Anda di halaman 1dari 9

Resepi Aneka Popiah

DELIHAYAT KITCHEN
Delihayat Kitchen
012-3457550

1. Ciri kulit popiah yang cantik ( lembut dan nipis )

 Nipis sekata (Permukaan kulit popiah putih serata, tidak berlubang-lubang)


 Lembut, tidak liat (lembab dan tidak kering). Senang ditanggalkan dari kuali
 Cepat masak dan keliling kulit popiah mudah terjongkit/ terangkat.
 Kulit popiah yang sudah masak, walaupun ditindan mudah dibuka satu persatu
 Bilangan kulit popiah yang terhasil bergantung pada tekstur doh, saiz sembam,
kelajuan sembam. Anggaran 1 kilo tepung, boleh menghasilkan 80-100 keping popiah.

2. Faktor penting untuk dapatkan kulit popiah terbaik.

i) Mixer (mesin penguli)

 Perlu putar lama, anggaran 15 – 20 minit, bergantung pada mixer dan juga jenis
tepung.
 Uli sehingga doh jadi licin, elastik dan anjal. Sehingga tidak melekat di permukaan
mangkuk pengadun.

ii) Kuali

 Pilihan kuali yang tepat (kuali non-stick tidak sesuai) kuali mesti besi dan tebal
(contoh : kuali burger/ Kuali roti canai)
 Kepanasan api mesti sekata, harus pandai mengawal api.

o Jika api terlalu besar - Kulit tidak melekat di kuali dan akan terjentat ikut sama
naik dengan tangan. Keadaan ini juga akan berlaku sekiranya selepas angkat
kuali pertama, anda tidak terus sembam kulit kedua, kerana kuali terlalu panas.

o Jika api terlalu kecil - kulit lambat masak dan doh melekat di kuali

3. Tips yang perlu diambil perhatian.

 Sepanjang proses membuat kulit, jangan dedahkan doh dengan kepanasan api kuali,
ia mengurangkan keanjalan doh. Bila kurang anjal, kena pukul lagi untuk kembali anjal.
 Jika mixer panas sebab pukul terlalu lama, doh akan lembik, tak dapat menganjal
 Kulit popiah yang baru di angkat boleh ditindih – tindih dengan banyak.
 Kulit popiah perlu ditutup semasa kulit masih suam, boleh tutup kemas dengan tuala
bersih yang lembab untuk elakkan kulit kering.
PAGE 1
Delihayat Kitchen
012-3457550
 Jangan halakan kipas/ air cond ke kulit untuk elak daripada mengering.
KULIT POPIAH

i) Ulian menggunakan mesin

 500g tepung high protein (tepung roti)


 500g tepung gandum
 900ml air sejuk (air peti ais)
 2 biji putih telur (gred A)
 2 sb cuka makan
 2 sb minyak masak
 1 sb garam halus

Caranya;

1. Masukkan Bahan A kedalam mangkuk pengadun


2. Satukan Bahan B, kacau rata kemudian curahkan semua Bahan B kedalam A
3. Putar dengan kelajuan perlahan, anggaran 2 minit
4. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga doh mengental, licin, berkilat dan anjal dan
tidak melekat di mangkuk pengadun (anggaran 15 – 20 minit)
5. Untuk kesan yang lebih baik, elok diperap dlm fridge 3-4 jam (atau semalaman)
6. Boleh juga kalau nak terus disembam atas kuali

ii) Ulian tangan

 1kg tepung gandum


 4 cawan (1 liter) air sejuk
 2 sb minyak masak
 3 sudu teh garam

Caranya;

Satukan semua bahan dan uli sebati (anggaran dalam 10 minit) dan cara ulian, angkat dan
hempaskan berkali-kali dalam mangkuk pengadun. Perapkan dalam 3 jam.

PAGE 2
Delihayat Kitchen
012-3457550

POPIAH BASAH

Sos

300 g Cili blend


20 g bawang putih (dicincang)
600 g gula pasir
100 g kismis hitam/ kurma ( direndam di dalam air supaya lembut dan kisar )
2 sb sos tiram
2 sb kicap masin
1 sk garam
4 sb tepung jagung
400 ml air dibancuh bersama
1 senduk minyak masak

Cara - cara :

1. Tumiskan bawang putih. Kemudian, masukkan cili boh tumis sehingga pecah minyak,
baru masukkan gula. Kacau sehingga gula mencair.
2. Masukkan kismis hitam, sos tiram, kicap dan garam. Tunggu mendidih.
3. Baru masukkan campuran air dan tepung jagung. Masak lagi sehingga pekat dan berkilat.

Inti/ Sayur

Bahan-bahan

500 g lobak merah


500 g sengkuang Di timbang sebelum parut
kobis manis
1 kg
5 ulas bawang putih (cincang)
1 senduk minyak masak
2 Sdk garam

Cara - cara :

PAGE 3
Delihayat Kitchen
012-3457550
1. Lobak merah disagat halus, Sengkuang yang sudah dikupas dan basuh di sagat kasar,
kobis dihiris nipis.

2. Tumiskan bawang putih. Masukkan lobak merah, kobis dan garam. Kacau rata anggaran
2 minit. Seterusnya masukkan sengkuang. Kacau rata anggaran 1 minit. Jangan layu
sangat. Nak crunchy ( rangup )

Nota :
Anggaran masa mengoreng sayur diatas adalah mengikut sukatan bahan didalam resepi ini.
Jika buat dalam kuantiti yang banyak, lebihkan lagi masa menggoreng.

Hiasan Popiah Basah

Timun Disagat kasar, letak sekali bersama sayur semasa proses


menggulung

Bawang Goreng bawang merah kecil / besar di gaul sedikit garam dan
campurkan dengan tepung beras

Kacang Tumbuk Kacang tanah, digoreng tanpa minyak/ bakar, di blend hancur

Tauhu hancur Gaul sedikit kunyit, ramas hingga hancur dan sangai
sehingga kering

Daun bawang Di mayang halus.

PAGE 4
Delihayat Kitchen
012-3457550

POPIAH SIRA BIJAN

Sos

1 cawan gula pasir


½ cawan cili blend
1 cawan air
10 g (1 sb) udang kering ( sangai dahulu kemudian tumbuk halus )
1 sk cuka

Cara - cara :

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sampai menggelegak.


2. Biarkan mendidih sampai timbul buih di permukaan.
3. Tutup api dan mulakan siraan ( panas2 )

Inti / Sayur

Bahan-bahan

2 biji Lobak Merah ( sagat halus )


½ biji Kobis ( hiris halus )

Cara - cara :

1. Campurkan kesemua sayur kedalam bekas. Gaulkan


2. Tidak perlu di masak.

Nota:

Untuk melekatkan kulit popia supaya jangan terbuka, gunakan ejen pelekat, tepung gandum
dibancuh dengan air.

PAGE 5
Delihayat Kitchen
012-3457550

POPIAH GORENG

Sos Cili Thai

3 ½ cawan gula pasir


1 ¼ cawan cuka
½ sb garam
½ cawan (75g) bawang putih
½ cawan (60g) cili api merah dan hijau
2 sb gula melaka

Cara - cara :

1. Blend cili dulu kemudian masak dalam kuali hingga kering dan ketepikan
2. Bawang putih diketuk dan hiris-hiris
3. Satukan gula dan cuka (dikacau ) – Kacau separa hancur dan hidupkan api dapur
4. Apabila sudah mendidih, tutupkan api
5. Kisar cili, bawang putih, masukkan air gula dan blend sekali
6. Apabila sudah hancur masukkan semula ke dalam kuali dan kacau
7. Biarkan sejuk, kemudian masukkan kedalam botol yang bersesuaian.

Inti / Sayur

Bahan-bahan

5 ulas bawang putih


1 senduk minyak masak
500 g lobak merah
1000 g kobis
100 g Isi ayam / daging kisar
2 sk garam
1 sk Ajinamoto ( boleh digantikan dengan 1 kiub pati ikan bilis )

Cara - cara :

PAGE 6
Delihayat Kitchen
012-3457550
1. Tumiskan bawang putih. Masukkan lobak merah dank obis. Bila dah separa masak, baru
masukkan sengkuang dan perasa. Jangan layu sangat kalau nak crunchy ( rangup )

POPIAH NESTUM

Proses Menggulung.

1. Sediakan ejen pelekat

100 g tepung gandum


Satukan dan kacau sebati
200 ml air

Cara - cara :

1. Gulung kulit popia menggunakan lidi satay / chopstick, sapukan pelekat di hujung dan
gulung sehingga habis.

2. Gunting kulit popia yang telah di gulung tadi secara serong ( jarak 2 cm ) dan jemur
sampai kering.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

Bahan Salutan

½ cawan Nestum ( kisar halus )


½ cawan gula icing
1 cawan susu tepung
3 sb Horlick ( 3 in 1 )

1. Ketika kulit popiah suam, tabur Horlicks, gula dan nestum yang dikisar keatas kulit popia
tersebut.
2. Gaul hingga kulit popia disaluti bahan diatas. Simpan dalam bekas kedap udara.

PAGE 7
Delihayat Kitchen
012-3457550
Nota : Jika cuaca lembab / hujan, selepas gunting biarkan sahaja atas tray, Tak perlu
tutup.

PAGE 8