Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2022

1. TAJUK
Sambutan Hari Guru SRA Al Islamiah 2022

2. TUJUAN
Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih
kepada para guru dan para pendidik di atas segala bentuk pengorbanan dan
sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SRA Al-
Islamiah dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan
jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting
dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang
unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga
amat bermakna bagi guru agar terus berusaha memartabatkan profesion
perguruan selaras dengan salah satu teras utama Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan iaitu memartabatkan profesion perguruan.

3. LATAR BELAKANG
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama
dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar
pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan
Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak
itu.

4. RASIONAL
Sambutan Hari Guru peringkat SRA Al-Islamiah yang diadakan sejajar
dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan
profesion perguruan. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi
kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta
dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali sesama
rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul
selama ini di sekolah.

1
5. CADANGAN PERLAKSANAAN

5.1 OBJEKTIF
5.1.1 Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
5.1.2 Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan
penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
5.1.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas, muhibah dan kerjasama
warga pendidik, ibu bapa dan pelajar
5.1.4 Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5.1.5 Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam
mendidik anak-anak ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

5.2 TEMA
Belum diketahui

5.3 TARIKH
16 MEI 2022

5.4 MASA
2.45 – 5.15 petang

5.5 TEMPAT
Dewan SRA AL-Islamiah, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park,
Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur

5.6 ATURCARA
Lampiran 1

5.7 KAEDAH PENGISIAN


Pertandingan dan persembahan murid

2
5.8 SENARAI JAWATANKUASA DAN TUGAS

Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Us. Mohd Sariff bin Mohd Maidin
Timbalan Pengerusi : Ust. Hamlizah binti Tahir
Penyelaras : Ust. Kamariah binti Mat Daud
Setiausaha : Ust. Zafirah binti Rahmat

Jawatankuasa Program
Pengarah : Us. Mohd Aidil Bin Ahmad Damanhuri
Penolong Pengarah : Ust. Nur Syamimy binti Mohd Sabri
AJK Pengurusan dan Keselamatan : Ust. Mohd Sauti bin Mamat
AJK hadiah : Ust. Jamelah Binti Yusoff
AJK Jamuan dan kebersihan : Ust. Nurul Aina binti Abdul Hamid
AJK Permainan dan pertandingan : Us. Nazrul Fadzli bin Zollcapli
AJK Dokumentasi : Ust. Suryati Yusnie binti Yusof

6. IMPLIKASI KEWANGAN
Lampiran 3

7. PENUTUP
Diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Ketua
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan. Semoga program sambutan hari guru peringkat sekolah ini
mendapat sokongan dan amat bermakna bagi guru agar terus berusaha
memartabatkan profesion perguruan. Manakala murid-murid terus mengenang dan
berterima kasih kepada para guru dan para pendidik di atas segala bentuk
pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti.

3
LAMPIRAN 1

ATURCARA
SAMBUTAN HARI GURU 2022

2.45 – 3.00 petang - Murid-murid berkumpul di dewan

3.00 – 3.30 petang - Ucapan pengerusi majlis


- Ucapan Guru Besar
- Ucapan wakil murid
- Ikrar guru
- Nyanyian dan persembahan guru
- Nyanyian dan persembahan murid

3.30 – 4.30 petang - Aktiviti murid

Tahap 1:
- Tahun 1: Ambil gula-gula dengan mulut (kumpulan)
- Tahun 2: Tiup belon sampai pecah (kumpulan)
- Tahun 3: Menyambung tali hingga panjang (Kumpulan)

Tahap 2:
- Tahun 4: Sambung getah hingga terpanjang (Kumpulan)
- Tahun 5: Ambil gula-gula dengan penyepit (Kumpulan)
- Tahun 6: Berebut kerusi (Kumpulan)

4.30 – 5. 15 petang - Penyampaian hadiah


- Bacaan doa
- Bersurai

4
LAMPIRAN 2

DISKRIPSI TUGAS

BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS PENYELARAS


1. Pengarah  Memanggil AJK mesyuarat
Program  Memantau perjalanan program sebelum dan Us. Mohd Aidil
selepas bin Ahmad
 Mengadakan posmotem stelah selesai Damanhuri
program
 Membantu AJK yang lain
2. Penolong  Membantu pengarah program Nur Syamimy
Pengarah  Membantu AJK yang lain binti Mohd Sabri
3. AJK Keselamatan  Menyediakan peralatan kecemasan
& Keselamatan  Mengurus sebarang kes kecemasan
Us. Mohd Sauti
Murid  Memastikan murid berada dalam keadaan
bin Mamat
selamat
 Membantu AJK yang lain
4. AJK Hadiah  Menyediakan hadiah
 Menyediakan senarai murid yang memasuki Ust. Jamelah
pertandingan binti Yusoff
 Membantu AJK lain
5. AJK Jamuan dan  Menyediakan hadiah
Ust. Nurul Aina
Kebersihan  Menyediakan senarai murid yang memasuki
binti Abdul
pertandingan
Hamid
 Membantu AJK lain
6. AJK Permainan  Menyediakan peralatan pertandingan dan
dan Pertandingan permainan
Us. Nazrul Fadzli
 Menguruskan setiap pertandingan dan
bin Zollcapli
permainan sepanjang program berjalan
 Membantu AJK yang lain
7. AJK Dokumentasi  Menyediakan kertas kerja
 Mengambil gambar sepanjang program
Ust. Suryati
berjalan sebelum dan selepas
Yusnie binti
 Membuat laporan bertulis setelah selesai
Yusof
program untuk dihantar ke JAWI.
 Membantu AJK yang lain
5
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 4

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


SAMBUTAN HARI GURU 2022

6
PERBELANJAAN
BI
PERKARA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)
L
1. Hadiah Pertandingan
Tempat Pertama RM 5 x 40 murid RM 200.00
Tempat Kedua RM 4 x 40 murid RM 160.00
Tempat Ketiga RM 3 x 40 murid RM 120.00
2. Hal-hal Lain
Perbelanjaan luar jangka RM 19.00
JUMLAH RM 500.00

PENDAPATAN
BI PERKARA JUMLAH (RM)
L
1. Kewangan Sekolah RM 499.00

Anda mungkin juga menyukai