Anda di halaman 1dari 2

Hikayat adalah hasil kesusasteraan Melayu lama.

Pada umumnya, hikayat dicipta tanpa diketahui


nama pengarang dan tarikh dikarang. Hikayat mengandungi ciri-ciri kesaktian, keberanian dan
kegagahan wira yang luar biasa. Pengarang juga melukiskan kejelitaan puteri raja, kegagahan
hulubalang, bala tentera yang tidak terkira banyaknya, serta binatang dan benda-benda yang
berunsur magis. Di dalam hikayat selalunya terdapat pertandingan yang menguji kepahlawanan
wira yang sering kali dikurniakan dengan kesaktian. Wira akhirnya menjadi juara mengalahkan
lawannya yang terdiri daripada anak-anak raja dan mengahwini puteri raja yang menjadi rebutan.

MSS 1714
Hikayat Bayan Budiman
Disalin pada 17 Syawal 1336H. [26 Julai 1918M.] Hikayat ini merupakan
satu hikayat yang popular yang juga dikenali dengan Hikayat Khoja
Maimun. Ia mengisahkan kebijaksanaan seekor burung bayan yang
telah menyampaikan berbagai cerita dengan tujuan menghindar Bibi
Zainab, isteri Khoja Maimun, daripada berlaku curang semasa ketiadaan
suaminya.

MSS 1063 (A)


Hikayat Inderaputera
Disalin oleh Kapitan Salimuddin pada 19 Oktober 1866 di Kampung
Kertel, Sri Lanka. Mengisahkan pengembaraan Inderaputera untuk
mendapatkan ubat bagi mengubati Puteri Mengindera Sari Bulan yang
dihadapinya dengan pelbagai rintangan dan kesaktian.

MSS 437
Hikayat Nabi mikraj
Disalin pada hari Jumaat, 1310H. [1892M.] Menceritakan peristiwa Nabi
dibawa ke langit mengadap Allah.

MSS 427
Hikayat Amir Hamzah
Menceritakan kegagahan dan keberanian Amir Hamzah.

MSS 2718
Hikayat Isma Dewa
Disalin pada waktu zuhur, 17 Safar oleh Abdul Samad Jawi Kelantan.
Menceritakan kegagahan dan kesaktian Isma Dewa yang berjaya
mengalahkan kaum jin, naga, raksaksa, binatang dan lain-lain rintangan.

MSS 426
Hikayat Marakarma
Mengisahkan pengembaraan Marakarma yang mengalami peristiwa-
peristiwa sedih dan menghadapi berbagai peperangan.
MSS 438
Hikayat Indera Quraisyin
Dikarang oleh seorang pengarang yang tidak diketahui namanya yang
berasal dari masyarakat Melayu Sri Lanka. Mengisahkan pengembaraan
Indera Quraisyin untuk mencari Tuan Puteri Zamzam Ratna Angkasa.
Pelbagai halangan dan ujian terpaksa ditempuhinya, namun kerana
kebijaksanaan dan kegagahannya semuanya dapat diatasi.

MSS 435
Hikayat Kejadian Baginda Rasulullah
Mengisahkan tentang susur galur keturunan Nabi Muhammad s.a.w,
peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Baginda, sejarah hidup,
perjuangan dan mukjizat Baginda dalam menyampaikan agama Islam
kepada umat manusia.

MSS 2341
Hikayat Nabi Sulaiman
Tamat disalin pada hari Ahad, bulan Syaaban
Mengisahkan tentang Nabi Sulaiman a.s yang dilantik menjadi raja di
Baitul Muqaddis. Baginda mempunyai sebentuk cincin kekuasaan
kerajaannya yang membolehkan Baginda melakukan pelbagai perkara
yang luar biasa. Cincin itu kemudiannya dicuri oleh jin setelah
memperdayakan Balqis isteri beliau. Di akhir cerita cincin itu ditemui
kembali.

MSS 422
Hikayat Ahmad Muhammad
Disalin oleh Samsuddin ibn al-Taif pada hari Khamis 13 Zulhijjah
bersamaan 18 April 1867M. di Lapiti, [Sri Lanka]. Mengisahkan tentang
dua orang putera raja negeri Syam iaitu Ahmad dan Muhammad.
Mereka telah mengembara untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh
seorang nakhoda. Semasa pengembaraan mereka telah menghadapi
pelbagai rintangan dan pada satu ketika mereka telah berpisah, tetapi
akhirnya bertemu semula.

Anda mungkin juga menyukai