Anda di halaman 1dari 10

Dosen Pengampu ​ ​ ​ ​ ​

​ ​ ​Mata Kuliah
Dr. Kamaruddin Nasution
M.I.S ​ ​ ​ ​ ​ ​Ilmu Dakwah

MENGETAHUI USLUB DAKWAH MUJADILAH

Oleh :
Robbil Fikri Kholidi ​ ​ ​11930210909

JURUSAN ILMU AL QUR’AN DAN TAFSIR


FAKULTAS USHULUDDIN
UNEVERSITAS ISLAM NEGRI SULTAN SYARIF KASIM
RIAU
2021
KATA PENGANTAR
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi
maha penyayang, segala puji bagi Allah SWT Tuhan pencipta
alam semesta beserta makhluk ciptaan-Nya, shalawat serta
salam semoga tetap tercurahkan kepada junjungan kita Nabi
Agung Muhammad SAW. Yang telah membawa seluruh umat
islam dari zaman yang penuh kesesatan menuju zaman yang
penuh rahmat dengan tersebarnya agama islam di muka bumi
ini.
Dalam rangka meningkatkan pengetahuan dalam mata
kuliah Ilmu Dakwah, dan untuk mengembangkan kemampuan
dalam penyusunan makalah maka dengan segenap yang saya
miliki dengan didasari mengharap ridho dari Allah SWT maka
tersusunlah makalah yang masih sangat sederhana ini.
Dan penulis ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada
dosen pembimbing dalam Mata Kuliah “Ilmu Dakwah”, yang
telah memberikan kesempatan kepada penulis untuk melatih
dan mengukur kemampuan saya tentang mata kuliah ini.
Saya selaku penulis dan penyusun makalah ini sadar
bahwa makalah ini masih terdapat banyak kesalahan-kesalahan
baik itu dalam hal penulisan maupun dalam hal penyusunan
atau yang lainnya, maka dari itu penulis mengaharapkan saran
dan kritik dari para pembaca agar penulis bisa memperbaiki
kesalahan-kesalahan yang telah terjadi. Dan penulis juga
berharap agar penyusunan makalah ini bisa memberi manfaat
bagi pembaca maupun bagi penulis secara pribadi. Aamiin ya
robbal ‘alamin..

Pangkalan kerinci, 5 Desember 2021

Robbil Fikri Kholidi

DAFTAR ISI
Kata Pengantar. .........................................................................................................
Daftar Isi....................................................................................................................
BAB I PENDAHULUAN
A. Latar Belakang. .............................................................................................
B. Rumusan masalah..........................................................................................
C. Tujuan Makalah.............................................................................................
BAB II PEMBAHASAN
1.1 Pengertian Uslub Dakwah........................................................................
1.2 Pengertian Mujadalah...............................................................................
1.3 Bentuk-bentuk Mujadalah.........................................................................
1.4 Jenis-jenis Mujadalah................................................................................
1.5 Sasaran Metode Mujadalah……...............................................................
1.6 Contoh Penggunaan Mujadalah Dalam Al-Qur’an……...........................
1.7 Keperluan Dalam Penggunaan Mujadalah................................................
BAB III PENUTUP ​
A. Kesimpulan. ..................................................................................................
DAFTAR PUSTAKA

BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Dakwah memerlukan kepada uslub (kaedah) yang baik. Uslub yang terbaik
adalah uslub yang bersifat rabbani sesuai dengan itu sendiri yang bersifat ‘Rabbaniy al-
masdar’. Oleh itu tajuk dakwah dan uslubnya adalah dua perkara yang tidak dapat
dipisahkan kerana kejayaan dakwah bergantung kepada beberapa faktor dan antara yang
utamanya ialah berkaitan uslub dakwah itu sendiri.
Dakwah Islam adalah sesuatu yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah
maka ia adalah sesuatu amal yang sangat murni yang perlu dilaksanakan dengan cara
yang terbaik, jujur dan ikhlas.

Dakwah merupakan profesion para rasul sejak Nabi Nuh ‘alaihissalam sehingga
kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam. Mereka adalah da’i (pendakwah)
ulung yang diutus Allah kepada manusia untuk menunjukkan jala yang patut dilalui.

B. Rumusan Masalah
1. Apa Pengertian Mujadalah ?
2. Apa contoh-contohnya ?
3. Apa bentuk-bentuk mujadalah ?
4. Apa jenis-jenis mujadalah ?
5.
C. Tujuan Makalah
1. Mengetahui Uslub Dakwah Mujadilah secara luas
2. Mengetahui bentuk-bentuk, serta jenis-jenisnya secara jelas
3. Mengetahui ayat-ayat tentang dakwah mujadalah.

BAB II
PEMBAHASAN

1.1 PENGERTIAN USLUB DAKWAH


Di dalam menjalankan usaha dakwah, keperluan kepada sesuatu pendekatan yang
bersesuaian dengan sasaran merupakan asas kepada dakwah yang berkesan. Isi atau
pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran dan cara menyampaikan pengajaran
turut menjadi komponen yang penting ke arah dakwah yang berkesan. Oleh yang demikian,
pendekatan atau uslub merupakan satu eleman penting di dalam dakwah kerana ia merupakan
indikator kepada cara pengajaran yang disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk
menerimanya.
Pendekatan atau uslub yang hendak digunapakai dalam berdakwah perlulah suatu
pendekatan yang bersesuaian dengan fitrah manusia atau dikenali sebagai pendekatan fitrah.
Ini kerana agama Islam merupakan agama fitrah yang amat bersesuaian dengan sifat fitrah
manusia. Allah S.W.T telah merakamkan mengenai pendekatan atau uslub dakwah dengan
jelas dan nyata di dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang
baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang
lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang- orang yang mendapat petunjuk.”(QS.An-Nahl : 125)

Di dalam ayat ini,Allah telah menggariskan uslub dakwah yang menjadi pokok utama iaitu
al-Hikmah, al-Mau’izatul Hasanah (nasihat yang baik) dan al-Mujadalah (berbahas).

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran, pendekatan al-Mujadalah


merupakan satu metod Rabbani di dalam menerangkan kefahaman Islam kepada manusia.
Pendekatan al-Mujadalah dilihat amat perlu di dalam usaha untuk menyampaikan ajaran
Islam itu sendiri kerana tahap pemikiran manusia adalah tidak sama dan berbeza-beza.
Justeru, pelaksanaan al-Mujadalah sebagai metod dakwah perlu dikaji dan difahami dengan
sebaiknya agar ianya tidak tersasar dari matlamat dakwah yang hendak dicapai.

1.2 PENGERTIAN MUJADALAH

Mujadalah ‫ ) )مجادلللة‬adalah perkataan arab yang berasal daripada “Jadala” ( ‫ ) جللادل‬yang


bermaksud berbincang dan berbahas.

Di dalam al-Mu’jam al-Wasit al-Jadal membawa maksud pertengkaran yang kuat.


Mujadalah adalah terbitan daripada al-Jadal yang beerti perdebatan, perbahasan,
perbincangan atau perbantahan.

Menurut Kamus Dewan, berbahas atau berbahas-bahasan beerti berbincang dengan


seseorang atau pihak yang lain mengenai sesuatu perkara dengan mengemukankan hujah
masing-masing sama ada menyokong atau menentang.
Mujadalah dalam konteks dakwah pula bermaksud diskusi atau bertukar-tukar fikiran
dan pendapat. Perkara ini perlu dilakukan dengan baik, sama ada untuk bermujadalah dengan
orang Islam atau dengan bukan Islam. Uslub al-mujadalah memberi maksud perdebatan yang
baik yang dijelaskan oleh Ibn Kathir sebagai berdiskusi dan berhujah sebagai jalan mencari
kebenaran. Al-Mujadalah menurut al-Quran dan as-Sunnah ialah Jadal, iaitu menggunakan
alasan dan dalil yang serba lengkap dan benar hingga dapat diterima oleh hati manusia. Ia
juga merupakan panduan untuk memberikan jalan kepada orang kafir dan orang yang
menyimpang dari landasan untuk berfikir tentang kebenarannya. Perkara ini hendaklah diberi
perhatian yang serius dalam metod dakwah kerana sebagaimana yang diketahui, ketika
pendakwah menyampaikan ceramah atau huraian terhadap sesuatu masalah, mad’u akan
mengajukan beberapa pertanyaan tetapi jarang pula mereka mengemukakan bantahan
terhadap apa yang dihuraikan oleh pendakwah kepada sasarannya.

Pendakwah mestilah terlebih dahulu menilai orang yang mengemukakan bantahan itu
supaya bantahan tersebut dapat dijawab dan ditangkis dengan bijak. Jawapan yang pendawah
berikan itu bukanlah semestinya berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah tetapi terlebih dahulu
hendaklah menggunakan kaedah logik akal atau kaedah mantiq supaya dapat menyentuh akal
mereka sebelum menjawab persoalan yang dikemukakan. Ini kerana, ada sesetengah manusia
berdebat tentang Allah SWT tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai ilmu pengetahuan
tentangnya.

1.3 BENTUK-BENTUK MUJADALAH

Menurut Ibn Hambali, terdapat tiga bentuk jadal sabagaimana yang disebutkan dalam al-
Quran.
1. Al-Khusun min al-Hujaj wa al-Barahain
​Jadal ini berbentuk hujah-hujah dan dalil-dalil yang berpandukan
alasan di dalam menegakkan prinsip aqidah dan ini merupakan cara atau
metod yang digunakan oleh para nabi dan rasul. Manhaj ini amat penting
kerana sifat semulajadi manusia yang
suka berbantah-bantah sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam surah

“Manusia adalah makhluk yang paling banyak sekali membantah.”(QS. Al-Kahf :


54)
2. al-Hiwar ( ‫) الحوار‬
​ enurut Ghalwash, al-Hiwar ialah harapan
M
dan permohonan untuk mendapatkan panduan serta
pandangan untuk dipegang tetapi tidak menolak
pendapat atau pegangan yang dibawa oleh orang
lain. Jadal dalam bentuk ini bukanlah dalam
keadaan pertengkaran tetapi ianya merupakan suatu
permohonan bagi menambahkan lagi kepercayaan
sedia ada. Sebagai contoh, jadal nabi Ibrahim a.s.
dengan Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat
260 adalah berunsur dialog atau hiwar. Cara ini
digunakan adalah untuk melahirkan kebenaran dan
membatalkan kepalsuan.
3. Al-Jidal al-Batil
4. ​

​Bentuk ini adalah bentuk mujadalah yang digunakan oleh orang-orang


kafir dan orang-orang yang membenci agama Islam seperti golongan
orientalis, golongan anti hadith dan golongan sekular. Golongan-golongan ini
sering menimbulkan keraguan kepada umat Islam dan menyebarkan dakyah-
dakyah palsu.

1.4 JENIS-JENIS MUJADALAH

Terdapat dua jenis Jadal sebagaimana yang telah digambarkan dalam al-Quran.

1.4.1 Mujadalah yang terpuji (mahmudah)



Menurut Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jadal di sini ialah cara yang baik iaitu dengan muka yang
manis, lemah lembut, ucapan yang baik, membalas kejahatan dengan cara yang baik dan
matlamat jadal itu adalah untuk mencapai kebenaran.
Menurut tafsiran di dalam Tafsir Pimpanan al-Rahman pula, jika berlaku perbahasan agama
di antara orang-orang Islam dengan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) maka janganlah kita
berbahas dengan mereka melainkan dengan cara yang baik, lemah lembut dan dengan
mengemukakan hujah-hujah yang benar yang memperlihatkan kebenaran Islam dan kesesatan
golongan yang kafir.

1.4.2 Mujadalah yang tercela ( mazmumah )

Firman Allah s.w.t.:

“Tidak ada yang memperdebatkan tantang ayat-ayat Allah kecuali orang-orang yang kafir,
maka janganlah pulang balik dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain
memperdayakan kamu.”(QS. Al-Mu’min : 4)
Firman Allah s.w.t.:

“Dan mereka membatah (mujadalah) dengan alasan yang batil untuk melenyapkan
kebenaran dengan kebatilan itu, kerana itu Aku azab mereka. Maka betapa pedihnya azab
Ku.”(QS.Al-Mu’min : 5)

Menurut Tafsir Pimpinan al-Rahman, walaupun Allah s.w.t. telah menerangkan tentang
kedatangan hari kiamat dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku padanya, tetapi ada juga
manusia yang tetap mengingkarinya dengan tidak berdasarkan sebarang bukti dan ia pula
menurut ketua-ketua kufur yang menyesatkannya.

1.5 SASARAN METODE MUJADALA


Penggunaan metode Mujadalah di dalam dakwah sesuai dilaksanakan terhadap
golongan yang suka melakukan perdebatan dan perbahasan disamping kecenderungan
mereka untuk mempertikaikan kebenaran dengan mengemukakan hujah yang batil (al-
Alusi, t.th). Golongan sebegini amat fanatik denga kepercayaan sesat yang diwarisi
daripada nenek moyang mereka.
Dengan keadaan dan sifat yang sedemikian, hati mereka tidak mudah dilembutkan
dengan kata-kata nasihat yang baik, peringatan dan kata-kata lembut. Justeru, pengunaan
hujah-hujah yang kuat dan jitu perlu dikemukakan kepada mereka supaya dapat
mematahkan pandangan mereka dan seterusnya dapat memberi kesedaran tentang
kesesatan mereka. Pendakwah perlu menggunakan al-Mujadalah apabila berhadapan
dengan golongan yang keras kepala seperti golongan ahli kitab, kaum musyrikin dan
golongan munafik di mana mereka enggan menerima kebenaran kecuali dengan hujah
yang jitu dan perdebatan yang tegas.

1.6 CONTOH PENGGUNAAN MUJADALAH DI DALAM AL-QURAN

Terdapat banyak contoh mujadalah yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran.5Di
antaranya Allah swt telah mencerita kisah Nabi Ibrahim as yang banyak berlegar di sekitar
dakwah baginda yang telah menggunakan salah satu uslub dakwah iaitu bermujadalah. Kisah
mujadalah Nabi Allah Nuh a.s juga telah termaktub di dalam Al quran dan kisah-kisah ini di
nyatakan secara jelas di dalam surah Al A’raf, Hud, Al Mukminun, asy Syuara, Al-Qomar
dan Nuh. Allah swt juga turut merakamkan di dalam al-Quran kisah dakwah Nabi Musa
kepada Firaun dengan menggunakan metod Mujadalah.
1.6.1 Mujadalah Nabi Ibrahim

Terdapat empat buah kisah utama yang dijelaskan dalam al-Quran perihal dakwah Nabi
Ibrahim as iaitu:
1. Dakwah Nabi Ibrahim AS kepada bapanya:
a. Menggunakan gaya bahasa yang lembut
b. Mendoakan keselamatan bapanya
2. Dakwah Nabi Ibrahim AS kepada penyembah berhala
a. Berdakwah pada masa dan waktu yang sesuai
b. Menimbulkan persoalan dan keraguan

3. Dakwah nabi ibrahim kepada penyembah cakrawala


a. Berhujah menggunakan logika akal

4. Dakwah Nabi Ibrahim AS kepada Raja Namrud

a. Mengemukakan hujah dengan logik pemikiran


1.6.1.1 Dakwah Nabi Ibrahim AS kepada bapanya

Allah SWT mengutuskan Ibrahim sebagai nabi dan rasul kepada umatnya. Gerak kerja
dakwah pertama yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim ialah berdakwah kepada ayahnya
sendiri. Nabi Ibrahim memilih ayahnya sebagai sasaran dakwah yang pertama
berdasarkan kedudukan ayahnya sendiri sebagai orang yang paling rapat dengannya. Oleh
yang demikian, Nabi Ibrahim berusaha sedaya mungkin agar orang yang rapat dengannya
ini terselamat dari kesesatan yang nyata. Al-Quran menceritakan dialog Nabi Ibrahim
dengan ayahnya di dalam beberapa tempat di dalam Al-Quran. Antaranya ialah firman
Allah SWT dalam Surah Maryam ayat 41-47:

“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (al-Quran) ini perihal


Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah dia seorang yang amat benar, lagi menjadi
Nabi. Ketika dia berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku, mengapa ayah
menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat
menolongmu sedikitpun? "Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku
dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku;
aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. "Wahai ayahku, janganlah ayah
menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah
yang melimpah-limpah rahmatNya. "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang
bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) ar-Rahman disebabkan ayah
menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan
bagi Syaitan di dalam neraka". (Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan

tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti


daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan
5
batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa". Nabi
Ibrahim berkata: "Selamat tinggal ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku
supaya mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan
ihsanNya kepadaku”.

1.6.1.2 Dakwah Nabi Ibrahim kepada penyembah cakerawala

Nabi Ibrahim menujukan dakwah kepada kaumnya yang merupakan penyembah cakerawala
(al-Khalidi, 1997). Allah SWT menceritakan peristiwa dialog ini di dalam Surah al-An’am,
ayat 76-81:

“Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah
bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila
bintang itu terbenam, dia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam
hilang". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia
berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia:
"Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya
menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari
sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini
lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah
dengannya). "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang
menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah
aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". Dan
dia dibantah oleh kaumnya, dia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku
mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk
kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu
sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu.
(Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu
mahu (insaf) mengambil pelajaran? "Dan bagaimanakah aku hendak takutkan
apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan
sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah
dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu
mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak
mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"​

1.6.1.3 Dakwah Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud

Allah SWT mengkisahkan episod dakwah Nabi Ibrahim as ini dalam Surah al-Baqarah, ayat
258:
“Tidakkah ​ ​engkau ​(pelik) ​memikirkan ​
​(wahai ​Muhammad) ​ ​ ​tentang orang yang
berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya)
mengenai ​Tuhannya, ​ ​kerana ​ ​Allah ​
memberikan ​ ​orang ​ ​itu ​kuasa
pemerintahan? ​Ketika ​ ​Nabi ​ ​Ibrahim
​berkata: ​"Tuhanku ​ialah ​ ​Yang
menghidupkan dan Yang mematikan". Dia menjawab: "Aku juga boleh 5
menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya
Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?"
Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan
(ingatlah), ​ ​ ​Allah ​ ​tidak ​ ​akan
​memberikan ​ ​petunjuk ​ ​ ​kepada
kaum yang zalim.

1.7 KEPERLUAN DALAM PENGGUNAAN MUJADALAH

Penggunaan Mujadalah amat berguna ketika berhadapan dengan orang yang suka
membangkang dan keras hati yang memerlukan dalil-dalil bagi membuktikan bahawa
tentangan mereka itu tidak benar, seterusnya akan membuatkan mereka menyukai kebaikan
dan kebenaran.
Apabila manhaj ini digunakan, seseorang dai itu tidak dapat melarikan diri daripada
menjalankan tanggungjawabnya. Ini kerana manhaj dan cara ini memerlukan kepada
pertemuan satu dengan yang lain bagi mengeluarkan hujah masing-masing. Perdebatan atau
perbincangan boleh berkisar dalam persoalan akidah atau sosial.
Untuk itu sebagai tanda kehikmatan yang ada pada jadal yang diajar oleh Islam,
apabila berhadapan dengan golongan yang keras, Islam mengajar supaya menggunakan hujah
yang tegas, sementara kepada golongan yang lembut, maka hendaklah menggunakan cara
yang lembut dan bertolak ansur.
Antara keperluan di dalam penggunaan mujadalah dalam dakwah masa kini adalah
disarankan seperti berikut:
i. Pendakwah tidak merendahkan pihak yang diajak berbincang apatah lagi menjatuhkan
harga dirinya sehingga dia merasa yakin dengan tujuan mujadalah bukan untuk
mencari kemenangan dalam berhujah tetapi untuk mencari kebenaran yang wajar
difahami.

ii.
Pendakwah ​memahami ​matlamat ​perbincangan ​adalah
​semata-mata u​ ntuk
menyerlahkan kebenaran yang telah sedia ada menjadi fitrah kepada seluruh manusia.
iii. Pendakwah tetap menampakkan penghargaan kepada pihak yang diajak berbincang
kerana harga diri merupakan suatu yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang.
iv. Para pendakwah perlu berani berhadapan dengan penguasa bagi menegur mereka
sekiranya mereka melakukan kesalahan yang melanggar batas sebagai hamba Allah.
v. Para pendakwah juga harus bijak dalam menggunakan gaya bahasa yang sesuai
apabila berhadapan dengan golongan sasaran.
vi. Golongan pendakwah juga harus sentiasa berfikiran positif dan selalu berdoa supaya
usaha dakwahnya akan disambut dan diterima oleh semua pihak.
vii. Para pendakwah perlulah menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
menajamkan lagi hujah di samping bagi mengelakkan kehabisan hujah sewaktu
berdebat.
viii. Uslub mujadalah ini memerlukan pendakwah menguasai mauduk perbincangan secara
mendalam terutama untuk mempertahankan kebenaran Islam dan membatalkan hujah
pihak penentang.
5

BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Memahami naluri atau sifat manusia yang sememangnya banyak dalihan dan alasan ini maka
Allah SWT telah menjadikan uslub jadal sebagai salah satu cara menyelesaikan perselisihan
dan perbezaan di kalangan umat manusia.

Al-Quran banyak menyentuh persoalan mujadalah dan perdebatan. Mujadalah


berperanan menolak kebatilan dan kepalsuan. Perdebatan sama ada dalam bentuk mujadalah
atau diskusi boleh dijadikan sebagai satu jalan untuk membuktikan kebanaran walaupun ada
manusia yang tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai hujah. Dalam erti kata lain ianya
boleh diteruskan walaupun ada tanggapan yang kononnya jadal ini akan membawa
perpecahan dan kekeliruan.
Kesimpulannya, mujadalah merupakan metod dakwah yang penting dan mempunyai
sasarannya tersendiri yang tidak mungkin dapat ditembusi melainkan dengan pelaksanaan
mujadalah sebagai metod dakwah terhadap golongan keras kepala dan keras hati untuk
menerima kebenaran. Pelaksanaan mujadalah yang menepati kriteria Islam serta dilakukan
secara sistematik mampu memberi manfaat dalam usaha dakwah kerana kebenaran adalah
milik Islam.
Kesimpulannya, mujadalah merupakan metod dakwah yang penting dan mempunyai
sasarannya tersendiri yang tidak mungkin dapat ditembusi melainkan dengan pelaksanaan
mujadalah sebagai metod dakwah terhadap golongan keras kepala dan keras hati untuk
menerima kebenaran. Pelaksanaan mujadalah yang menepati kriteria Islam serta dilakukan
secara sistematik mampu memberi manfaat dalam usaha dakwah kerana kebenaran adalah
milik Islam.

DAFTAR PUSTAKA
Kamus Dewan Bahasa. 1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ab. Aziz bin Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 1999. Jurnal al-Mawizah (Jurnal Kebangsaan-Fakulti
Pengajian Islam UKM 7: 97.
al-Khalidi, Solah Abd al-Fattah. 1997. al-Qasas al-Qurani. Damsyik: Dar al-Qalam.
al-Sayyid Mahmud al-Alusi. t.th. Ruh al-Ma’ani Fi Tafsir al-Quran al-‘Azim Wa al-Sab’i al-
Mathani. Mesir: Idarat al-Matba’ah al-Muniriyyah.
al-Razi, Muhammad Fakhruddin. 1995. al-Tafsir al-Kabir. 1995. Beirut: Dar al-Fikr.

Anda mungkin juga menyukai