Anda di halaman 1dari 1

Intrapersonal

- Komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri dan melibatkan hanya seorang
komunikator.
- Individu itu sendiri bertindak sebagai penghantar dan juga penerima mesej
tersebut.
- Disebut juga sebagai monolog.

Interpersonal
- Proses berinteraksi dengan orang lain bertentangan dengan intrapersonal.
- Boleh dilakukan secara bersemuka (verbal dan non verbal).
- Boleh juga disalurkan melalui radio, tayangan video dan telefon.

Kumpulan kecil
- Dijalankan bagi membuat keputusan dalam jumlah sebilangan kecil manusia.
- Mesej yang diutarakan lebih berstruktur kerana lebih formal dan bertujuan
untuk menyelesaikan masalah.
- Bersemuka dan setiap ahli boleh berinteraksi antara satu sama lain.

Massa
- Komunikasi secara umum ataupun secara sehala menggunakan medium
elektronik seperti televisyen untuk mewar-warkan suatu maklumat.
- Termasuk juga penyebaran maklumat melalui risalah dan juga surat khabar.
- Maklumat disampaikan untuk semua masyarakat.

Awam
- Seorang pengucap menyampaikan maklumat kepada audiens yang ramai
dengan mesej-mesej yang tersusun.
- Menggunakan bahan bantuan seperti power point dan sebagainya.
- Pengucap akan menggunakan suara yang lantang dan bahasa badan untuk
menarik minat para pendengar.
- Memberi anggukan, senyuman dan tepukan sebagai maklum balas bukan
lisan kepada audiens.

Anda mungkin juga menyukai