.
Dari sudut pandangan sejarah, golongan kelas atasan tidak perlu bekerja untuk
hidup memandangkan mereka mempunyai pelaburan yang diwarisi, walaupun
kadangkala golongan atasan kurang duit berbanding golongan pedagang.
Biasanya kelas atasan adalah ”dihuni” oleh kelas dominan. Status kelas atasan
biasanya digambarkan dengan kedudukan keluarga dan bukan daripada
kekayaan dan pelaburan sendiri. Kelas dominan mempunyai ideologi dominan.
Ideologi dominan ditakrifkan dalam Marxis atau Teori Maxis, adalah sebagai satu
set nilai dan kepercayaan yang diterima oleh kebanyakan orang dalam satu
kelompok masyarakat. Menunjukkan bagaimana kenbanyakan orang berfikir
tentang sesuatu (Dominant Ideology, 2008),

Teori Pembiakan

Terumpu kepada aspek struktur (structural) masyarakat. Melihat bagaimana


struktur sosial dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi (theory of
tramsmissions). Melihat bagaimana struktur sosial membantu fungsi umum
masyarakat. Fahaman ini berpandangan bahawa sekolah bukan agen yang
mengalakkan amalan demokrasi, mobiliti sosial dan kesamaan (equality) –

3
sebaliknya sekolah menjadi tempat membiakkan ideologi masyarakat dominan
dan hiraki struktur kelas. Contohnya, budaya kerja yang dominan dibiakkan dalam
sistem persekolahan. Setiap pelajar sekolah diwajibkan memakai pakaian
seragam sekolah.untuk membiakkan kebudayaan. Untuk melihat bagaimana teori
ini mempengaruhi sistem pembiakan di Malaysia, ianya dijelaskan mealui tiga
model pembiakan iaitu model pembiakan ekonomi, model pembiakan kebudayaan
dan model pembiakan hegemoni negara.

Model Pembiakan Ekonomi

Pendidikan dapat melahirkan rakyat yang mudah lentur dan mobiliti


untuk pembangunan sosio-ekonomi negara. Dengan adanya pendidikan,
kelenturan dan mobiliti tenaga kerja akan dapat ditambah. Ini disebabkan seorang
yang mempunyai pendidikan tinggi mudah untuk berpindah dan menyesuaikan diri
dengan sesuatu pekerjaan. Didalam pekerjaan yang sama, seseorang pekerja
yang berpendidikan akan mudah mempelajari sesuatu kemahiran dan kos untuk
melatih pekerja yang berkemahiran lebih murah daripada pekerja yang tidak
berpendidikan. Oleh itu, kelenturan akan menyebabkan seseorang pekerja
mempelajari kemahiran baru, manakala mobiliti pula membolehkan seseorang
berpindah pekerjaan dari satu sektor ke satu sektor yang lain atau berpindah
kepada kerja yang pengeluarannya tinggi dan memberi faedah kepada individu
serta ekonomi secara keseluruhannya. Sekolah juga adalah untuk kelas sosial
yang berlainan. Kelas sosial yang berlainan adalah berasaskan ras, dimana
wujudnya sekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri daripada murid-murid
melayu, SKJ Cina yang menggunakan bahasa pengantar cina, dan SKJ Tamil
yang mengkhusus untuk kaum India. Dari segi pilihan matapelajaran juga
memperlihatkan kelas sosial yang berlainan. Pelajar lelaki pra-PMR mengambil
matapelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 1 yang banyak memberi fokus kepada
kemahiran eletrik dan elektronik, kerja pertukangan kayu dan paip, serta asas
operasi enjin motorsikal. Pelajar perempuan pra-PMR pula mengambil
matapelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 2 yang memberi penekanan kepada
kemahiran memasak, menjahit dan menguruskan hal-ehwal rumahtangga.

4
Sekolah juga berfungsi sebagai gatekeeper dimana kanak-kanak dari kelas sosial
yang rendah dipaksa untuk bertaat setia, berpatuh kepada peraturan dan undang-
undang sekolah, menepati masa dan membiasakan diri untuk sentiasa mengikut
arahan. Bagi kanak-kanak dari kelas sosial atasan dan pertengahan, mereka
biasanya berpeluang untuk membuat keputusan, menaakul, berfikir secara
analitikal dan kritis, serta kreatif dan boleh bekerja tanpa pengawasan.

Model Pembiakan Kebudayaan


Pihak sekolah menerima dan mengamalkan modal budaya kumpulan-kumpulan
sosial dominan dan meneruskannya seolah-olah ianya diagihkan secara saksama
kepada semua pelajar. Autoriti guru adalah mewakili authoriti kelas dominan.
Kriteria mengadili murid adalah berasaskan budaya kelas dominan yang juga telah
disesuaikan dengan sistem pendidikan. “guru sendiri merupakan hasil sistem
pendidikan yang bertujuan untuk memindahkan budaya golongan dominan”
(Bourdieu, 1966) dalam Amir Hasan Dawi (2002). Keseluruhannya sistem
pendidikan cuba memaksa secara arbitari memasukkan budaya golongan kelas
dominan kepada murid-murid yang berasal dari kelas yang rendah. Kelas bawah
yang merupakan kelas golongan subordinat tidak mempunyai modal budaya
(pengetahuan). Budaya dianggap sebagai satu ”modal”. Modal budaya adalah
berbentuk simbolikbukan seperti modal ekonomi yang berbentuk material (wang).
Sekolah memainkan peranan dalam mengekalkan ketidaksamaan dan
menghukum mereka yang tidak menuruti atau tidak sesuai kepada piawaian kelas
menengah semasa ia menentukan kriteria kelas pencapaian yang memihak
kepada murid yang mempunyai modal budaya kelas menengah. Akibat daripada
perkara ini ialah murid-murid daripada kelas dominan kelihatan lebih cemerlang .
akhirnya penganiyaan simbolik, iaitu penindasan terhadapa kelas pekerja atau
kelas social yang lebih rendah oleh dominasi budaya berlaku. Dengan itu hieraki
social dalam masyarakat akan dihasilakan semula dan terus berkembang. “sistem
pendidikan melengkapkan keseluruhan proses reproduksi mengikut struktur
pengagihan modal di kalangan kelas-kelas” (Bourdieu, 1973).

5
Dalam kajian Bourdieu, beliau memberi fokus kepada kekurangan dan
ketidaksamarataan pembiakkan struktur (structural reproduction) yang disebabkan
oleh pembiakkan budaya. Menurut Bourdieu, ketidaksamarataan berkitar dalam
sistem pendidikan dan institusi sosial yang lain. Melalui pembiakan budaya, hanya
mereka yang berbudaya dominan berupaya memperoleh pengetahuan yang diajar
dalam satu sistem budaya. Maka mereka yang tidak tergolong dalam kelompok
dominan mempunyai kekurangan untuk menerima maklumat budaya (cultural
information), maka mereka sentiasa dalam kerugian. Masyarakat kapitalis
bergantung kepada system sosial berstrata, dimana kelas pekerja mempunyai
pendidikan yang khusus untuk kerja-kerja buruh. Maka, sekolah dalam
masyarakat kapitalis sentiasa dalam penstrataan, dan budaya dominan tidak
hilang hagemoninya. Maka dirumuskan oleh Bourdieu, satu cara untuk
mengekalkan penstrataan ini adalah melalui pembiakan budaya. Sekolah
berperanan dalam menghasilkan dominan cultural capital (modal budaya dominan
adalah seperti ketangkasan, kelulusan akademik dan kemahiran. Sebagai contoh,
budaya kerja yang dominan dibiakkan dalam sistem persekolahan ialah setiap
pelajar sekolah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

`Disimpulkan, kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya kelas dominan


mempunyai kelebihan dalam pendidikan. Mereka mempunyai modal budaya untuk
mencapai kehendak-kehendak pendidikan masing-masing. Sementara itu mereka
dari latar belakang kelas pekerja perlulah mendapat modal budaya yang
sewajarnya untuk bersaing.

Model Pembiakan Hegemoni (undang-undang) Negara

Pendidikan adalah sebagai salah satu alat kerajaan untuk mengagihkan


pekerjaan kepada rakyatnya mengikut kelulusan akademik. Stratifikasi sosial
dikekalkan. Kerajaan menggunakan sekolah untuk penjagaan kanak-kanak
(custodian concept) dan parking lots- kemudahan untuk pelajar menyambung
pelajaran. Pendidikan adalah untuk menyebarkan ideologi negera seperti dalam
matapelajaran Sejarah. Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Moral.
Semua ini adalah ideologi golongan dominan. Selepas keluarga, sekolah dilihat

6
sebagai agen sosialisasi yang penting. Sekolah merupakan agen perubahan
sebagaimana yang dikehendaki oleh polisi yang ditentukan. Peranan pendidikan
sebagai alat untuk membiakkan indoktrinasi pemerintah sangat penting selepas
pendidikan. Pendidikan telah dirancang sedemikian rupa supaya dapat
menghasilkan rakyat yang patuh kepada sistem pentadbiran negara. Pemikiran
rakyat dalam sistem pendidikan telah diorientasikan kepada sistem demokrasi
moden.

Pembiakan ideologi pemerintah adalah penting untuk mencapai matlamat-


matlamat negara seperti perpaduan dan guna tenaga. Dari sudut pandangan
politik, pendidikan memang penting untuk membiakkan dasar-dasar kerajaan
kepada rakyat. Ibrahim Saad (1990) dalam Amir Hasan Dawi (2002) melihat
sekolah memainkan peranan utama sebagai alat negara dalam sosialisasi politik.
Terdapat beberapa cara sosialisasi politik dilakukan. Cara-cara berkenaan adalah
melalui kurikulum sekolah yang membiakkan nilai-nilai kebangsaan, amalan-
amalan atau ritual yang terdapat di sekolah dan melalui tingkahlaku guru.

Mengenai pembiakan nilai-nilai kebangsaan dalam kurikulum sekolah, kita


dapat mengesan hal ini terkandung dalam matapelajaran tertentu seperti sejarah,
pendidikan moral, agama, geografi dan kajian tempatan. Ia dilakukan menerusi
penulisan semula buku teks. Disini kita mengesan penulisan buku-buku teks
adalah berbentuk Malaysia dan tidak menyanggahi dasar-dasar kerajaan.
Contohnya setiap pelajar dari pelbagai latar sekolah diwajibkan mengambil
matapelajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan (Model
Kebudayaan). Bermula pada Pernyata Razak (1956) dan kemudian Penyata
Rahman Talib (1960), penyata-penyata ini dilihat sebagai langkah awal kerajaan
Perikatan untuk membiakkan budaya perpaduan dikalangan rakyat. Pada akta
Pendidikan 1961, bahasa Malaysia diperkukuh sebagai bahasa pengantar utama
di sekolah tanpa mengabaikan penggunaan bahasa ibunda lain. Bahasa Malaysia
telah dijadikan alat perpaduan untuk membiakkan perpaduan.

Keduanya adalah melalui amalan-amalan atau ritual yang terdapat di


sekolah. Contoh amalan ini adalah seperti perhimpunan setiap pagi sebelum
memasuki kelas, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri sambil diiringi

7
upacara menaikkan bendera, lafaz persetiaan dan ikrar rukun negara (Amir Hasan
Dawi, 2002).

Teori Penentangan
Teori Penentangan dalam pendidikan “ Resistance Theory in Education ”
karya penulisan Henry A. Giroux menjelaskan tentang konflik, perjuangan dan
penentangan berhubung dengan masyarakat dominan dan sekolah. Menurut
pengkaji teori kritikal ‘critical theory’ , (Giroux ,1997 & McLaren ,1998) , kehidupan
di sekolah merupakan satu jajaran kebudayaan yang kategorikan dengan pelbagai
tahap pertandingan dan penentangan. Teori penentangan ini bermula sebagai
lanjutan kepada kritikan teori Pembiakan Sosial dan Budaya ( Giroux, 1997 & Mc
Laren 1998 ). Penentangan ditunjukkan terutamanya oleh golongan pelajar kelas
bukan dominan / bawahan yang melihat bagaimanakah sekolah yang sepatutnya
menjadi agen kepada transformasi dan mobiliti sosial serta penggerak kepada
amalan demokrasi dan kesamaan dalam masyarakat telah bertukar menjadi
tempat untuk membiakkan ideologi sosial dan struktur hierarki kelas pertengahan
dan atasan . Golongan pelajar yang datangnya daripada masyarakat dominan ,
masyarakat pertengahan dan berpengaruh , yang secara sosiobudayanya
berperanan di dalam masyarakat berkelebihan untuk membuat pemilihan di dalam
pendidikan . Brown (1990 ) dan (Bowles & Gintis ,1976 ) menerangkan bahawa
dalam masyarakat kapitalis, sekolah dibentuk untuk mewujudkan sistem
ketidaksamarataan dalam pendidikan dalam kalangan golongan pelajar mengikut
asal usul kelas mereka. Kanak-kanak daripada kumpulan dominan datang ke
sekolah untuk menyebarkan nilai budaya dan bahasa serta lebih mudah
mengambil bahagian dalam proses sosiolisasi di sekolah . Golongan ini
mempunyai kuasa, pengaruh serta dominasi tulen untuk mewujudkan kelas ,
jantina dan ketidaksamaan bangsa dan ethnik . Jurang kedudukan yang luas yang
dicipta melalui ideologi dominan di sekolah yang meletakkan golongan
pertengahan dan atasan berada beberapa takuk di atas inilah yang menyebabkan
golongan pelajar dari kelas sosial bukan dominan atau lebih rendah menunjukkan
pertentangan mereka terhadap ideologi dominan tersebut .

8
Kajian tentang teori penentangan masih lagi berterusan kerana di sana
masih lagi wujudnya ruang-ruang kelemahan dan lompangan yang boleh
diperbaiki dan diperkemaskan lagi di masa depan melalui kajian theoritikal yang
lebih baik dan lebih kritikal . Antara kelemahan teori Penentangan yang boleh
dikritik bagi membentuk kerangka teori yang lebih efisyen antaranya;
1. Walaupun kajian tentang penentangan mengenalpasti bahawa
persekitaran di sekolah memperlihatkan penentangan golongan subordinat
terhadap suasana dominasi yang ditunjukkan oleh golongan pertengahan dan
atasan ,namun penyelidik teori penentangan gagal untuk menyoroti dan
mengaitkan secara terperinci pembentukan sikap penentangan tersebut dengan
sejarah latarbelakang golongan penentang berkenaan. Golongan subordinat yang
cuba menentang penguasaan golongan dominan akan memperlihatkan beberapa
reaksi dan aksi penentangan dan bentuk penentangan yang sedemikianlah gagal
dikenalpasti oleh pengkaji teori penentangan sama ada ianya benar-benar
penentangan kepada sistem ketidaksamaan yang diwujudkan di sekolah atau
penentangan yang tiada langsung berkait dengan penentangan yang sebenarnya .
Reaksi penentangan yang ditunjukkan oleh golongan kelas bawahan kadangkala
melibatkan reaksi yang tidak kelihatan langsung seperti penentangan tetapi pada
ketika yang lain ekspresi penentangan yang dipertontonkan adalah secara jelas
dan keras. Sebagai contohnya , sebahagian besar golongan pelajar kelas
bawahan yang sering melanggar peraturan dan undang-undang sekolah mungkin
sebagai protes kepada amalan ketidaksamarataan bangsa dan jantina yang
diwujudkan dalam sistem persekolahan tetapi ianya hanya dilihat sebagai
stereotaip bahawa golongan pelajar berkenaan mempunyai tahap disiplin yang
rendah dan tidak pernah cuba untuk mendisiplinkan diri bagi mengikuti segala
bentuk peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Kajian tentang isu berkenaan telah dijalankan oleh Angela Mc Robbie ke
atas sekumpulan pelajar perempuan tingkatan enam di England . Golongan
pelajar berkenaan telah menunjukkan sikap penentangan keterlaluan terhadap
peraturan yang telah ditetapkan ke atas pelajar perempuan di sekolah . Aksi
mereka yang melibatkan contengan nama pelajar lelaki di atas meja , bersolek

9
dan berpakaian ketat dan seksi ketika berada di kawasan sekolah bukan
sebenarnya untuk menunjukkan aksi penentangan kepada kepada peraturan
sekolah akibat faktor dominasi tetapi hanya ingin memaklumkan bahawa
kehidupan sedemikian bukan sahaja menjadi amalan kebudayaan golongan kelas
bawahan tetapi amalan budaya semua kelas pelajar secara umumnya. Golongan
pelajar perempuan berkenaan tidak kisah langsung dengan ideologi dominasi
yang wujud di sekolah , tetapi perlakuan keterlaluan mereka didorongi oleh
pengaruh ideologi yang diterima dan dipelajari dari luar yang kemudiannya
sekolah dijadikan sebagai medium untuk mencurahkan segala-galanya.
2. Teori penentangan tidak langsung memberikan ruang untuk dikaitkan
dengan isu jantina dan bangsa. Apabila pengkaji teori penentangan membuat
analisis tentang isu berkaitan dominasi , perjuangan dan persekolahan, mereka
secara umumnya akan cuba mengabaikan isu wanita dan bangsa dalam kajian
mereka dan sekiranya adapun , isu berkaitan wanita hanyalah sebagai tempelan
kepada fokus utama , isu melibatkan golongan lelaki dan kelas masyarakat , yang
memerlukan kehadiran golongan wanita bagi memperincikan isu utama tersebut
secara lebih mendalam . Dalam pada masa yang sama kajian sedemikian juga
telah gagal untuk mengaitkan secara signifikan bahawa kuasa penentangan
kepada kuasa dominasi yang wujud dalam pelbagai bentuk persekitaran dan kelas
sosial hanyalah dalam kalangan pelajar lelaki semata-mata. Jika demikian halnya
maka teori tersebut , tanpa isu wanita dan meminggirkan bangsa tertentu
walaupun kedua-dua golongan tersebut pada tahap tertentu juga memiliki kuasa
penentangan kepada sebarang bentuk dominasi , adalah tidak lengkap dan
relevan .
3. Teori penentangan menurut Jim Walker lebih memfokuskan ke arah aksi
pemberontakan secara keterlaluan , terbuka dan terang-terangan terhadap
sesetengah golongan pelajar. Dengan memfokuskan kepada gologan pelajar
sedemikian maka ahli teori penentangan telah mengabaikan sikap penentangan
secara tersembunyi oleh sesetengah golongan pelajar yang lain. Contohnya,
seorang atau segolongan individu pelajar yang sudah biasa dengan kehidupan
persekolahan dan aktiviti pembelajaran di kawasan bandar apabila terpaksa

10
berada di sekolah di luar bandar akan menunjukkan perlakuan penentangan
secara tersembunyai semasa di dalam kelas. Sebagai tanda memprotes terhadap
budaya pembelajaran yang mungkin dianggap tidak selesa dan kondusif dengan
situasi yang sepatutnya mereka terima , maka golongan pelajar sedemikian
mungkin menganggu situasi pembelajaran dengan aksi-aksi yang tidak
sepatututnya dilakukan.
Realitinya amat sukar bukan sahaja kepada golongan biasa malahan
kepada pengkaji teori penentangan sendiri untuk mengenalpasti dengan tepat
sebarang bentuk perlakuan yang ditunjukkan oleh individu tertentu sama ada
boleh dikategorikan sebagai sebenarnya penentangan ataupun tidak . Oleh yang
demikian sebarang kesimpulan tidak boleh terus dibuat dengan mengatakan
bahawa aksi keterlaluan secara terang-terangan yang ditunjukkan oleh individu
tertentu sebenarnya adalah penentangan . Contohnya , adakah pelajar dari
golongan marhain yang selalu ponteng kelas dengan melompat pagar pada waktu
rehat dan terus berlari keluar dari kawasan sekolah dilabelkan terjebak dalam
tingkah laku penentangan? Atau adakah sebahagian golongan individu lain yang
sentiasa tidur dan bercakap-cakap di dalam kelas ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku juga terperangkap dalam situasi penentangan ? Bagi
kedua-dua bentuk perlakuan negatif yang ditunjukkan sebenarnya boleh
diperdebatkan dan konklusinya sudah tentulah sebagai tidak berminat untuk
belajar . Mereka mungkin ke sekolah kerana terpaksa akibat dipaksa oleh kedua
ibubapa yang bengis , tegas atau tidak tahan dengan leteran . Atau mungkin
hanya ingin kerana ingin berjumpa dan berseronok dengan kawan-kawan . Dalam
situasi yang lain , sebahagian guru yang sentiasa lewat ke sekolah atau kerap
tidak menghadirikan diri ke sekolah tanpa memberikan alasan yang konkrit
kepada pihak pentadbir atau selalu tidak bersedia untuk berfungsi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas boleh dilabelkan sebagai aksi
penentangan ? Situasi sedemikian juga boleh diperbahaskan dengan andaian
bahawa mereka mungkin juga bersifat malas atau kurang berminat denga kerjaya
mengajar . Sekiranya dalam kedua-dua kes tersebut hukuman terus diberi

11
sebagai aksi penentangan, maka keputusan yang dibuat sebenarnya tanpa
membuat analisis terperinci tentang teori penentangan .
Isu penentangan dalam sistem pendidikan di Malaysia juga tidak berkecuali
memandangkan sistem persekolahan dan pendidikan pelbagai peringkat di
Malaysia mempunyai persamaan dengan sistem pendidikan di Amerika Syarikat
yang melibatkan masyarakat pelajar berbilang kaum dan ethnik . Secara asasnya ,
menurut pengkaji teori kritikal , isu penentangan timbul akibat ketidakserasian
antara modal kebudayaan golongan kelas bawahan masyarakat bukan kulit putih
dengan modal kebudayaan institusi persekolahan ( Bourdieu & Passeron 1977 ).
Beberapa contoh yang relevan denga isu yang dikritikkan yang melibatkan soal
jantina dan kaum utama di Malaysia akan cuba diketengahkan bagi memberikan
gambaran tentang situasi penentangan yang wujud dalam sistem persekolahan di
Malaysia .
1. Jenis-jenis sekolah yang diwujudkan sekian lama dalam sistem
persekolahan di Malaysia walaupun dari satu segi memberi akses kepada individu
pelajar untuk memilih dan menempatkan diri di sekolah ternama dengan
kemudahan pendidikan yang terbaik mengikut kemampuan individu berkenaan
,namun dari perspektif yang lain sistem kepelbagain bentuk sekolah boleh
mencipta aksi penentangan . Pelajar dari keluarga yang rendah sosioekonomi dan
sosiobudayanya yang diterima masuk ke sekolah elit tertentu akan menunjukkan
aksi penentangan apabila beliau mula disisihkan oleh rakan sekelas dan pelajar
lain yang secara ekonominya dan sosiobudayanya lebih tinggi dalam proses
sosiolisasi . Individu yang sudah biasa dengan kehidupan sederhana akan merasa
sukar untuk berada dalam kelompok pelajar yang jauh berbeza dari segi cara
pergaulan, cara komunikasi , cara berpakaian , cara perbelanjaan dan lain-lain
lagi. Sekiranya pelajar sedemikian secara berterusan gagal untuk menempatkan
diri untuk berada dalam kelompok golongan dominan serta ditambah lagi dengan
penolakan oleh golongan berkenaan terhadapnya , maka situasi demikian
memungkinkan beliau untuk mengasingkan diri. Situasi keterasingan dari
kelompok utama tidak akan berakhir di situ malahan akan mewujudkan fenomena
lebih kritikal di mana beliau akan mula menunjukkan sikap tidak berminat untuk

12
belajar dan seterusnya berusaha mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri ke
kelas.
Penentangan pelajar akibat proses pengasingan merujuk teori ’neo-maxist’
yang memfokuskan tentang bagaimana pelajar menunjukkan penentangan akibat
pengasingan daripada proses persekolahan yang normal ( Giroux, 1983 ;
McLaren, 1999 ; Willis, 1981 ). Pengasingan akibat ketidaksamaan sosial dan
budaya yang wujud sekian lama antara dua golongan yang berbeza hierarki
dalam sistem pendidikan akhirnya mengakibatkan kegagalan kepada pelajar
kelas bawahan.
2. Dalam situasi yang lain , bagi segolongan pelajar yang mempunyai tahap
IQ yang rendah, sikap pembelajaran yang negatif , emosi yang tidak stabil serta
ditambah dengan kekaburan untuk melihat dengan pasti kaitan dan sumbangan
sekolah untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka di masa depan akan
memperagakan aksi penetangan baik secara pasif atau aktif dengan memilih
untuk ponteng atau langsung berhenti dari sekolah . ( Willis 1977 ; McRobbie,
1978; Griffin,1985; Tsolidis , 2001; Mathew ,2002) berpendapat bahawa
pencapaian akademik mempunyai hubungan langsung dengan status-quo
seseorang.
Walaupun golongan bawahan bersetuju bahawa pendidikan melalui sistem
persekolahan bakal menentukan nasib mereka di masa depan namun bagi
mereka , realitinya sekolah itu sendiri tidak langsung memberikan sebarang
makna membantu memperbaiki pencapaian akademik mereka. Mereka
meletakkan seratus peratus kepada kelemahan mereka untuk menguasai subjek-
subjek penting , subjek tenikal dan saintifik , yang mempunyai nilai tinggi dalam
sistem pendidikan. Kegagalan menguasai subjek-subjek berkenaan menyebabkan
mereka dilabelkan oleh rakan-rakan pelajar lain dan guru-guru sebagai golongan
gagal. Kekurangan kemahiran menguasai subjek berkenaan ditambah dengan
pandangan rendah masyarakat sekolah menyebabkan golongan ini menunjukkan
penentangan yang keras secara terang –terangan terutamanya terhadap guru dan
peraturan sekolah.

13
Aksi penentangan berlaku akibat amalan berlebihan pihak sekolah yang
memberikan lebih penekanan dan penghargaan kepada kecemerlangan akademik
dan budaya pembelajaran secara beretika di sekolah. Oleh kerana golongan ini
langsung tidak berjaya mencapai kecemerlangan akademik yang membanggakan
maka mereka tiada langsung tempat dalam hierarki kecemerlangan akademik di
sekolah. Situasi sedemikian dikategorikan sebagai penentangan akibat kegagalan.
Golongan tersebut secara jelas gagal untuk mendalami, memahami dan
menguasai sepenuhnya ilmu pengetahuan bagi sesuatu subjek. Hernsteine &
Murray ( 1994 ) berpendapat kegagalan dalam bidang akademik disebabkan oleh
latarbelakang yang lemah, latarbelakang dan aspirasi keluarga atau pengaruh
buruk rakan sebaya.
3. Bagaimana pula bentuk penentangan golongan pelajar yang cemerlang
akadmiknya di sekolah. Biasanya di sekolah yang melibatkan penglibatan pelajar
pelbagai kaum, secara kolektifnya pelajar kaum Cina dan kaum Melayu
menduduki tingkatan teratas sama ada dari segi status ekonomi, politik dan
sosiobudaya. Walau bagaimanapun dari sudut perspektif individu, pelajar kaum
Cina berada jauh di atas dari segi pencapaian akademik dan kepimpinan
berbanding kaum Melayu, India dan bangsa-bangsa lain . Golongan pelajar kaum
Cina yang cemerlang akademiknya akan mempamerkan sikap penentangan yang
agresif terhadap identiti politik etnik yang diwujudkan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Golongan pelajar kaum Cina yang cemerlang akan sentiasa
berwaspada dan menyedari bahawa tiada anugerah istimewa untuk hasil kerja
keras, persaingan tulen dan kecemerlangan akademik mereka. Tetapi mereka
masih menunjangi kecemerlangan pendidikan sebagai aset utama dalam
kehidupan.
Golongan pelajar Cina menunjukkan penentangan terhadap peluang
pendidikan yang telah termaktub dalam Undang-undang Persekutuan yang
memberikan kelebihan kepada golongan pelajar kaum Bumiputera seperti kuota
kemasukan ke universiti dan kemudahan biasiswa untuk menyambung pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi . Bagi pelajar kaum Cina , sekiranya mereka ingin
meningkatkan tahap penguasaan ilmu mereka , peluang pendidikan yang tersedia

14
ada yang terbuka luas ialah di sektor pendidikan swasta atau biasiswa dan
pinjaman dari universiti di luar negara . Walau bagaimanapun, sejak sistem
meritokrasi diperkenalkan dan kuota pemberian biasiswa pelajaran kepada
golongan bukan bumiputera dipertingkatkan dari 10% kepada 45% maka sikap
penentangan secara agresif dan ketegangan yang wujud akibat ketidaksamaan
dalam pendidikan yang melibatkan kelompok kaum utama Bumiputera dan bukan
Bumiputera akan dapat diminimumkan dan seterusnya dihapuskan sepenuhnya
dalam usaha kerajaan mempromosi dan memartabatkan sistem pendidkan kelas
dunia dan merapatkan lagi jurang sentimen perkauman yang wujud sekian lama.
4. Salah satu bentuk penetangan keras dalam sistem pendidikan negara
berlaku pada tahun 1997 selepas kabinet meluluskan penubuhan Sekolah
Wawasan. Pertubuhan utama kaum Cina ketika itu , Dong Jiao Zhong atau
dikenali sebagai Gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga
Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina , sekeras-
kerasnya menolak pelaksanaan Sekolah Wawasan ketika itu kerana mereka
begitu gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan yang dirasakan
akan menguburkan identiti SRJK yang didukung selama ini. Walaupun YAB
Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ,seringkali melaungkan
bahawa “ Sesungguhnya Sekolah Wawasan adalah hak milik semua kumpulan ,
hasrat ini haruslah diberikan sokongan yang padu oleh segenap lapisan
masyarakat . Tidak harus ada penindasan dan diskriminasi yang dilakukan atas
nama agama atau kaum , baik di mana jua pun”, namun persatuan tersebut yang
dinaungi oleh Penasihat kehormat persatuan tersebut, Datuk Sim Mou Yu,
menganggap pelaksanaan Sekolah Wawasan tidak perlu kerana semua pelajar
Melayu, Cina dan India akan belajar dan membesar bersama ketika di Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Katanya lagi,
sekolah yang sedia ada sudah mencukupi bagi membuktikan perpaduan rakyat .
Sukatan Pelajaran yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
semua aliran sekolah termasuk SRJKC adalah berlatarbelakangkan Malaysia dan
semua rakyat termasuk orang Cina akan sentiasa setia dan taat kepada negara.

15
Ketika itu Mereka juga khuatir kewujudan sekolah tersebut akan
menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa ibunda dalam
kalangan pelajar daripada aliran berkenaan walaupun telah dijelaskan oleh
mantan menteri pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, bahawa Sekolah Wawasan
tidak sama sekali akan menghapuskan identiti SRJK yang didukung selama ini.
Mereka masih beranggapan terdapat sesuatu agenda yang tersirat yang dapat
mengganggu gugat kepentingan mereka. Sebenarnya terdapat segelintir orang
Cina yang tidak faham tentang konsep Sekolah Wawasan sehingga menganggap
Sekolah Wawasan sebagai senjata untuk mengikis identiti orang Cina di Malaysia.
Kekhuatiran lain ialah mereka bimbang jika anak-anak mereka bergaul
dengan kanak-kanak lain ketika kecil, mereka akan terpengaruh dengan bahasa
lain. Jika ketika kecil mereka sudah biasa berbahasa Melayu, kanak-kanak ini
tidak lagi mempunyai kecenderungan untuk berbahasa Cina. Lama kelamaan
bahasa itu akan pupus. Di samping itu sifat tidak mahu berkongsi atau
perkongsian pelbagai peralatan seperti dewan, padang sekolah dan gelanggang
permainan akan menimbulkan masalah sekiranya berlakunya pertembungan bagi
menganjurkan sebarang aktiviti yang menggunakan kemudahan yang dikongsi
bersama. Adalah sukar untuk membuat jadual aktiviti kerana jadual sekolah
adalah terlalu ketat dan bukan senang untuk ketiga-tiga guru besar sekolah
mempunyai sikap bertolak ansur kerana masing-masing mempunyai pendapat
yang berbeza-beza. Kenyataan-kenyataan Dong Jiao Zhong yang bersikap negatif
mendapat ulasan daripada Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu , Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan pendidik ekstremis Cina menolak
konsep Sekolah Wawasan sebagai menentang proses menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum di negara ini. Mereka bukannya mempertahankan bahasa Cina
atau pelajaran dalam bahasa Cina tetapi sengaja membangkitkan isu supaya
dapat menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Kesimpulannya, konsep kritikan pedagogi walaupun dari satu sudut tidak
berfungsi untuk merawat isu bangsa dan ethnik , tetapi boleh disandarkan sebagai
alat yang cukup bernilai untuk mengembalikan semula amalan persekolahan dan

16
pendidikan yang tulen yang memberikan lebih ruang dan kebebasan bersuara
kepada golongan guru, pelajar dan penyelidik pendidikan alam.

Rujukan

Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi


Kedua.Tanjong Malim : Quamtum Books.

Auletta, K. 1982. dalam Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan
Pendidikan EdisiKedua.Tanjong Malim : Quamtum Books.

Azizi B. Yahaya , Amir B Hamzah & Abdul Sanif B Sapaat (1999). SEKOLAH
WAWASAN : Sejauh Manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu
padu di Masa Akan Datang . (atas talian )
http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya sekolah_Wawasan.pdf

Bennett, K. & LeCompte, M. (1999). The way schools work: A sociological analysis
of education (3rd ed.). New York: Longman. Dalam Jenning , M.E. & Lynn,
M (1998). The House That Race Built : Critical Pedagogy, African-American
Education, and the Re-Conceptualization of a Critical Race edagogy .( atas
talian ) http://search.yahoo.com/search? p=The+House+ That+Race+Built
+%3A+Critical+&vc=&fr=yfp-t-501&toggle =1&cop=mss &ei=UTF-
8&fp_ip=MY(20 Ogos 2008)

Bourdieu, P. 1966. dalam Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan
Pendidikan EdisiKedua.Tanjong Malim : Quamtum Books.

Bourdine , P. & Passeron, J.C. (1977. Reproduction in education, society and


culture. Dalam Jenning , M.E. & Lynn, M (1998). The House That Race Built
: Critical Pedagogy, African-American Education, and the Re-
Conceptualization of a Critical Race Pedagogy .( atas talian )
http://search.yahoo.com/search? p=The+House+That+Race+Built
+%3A+Critical+&vc=&fr=yfp-t-501&toggle =1&cop=mss&ei=UTF-
8&fp_ip=MY(20 Ogos 2008)

Bowles, S., & Gintis, H. (1976). Schooling in capitalist America.


Dalam Mickelson R. (2003). When Are Racial Disparities in Education
the Result of Racial Discrimination? A Social Science perspective .
Teachers College Record , Vol 105, No. 6, August 2003, pp. 1080–1114.
(atas talian) http://www.uiowa.edu/~c07b154/ mickelson.pdf (20 Ogos 2008)

Brown, S. (1999). High school racial composition: Balancing excellence and


equity.

17
Dalam Mickelson R. (2003). When Are Racial Disparities in Education the
Result of Racial Discrimination? A Social Science Perspective .Teachers
College Record , Vol 105, No. 6, August 2003, pp. 1080–1114. (atas talian )
http://www.uiowa.edu/~c07b154/mickelson.pdf(20 Ogos 2008)

Butin, D.(2005) .“I Don’t Buy It”: Student Resistance, Social Justice, and Identity
Construction “.. (atas talian) http://danbutin. org/I%20Don't %20Buy%2
0It%20-%20Inventio.pdf (18 Ogos 2008)

Dominant Ideology, 2008. (atas talian) http://en.wikipedia.org/wiki/Dominant


_ideology (27 Ogos 2008).

Gollnick, D.M. and Chinn, P.C. 1990. dalam Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian
Sosiologi dan Pendidikan Edisi Kedua.Tanjong Malim : Quamtum Books.

Giroux , H. (1983). Theory and resistance in education: A pedagogy for the


opposition. Dalam Joseph C. (2006). Resisting the discourse of the politics
of ethnic identification. Pedagogy, Culture & Society, Vol. 14 , No. 1, March
2006, pp. 35-53. (atas talian ) http://pdfserve.informaworld.com /Pdf/Add
Coversheet?xml=/mnt/pdfserve /pdfserve/692129--743900383.xml (19
Ogos 2008)

Giroux, H. (1983) . Theory and resistance in education: A pedagogy for the


opposition Dalam Butin, D.(2005) .“I Don’t Buy It”: Student Resistance,
Social Justice, and Identity Construction “.. (atas talian) http://danbutin.
org/I%20Don't %20Buy%2 0It%20-%20Inventio.pdf (18 Ogos 2008)

Giroux , H.(1983) .”Theories of Reproduction and Resistance in the New Sociology


of Education: A Critic al Analysis”. Harvard Educational Review, Vol. 53, No.
3, August 1983, pp. 257-

Giroux , H. (1997). Pedagogy and the politics of hope: Theory, culture, and
schooling. Dalam Jenning , M.E. & Lynn, M (1998). The House That Race
Built : Critical Pedagogy, African-American Education, and the Re-
Conceptualization of a Critical Race Pedagogy . ( atas talian ) http://search.
yahoo.com/search?p=The+ House+ That+Race+Built +%3A+ Critical+&vc
=&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop =mss&ei= UTF-8&fp_ip=MY (20 Ogos 2008)

Gordon, B.M. (1994). African-American cultural knowledge and liberatory


education: Dilemmas,problems and potentials in postmodern American
society. Dalam Jenning , M.E. & Lynn, M (1998). The House That Race Built
: Critical Pedagogy, African-American Education, and the Re-
Conceptualization of a Critical Race Pedagogy . ( atas talian ) http://search.
yahoo.com/search?p=The+ House+ That+Race+Built +%3A+ Critical+&vc
=&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop =mss&ei= UTF-8&fp_ip=MY (20 Ogos 2008)

18
Griffin, C. (1985). Typical girls? Young women from school to the job market.
Dalam Joseph C. (2006). Resisting the discourse of the politics of ethnic
identification. Pedagogy, Culture & Society, Vol. 14 , No. 1, March 2006, pp.
35-53. (atas talian ) http://pdfserve.informaworld.com
/Pdf/AddCoversheet?xml=/mnt/ pdfserve/pdfserve/692129--
743900383.xml(19 Ogos 2008 )

Hernsteine, R.J. & Murray , C.A. (1994 ) . The bell curve. Dalam Butin, D.(2005).
“I Don’t Buy It”: Student Resistance, Social Justice, and Identity
Construction “. (atas talian) http://danbutin.org/I%20Don't%20Buy% 20It%
20-%20Inventio.pdf(18 Ogos 2008)

Ibrahim Saad. 1990. dalam Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan
Pendidikan EdisiKedua.Tanjong Malim : Quamtum Books.

Jenning , M.E. & Lynn, M (1998). The House That Race Built : Critical Pedagogy,
African-American Education, and the Re-Conceptualization of a Critical
Race Pedagogy . ( atas talian ) http://search. yahoo.com/search?p=The+
House+ That+Race+Built +%3A+ Critical+&vc =&fr=yfp-t-
501&toggle=1&cop =mss&ei= UTF-8&fp_ip=MY (20 Ogos 2008)

Joseph C. (2006). Resisting the discourse of the politics of ethnic identification.


Pedagogy, Culture & Society, Vol. 14 , No. 1, March 2006, pp. 35-53.

Matthews, J. (2002). Racialised schooling, ethnic success and Asian–Australian


students, British Journal of Sociology of Education, 23, 193–208.

McLaren, P. (1998). Life In schools: An introduction to critical pedagogy in the


foundations of education. Dalam Jenning , M.E. & Lynn, M (1998). The
House That Race Built : Critical Pedagogy, African-American Education,
and the Re-Conceptualization of a Critical Race Pedagogy. ( atas talian )
http://search.yahoo.com/search?p=The+House+That+Race+Built +%3A+
Critical+&vc=&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&fp_ip=MY( 20
Ogos 2008 )

McLaren, P.(1999). Schooling as Ritual Performance. Dalam Butin, D. (2005). “ I


Don’t Buy It”. Student Resistance, Social Justice and Identity Construction.
(atas talian ). http://danbutin.org/%20Don’t%20Buy%0lt%20-%Inventio.pdf
(18 Ogos 2008)

McRobbie, A. (1978) Working-class girls and the culture of femininity, in: Women’s
Studies Group, Centre for Contemporary Cultural Studies (Ed.) Women
take issue (London, Hutchinson).

Mickelson R. (2003). When Are Racial Disparities in Education the Result of

19
Racial Discrimination? A Social Science perspective . Teachers College
Record , Vol 105, No. 6, August 2003, pp. 1080–1114.

Ramlan Abd Wahab. (2001, Jan). Matlamat Perpaduan Melalui Sistem


Pendidikan.
Dewan Masyarakat, 50-51.

Tsolidis , R. (2001). Schooling diaspora and gender: being feminist and being
different. Dalam Joseph C. (2006). Resisting the discourse of the politics of
ethnic identification. Pedagogy, Culture & Society, Vol. 14 , No. 1, March
2006, pp. 35-53. (atas talian ) http://pdfserve.informaworld.com Pdf/Add
Coversheet?xml= /mnt/pdfserve/pdfserve/692129--743900383.xml(19 Ogos
2008 )

Willis, P. (1977). Learning to labour: how working-class kids get working-class jobs
Dalam Joseph C. (2006). Resisting the discourse of the politics of ethnic
identification. Pedagogy, Culture & Society, Vol. 14 , No. 1, March 2006, pp.
35-53. (atas talian ) http://pdfserve.informaworld.com /Pdf/AddCoversheet?
xml =/mnt/pdfserve/pdfserve/692129--743900383.xml(19 Ogos 2008 )

Willis, P. (1981). Learning to Labor. New York: Columbia University Press.

20