Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan cabang-cabang falsafah oleh ahli falsafah barat, timur, dan islam, jelaskan

bagaimana anda melihat ia sebagai satu kekuatan kepada dunia akademik dan pendidikan.

1. Melalui metafizik, saya dapat melihat sifat realiti murid terutamanya murid-murid-
murid yang berada di sekolah rendah. Dalam usia mereka, mereka lebih menyukai
satu bentuk pembelajaran yang santai tetapi dapat mengasah psikomotor dan
psikososial mereka. Contohnya pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara
tidak lansung dapat meningkatkan kemenjadian murid dalam dunia akademik dan
pendidikan.

2. Seterusnya melalui aksiologi, saya dapat melihat ianya membantu guru dan murid
untuk lebih menekankan kepada etika dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
mengamalkan nilai-nilai murni dan menilai seseorang itu bukan dari segi luaran
sahaja bahkan dari segi sahsiah seseorang juga. Nilai estetika juga sangat penting
bagi guru dan murid bagi menjaga keterampilan diri agar orang yang berpendidikan
ini tidak dipandang serong oleh masyarakat.

3. Melalui cabang falsafah epistemologi, saya dapat melihat sesuatu sumber ilmu
pengetahuan itu hendaklah dititikberatkan agar kebenaran dan kesahihan sesuatu
ilmu pengetahuan itu terjaga daripada perkara yang tidak benar atau sesat.

4. Akhir sekali, saya dapat melihat logik itu sebagai satu kekuatan dalam dunia
akademik dan pendidikan kerana dengan logik kita dapat memberikan alasan bagi
setiap jawapan yang diberi di samping dapat membezakan perkara yang sah dan
mengelirukan.

Anda mungkin juga menyukai