Anda di halaman 1dari 2

CADANGKAN PENYELESAIAN (ORIGINAL IDEAS) UNTUK MASALAH TERSEBUT.

Pada cadangan saya, pasukan petugas khas FELDA ini harus membentangkan dapatan mereka
termasuklah langkah-langkah untuk memastikan kelestarian FELDA serta mencadangkan model
FELDA yang baharu dan lebih baik.

Pihak kerajaan perlu menjelaskan arah tuju FELDA dan status Kertas Putih tersebut. Cadangan
tersebut juga perlu mengandungi satu garis masa dan pelan pelaksanaan yang jelas. Kerajaan harus
mengesahkan arah tuju dasar masa hadapan FELDA, termasuk komitmen kepada satu garis masa
dan pelan pelaksanaan yang jelas.

Pihak IDEAS juga telah menerbitkan GLC Monitor yang bertajuk “Perubahan Struktur dan Prospek
Untuk FELDA”. GLC Monitor atau pemantauan ini, ditulis bersama oleh Profesor James Chin dari
Universiti Tasmania dan Zulaikha Azmi dari IDEAS, menggariskan pembangunan domestik dan
antarabangsa yang memberi bayangan bahawa model FELDA semasa tidak lagi sesuai untuk
bergerak ke hadapan.

Antaranya pertama, kebergantungan yang berterusan kepada eksport minyak sawit mentah (CPO)
merupakan sesuatu yang tidak lestari dan mempelbagaikan produk diperlukan untuk meningkatkan
ketahanan. Harga minyak sawit bergantung kepada harga pasaran dunia yang telah jatuh disebabkan
penghujung kitaran besar komoditi dan permintaan minyak sawit dunia tidak dapat dijangka. Hal ini
telah mempengaruhi pendapatan FELDA serta pendapatan para peneroka yang terdedah kepada
perubahan harga minyak sawit.

Pengumuman terkini oleh FELDA Global Ventures (FGV) mengenai peningkatan prestasi
kewangannya untuk suku kedua tahun 2020 kebanyakannya berpunca daripada harga minyak sawit
mentah yang lebih tinggi telah menunjukkan kebergantungannya kepada harga minyak sawit. “Turun
naik harga minyak sawit mentah mempunyai impak yang sangat besar terhadap keuntungan FELDA.
Malaysia telah terkesan dengan turun naik harga sebelum ini dan kami menjangkakan turun naik
harga ini akan berterusan untuk satu jangka masa yang lama”, kata Profesor James Chin.

Kedua, usaha-usaha untuk mempelbagaikan pendapatan FELDA sebelum ini melalui langkah
pengkomersialan tidak berjaya meningkatkan produktiviti dan hasil sosioekonomi. Strategi
pengkorporatan termasuklah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia tidak berjaya mempelbagaikan
pendapatan para peneroka FELDA – sebaliknya, percambahan anak-anak syarikat FELDA telah
mengakibatkan banyak pegangan dalam bidang perniagaan tidak berkaitan.

Ketiga, perubahan demografi termasuklah kebergantungan yang melampau terhadap pekerja-


pekerja asing dan penghijrahan generasi muda peneroka FELDA ke kawasan bandar telah
meningkatkan lagi keperluan untuk FELDA menepati objektif-objektif sosioekonominya. Model ini
tidak berjaya menghasilkan satu prospek yang cukup menarik untuk generasi muda terus bekerja di
ladang.
Memandang ke hadapan, kami menyeru kepada kerajaan untuk fokus kepada pembaharuan FELDA
yang asas. Kertas cadangan pasukan petugas khas FELDA yang dijangkakan ini perlu pergi lebih jauh
supaya dapat menangani masalah-masalah asas yang dihadapi oleh FELDA termasuk seperti yang
digariskan dalam GLC Monitor.

Mengulas perkara ini, Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kebajikan para peneroka
berbanding terus fokus kepada usaha mengekalkan FELDA. Hal ini termasuk memastikan insentif
kepada inovasi dan penaiktarafan lebih sejajar. Adaptasi akan mengambil masa, oleh itu satu strategi
yang lestari amat diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai