Anda di halaman 1dari 16

1

PENCAPAIAN KERAJAAN UMAWI SEPANJANG PEMERINTAHAN

Ratna Safitri Binti Purnomo (P73396)

___________________________________________________________________

ABSTRAK

Pemerintahan Bani Umayyah adalah satu sejarah yang memaparkan perkembangan Islam
bermula zaman Muawiyah Bin Abi Sufiyan sehingga Marwan Bin Muhammad.
Pemerintahan Bani Umayyah berjalan selama 90 tahun bermula dari 40 Hijrah sehingga 132
Hijrah. Sepanjang pemerintahan khalifah Bani Umayyah banyak pencapaian dan kemajuan
yang telah di lakukan oleh para khalifah sehingga membawa Bani Umayyah ke satu tamadun
Islam yang cemerlang di zamannya.Artikel ini cuba mendalami sumbangan dan pencapaian
yang telah dilakukan oleh khalifah-khalifah zaman Bani Umayyah sehingga sebelum
kejatuhannya. Dapatan menunjukkan antara sumbangan yang dicapai pada zaman Bani
Umayyah ialah menubuhkan dan menyusun jabatan ketenteraan dengan lebih
sistematik.Kepesatan ekonomi dari sudut perdagangan di Andalusia,perkembangan daripada
sudut ilmu sains dan perubatan dan politik dan pentadbiran Bani Umayyah yang berjaya
membuka banyak tanah jajahan.
2

PENCAPAIAN KERAJAAN UMAWI SEPANJANG PEMERINTAHAN

ISI KANDUNGAN

i. Pendahuluan
ii. Penyataan Masalah
iii. Metod Kajian
iv. Objektif Kajian
v. Analisis Kajian
5.1 Pencapaian dari sudut ketenteraan
5.2 Pencapaian dari sudut sains dan perubatan
5.3 Pencapaian dari sudut ekonomi
5.4 Pencapaian dari sudut Politik
vi. Penutup
vii. Rujukan
3

1.0 PENDAHULUAN

Pemerintahan Bani Umayyah adalah sebuah pemerintahan yang ditubuhkan selepas zaman
Khulafa’ Ar Rasyidin yang bermula pada tahun 41 H dan berakhir pada 132 H. Kerajaan ini
dinisbahkan kepada Umayyah Bin Abd Shams Bin Abd Manaf. Selepas kematian Sayidina
Ali R.A, kuasa kepimpinan telah diserahkan kepada Hasan Bin Ali, namun begitu Hasan Bin
Ali telah menarik diri dari jawatan khalifah dan menyerahkan kuasa kepimpinan kepada
Muawiyah Bin Abi Suffian untuk memastikan keamanan dan kesatuan umat Islam agar
sentiasa terjamin. Tahun tersebut dikenali sebagai tahun perdamaian atau pun ‘amm al
jama’ah.Dengan perlantikan Muawiyah Bin Abi Suffian maka bermulalah era pemerintahan
Bani Umayyah yang berpusat di Dimashq atau dikenali sebagai Damsyik yang terletak di
Syiria, kota ini telah menggantikan Madinah sebagai pusat pemerintahan yang sebelum ini
terletak di Madinah dan Kufah. Pemindahan pusat pemerintahan ke Dimashq telah
mendekatkan kota kerajaan Islam ini dengan kerajaan musuh iaitu Byzantain yang
berpangkalan di Konstantinople. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam berusaha
memperkukuhkan kawasan kubu sepadan negeri kerana kedudukannya sangat terdedah
dengan serangan musuh (Shalabi 1984)

Sepanjang 90 tahun berlangsung pemerintahan Bani Umayyah, terlalu banyak konflik


dalaman yang berlaku.Analisis yang mendalam terhadap sejarah jatuh bangun kerajaan
Umawiyyah akan membawa kita kepada satu titik, bahawa konflik-konflik yang di hadapi
oleh para khalifah pada Zaman Bani Umayyah, tidak menghalang mereka untuk melakukan
pembangunan dan meningkatkan kemajuan. Kejayaan yang di capai telah berjaya
mengangkat Tamadun Islam ke satu tahap yang boleh dibanggakan,banyak sumbangan dan
kemajuan yang telah dapat di capai sepanjang zaman kerajaan Bani Umayyah sama ada dari
sudut politik, ketenteraan, pendidikan kepada orang arab.

Pada zaman Muawiyah mereka berjaya menyebarkan kekuasaan Islam ke benua eropah iaitu
Andalusia (Sepanyol) dan permulaan membuka pintu Islam agar masuk ke dunia barat.
Pembangunan tamadun ilmu berlaku dengan rancak di Andalusia, sehingga ia di tandai barat
sebagai The Golden Age Of Islam.
4

2.0 PENYATAAN MASALAH

Bani Umayyah dipilih sebagai subjek kajian disebabkan beberapa kenyataan yang
menunjukkan pencapaian yang gemilang pada zaman Umayyah. Yusuf Al Qardhawi
menyebutkan bahawa Umawiyyah sebagai Dawlah al Futuhat wa al Ta’sis al Hadhari
( kerajaan pembukaan Islam dan permulaan tamadun) manakala kerajaan selepasnya ialah
kerajaan Abbasiyyah sebagai Dawlah Izdihar al Ilm wa al Hadharah (kerajaan
perkembangan ilmu dan tamadun). (Al Qardhawi 2006)

Sejarah juga menunjukkan bahawa, banyak pencapaian cemerlang pada zaman Umayyah
sepanjang pemerintahan, bahkan perluasan kuasa Islam yang berlaku pada zaman Umayyah
menyebabkan Islam berjaya menembusi dunia eropah hingga hari ini.

Hamka berdasarkan kenyataannya dalam karya beliau iaitu ‘sejarah umat Islam’

‘’Jika dikatakan bahawa Muawiyah yang mendirikan dan Abd Malik yang mengembalikan
segenap kekuasaan, maka al walid yang menegakkan sampai teguh yang menyebabkan
kerajaan Umawiyah itu amat disukai kerana banyak jasa dan buah tangannya’’

Meskipun pemerintahan Bani Umayyah di warnai dengan pelbagai konflik dalaman yang
berlaku, pemberontakan demi pemberontakan, kelemahan kepimpinan beberapa khalifah dan
perpecahan dalaman. Seolah-olah melihatkan bahawa kerajaan Umawiyah hanya dipenuhi
dengan konflik Namun begitu para pemimpin Bani Umayyah tetap dapat membangunkan
proses perkembangan tamadun.Oleh itu, dalam kajian ini adalah untuk melihat apakah
pencapaian-penpacapaian cemerlang di era umawi yang telah menjadikan kerajaan umawi
mencapai satu tanda aras kecemerlangan sebuah tamadun.
5

3.0 METODE KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif. Iaitu pengumpulan data dan analisis
dokumen. Dokumen-dokumen yang dikumpulkan adalah daripada pelbagai jenis iaitu artikel
jurnal,buku,disertasi dan lain-lain lagi. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat dokumen-
dokumen daripada sumber primer dan skunder akan di analisis agar menepati dapatan dan
objektif kajian.

Analisis data yang digunakan berbentuk deskriptif, mengolah sumber primer dan sumber
sekunder yang ada di lakukan melalui proses pengumpulan data, terdapat banyak maklumat
yang ada dan perlu untuk di saring.

Selain itu kajian ini juga menggunakan kaedah tematik yang membahagikan pencapaian
kepada empat bentuk iaitu dari sudut ketenteraan, sains dan perubatan, ekonomi dan politik.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tajuk ini ialah :

1. Mengenal pasti kejayaan Bani Umayyah dalam membentuk angkatan tentera laut
2. Menganalisa perkembangan ilmu sains dan perubatan pada Bani Umayyah
3. Mengenal pasti sumbangan dari sudut ekonomi dan perdagangan
4. Mengenal pasti perluasan kuasa yang dilakukan pada zaman Umawi
6

5.0 ANALISIS KAJIAN

5.1 PENCAPAIAN DARI SUDUT KETENTERAAN

Pada permulaannya, bangsa Arab tidak mempunyai kecenderungan terhadap ilmu perkapalan
kerana latar belakang bangsa Arab yang memiliki sifat badwi dan hidupnya berpindah
randah. Oleh itu terdapat beberapa sebab mengapa bangsa arab tidak sukakan laut.

 Kedudukan mereka jauh dari laut


 Mereka sering menerima berita bahaya laut seperti terumbu karang yang mampu
menghalang perjalanan (Mohammad Kurdi 1983)
 Kedudukan negara mereka di kawasan padang pasir menyebabkan kesukaran
mendapatkan kayu-kayu yang kuat untuk membina kapal, selain logam besi yang
diperlukan bagi membuat paku serta bahan-bahan lain seperti tar ) Assayid Abd Aziz
& Ahmad Mukhtar 1969)

Pada zaman khalifah Umar Al khatab, beliau sendiri menghalang operasi laut kepada umat
Islam,ini kerana khalifah bimbangkan keselamatan mereka yang tidak mahir dalam ilmu
perkapalan. Ini kerana Khalifah Umar Al khatab pernah menghantar Al qamah Bin Mujazziz
Al Mudliji raja Abyssinia (Ethiopia) melalui jalan laut,tetapi tentera Islam mengalami
kekalahan yang teruk sehingga Khalifah Umar memutuskan untuk tidak mengirimkan
tentera melalui jalan laut.(Abdussyafi 2014) namun begitu apabila berlakunya pembukaan
kawasan yang berhubung dengan Laut Mediterranean seperti Syam dan Mesir. Umat Islam
telah menyedari kepentingan mengubah polisi laut dan menubuhkan angkatan laut bagi
menghadapi serangan musuh dengan menguasai perairan.

Khalifah Umar Al Khatab membahagikan tentera kepada dua kumpulan,iaitu tentera tetap
dan tentera sukarela. Tentera tetap adalah tentera yang tidak dibenarkan berkecimpung
dengan urusan lain,manakala tentera tidak sukarela dibenarkan berkecimpung dengan urusan
lain. (Sahrulazmi dlm Abd Rauf 2011)

Pada zaman Umawiyyah, jabatan ketenteraan terus berkembang dan bertambah luas,
merangkumi tentera laut dan kapal.Terdapat juga dokumen yang merekodkan senarai nama
tentera dan sistem bergaji.Bilangan tentera arab pada zaman Muawiyyah bin Abu Suffian
mencapai 40,000 orang tentera termasuk tentera bergaji dan sukarela tanpa memisahkan
antara tentera laun dan darat. (Hasan Ibrahim 1996)
7

Pemimpin pertama yang mengasaskan limbungan kapal adalah Muawiyah Bin Abu Sufyan.
Limbungan kapal merujuk kepada kilang yang didirikan untuk membaiki kapal laut (Al
Hamawi t.t) yang pada kebiasaannya terletak dipersisiran laut atau sungai.Muawiyah
menjadikan Akka sebagai pusat utama pembinaan kapal di pantai Syam (Sahrulazmi dlm
Abu Nasr 2011),bahkan beliau turut membawa masuk pekerja yang mahir dari Rom (Al
Hamawi t.t) dan ada juga yang mengatakan orang Yunani dan Syiria (Hitti 1970). Pada
tahun 54 H, Muawiyah Bin Abi Sufyan mendirikan sebuah lagi limbungan kapal bagi
membina kapal laut di pelabuhan ar Rawdha di sungai Nil Mesir yang dikenali sebagai
limbungan kapal Jazirah atau sina’ah al Jazirah (Al Hamawi t.t). Ia adalah limbungan kapal
pertama yang didirikan di Mesir. Sebelum Tunisia mempunyai kapal sendiri, tentera Islam
bergantung pada kapal-kapal perang daripada mesir dalam ekspedisi laut ke pulau Sicily dan
Pulau Sardinia. Namun begitu operasi mereka di bahagian Barat Laut Mediterranean sering
kali tergugat kerana persisiran pantai Mesir sering di ancam oleh armada laut Byzantine.
Oleh itu para gabenor Afrika telah menyedari akan kepentingan limbungan kapal di salah
satu pesisiran pantai Afrika utara dan mewujudkan tentera laut bagi melindungi persisiran
pantai daripada diserang Byzantain. Akhirnya Khalifah Abd Malik Bin Marwan
mengarahkan gabenornya di Afrika Utara iaitu Hassan Bin An Nu’man supaya membina
limbungan kapal bagi membina senjata-senjata laut di Tunis.

Pada zaman kerajaan Umawiyyah Umat Islam memiliki tiga armada laut iaitu Syam, Mesir
dan Afrika Utara di mana setiap armada laut mempunyai panglima laut atau Amir al Bahr.
Pada awalnya orang arab tidak mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan
menggerakkannya ke tengah lautan. Oleh itu mereka mendapat bantuan daripada bangsa
lain seperti Qibti, Byzantine dan Yunan yang mahir dalam bidang itu. Selepas kerajaan
Islam kukuh mereka sering berulang alik menggunakan laut. Kesannya orang arab semakin
mahir dan mampu membinanya sendiri. (Sahrulazmi dlm Salim 2006)

5.2 PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN PERUBATAN

Kemajuan keilmuan dan kebudayaan pada zaman Umawiyyah telah mencapai kejayaan yang
gemilang. Banyak kejayaan yang telah dicapai, bahkan telah mempengaruhi kepada
kemajuan di dunia Eropah. Pusat pemerintahan Bani Umayyah yang berada di Dimashq
merupakan kota yang penuh dengan peninggalan kemajuan sebelumnya lagi.Daerah
kekuasaannya selain yang telah diwariskan oleh khulafa’ arrasyidin, telah pun menguasai
Andalusia, Afrika Utara, Syam,Iraq, Khurasan. Dalam daerah kekuasaannya terdapat kota
8

kebudayaannya seperti Yunani, Iskandariah, Antiokia, Harran, Yunde Sahfur.(Ahmad Amin


2012) Yang telah dikembangkan oleh para intelektual Yahudi, Nasrani dan Zoroaster. Setelah
masuknya islam menguasai kota-kota budaya itu, para ilmuan tetapa memelihara ilmu-ilmu
peninggalan Yunani bahkan mendapat perlindungan. Ada antara mereka yang memegang
jawatan di pejabat khalifah. Ada yang menjadi Doktor peribadi khalifah dan bendahara.
Kehadiran mereka serba sedikit banyak mempengaruhi ilmu pengetahuan.

Dalam bidang kimia dan perubatan juga turut dikembangkan. Khalid Bin Yazib merupakan
salah seorang tokoh dalam Ilmu kimia dan perubatan. Khalid Bin Yazid juga telah mendapat
gelaran ‘Hakim alu Marwan’ yang merupakan orang pertama yang menterjemahkan ilmu tib
dan kimia dari bahasa Greek ke Bahasa Arab. Beliau telah memanggil sekumpulan orang-
orang Greek yang tinggal di Mesir dan telah meminta mereka menterjemahkan kitab-kitab
dalam Bahasa Greek dan Kibti tentang ilmu kimia ke dalam bahasa Arab (Hassan Ibrahim
1996) Disebabkan kecewa dari sudut politik, beliau telah menukar peranan hidupnya kepada
lapangan ilmu pengetahuan dengan mendalami ilmu kimia dan teknologi melalui Maryanus
al Iskandarani, yang kemudiannya telah bangkit menterjemahkan buku-buku sains Kimia dari
bahasa Kibti dan Yunani ke dalam Bahasa Arab, apabila beliau berhubung dengan ilmuan
Yunani di Egypt seperti Maryanus. Kegiatan penterjemahan oleh Khalid ini di anggap
sebagai peringkat awal penterjemahan buku asing ke dalam Bahasa Arab ( al Rifai 2006)

Pada zaman pemerintahan Marwan Bin Al Hakam, berlakunya penterjemahan buku-buku


perubatan dari tulisan asal dalam bahasa Siryani Oleh Kannasy Ahrun b ‘Ayan ke dalam
bahasa Arab oleh Masarjuih (masarjawyh) seorang tabib Parsi (Alchemy website ttp) .Buku
terjemahan Masarjuih ini di anggap sebagai buku perubatan pertama yang diterjemah di
dalam Islam ke dalam Bahasa Asing ke Arab. Penterjemahan ini terpelihara hingga ke zaman
Umar Abd Aziz yang pernah menerbitkannya untuk bacaan umum masyarakat Islam agar
dapat dimanfaatkan ( al Rifai 2006)

Pada zaman pemerintahan Abd Malik Bin Marwan. beliau telah memulakan penterjemahan
buku-buku perubatan khususnya ensiklopedia perubatan hasil dari tulisan Ahrun B Ibbah al
Iskandarani( al Rifai 2006) Selain itu itu, disebut juga bahawa Salim iaitu setiausaha kepada
khalifah Hisyam turut berperanan dalam kerja penterjemahan. Usaha yang dilakukan oleh
Khalid b. Yazid dan tokoh-tokoh tersebut telah membawa kepada permulaan proses perhatian
umat Islam yang sebelumnya terbatas dalam lapangan ilmu-ilmu agama, bahasa atau ilmu
9

naqliah kepada pendekatan baharu dengan memberi perhatian kepada lapangan ilmu ‘aqliah,
sains dan lain-lain.

Pada zaman khalifah Al walid bin Abd malik pula, beliau memberikan perhatian kepada
pembinaan Bimaristan iaitu hospital untuk merawat orang sakit juga sebagai tempat
pengajian dalam bidang perubatan. Bimaristan berasal daripada perkataan Parsi yang
bermaksud Bima (sakit) Stan (tempat). Terdapat juga penjagaan khas bagi orang yang
mempunyai masalah mental. Bimaristan ini mempunyai bahagian-bahagian tertententu yang
memisahkan antara wad lelaki dan perempuan, juga mempunayi wad khusus yang
menenpatkan jenis penyakit yang berbeza. Di Bimaristan juga terdapat Orthopedia,
pembedahan, Ophtalmology. Juga mempunyai tempat-tempat khas untuk pesakit mental.
(Gorrini 2002)

Kemajuan kerajaan bani Umayyah dalam mengembangkan ilmu sains dan perubatan ke
dalam hidup masyarakat merupakan satu sumbangan terbesar yang menunjukkan keluasan
pandangan Islam dalam menerima pelbagai bentuk ilmu pengetahuan yang mendatangkan
manfaat dan tidak sekadar berlegar-legar di bidang ilmu naqliah semata-mata.

5.3 SUMBANGAN DARI SUDUT EKONOMI

Pada awal pemerintahan Bani Umayyah, perkembangan mata wang Islam telah terjejas
apabila pemberontak-pemberontak ketika itu mengeluarkan mata wang sendiri bagi
membuktikan kekuasaan mereka dibeberapa wilayah Islam tertentu. Rentetan dari itu
pengeluaran dan pengawalan wang pada zaman Umawiyyah telah dilakukan oleh gabenor
setiap wilayah. Antara gabenor yang mengeluarkan mata wang sendiri ialah Hajjaj Bin Yusuf
al Thaqafi, Abdullah Bin al Zubayr dan Musab bin al Zubayr. Mata wang yang dikeluarkan
masih menggunakan mata wang Parsi dan Rom dengan tambahan unsur islam, termasuk
tulisan Abd Allah Amir al Mu’minin. (Hassan dlm Edawaty 2012)

Pada awal pemerintahan Muawiyah Bin Abi Sufiyan, beliau tidak menempa atau mencetak
mata wang baru, beliau hanya meneruskan tradisi khulafa’ arrasyidin yang mencetak kalimah
dan lafaz bahasa arab, manakala tarikh mata wang tersebut tercatat mengikut tarikh Parsi atau
takwim hijri. Pada awal zaman Umawi juga terdapat mata wang bukan emas dan perak iaitu
fulus atau tembaga yang digunakan secara meluas. Mata wang fulus ini digunakan untuk
pembelian barangan kecil dan murah. Mata wang tembaga ini telah digunakan secara meluas
oleh orang Rom sejak awal lagi tetapi ia tidak digunakan secara meluas di kalangan orang
10

Arab sebelum penaklukan wilayah-wilayah syira. Khalifah-khalifah selepas Muawiyah Bin


Abi Sufiyan dilaporkan tidak mencetak atau menempa mata wang baru, hanya mengguna
pakai mata wang dinar yang sedia ada. Keadaan ini berterusan hinggalah ke zaman khalifah
Umawiyah yang ke-lima iaitu Abd Malik Bin Marwan merupakan seorang khalifah yang
mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan ekonomi Islam. Justeru
beliau menetapkan tiga matlamat utama dalam ekonomi mata wang. Matlamat tersebut ialah :

1. Membebaskan negara Islam dari menggunakan mata wang asing (Parsi dan Rom).
Pembebasan ini sama ada dari sudut ekonomi dan pembebasan dari unsur-unsur
bukan islam pada mata wang.
2. Menyatukan seluruh umat islam pada satu mata wang sahaja setelah terdapat pelbagai
mata wang yang dikeluarkan oleh gabenor. Kerana kepelbagaian ini telah
menimbulkan kesukaran bagi umat Islam terutama bila terdapat perbezaan antara nilai
dan berat antara mata wang-mata wang ini.( Dawud dlm Salmy 2012)
3. Hanya kerajaan saha yang berhak mengeluarkan mata wang.( Dawud dlm Salmy
2012)

Sehubungan denga itu untuk mencapai misi ini Abd malik Bin Marwan telah mengeluarkan
Dinar Islam pertama pada tahun 76H .(Dawud dlm Salmy 2012)

Usaha Abd Malik Bin Marwan ini merupakan satu sumbangan yang besar kepada negara dan
umat Islam kerana dengan ini telah wujudnya mata wang bagi umat Islam. Beliau merupakan
seorang khalifah yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan
ekonomi Islam, akhirnya mata wang ini diterima secara meluas di seluruh wilayah islam dan
dunia eropah pada ketika itu.

Semasa Islam berkembang di Andalus, kedatangan Islam ke sana telah berjaya memulihkan
ekonomi yang lumpuh semasa pemerintahan sebelumnya iaitu pemerintahan Rom dan
Visigoth. Semasa pemerintahan Banu Umayyah, Andalus adalah sebuah negara yang termaju
di Eropah,walaupun pada ketika itu banyak berlakunya pergolakan politik. Oleh yang
demikian untuk memastikan Andalus sentiasa kukuh, maka Andalus memerlukan satu sistem
ekonomi yang kukuh untuk menjamin keseragaman hidup masyarakat andalus.

Menurut Hitti, perkembangan pesat Andalus dalam sektor ekonomi dapat dilihat, apabila
hasil perindustrian dan pertaniaan andalus melebihi keperluan negeri (Hitti 1970) Jumlah
penduduk Andalus yang semakin bertambah dari semasa kesemasa juga menyebabkan
11

permintaan yang tinggi terhadap produk pengeluaran tempatan supaya sentiasa mencukupi
keperluan rakyat. Pengeluaran dan penghasilan produk yang melebihi permintaan pula
membolehkan produk-produk tersebut di eksport ke luar.

Di bawah pemerintahan Bani Umayyah, kegiatan pertanian telah dimajukan semula, pelbagai
usaha dilakukan untuk meletakkan ekonomi Andalus ke satu tahap yang tinggi. Pemerintah
memperkenalkan pelbagai teknik baru untuk meningkatkan hasil pertanian dengan, dengan
memperkenalkan sistem perairan baru, pengenalan tanaman-tanaman baru, teknik
penanaman, kalendar pertanian dan sebagainya (Reilly dlm Noranizah & Ezad 2012) sistem
pertanian yang baru diperkenalkan telah banyak memberi kesan yang baik kepada rakyat, dan
tidak dikuasai oleh golongan pemerintah semata-mata. Selain itu bidang-bidang ekonomi lain
seperti perindustrian dan perlombongan juga turut diberi perhatian.

Sehubungan dengan itu bidang perindustrian merupakan tulang belakang kepada


perkembangan ekonomi di Andalus di samping bidang pertanian (Imaduddin dlm
Noranizah&Ezad 2012) kemunculan institusi-institusi intelektual menghasilkan penemuan-
penemuan baru telah memperkasakan lagi bidang ini. Institusi-Institusi ini juga telah
melahirkan lebih ramai tenaga mahir. Di samping faktor bekalan mentah yang banyak dan
permintaan yang tinggi telah memajukan lagi sektor ini.

Tuntasnya, kedatangan Islam ke Andalusia telah berjaya mengubah landskap ekonomi orang
Andalusia kepada satu tahap yang boleh dibanggakan dan dapat memberi banyak manfaat
untuk rakyat. Namun begitu kemajuan ini bukanlah tumbuh secara semula jadi, tetapi ia
dipengaruhi dengan inisiatif pemerintah yang mahukan ekonomi itu dimajukan.

5.4 SUMBANGAN DALAM POLITIK DAN PENTADBIRAN

Selepas kematian Ali r.a umat islam telah membai’ah Hassan Bin Ali sebagai khalifah,
namun begitu untuk menjaga perpaduan umat Islam, Ali menyerahkan kuasa kepimpinan
kepada Muawiyah Bin Abi Sufiyan pada 25 Rabiul awal 41 Hijrah, pada tahun itu digelar
sebagai am al jama’ah (tahun kesatuan) . Peralihan kekuasaan khalifah yang berlaku juga
turut mengubah corak pemerintahan yang ada pada zaman khulafa’ ar rasyidin iaitu sistem
syura kepada pemerintahan monarki iaitu pemerintahan melalui sistem warisan dan
menjadikan kekuasaan mutlak kepada pemerintah pada ketika itu. Hal ini kerana Muawiyah
Bin Abi Sufiyan telah melantik puteranya iaitu Yazid bin Muawiyah sebagai pemerintah
seterusnya bagi menggantikan beliau.
12

Sepanjang pemerintahan kerajaan Bani Umayyah , banyak siri usaha dalam melakukan
penyebaran kuasa Islam, melalui penaklukan demi penaklukan. Perluasan kuasa bukanlah
suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan beberapa elemen penting seperti kestabilan politik
dalam negara dan memerlukan pemimpin yang bercita-cita besar.(Shalabi 1984) Kerajaan
Umawiyah memang terkenal dengan sejarah perluasan kuasa Islam, sebagai menyambung
usaha pada zaman khulafa’ arrasyidin.

Perluasan kuasa islam pada zaman Umayyah dibahagikan kepada tiga kawasan. Pertama,
pertembungan dengan kuasa Byzantine di Asia Kecil, pengepungan konstantinople, serta
perluasan kuasa Islam dikepulauan Mediterranean. Kedua melibatkan perluasan kuasa Islam
di Afrika Utara sehingga menyeberangi Selat Giblatar ke Andalus. Manakala bahagian ketiga
adalah perluasan kuasa Islam di sebelah Timur iaitu dari Iraq menuju ke Timur. Bahagian
ketiga terbahagi kepada dua cabang di mana satu bergerak ke Utara menuju Bilad Wara’ an
nahar dan satu lagi bergerak ke Selatan iaitu as Sind.

Perluasan kuasa Islam ke kawasan pertama meliputi kepulauan laut mediteranian, adalah
kawasan sasaran perluasan kuasa yang utama bagi kerajaan Umawiyyah. Ini kerana
kedudukan Dimashq sebagai ibu kota kerajaan Umawiyyah, terletak berhampiran sempadan
kerajaan Byzantine. Di samping pihak musuh sememangnya bercita-cita merampas kembali
Syam daripada kekuasaan Islam. (Salim & al abadi dlm Sahrulazmi 2011)

Antara kawasan yang ditakluki semasa zaman pemerintahan Umayyah yang meliputi
kawasan laut ialah

 Pulau Cyprus
 Pulau Rhodes
 Pulau Kriti
 Pulau Arados
 Pulau Pantelleria
 Pulau Sicily
 Pulau Sardinia
 Pulau Corsica
 Pulau-pulau Balearic

Di samping perluasan kuasa ke atas pulau-pulau di atas, terdapat juga usaha kerajaan
Umawiyah untuk membuka konstantinople dan andalus. Catatan pertama menunjukkan
13

operasi pertama membuka konstantinople bermula pada 49 H. Selain itu ada yang
menyebutkan 50 H dan 51 H.(Dahlan dlm Sahrulazmi 2011) Usaha pembukaan pertama di
gerakkan oleh Khalifah Muawiyah B Abi Sufiyan di sertai dengan beberapa orang sahabat
iaitu Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin az Zubair, Abu Ayyub Al Ansari di bawah pimpinan
Yazid Bin Muawiyah. Yang melibatkan kekuatan laut dan darat. Namun cubaan pertama itu
tidak berjaya. Percubaan kedua pada tahun 54 H berlanjutan hingga 60 H, namun operasi
kedua juga tidak berjaya dan tentera Islam terpaksa kembali selepas kematian Muawiyah Bin
Abi Sufiyan. Operasi terkuat oleh kerajaan Umawiyah ke Konstantinople ialah pada zaman
Sulaiman Bin Abd Malik pada tahun 98 H. Namun usaha itu juga tidak berjaya. Kegagalan
tentera Islam telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada peristiwa sejarah abad
pertengahan. Di mana Byzantine berjaya mengekalkan kuasa mereka.

Selain usaha pembukaan konstantinople, tentera Islam juga berusaha membuka Andalus.
Dalam operasi pengintipan ke Andalus pada tahun 91 H. seramai 500 orang tentera diketuai
oleh Zur’ah Tarif bin Malik di hantar oleh Musa Bin Nusayr menyeberangi selat Giblartar.
Akhirnya usaha yang dilakukan, Andalus jatuh ke atas kekuasaan Islam.

Penaklukan Andalusia pada zaman umayyah, telah membuka demensi baru Islam di Eropah.
Dakwah islam akhirnya tersebar merentasi benua, kerana usaha-usaha penaklukan ini.
14

6.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang pemerintahan
kerajaan Umayyah menunjukkan kebijaksanaan para khalifah dalam pemerintahannya.
Meskipun berlakunya pelbagai pergolakan politik dan masalah dalaman, ini tidak sama sekali
menghalang para khalifah untuk mencipta kemajuan dan kejayaan, sehingga adanya
pencapaian-pencapaian yang begitu membanggakan. Seperti terbentuknya armada laut umawi
dan limbungan kapal bangsa arab telah membawa kepada kukuhnya angkatan laut dan
mudahnya untuk melakukan perluasan kuasa, kewujudan limbungan kapal juga memberikan
manfaat kepada sektor perdagangan umawi yang menggunakan jalan laut, selain itu perluasan
kuasa yang telah dilakukan pada zaman Umawi telah merentasi sempadan Eropah, dan
perintis kepada perkembangan Islam di barat. Pembangunan tamadun ilmu dan ekonomi di
Andalus turut memberikan impak yang besar kepada pembangunan negara yang berdekatan
dengannya.
15

viii. RUJUKAN

Abdussyafi Muhammad Abd Lathif. 2014. Bangkit dan runtuhnya khilafah Bani
Umayyah. Terjemahan. Indonesia : Pustaka Al Khautar.

Ahmad Shalabi. 1984. Mausu’ah tarikh al islami 2 ad dawlah al umawiyah wal


harākatul fikriyah wa thauriyatul khilalaha. Edi. ketujuh. Kaherah: Maktabah Nahdah
Misriyah

Ahmad Amin. 2012. Dhuha al Islam. T.tp:t.pt.

As Sayid Abd Aziz & Ahmad Mukhtar Al Abadi. 1969. Tārīkh al bahriyyah al
islamiyyah fi al maghrib wa al andalus. Beirut Lubnan: Dar Nahdah al Arabiah.

Anuar Al Rifa’i. 2006. Al Islām fi hadratuhu wa nizamuhu. Beirut Lubnan: Darl fikr.

Hassan Ibrahim Hassan. 1996. Tārikh al islam al siyasi wa al dīni wa thaqāfi wa


al’ijtmā’i. Kaherah : Maktabah Nahdah Misriyyah.

Mohammad Kurdi Ali. 1983. Khitat al Syam. Jil 5. Edi.ketiga. Beirut Lubnan:
Mu’assasah A’lami Matbu’at.

Muhammad Yasin Al Hamawi. Tt. Tārikh al ustul al ‘arabi. Damsyiq: Matba’ah at


Taraqq.

Noranizah Yusuf & Ezad Azraai Jamsari. 2012. Perkembangan sektor perdagangan
Andalus zaman pemerintahan kerajaan Banu Umayyah. Jurnal Islāmiyyāt. 34. 58-70

Philip K. Hitti. 1970. History of the Arabs From the earliest times to the present.
Edi.kesembilan. Macmillan South Africa: New York

Rosanna Gorini. 2002. Attention and care to madness during the islamic middle age in
Syiria: The example of the Bimaristan al Arghun. From princely palace to Bimaristan.
Journal of the international society for the history of Islamic medicine. 40-42

Salmy Edawaty Yaacob. 2012. Keunggulan dinar emas sebagai mata wang: kajian
berdasarkan sejarah tamadun Islam. Jurnal Islāmiyyāt 34. 119-129.

Sahrulazmi Sidek. 2011. Armada laut Umawiyyah, panahan yang membelah api
Greek. Johor: Mazni Irfan.
16

The Alchemy Web Site. Ttp. Arab Medical Schools during the 12th and 13th
centuries. http://www.levity.com/alchemy/islam06.html. [25 0ct 2014]

Yusuf Al Qardhawi. 2006. Tārīkhunā al muftara ‘alaihi. Edi. Kedua. Kaherah: Dar as
Shorouk.

Anda mungkin juga menyukai