Anda di halaman 1dari 8

WA 1:  

PENGENALAN KEPADA
KOMUNIKASI PERNIAGAAN
DEFINISI KOMUNIKASI

Proses menghantar dan menerima maklumat melalui mesej-mesej secara


lisan atau bukan lisan.
 

Komunikasi juga merupakan pertukaran maklumat melalui mesej di


antara individu ataupun secara berkumpulan samada secara luaran atau
dalaman.
KOMUNIKASI PERNIAGAAN

Ialah proses penyampaian dan penerimaan data atau maklumat yang diperlukan organisasi samada
komunikasi dalaman ataupun luaran.
 
Komunikasi yang berkesan dapat memberikan gambaran baik terhadap penghantar dan juga memberi imej
yang positif ke atas organisasi.
 

Komunikasi yang efektif dalam sesebuah perniagaan adalah penting bagi pekerja kerana ia boleh
meningkatkan keyakinan, prestasi, imej positif dan kenaikan pangkat. Manakala bagi organisasi, ianya
dapat meningkatkan moral pekerja, produktiviti dan imej positif.
TUJUAN KOMUNIKASI

1. Bertujuan menyebarkan atau menyampaikan maklumat, perintah, desakan, amaran, nasihat,


cadangan, pengajaran, muhibbah/nama baik dan sebagainya.
 

2. Bertujuan memberitahu apa yang patut diketahui iaitu maklumat yang releven dan berguna.
TEORI AWAL KOMUNIKASI
Komunikasi boleh berlaku dalam beberapa bentuk
iaitu KOMUNIKASI

SEHALA & KOMUNIKASI DUA HALA
EVOLUSI KOMUNIKASI

1. Zaman Awal Peradaban Manusia


Manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat, pergerakan dan bunyi.

CONTOH : Menghentakkan kepala ke pokok atau benda keras menunjukkan perasaan


sedih, marah dan geram.


 
2. Zaman Pertengahan Peradaban Manusia
• Manusia mula gunakan gambar, bahasa yang sekata serta bahasa isyarat yang lebih mudah
difahami.
Manusia juga sudah mula berhias untuk menarik hati pasangan.

•CONTOH : Lukisan di pintu gua, bahasa yang seragam seperti menangis menunjukkan
sedih dan ketawa menunjukkan gembira.
3. Zaman Moden
Manusia mula mencipta bahasa dan menggunakan tulisan atau huruf.

Sistem perhubungan semakin berkembang.


Mempercepatkan lagi penyampaian maklumat.


Menjadi lebih jelas dan berkesan kerana maklum balas diperolehi dengan cepat.

JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Formal - Komunikasi yang mengandungi unsur formaliti (mematuhi format, gaya penulisan atau

percakapan, nada suara) yang telah dipersetujui oleh awam/orang ramai.


•Tidak Formal - Mengandungi unsur - unsur tidak formal (tiada format gaya penulisan, percakapan,
nada suara yang perlu dipatuhi)
• Lisan - Komunikasi dengan pertuturan (percakapan dan penggunaan bahasa tertentu) dan komunikasi
tanpa pertuturan (seperti ton suara, pitching, lontaran vokal bermesej - ooo.., emm.., ek..)
Bukan Lisan - Tanpa melibatkan pertuturan bagi menyampaikan atau menerima mesej (contoh

melalui tulisan, bahasa isyarat mata atau tangan)


•Komunikasi secara individu.
• Komunikasi secara berkumpulan.
 
Komunikasi formal boleh berlaku secara bukan lisan atau bertulis (seperti suara, minit mesyuarat,
memo) dan lisan (seperti mesyuarat, bengkel, seminar) dan ditujukan kepada individu atau kumpulan
tertentu.
 
Komunikasi bukan formal juga boleh berlaku dalam bentuk bukan lisan atau bertulis (seperti surat,
pesanan ringkas) dan lisan (seperti mesyuarat tidak rasmi, berbual, teguran)
KELEBIHAN KOMUNIKASI PERNIAGAAN

Dapat membina imej yang baik kepada penutur /


penghantar dan organisasi.


Berupaya memastikan kesinambungan atau

kelangsungan perniagaan.
Mewujudkan perniagaan peringkat antarabangsa.

Merangsang dan memotivasikan pekerja.


Maklumat yang tepat dan berguna dapat


disampaikan di dalam mesej perniagaan.


• Mampu memujuk penerima untuk melakukan atau
bertindakbalas mengikut keinginan penghantar.

Anda mungkin juga menyukai