Anda di halaman 1dari 1

Selamat petang guru-guru dan murid-murid sekalian.

Hari ini saya menyampaikan satu cerita


yang bertajuk “Singa Dan Tikus”.

Pada suatu hari, seekor singa sedang tidur di bawah pokok. Seekor tikus sedang
berjalan-jalan sambil membawa buah di atas kepalanya.

Tiba-tiba, tikus itu terpijak ekor Singa. Singa sangat marah kerana tikus telah
menggangu dia tidur.

“Aum, berani kau kacau aku tidur! Aku akan makan kau.” Kata Singa.

Tikus sangat takut kerana dia telah ditangkap oleh singa.

“Tolonglah singa! Tolong lepaskan aku! Aku berjanji akan membalas jasa baikmu.”

“Hahahaha………hahahaha……apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya?


Hahahaha….. Saya adalah raja rimba ! kenapalah saya perlu bantuan daripada awak?

Singa berasa pertuturan tikus itu sungguh kelakar. Dia terhibur lalu melepaskan tikus
itu.

Beberapa hari kemudian, ketika tikus sedang mencari makanan di dalam hutan, tiba-
tiba dia terdengar suara singa mengaum meminta tolong.

“Aum, tolong! Tolong!” jerit singa. Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara
singa. Rupa-rupanya singa telah terperangkap di dalam sebuah jaring yang dipasang oleh
pemburu. Tidak berlengah lagi, tikus terus mengigit jaring itu sehingga putus.

“ Terima kasih tikus kerana menyelamatkan saya. Saya tidak sangka yang awak
boleh tolong saya.”Kata singa.

“Sama-sama”. Kata tikus. Sejak dari itu, mereka telah menjadi kawan baik.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain.
Setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan masing-masing. Singa yang kuat pun tak
boleh buka jaring, tapi tikus yang lemah boleh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai