Anda di halaman 1dari 4

Isu Kesantunan Bahasa Masyarakat Malaysia.

Pengenalan.

Konsep kesantunan dalam berbahasa dan penulisan merupakan suatu aspek yang perlu dijaga oleh
kita sesama masyarakat pada hari ini.Konsep kesantunan dalam berbahasa jika menurut Kamarudin
Hj.Husin (1999) ialah suatu kemahiran yang paling asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu oleh
murid-murid sebelum mereka mempelajari kemahiran lain.Manakala menurut P.Seetha Chennai
(2002) pula mentakrifkan komunikasi lisan sebagai suatu interaksi yang melibatkan dua pihak
melalui percakapan.Seterusnya,menurut Mok Soon Sang (2000) pula dalam proses pembelajaran di
dalam kelas seorang guru itu perlu mempunyai suara yang kuat,jelas dan berintonasi supaya semua
maklumat yang ingin disampaikannya sampai kepada murid-murid.

Konsep kesantunan dalam penulisan pula,jika menurut Abdullah Hassan (2006) ialah cara utama
kita berinteraksi dalam sistem pengurusan.Tulisan itu perlulah sentiasa kemas,cantik,teratur dan
bersistem barulah segala maklumat dapat disampaikan dengan baik kepada pembaca.Menurut
Sulaiman Masri (1997) pula kesantunan dalam penulisan ini penting kerana setiap maklumat yang
penting itu perlu disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang.Oleh itu terdapat pelbagai
kemahiran dalam penulisan yang perlu dikuasai oleh seseorang itu dalam penulisannnya supaya
maklumat dapt difahami dengan mudah oleh pembaca.Selain itu,komunikasi bertulis juga
dipengaruhi oleh gaya Bahasa yang digunakan,penghantaran mesej yang jelas,format yang tepat dan
sebagainya.Pada era globalisasi ini,terdapat pelbagai perubahan yang telah berlaku khususnya di
dalam penggunaan Bahasa dan tulisan dalam kalangan masyarakat kita.Oleh itu,timbullah pelbagai
masalah dan isu yang melibatkan kesantunan Bahasa pada hari ini.

Isu Semasa Berkaitan Kesantunan Bahasa dan Penulisan.

1)Penggunaan Bahasa Loghat Tempatan dan Mencarut.

Terdapat pelbagai contoh kesantunan lisan yang wujud pada hari ini.Contohnya seperti
perbincangan,pembentangan,ucapan,mesyuarat,syarahan,ceramah,pidato dan taklimat.Setiap jenis
kesantunan lisan ini perlu disesuaikan mengikut tempat dan situasi semasa.Contohnya jika kita
menjadi seorang pengerusi majlis dalam sesebuah majlis,kita perlulah berucap menggunakan
kesantunan lisan ucapan barulah sesuai dengan keadaan tersebut bukanlah bercakap seperti
memberi ceramah.Antara isu kesantunan berbahasa yang sering berlaku dalam masyarakat kita pada
hari ini ialah penggunaan Bahasa pasar atau loghat tempatan dalam perbualan seharian.Negara kita
mempunyai pelbagai adat dan budaya,sehinggakan setiap negeri di Malaysia ini mempunyai
loghatnya yang tersendiri.Perkara ini boleh berlaku salah satunya kerana faktor sejarah.
Contohnya di Kawasan Hulu Perak dan Pangkal Selangor,mereka menggunakan Bahasa jawa
sebagai pertuturan harian.Hal ini kerana jika mengikut sejarahnya Kawasan ini dahulu dibuka oleh
saudara berenam daripada Tanah Jawa yang lari ke Tanah Melayu selepas Tanah Jawa ditawan oleh
Belanda,oleh itu sampai sekarang masyarakat di sana berbahasa jawa.Penggunaan Bahasa pasar
dalam berbicara sebenarnya tiada salahnya malahan dalam sesetengah situasi sebenarnya
penggunaan Bahasa pasar itu lebih relevan berbanding Bahasa baku contohnya ketika berbicara
dengan orang-orang tua di penempatan kita.

Selain itu,pada zaman fitnah ini penggunaan Bahasa mencarut sudah menjadi suatu kebiasaan
dalam masyarakat kita khususnya golongan anak muda.Hal ini kerana anak mmuda pada hari ini
banyak dipengaruhi oleh tren semasa idola-idola mereka dalam pelbagai bidang tertentu.Mereka
hanya mengikut apa yang dilihat tanpa berfikiran lebih matang kerana apa yang dikejar semata-mata
populariti dan cinta.Akhirnya menyebabkan diri mereka hilang jati diri dalam berbahasa.

2)Tulisan Singkatan dan Tulisan yang kurang cantik.

Terdapat pelbagai jenis kesantunan tulisan di dalam kehidupan kita pada hari ini.Antaranya ialah
surat kiriman rasmi,surat tidak rasmi,menulis laporan,mencata minit mesyuarat,menulis teks
ucapan,menulis memo dan menulis karya sastera.Setiap daripada jenis kesantunan penulisan ini
perlu disesuaikan mengikut tempat dan keadaan semasa.Contohnya jika kita ingin menulis surat
kepada guru kelas maka penulisan yang sesuai ialah surat kiriman rasmi bukannya boleh ditulis
sesuka hati tetapi perlu mengikut formatnya yang tertentu.Isu seterusnya ialah isu dalam
kesantunan penulisan iaitu penggunaan Bahasa singkatan dalam penulisan.Pada era globalisasi
ini,penulisan tidak lagi hanya tertumpu kepada penulisan di atas kertas sahaja,tetapi konsepnya
telah berkembang kepada penulisan di dalam media sosial.Sehinggakan sedar atau tidak kadang kala
kita lebih banyak menggunakan berkomunikasi menggunakan tulisan di dalam media sosial
berbanding bercakap secara berhadapan dengan seseorang.Walaupun memberikan perkembangan
ini memberi banyak manfaat kepada kita akan tetapi ia juga mempunyai kesan negetif dalam
kehidupan kita khususnya dalam menjaga kesantunan penulisan.

Jika kita melihat realiti hari ini,rata-rata kita semua mempunyai telefon pintar sendiri dan antara
aplikasi utama yang kita perlu ada di dalam telefon pintar ialah aplikasi media sosial.Sudah menjadi
suatu kebiasaan bagi kita berinteraksi menggunakan Bahasa singkatan di dalam media sosial kerana
ianya lebih mudah,cepat dan bergaya berbanding menggunakan Bahasa baku.Hal ini seterusnya
menjadi suatu tren dalam masyarakat kita pada hari ini.Selain itu,penggunaan Bahasa yang kesat di
dalam penulisan juga dapat menjadi suatu isu kepada kita hari ini.Bagi mereka penggunaan Bahasa
tersebut sebenarnya lebih disukai kerana dianggap tidak ketinggalan zaman tetapi kadang kala ialah
sebenarnya punca pergaduhan sesama kita.

3)Tulisan yang kurang Kemas dan Penggunaan Tulisan Jawi.

Seterusnya ialah isu berkenaan penulisan seseorang yang tidak cantik dan kurang kemas sehingga
menyebabkan perkataan yang ditulis tidak dapat dibaca dan difahami oleh pembaca.Isu ini
sememangnya dilihat remeh akan tetapi sebenarnya banyak menyerang masyarakat kita pada hari
ini.Hal ini berlaku kerana kita pada hari ini hanya diajar untuk mengeja dan menulis dengan betul
sewaktu kecil,bukannya diajar menulis tulisan yang cantik dan kemas.Penulisan yang cantik sangat
penting bagi memudahkan pembaca dapat memahami apa yang kita ingin sampaikan dengan
mudah.Perkara ini akan menjadi serius jika dilakukan ketika peperiksaan khususnya peperiksaan
yang besar seperti Siji Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu,isu yang hangat diperdebatkan wacana ini ialah isu berkenaan penggunaan tulisan
jawi.Masyarakat melayu pada zaman dahulu sebenarnya menggunakan tulisan jawi di dalam
kehidupan seharian mereka.Tulisan jawi mengikut kajian sejarawan sebenarnya diambil daripada
Bahasa arab dan digunakan dalam masyarakat melayu sejak daripada zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi.Hal ini merupakan antara kesan daripada perdagangan antarabangsa antara Melaka
ketika itu dengan para pedagang daripada arab.Tulisan ini walaubagaimanapun telah berinovasi dari
zaman ke zaman hinggalah ke hari ini terciptalah penulisan jawi moden.Penulisan jawi moden ini
sempat dijadikan suatu isu pada pemerintahan kerajaan terdahulu yang inginkan subjek jawi
dimasukkan di dalam KSSR,akan tetapi mendapat banyak bantahan daripada pelbagai
pihak.Walaupun begitu,kita sebagai seorang anak jati melayu seharusnya mempunyai rasa
bertanggungjawab untuk menyokong dan memelihara tulisan jawi ini daripada luput ditelan zaman.

Penutup.

Sebagai kesimpulannya,jelaslah di sini bahawa terdapat banyak lagi isu berkaitan kesantunan
berbahasa dan penulisan yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini.Oleh itu,kita sebagai
seorang individu yang bertanggungjawab perlulah mengambil inisiatif sendiri bagi memelihara
Bahasa ketika bercakap dengan orang lain dan memelihara tulisan sendiri bagi menunjukkan identity
kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang berbudi Bahasa.
Rujukan.

1.P.Seetha, Chennai. (2002).What is the difference between “verbal” and “oral”?.Online edition of
India’s National Newspaper.Diperoleh daripada
http://www.thehindu.com/thehindu/edu/2002/11/12/stories/2002111200060202.htm

2.Mok Soon Sang (2000).Ilmu Pendidikan untuk KPLI.Kuala Lumpur.Kumpulan Budiman.

3.Sulaiman Masri (1997).Media dan Komunikasi dalam Bahasa Melayu.Shah Alam : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

4. Yusoff, M. A. (2005). Perkembangan tulisan jawi dan aplikasinya dalam masyarakat islam di
malaysia. Jurnal Usuluddin, 21, 23-38.

5. Maulidi, A. (2015). Kesantunan Berbahasa Pada Media Jejaring Sosial


Facebook. BAHASANTODEA, 3(4).

Anda mungkin juga menyukai