Anda di halaman 1dari 19

International Journal of Social Science Research

eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

International Journal of Social Science Research (IJSSR)


eISSN: 2710-6276 [Vol. 2 No. 4 December 2020]
Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

WABAK COVID-19: PENGURUSAN ASPEK KESIHATAN


MENTAL SEMASA NORMA BAHARU

Abdul Rashid Abdul Aziz1*, Nurhafizah Mohd Sukor2 dan Nor Hamizah Ab Razak3
123
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: rashid@usim.edu.my

Article Information: Abstrak: Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di


Article history:
Malaysia dan dunia telah mencatat lebih dari 42 juta kes di
seluruh dunia dan angka kematian sehingga kini melebihi 1
Received date : 7 November 2020 juta orang. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi
Revised date : 12 December 2020 kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi,
Accepted date : 17 December 2020 sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan impaknya
Published date : 24 December 2020
juga turut melibatkan aspek kesihatan mental. Ekoran dari
wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan
To cite this document: pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada
rakyat bermula 18 Mac 2020, sekaligus mengubah corak dan
Abdul Aziz, A., Mohd Sukor, N., & Ab
Razak, N. (2020). WABAK COVID-19:
norma kehidupan mereka. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk
PENGURUSAN ASPEK KESIHATAN membuat penjarakan sosial agar dapat memutuskan rantaian
MENTAL SEMASA NORMA wabak. Namun begitu, ia berpotensi untuk menjejaskan
BAHARU. International Journal Of Social kesihatan mental individu terlibat sama ada individu yang
Science Research, 2(4), 156-174. menjalani tempoh PKP dengan tinggal berseorangan
ataupun berkeluarga susulan dari tekanan psikologi yang
meliputi rasa takut (fear), cemas (panic), tertekan (stress),
bimbang (anxious) dan murung (depress). Oleh itu, objektif
kajian ini menumpukan kepada impak wabak COVID-19
terhadap kesihatan mental serta strategi daya tindak bagi
menangani isu kesihatan mental. Kajian ini menggunakan
metod kajian perpustakaan yang menggunakan reka bentuk
analisis kandungan. Seterusnya dapatan dan perbincangan
utama tertumpu kepada implikasi wabak COVID-19 terhadap
kesihatan mental dan strategi daya tindak yang dikenalpasti
dalam menangani isu kesihatan mental merangkumi gaya
hidup sihat, limitasi masa di media sosial, komunikasi
berkesan dan pengurusan emosi. Justeru, melalui
pemahaman terhadap aspek impak dan strategi daya tindak
ini, langkah pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan

156

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar kesejahteraan


manusia dapat ditingkatkan dan dipulihkan dalam
menghadapi tekanan semasa norma baharu wabak COVID-
19.

Kata kunci: Kesihatan mental, Tekanan psikologi, Norma


baharu, wabak COVID-19.

1. Pendahuluan
Mutakhir ini, masyarakat Malaysia semakin kerap menghadapi ketidakseimbangan emosi, psikologi,
dan kognitif sehingga menimbulkan masalah kecelaruan jiwa yang pada dasarnya berhubungan dengan
konflik peribadi dan polemik semasa yang dihadapi termasuklah wabak COVID-19 yang sedang
melanda. Hal ini kerana, pada penghujung tahun 2019 telah muncul wabak jangkitan paru-paru
(pneumonia) yang tidak diketahui puncanya di Wuhan, Wilayah Hubei, China (Li et al., 2020) Namun,
jangkitan paru-paru ini kemudiannya telah terbukti disebabkan oleh virus baru yang diberi nama 2019-
novel Coronavirus disease (COVID-19). Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health
Organization, WHO) telah mengumumkan pandemik COVID-19 sebagai masalah kesihatan awam
dunia. Sehingga 8 November 2020, wabak COVID-19 telah mencatat lebih 50 juta kes dengan angka
kematian sebanyak 1.25 juta orang melibatkan keseluruhan 219 buah negara yang terjejas di seluruh
dunia (Data WHO, 2020). Manakala berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga
8 November 2020 pula mencatatkan jumlah kes sebanyak 40,209 dan 290 kematian. Penularan wabak
COVID-19 ini telah memberi impak kepada semua aspek kehidupan. Malah transisi kehidupan norma
baharu juga turut memberi kesan psikologi kepada manusia sehingga ramai orang berasa cemas,
tertekan, bimbang dan takut dijangkiti wabak ini.

Dalam wawasan kemakmuran bersama 2030, kerajaan ingin membina indikasi modal sosial dan
perkembangannya antara lain menggariskan indeks kesejahteraan rakyat sebagai salah satu matlamat
pelan teras strategik ini. Hal ini bagi melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi
dan rohani. Meskipun laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) pada pertengahan
tahun 2020 mencatat angka sederhana iaitu julat 7.1 pada tahun ini (Laporan IKPM, 2020), namun
kajian tinjauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa pola kenaikan
sebanyak dua kali ganda berlaku yang melibatkan isu kesihatan mental di Malaysia.

157

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Secara umumnya, World Health Organization (WHO) mentakrifkan kesihatan sebagai keadaan fizikal,
mental dan emosi yang sejahtera dan bukan hanya sekadar bebas dari penyakit. Manakala, Dasar
Kesihatan Mental (2012) pula mentakrifkan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok
dan persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosikan kesejahteraan subjektif
secara optimum dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian
matlamat individu dan kumpulan. Suhu kesihatan mental boleh mempengaruhi cara berfikir,
tingkahlaku dan perasaan seseorang. Tahap kesejahteraan mental mempengaruhi cara seseorang itu
membuat keputusan dan pilihan dalam hidup, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dengan orang
lain. Apabila seseorang mempunyai tahap kesihatan mental yang memuaskan, tekanan hidup seharian
yang dilalui akan ditangani dengan berfikir secara positif, tenang dan tidak membahayakan diri.
Contohnya, sesuatu masalah dan kesilapan yang kita lakukan dalam sesuatu pekerjaan boleh ditangani
dengan baik melalui cara berfikir yang positif. Individu akan mengubah atau reset minda mereka untuk
mencari hikmah dan cara-cara untuk memperbaiki kesilapan. Kesannya, seseorang itu akan menjadi
lebih tenang dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi isu dan tekanan yang dihadapi dalam hidup.

Namun, sekiranya kesihatan mental terjejas, cara berfikir, emosi dan perlakuan seseorang itu akan
berhadapan dengan suatu keadaan yang dipanggil maladaptasi. Individu tersebut akan mengalami
kesukaran untuk berfikir dan membuat keputusan yang mudah, cepat terasa dan beremosi. Seterusnya
mempengaruhi perlakuan sehariannya, seperti tidak menghiraukan kesihatan dan penjagaan diri,
mengalami gangguan tidur dan corak pemakanan. Berbalik kepada contoh tadi, jika kesihatan mental
terjejas, kesilapan yang berlaku dalam hidup akan dianggap sebagai suatu kegagalan dalam hidup yang
tidak patut dilakukan dan akhirnya menyalahkan diri serta berasa diri tidak berguna. Akibatnya,
individu tersebut akan berasa sedih, kecewa dan berputus asa. Sekiranya keadaan ini berlarutan dan
tidak merujuk pakar untuk bantuan emosi, maka keadaan mental akan terjejas dan boleh berkembang
menjadi kecelaruan mental.

Polemik kesihatan mental ini menuntut keperluan kepada integrasi nilai baru yang ampuh bagi
mendepani cabaran besar masakini iaitu wabak COVID-19. Hal ini kerana, penularan wabak COVID-
19 telah memberikan impak negatif dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam isu kesihatan
mental manusia. Aspek kesihatan mental ini seringkali diabaikan dan dipandang enteng oleh
masyarakat kita kerana ia biasanya tidak terzahir secara fizikal. Namun, apabila masalah ini berlaku
secara terus menerus dalam tempoh masa yang lama, ia semestinya akan memberikan kesan terhadap
kesihatan fizikal dan mental. Justeru, amatlah penting untuk masyarakat sedar dan peka dengan isu
kesihatan mental ini agar ianya tidak menjadi barah yang boleh memburukkan lagi ekoran wabak
COVID-19 yang sedang melanda.

158

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Perasaan takut, risau, bimbang dan stress adalah reaksi normal dalam manusia menghadapi ancaman
apatah lagi dalam keadaan kemelut yang belum tahu punca dan kesudahannya seperti yang berlaku
semasa wabak COVID-19 ini. Malah, fenomena yang berubah serta merta dalam kehidupan seharian
masyarakat disebabkan oleh kerisauan terhadap pandemik ini menyebabkan pergerakan dibatasi bagi
memutuskan rantaian jangkitan. Bahkan, isu pemberhentian kerja, bekerja dari rumah, kurangnya
sosialisasi dengan saudara mara dan sahabat menyebabkan aspek kesihatan mental ini perlu diberi
perhatian (WHO, 2020).

Di samping itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menyeru semua individu untuk
mengamalkan penjarakan fizikal yang meliputi tindakan seperti mengelak kawasan tumpuan ramai,
perhimpunan besar-besaran atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang berisiko bagi
mengelakkan penyebaran virus COVID-19. Perkara yang sama turut digesa oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam mengekang penularan wabak ini. Walaupun penjarakan fizikal berkesan
dalam mengawal penularan wabak, namun ia telah memberikan pelbagai impak buruk terhadap
kesihatan mental individu seperti kegelisahan, gangguan tekanan pasca trauma (post traumatic
disorder) dan gangguan obsesif-kompulsif (Hemavathi et al., 2020). Hal ini kerana aktiviti sosial yang
sebelum ini menjadi salah satu cara hidup warga Malaysia sudah tidak dapat dijalankan lagi. Dalam
satu kajian meta analisis yang dijalankan oleh Julianne Holt-Lunstad dan rakan-rakan pada 2015
menyimpulkan bahawa risiko kematian meningkat kepada 29% bagi individu yang mengalami
pengasingan sosial yang kronik (chronic social isolation).

2. Sorotan Literatur
Umumnya kesihatan bukan sahaja merujuk kepada aspek fizikal tubuh badan, malah melibatkan
komponen mental yang mana takrif ini sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia atau World Health Organisation (WHO) iaitu definisi kesihatan yang menyeluruh tidak hanya
tertumpu kepada satu aspek, namun satu keadaan merangkumi kesihatan fizikal, mental, sosial dan
bukan hanya dilihat dari ketiadaan sesuatu penyakit (WHO, 2020). Oleh yang demikian, semasa
pandemik COVID-19 menular Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil beberapa
inisiatif dalam mengatasi masalah kesihatan mental warga kerja dan masyarakat dengan menyediakan
perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) bagi kumpulan sasar yang
memerlukan. Selain itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan kesihatan mental melalui empat
institusi mental, 1,001 klinik kesihatan, 66 hospital KKM dan 28 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat
(Mentari) di seluruh negara. Seramai 200 pegawai psikologi kaunseling baharu telah ditempatkan di
unit kesihatan primer seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kesihatan mental dan kaunseling di
seluruh negara (Amir & Haziq, 2020).

159

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Perubahan mendadak yang berlaku dalam hidup secara asasnya memberi tekanan terhadap individu.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia akibat daripada
pandemik yang menyerang seluruh dunia. Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa,
agama dan status pekerjaan terkesan dengan pandemik ini sehingga menuntut kepada perubahan
mendadak dalam kehidupan dan pergerakan seharian. Justeru, semasa individu berhadapan dengan
krisis dan perubahan yang mendadak dalam hidup, reaksi normal yang akan ditunjukkan adalah seperti
perasaan risau, takut, bimbang, sedih, tertekan, keliru, geram, malah boleh juga mendatangkan emosi
marah (Lai J et al., 2020; Qiu et al., 2020). Reaksi ini ditunjukkan kerana perubahan yang berlaku
dalam hidup seseorang menuntutnya untuk mengubah rutin seharian yang telah menjadi kebiasaan.

Kajian yang dijalankan oleh Holmes et al., (2020) & Gunnell et al., (2020) mendapati bahawa
pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada kesihatan mental dan fizikal sekaligus memberi
impak tekanan dan trauma, kemurungan serta kembimbangan (Mamun & Griffiths, 2020). Selain itu,
kajian yang dijalankan untuk melihat kesan COVID-19 terhadap kualiti hidup manusia dalam kalangan
penduduk di China dengan menggunakan kaedah tinjauan melibatkan 263 sampel kajian mendapati
52.1 peratus subjek menyatakan rasa bimbang dan takut dengan pandemik yang berlaku (Zhang & Ma,
2020).

Kajian diluar negara berhubung wabak COVID-19 telah dilakukan secara tinjauan oleh Persatuan
Psikologi Amerika atau American Pyschological Association (APA) di Amerika syarikat mendapati 78
peratus rakyat dilaporkan mengalami rasa tertekan dalam hidup susulan wabak COVID-19, manakala
67 peratus menyatakan peningkatan rasa stres apabila tercetusnya wabak COVID-19 (APA, 2020).
Kajian yang dijalankan dalam populasi di Malaysia berhubung impak wabak COVID-19 terhadap
kesihatan mental telah dijalankan oleh Hemavathi et al., (2020) pula mendapati bahawa penjarakan
fizikal telah memaksa individu untuk tinggal di rumah dalam jangka masa yang lama dan sekiranya
suasana di rumah tersebut tidak sihat, ia akan menyumbang kepada tekanan kepada individu tersebut.
Malah Hemavathi et al., (2020) menyatakan bahawa kajian yang lebih tertumpu dan berstruktur
mengenai implikasi kesihatan mental di Malaysia masih lagi kurang. Kajian seperti ini amatlah penting
dalam mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai paradigma wabak dan mencari kaedah
rawatan dan pencegahan yang bersesuaian terhadap individu dalam menangani masalah kesihatan
mental yang berpunca daripada pandemik COVID-19 ini.

160

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

2.1 Penyataan Masalah


Kebanyakan wabak memberi kesan kepada tahap kesihatan mental manusia (American Psychological
Association, 2013). Wabak COVID-19 telah mencetuskan perasaan seperti takut, cemas, bimbang dan
tertekan (Wang et al., 2020). Perasaan yang dicetuskan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada
individu yang telah mengalami masalah kesihatan mental sebelum ini. Terdapat individu yang
mempunyai gejala somatik seperti dada berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas dan sebagainya, tanpa
menunjukkan sebarang abnormaliti sewaktu dirawat oleh doktor (Sijia et al., 2020).

Berdasarkan pandemik yang berlaku sebelum ini, kebanyakan petugas barisan hadapan (frontliner)
yang terdiri dari pegawai perubatan, jururawat dan mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan dilihat
telah mengalami ‘burn out’, depresi, stres dan kebimbangan (Nanda et al., 2017). Ini kerana, mereka
terlalu letih kerana terpaksa bekerja lebih waktu untuk merawat pesakit, tidak dapat pulang ke rumah
untuk berjumpa dengan anak-anak, suami dan isteri, ibu bapa dan ahli keluarga yang akhirnya
menyumbang kepada ketidakstabilan emosi.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi atau National Health and Morbidity
Survey (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat negara ini yang berada dalam kalangan kategori
dewasa (2.3 peratus) didapati mengalami simptom tekanan atau depresi. Daripada jumlah ini, majoriti
individu yang terkesan adalah individu dalam golongan B40 (2.7 peratus), diikuti oleh golongan M40
(1.7 peratus) dan T20 (0.5 peratus). Dalam masa yang sama, NHMS 2019 itu juga mendapati sebanyak
424,000 (7.9 peratus) kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental. Separuh daripada masalah
gangguan mental ini bermula seawal usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya berlaku pada
pertengahan usia 20-an (Berita Harian, 2020). Data laporan tahunan Kementerian Kesihatan (KKM)
pada 2020 merekodkan 465 kes cubaan bunuh diri antara Januari sehingga Jun 2020. Amir & Haziq
(2020) menyatakan bahawa terdapat 11,791 panggilan telefon yang diterima oleh Unit talian bantuan
sokongan psikososial setakat Oktober 2020, di mana 50 peratus adalah berhadapan dengan tekanan
emosi. Selain tekanan emosi, individu juga berasa bimbang dan marah disebabkan pelbagai faktor
sosial seperti masalah pendapatan dan kewangan serta perselisihan dengan keluarga (Rafidah &
Nasaruddin, 2020).

Justeru, objektif kajian ini menumpukan kepada impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental
serta strategi daya tindak bagi menangani isu kesihatan mental. Dapatan dan perbincangan utama
tertumpu kepada implikasi wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental dan strategi daya tindak yang
dikenalpasti dalam menangani isu kesihatan mental seperti gaya hidup sihat, limitasi masa di media
sosial, komunikasi berkesan dan pengurusan emosi. Pemahaman terhadap aspek impak dan strategi
daya tindak ini dapat membantu dalam merangka langkah pencegahan yang terpilih mengikut
pendekatan yang bersesuaian dapat

161

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

3. Metodologi
Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mencari maklumat sekunder yang
berkaitan dengan wabak COVID-19. Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai
sumber seperti buku, jurnal dan majalah. Maklumat ini dikumpul dan disaring serta dianalisis
menggunakan teknik analisis kandungan. Rajah 1.0 menunjukkan teknik analisis kandungan yang
terhasil apabila pengkaji mempunyai matlamat untuk menjalankan kajian literatur. Ianya dimulakan
dengan menyediakan latar belakang terhadap kandungan kajian literatur yang hendak dijalankan.
Seterusnya pengkaji membaca dan memahami bahan literatur yang diperoleh. Akhirnya, pengkaji
mengintegrasi bahan bacaan tersebut kepada pengetahuan yang dimiliki oleh pengkaji (Kumar, 2011
dalam Rashidi, Begum, Mokhtar & Pereira, 2014). Oleh itu, proses pengumpulan data dan analisis
dijalankan berdasarkan matlamat sepertimana rajah dibawah;

Rajah 1: Matlamat kajian literatur untuk analisis kandungan

162

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan


Setiap individu mempunyai cara yang berbeza sewaktu berhadapan dengan masalah atau perkara yang
tertekan dalam hidup terutamanya ketika pandemik COVID-19 ini. Di antara faktor yang
mempengaruhi cara tindakbalas individu terhadap tekanan semasa pandemik COVID-19 bergantung
pada latar belakang, sokongan sosial yang wujud, keadaan kewangan, latar belakang kesihatan dan
emosi serta faktor komuniti (Centres of Disease Control and Prevention atau CDC, 2020). Cara
individu berhadapan dengan sesuatu perkara buruk dalam hidup mereka untuk mengurangkan rasa
kesakitan, penderitaan dan tekanan adalah disebut strategi daya tindak atau coping strategy (de Ridder
et al., 2012). Terdapat pelbagai bentuk strategi daya tindak yang boleh dilakukan sewaktu berhadapan
dengan wabak COVID-19 termasuklah dalam aspek pengurusan masa (membuat jadual harian di
rumah untuk pengurusan diri, keluarga dan kerja, menyediakan pelan tindakan kecemasan dan
kontigensi barangan dan keperluan asas serta menyediakan ruang untuk relaksasi diri dan minda
(Abdul Rashid, 2020).

Berdasarkan objektif kajian, terdapat beberapa perkara dikenalpasti dalam menghadapi cabaran
kesihatan mental semasa norma baharu iaitu impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental dan
strategi daya tindak terpilih yang dapat menjadi solusi kepada masalah kesihatan mental ini.

4.1 Impak Wabak COVID-19 Terhadap Kesihatan Mental


Wabak COVID-19 yang melanda Malaysia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem
politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan negara. Bahkan impaknya juga turut melibatkan
institusi keluarga sehinggalah kepada aspek dalaman psikologi dan kesejahteraan diri manusia.
Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian diri manusia dan
mempengaruhi tahap kesihatan serta kesejahteraan terutamanya dalam menghadapi penularan wabak
ini. Ekoran dari wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat Malaysia. Umumnya, individu yang menjalani perintah
kawalan pergerakan ini ialah orang awam termasuklah pelajar, pekerja swasta, penjawat awam dan
masyarakat Malaysia yang tidak terlibat secara langsung dengan wabak. Hal ini bagi membendung
penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat awam melalui pelaksanaan penjarakan sosial
(social distancing), malahan sekatan telah dilakukan oleh pihak berkuasa iaitu polis dan tentera bagi
memastikan tiada individu yang melanggar arahan PKP ini. Dampak fizikal ini turut membawa
pelbagai isu yang meruncing dalam kalangan pelaksana mahupun mereka yang menjalani PKP,
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ini kerana, individu yang tinggal berseorangan
atau berkeluarga pastinya melalui norma dan corak baharu dalam kehidupan mereka yang memerlukan
adaptasi untuk menetap dirumah sepanjang masa tanpa aktiviti sosial. Bahkan gelombang kedua dan
ketiga pandemik COVID-19 ini juga membawa kesan yang besar terhadap aspek psikologi individu.

163

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Walaupun pelaksanaan kawalan pergerakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah untuk
memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, namun ia turut mengundang isu kesihatan mental
seperti takut (fear), cemas (panic), tekanan (stress), kebimbangan (anxiety) dan kemurungan
(depression). Ini dibuktikan menerusi kajian Jianyin et al., (2020) berkaitan tekanan psikologi semasa
wabak COVID-19 terhadap rakyat di negara China menunjukkan berlaku tekanan dalam bentuk cemas
(panic) dalam kalangan orang awam yang disebabkan tiga perkara utama iaitu:
(1) Pengumuman rasmi berkaitan pengesahan jangkitan wabak dari manusia kepada manusia
(2) Perintah kawalan pergerakan diperketat yang telah dilaksanakan pihak kerajaan
(3) Pengistiharan oleh WHO berkaitan wabak COVID-19 sebagai masalah kesihatan awam

Selain itu, kajian yang dijalankan di Itali selepas penularan wabak COVID-19 pula menunjukkan
banyak faktor yang menyumbang kepada kebimbangan individu seperti faktor ekonomi bagi mereka
yang tidak dapat keluar bekerja seperti biasa mencari rezeki terutamanya dalam kalangan peniaga,
faktor untuk mendapatkan makanan yang terhad, kemudahan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan
banyak lagi. Seterusnya, faktor-faktor ini menyumbang kepada gejala-gejala berkaitan dengan
kesihatan mental seperti perubahan dalam pola tidur dan corak pemakanan, penumpuan individu dalam
melakukan tugas atau aktiviti seharian, tahap kesihatan yang semakin merosot dan peningkatan dalam
penyalahgunaan alkohol, tembakau dan dadah (Chiara et al., 2020). Malah, satu tinjauan yang
melibatkan 1,210 orang yang terlibat dengan wabak COVID-19 mendapati bahawa 16.5 peratus
individu mengalami gejala kemurungan yang sederhana sehingga teruk atau moderate to severe (Wang
et al., 2020).

Kebanyakan wabak memberi kesan kepada tahap kesihatan mental manusia (American Psychological
Association, 2013). Wabak COVID-19 telah mencetuskan perasaan seperti takut, cemas, bimbang dan
tertekan (Wang et al., 2020). Perasaan yang dicetuskan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada
individu yang telah mengalami masalah kesihatan mental sebelum ini. Terdapat individu yang
mempunyai gejala somatik seperti dada berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas dan sebagainya, tanpa
menunjukkan sebarang abnormaliti sewaktu dirawat oleh doktor (Sijia et al., 2020). Berdasarkan
pandemik yang berlaku sebelum ini, kebanyakan petugas barisan hadapan (frontliner) yang terdiri dari
pegawai perubatan, jururawat dan mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan dilihat telah mengalami
‘burn out’, depresi, stres dan kebimbangan (Nanda et al., 2017). Ini kerana, mereka terlalu letih kerana
terpaksa bekerja lebih waktu untuk merawat pesakit, tidak dapat pulang ke rumah untuk berjumpa
dengan anak-anak, suami dan isteri, ibu bapa dan ahli keluarga yang akhirnya menyumbang kepada
ketidakstabilan emosi.

164

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Tuntasnya, tidak patuh kepada arahan PKP, tidak mengamalkan amalan kebersihan tangan dan diri
dengan betul, ingkar arahan doktor sewaktu mendapatkan rawatan, gagal melakukan penjarakan sosial
dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (Standard Operating Procedure atau SOP) yang lain
adalah merupakan faktor-faktor yang menyebabkan penularan wabak COVID-19 berlaku dengan
pantas. Justeru, sekiranya krisis ini berterusan dengan norma baharu menetap di dalam rumah dan
wabak tidak berjaya dihentikan, kebanyakan individu akan mula bergelut dengan banyak
ketidakpastian sepanjang tempoh mereka diasingkan (Chiara et al., 2020). Hal ini juga akan
menyebabkan tahap kesihatan mental seseorang itu akan bertambah buruk yang disebabkan oleh rasa
bosan, kesepian dan kemarahan (Emily et al., 2020). Oleh itu, setiap individu perlu lebih peka terhadap
kesihatan mental diri mereka dan ahli keluarga.

4.2 Strategi Daya Tindak Terhadap Kesihatan Mental


Terdapat beberapa aspek daya tindak yang boleh diamalkan bagi mengawal tahap kesihatan mental
semasa wabak COVID-19 ini. Empat pendekatan penting dalam menangani kesihatan mental sebagai
daya tindak untuk mengekalkan kestabilan emosi dan psikologi sepanjang pandemik yang melanda
negara dan seluruh dunia.

4.2.1 Gaya Hidup Sihat

Keadaan pandemik yang berlaku memerlukan individu duduk di rumah dan mengurangkan aktiviti
sosial di luar. Oleh itu, setiap individu dinasihati untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Ini
termasuklah menjaga corak tidur, mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta melakukan
aktiviti senaman dan latihan fizikal. Cadangan jangkamasa untuk tidur dalam 8 hingga 10 jam sehari
bagi mendapatkan rehat yang mencukupi. Susun atur ruang tidur perlu kemas, bersih dan tidur dalam
keadaan suhu yang bersesuaian. Kajian dari Morgan et al., (2011) menyatakan, corak tidur yang sihat
atau sleep hygiene memberi impak yang besar terhadap kesihatan psikologi. Persekitaran yang
menyenangkan dan perkara yang dilakukan sebelum tidur seperti menutup telefon bibit atau menukar
mod senyap, tidur dalam suasana gelap, tidak melakukan kerja pejabat atau sekolah di tempat tidur dan
sebagainya membantu meningkatkan kualiti dan kepuasan tidur (Voinescu & Szentagaotai-Tatar,
2015)

Selain itu, corak pemakanan perlu seimbang dan makan pada waktu yang ditetapkan. Tidak dinafikan
bahawa makan beberapa jenis makanan adalah suatu aktiviti yang boleh memberi kesan positif
terhadap emosi dan psikologi seseorang. Namun, makan secara berlebihan juga boleh memberi kesan
yang tidak baik terhadap bukan sahaja fizikal, bahkan aspek emosi dan psikologi seseorang. Kajian
yang dijalankan oleh Di Renzo et al. (2020), di Itali berkaitan individu yang terkesan dengan pandemik
COVID-19 telah menemui bahawa terdapat separuh daripada populasi dalam kalangan responden yang
berasa resah dan bimbang terhadap corak pemakanan yang diamalkan apabila mereka bergantung
kepada makanan yang menyenangkan (comfort food) untuk berasa lega. Amalan pemakanan
sedemikian lama-kelamaan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan psikologi seperti bimbang
berat badan meningkat, tidak selesa dengan imej diri serta lebih serius lagi apabila berlakunya masalah
obesiti.

165

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Aktiviti fizikal dan senaman juga amatlah penting untuk menjamin kesihatan mental yang optimum.
Senaman memberi banyak kebaikan bukan sahaja kepada keadaan fizikal, malah kesihatan mental dan
emosi yang lebih terkawal. Banyak kajian telah dijalankan dalam membongkarkan manfaat aktiviti
fizikal dan riadah. Sorotan kajian lepas dari Cambridge University Press yang dikongsikan oleh Fox
(1999) melaporkan bahawa selain memberikan kecergasan badan, aktiviti fizikal juga menyumbang
kepada peningkatan imej kendiri dan keyakinan diri, sekaligus meningkatkan kualiti cara berfikir dan
menstabilkan emosi. Latihan fizikal seperti senamrobik, berjoging, berbasikal, mendaki gunung dan
sebagainya mampu melahirkan mood atau emosi positif dan meningkatkan daya kognitif bagi orang
dewasa.

Oleh itu, semasa wabak COVID-19 melanda setiap individu dinasihatkan untuk menyediakan jadual
yang teratur bagi kegiatan harian supaya ia menjadi rutin dan aturan gaya hidup yang sihat. Hal ini
kerana, manusia bergerak dan terdorong melakukan sesuatu perkara berdasarkan rutin atau tabiat agar
hidup lebih berstruktur dan tersusun, malahan ia juga dapat mengurangkan gejala tekanan apabila rutin
seharian yang sihat menjadi kebiasaan.

4.2.2 Limitasi Masa di Media Sosial

Semasa keberadaan di dalam rumah melalui perintah kawalan pergerakan ini, kebarangkalian untuk
menghabiskan masa di alam siber adalah tinggi. Pengunaan media sosial semasa pandemik berlaku
boleh membantu mengawal tahap kesihatan mental. Misalnya, kajian ringkas yang dijalankan oleh
Weinstein (2018) menunjukkan masa yang diluangkan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter,
Instagram dan Pinterest, mampu memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna apabila perkongsian
yang dipaparkan adalah bermanfaat, menghiburkan serta mempunyai kandungan yang menarik. Kajian
tersebut yang dijalankan dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat melalui temubual menunjukkan
bahawa masa yang diperuntukkan dengan media sosial memberi nilai interaksi dengan orang lain,
ruang mengekspresi diri serta peluang untuk menjelajah minat kendiri (Weinstein, 2018).

Walau bagaimanapun, masa yang banyak diluangkan dalam media sosial juga memberi kesan yang
tidak baik kepada pengguna. Banyak dapatan kajian yang dikongsikan menunjukkan bahawa masa
yang dihabiskan terlalu lama di media sosial mampu memberi kesan yang berbahaya. Perkongsian dari
Twenge & Campbell (2019) mendapati bahawa pengguna yang meluangkan banyak masa melayari
internet lebih terdedah dengan perasaan kurang gembira dan kesejahteraan diri serta mempunyai
cetusan idea untuk membunuh diri. Malah pengguna tegar internet mempunyai kecenderungan dua kali
ganda untuk membunuh diri. Salah guna media sosial antaranya adalah dengan melepaskan perasaan
tidak puas hati atau meluahkan emosi negatif. Seterusnya perkara ini akan mengundang kepada
ancaman komentar yang melegakan atau memburukkan lagi situasi pengadu. Ini adalah kerana tidak
semua orang akan memahami atau berupaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dialami
oleh pengadu di media sosial. Oleh itu, setiap individu disarankan untuk mengehadkan masa dalam
melayari internet dan media sosial.

166

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Sekiranya seseorang itu ingin meluahkan perasaan dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan orang
lain, pilihlah individu yang dipercayai seperti ahli keluarga dan sahabat karib. Namun, sekiranya
mereka bukanlah sumber pilihan dalam menzahirkan sokongan sosial, adalah dinasihatkan untuk
mendapatkan pandangan dan nasihat dari individu yang lebih pakar dalam memberi pendapat dan jalan
penyelesaian yang baik. Pakar-pakar kaunseling dan ahli psikologi adalah golongan yang terlatih dan
lebih arif dalam memberi bimbingan dan nasihat. Mereka adalah terlatih dan mempunyai pengalaman
yang luas dalam memberikan tips dan kaedah yang efektif bagi menyelesaikan sesuatu konflik diri
demi menjaga kestabilan aspek kesihatan mental.

4.2.3 Komunikasi Dua Hala yang Efektif

Dalam menghadapi pandemik COVID-19 ketika kita berhadapan dengan era globalisasi pada hari,
praktis komunikasi yang berkesan amat penting untuk menangani masalah kesihatan mental akibat
tekanan yang dihadapi terutama ketika tempoh PKP berlangsung (American Institute of Stress, 2019).
Manusia secara fitrah perlu berkomunikasi dan berinteraksi setiap masa tertutama ketika berada dalam
keadaan sedar. Apabila komunikasi dilakukan secara berkesan, individu yang menerima atau
mendengarnya dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Komunikasi yang berkualiti adalah
komunikasi yang berkesan terutama yang melibatkan dua pihak iaitu merujuk kepada gaya komunikasi
dua hala.

Menurut Kamus Dewan (2016), komunikasi dua hala ditafsirkan sebagai perhubungan secara langsung
melibatkan dua pihak antara penyampai dan penerima. Amalan komunikasi boleh berlaku secara
bersemuka atau melalui pelbagai medium komunikasi yang berperanan menyebarkan dan
menyampaikan maklumat secara berkesan. Komunikasi akan mencetuskan perubahan yang besar
kepada diri sendiri sekaligus berupaya mengubah cara seseorang untuk berfikir dan bertindak
seterusnya bakal mewujudkan komunikasi yang strategik terutama dalam kelompok masyarakat yang
terkesan. Amalan komunikasi dua hala yang berkesan mempunyai pelbagai faedah misalnya untuk
lebih mengenali diri sendiri, mengetahui tentang keadaan sekeliling, membentuk dan memelihara
hubungan dengan orang lain, mengubah sikap dan tingkah laku tertentu, salah satu kaedah hiburan
serta mekanisme untuk membantu orang lain sekiranya ia dilakukan dengan betul.

Menurut American Institute of Stress (2019), pada satu tahap tertentu komunikasi dua hala mampu
memberi manfaat kepada pembentukan psiko-emosi seseorang. Misalnya, bersikap terbuka, positif,
kasih sayang dan rasa cinta membentuk rasa tenang dan lebih dihargai. Tidak dapat dinafikan, adalah
amat sukar bagi sesetengah individu untuk membiasakan diri dalam norma baharu sepanjang tempoh
PKP berlangsung. Keadaan ini memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku individu jika tidak diurus
dengan baik. Menurut Davila et al. (2003), kemurungan boleh membawa kepada corak interaksi yang
tidak sihat dan perselisihan faham dalam perhubungan, seterusnya boleh menyebabkan kemurungan
yang dialami oleh individu menjadi semakin buruk. Malah, Rehman et al. (2008) juga turut menyatakan
bahawa pasangan yang mengalami kemurungan mempunyai gaya interaksi dan strategi komunikasi
yang lebih negatif seperti sentiasa menyalahkan pasangan, sukar mendapat kata sepakat, permusuhan
serta tiada cara penyelesaian yang efektif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Justeru itu,
komunikasi yang efektif adalah amat penting dalam membantu individu berhadapan dengan tekanan
emosi sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini.

167

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Komunikasi yang efektif memerlukan perhubungan antara individu yang harmoni tanpa wujudnya
salah faham yang boleh menimbulkan konflik (Pietromonaco & Overall, 2020). Dengan
meminimumkan konflik, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah yang lebih sistematik dapat
dicapai yang seterusnya dapat membantu hubungan individu yang bermasalah (Overall, 2018; Overall
& McNulty, 2017). Walau bagaimanapun, kegagalan seseorang untuk berkomunikasi dengan baik dan
berkesan terutamanya ketika tempoh PKP berlangsung akan membawa kepada stress, rasa takut,
mudah syak wasangka, panik, agresif, khuatir dan cepat marah. Sekiranya, komunikasi tidak dapat
dilakukan dengan berkesan, maka suasana yang baik dan harmoni sukar untuk diwujudkan dalam
sesebuah keluarga, organisasi atau kumpulan masyarakat. Ia disebabkan kegagalan untuk mewujudkan
hubungan dua hala antara masyarakat, sama ada melibatkan pihak atasan dan bawahan, antara satu
kumpulan dan kumpulan lain atau sesama sendiri. Semangat kerjasama antara satu sama lain untuk
saling mengambil tahu dan mengambil berat akan mengurangkan bebanan dan kesukaran semasa
mengalami perjalanan menghadapi impak COVID-19. Bahkan, Abdul Rashid (2020) menyatakan
bahawa dalam memastikan aspek kesihatan mental yang baik sepanjang tempoh penularan wabak
COVID-19 ini, setiap individu disarankan agar berinteraksi dengan individu lain secara bersemuka
atau dalam talian, memanfaatkan talian khidmat sokongan seperti MyCare COVID-19, e-kaunseling
dan seumpamanya.
4.2.4 Pengurusan Emosi
Pengaruh emosi amat besar dalam mewarnai hubungan sesama manusia. Apatah lagi semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac 2020, setiap individu menghabiskan masa di
rumah bersama keluarga. Justeru, perubahan emosi dan tekanan yang dialami perlu diurus dengan baik.
Hal ini kerana, komponen emosi berkait rapat dengan aspek kesihatan mental seperti kebimbangan,
kemurungan, rasa malu berlebihan, tingkah laku agresif dan bermasalah serta gagal mengawal
kemarahan (Caprara et al., 2009). Sekiranya ini berlaku, pastinya sesebuah keluarga tidak dapat hidup
dengan aman dan tenteram. Ini kerana, anak-anak dan remaja yang sedang membesar melalui fasa ribut
tekanan atau ‘storm and stress’ yang mana menuntut para ibu bapa memahami perkembangan mental
dan emosi anak mereka (Azizi Yahya et al., 2004). Oleh yang demikian, sekiranya ahli keluarga
mempunyai tahap pengurusan emosi yang baik, maka aspek kesihatan mental mereka akan terpelihara.

168

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Umumnya, pengurusan emosi berkait rapat dengan kecerdasan emosi yang bermatlamat untuk
mencapai kesejahteraan kendiri. Ianya meliputi darjah kawalan, pengaruh, intensiti, maklum balas dan
ekspresi komponen emosi tersebut (Ainize, Moira, & Gross, 2015; Gross, 2014). Oleh itu, kebolehan
memahami, mena’kul, mengatur dan mengurus emosi adalah penting dalam perhubungan sesama
manusia. Kebolehan ini juga disebut dengan istilah Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi
yang merujuk kepada keupayaan seseorang untuk melihat, menyatakan, mengenali, menggunakan dan
mengurus emosinya sendiri atau emosi orang lain (Matthews et al., 2017). Manakala, Feldman dan
Mulle (2009) pula mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kebolehan seseorang menggunakan
emosinya dengan bijak untuk meningkatkan prestasi dan mencapai komunikasi yang berkesan dengan
individu lain. Akinboye (2003), pula menganggapnya sebagai kemampuan untuk mengatur proses
persepsi, gerak hati dan pemikiran yang didorong oleh emosi. Hakimi & Bashar (2015) dilihat berbeza
dalam melihat aspek ini apabila menggambarkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk kekal
fokus dalam mendepani konflik, menangani kritikan, mengawal kemarahan dan menguruskan pelbagai
bentuk konfrontasi yang boleh merosakkan kehidupan seseorang. Oleh itu, kecerdasan emosi boleh
dikatakan sebagai seni dalam menangani situasi yang melibatkan aspek pengurusan dan hal ehwal
berkaitan emosi.

Secara umumnya, individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi mempunyai kesedaran
untuk mengetahui emosi diri sendiri (self-awareness), mampu mengawal atau mengarahkan emosi
yang mengganggu dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah (self-
control), menguruskan hubungan dengan individu lain dengan baik (social skills), mempertimbangkan
perasaan orang lain terutama ketika membuat keputusan (empathy) serta menyedari apa yang
mendorong mereka mencapai matlamat (motivation). Rangkuman kelima-lima komponen ini dapat
membantu individu dalam memiliki kecerdasan emosi yang tinggic(Goleman, 2001; Schutte, 2001). Ia
seterusnya membawa kepada proses adaptasi dan penyesuaian kendiri yang baik. Terdapat pelbagai
kaedah yang dapat dilakukan oleh individu dalam meningkatkan kefahaman terhadap emosi sendiri
dalam berhadapan norma baru ini termasuklah melakukan introspeksi diri (bermuhasabah), membuat
jurnal peribadi, berkongsi perasaan dengan orang terdekat dan dipercayai, melakukan refleksi kendiri
(perbuatan dan percakapan) serta mengenalpasti nilai, sikap dan personaliti diri.

169

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

5. Kesimpulan

Secara umumnya, cabaran yang bertali arus dari wabak COVID-19 ini menjadi asas kukuh kepada
pembentukan kekuatan diri yang mantap, tahan diuji dan tabah menempuh arus perubahan sekiranya
aspek pemikiran dan emosi positif seperti bahagia dan tenang dalam memacu kesejahteraan kendiri
dicapai. Seharusnya setiap individu, mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku sepanjang
kehadiran wabak COVID-19 ini dan berusaha menghayati serta memastikan aspek emosi, pemikiran,
tindakan dan spiritual serta cara hidup keseluruhannya berada dalam keadaan yang baik bagi melalui
fasa sukar wabak ini dengan jayanya sekaligus menjadikan seseorang itu memiliki jati diri yang kental,
ketahanan (resilience) dalaman dan luaran yang kukuh, elemen adaptasi (adaptability) dan dinamik
dengan perubahan supaya tidak mudah terkesan dengan apa jua keadaan atau musibah yang berlaku.

Hakikatnya, perubahan mendadak yang membawa kepada proses isolasi dalam tempoh yang lama
semasa kawalan pergerakan telah menguji dan mengganggu kesihatan mental. Dengan tekanan yang
dihadapi, seseorang itu mungkin akan berfikir bahawa keadaan pandemik ini akan berlarutan dan
memberi kesan terhadap punca pendapatan, proses pembelajaran, status kesihatan, perhubungan sosial
dan masa depan secara umumnya. Rutin harian berhadapan dengan perubahan ini menuntut
penyesuaian dan adaptasi bagi meneruskan kelangsungan hidup. Bagi individu yang mempunyai tahap
kesihatan yang memuaskan, mereka akan berfikir bahawa keadaan ini hanya sementara dan mula
berfikir jalan alternatif untuk mencari punca pendapatan, menjadi lebih kreatif dan berfikir luar kotak
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila minda diprogramkan sebagai positif, ia memberi
kesan terhadap emosi dan perlakuannya. Lebih tenang dan sabar serta boleh mengawal emosi negatif
yang dialami kesan dari tekanan yang dihadapi. Oleh itu, beberapa mekanisme daya tindak perlu
diperkenalkan bagi mengawal keadaan mental sepanjang pandemik ini berlaku. Daya tindak yang perlu
dilakukan merangkumi perubahan dalam gaya hidup, corak pemikiran yang resilien dan minda positif
bagi melahirkan emosi yang stabil dan terkawal.

Selain daripada itu, tindakan untuk berjumpa pakar dan pegawai perubatan yang berkaitan dalam
bidang bagi mendapatkan bantuan perundingan dilihat mampu mengurangkan gangguan emosi dan
perasaan yang dihadapi. Malahan, ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa walaupun dalam tempoh
kawalan pergerakan berlangsung. Ini kerana, tempoh kawalan pergerakan tidak sesekali membatasi
individu untuk mendapatkan sebarang rawatan atau berjumpa pakar terutama apabila beberapa
simptom awal melibatkan tekanan yang dihadapi mula dikenalpasti. Sekiranya keadaan ini diabaikan,
maka kesan lebih buruk bakal berlaku misalnya kemurungan, kecelaruan tingkah laku dan
kecenderungan untuk bunuh diri. Justeru, setiap individu harus berganding bahu dan bersama-sama
menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan mental dan emosi dari semasa ke semasa. Berdasarkan
keseluruhan tip dan kaedah yang dikupas ini dapat menjadi satu alternatif kepada individu untuk
diamalkan sepanjang tempoh kawalan pergerakan dan juga membantu individu beradaptasi dengan
norma baharu semasa wabak COVID-19.

170

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

6. Penghargaan

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Universiti Sains Islam Malaysia atas pembiayaan geran
penyelidikan bertajuk “Faktor yang Mempengaruhi Kesejahteraan Kendiri Terhadap Tekanan
Psikologi Semasa Wabak Covid-19” (PPPI/COVID19_0120/FKP/051000/13820).

Rujukan
Abdul Rashid Abdul Aziz@ Dorashid. (2020). Tip Bahagia Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) Semasa Wabak COVID-19. Dalam Mohamad Isa Amat & Ahmad Jazimin Jusoh. Kompilasi
Artikel Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Menangani Impak COVID-19 (Eds), 56-67.
Kajang: Perkama International.
American Psychological Association. (2020). Stress in America: A National Mental Health Crisis.
Capaian pada 12 Oktober di https://www.apa.org/news/press/releases/ stress/2020/sia-mental-
health-crisis.pdf
American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (5th
edition). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing.
American Psychological Association. (2011). Capaian pada 28 April 2020 dari
http://www.apa.org/about/division/div36.aspx.
Amir Abd Hamid dan Hafiz Ithnin, 10 September 2020. Ramai Rakyat Perlukan Sokongan Emosi,
Kaunseling. My Metro. Capaian pada 2 November 2020 daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619047/ramai-rakyat-perlukan-sokongan-emosi-
kaunseling
Burhanul Islam Al-Zarnuji. (2018). Ta’lim Al Muta’allim Al Muta’alim Al-Muta’alim: Wasiat Terkait
Adab Akhlak Menuntut Ilmu. Indonesia: Pustaka Arafah.
Centres of Disease Control and Prevention (2020), Coping with Stress. Capaian pada 31 Oktober 2020
daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/managing-stress-
anxiety.html
Che Zarrina Sa’ari & Norhafizah Musa. (2019). Pendekatan psikoterapi islam dalam Menguruskan
tekanan pesakit kronik. Jurnal Usuluddin, Vol 47 (1), 1-34.
Chiara C., Gaia C. S., Caterina G., Alessandro D., Stefano F. C., Tomaso V. (2020).Covid-19 Outbreak
in Italy: Are We Ready for the Psychosocial and Economic Crisis? Baseline Findings from the
Longitudinal PsyCovid Study. PSYCOVID Study Journal. Department of Brain and Behavioural
Sciences, University of Pavia.
Dasar Kesihatan Mental Negara (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia. Capaian pada 23 Oktober
2020 daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/
NCD/Kesihatan%20Mental/8_Dasar_Kesihatan_Mental_Negara.pdf
Davila, J., Karney, B. R., Hall, T. W., & Bradbury, T. N. (2003). Depressive symptoms and marital
satisfaction: Within-subject associations and the moderating effects of gender and neuroticism.
Journal of Family Psychology, 17, 557–570. http://dx.doi.org/10.1037/0893-3200.17.4.557

171

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Diener, E., Suh, E. M., Lucas, R. E., & Smith, H. L. (1999). Subjective well-being: three decades of
progress. Psychological Bulletin, 125, 276-302.
Diener, E. & Lucas, R. E. (1999). Personality and subjective wellbeing. Dalam Kahneman D., Diener,
E., & Schwartz, N., (Ed.). Well-Being: The foundations of hedonic psychology. New York: Russel
Sage Foundation.
De Ridder, D.T.D., Lensvelt-Mulders, G., Finkenauer, C., Stok, F.M., & Baumeister, R.F. (2012).
Taking stock of self-control: a meta analysis of how trait self-control relates to a wide range of
behaviours. Pers. Soc. Psychol. Rev. 16, 76-99.
Di Renzo L, Gualtieri P, Cinelli G, Bigioni G, Soldati L, Attinà A, Bianco FF, Caparello G, Camodeca
V, Carrano E, Ferraro S, Giannattasio S, Leggeri C, Rampello T, Lo Presti L, Tarsitano MG, De
Lorenzo A. (2020). Psychological Aspects and Eating Habits during COVID-19 Home
Confinement: Results of EHLC-COVID-19 Italian Online Survey. Nutrients. 12(7):2152. doi:
10.3390/nu12072152.
Fox, K. (1999). The influence of physical activity on mental well-being. Public Health Nutrition, 2(3a),
411-418. doi:10.1017/S1368980099000567
Goleman, D., (1995) Emotional Intelligence, New York, NY, England: Bantam Books, Inc.
Gunnell, D., Appleby, L., Arensman, E., Hawton, K., John, A., Kapur, N., Khan, M., O'Connor, R. C.,
& Pirkis, J., & COVID-19 Suicide Prevention Research Collaboration (2020). Suicide risk and
prevention during the COVID-19 pandemic. The lancet. Psychiatry, 7(6), 468–
471.https://doi.org/10.1016/S2215-0366(20)30171-1
Hemavathi Shanmugam, Johan Ariff Juhari, Pritiss Nair, Chow Soon Ken & Ng Chong Guan (2020).
Impacts of COVID-19 Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread of Hope.
Malaysia Journal of Psychiatry Online Early. 29 (1).
Holmes EA, O’Connor RC, Perry VH, Tracey I, Wessely S, Arseneault L, et al. (2020)
Multidisciplinary research priorities for the COVID-19 pandemic: a call for action for mental
health science. Lancet Psychiatry,7 (6), 547–60. doi: 10.1016/S2215-0366(20)30168-1
Holt-Lunstad, J., Smith, T. B., Baker, M., Harris, T., & Stephenson, D. (2015). Loneliness and Social
Isolation as Risk Factors for Mortality. Perspectives on Psychological Science, 10(2), 227- 237.
doi:10.1177/1745691614568352.
Jianbo Lai, Simeng Ma, Ying Wang, Zhongxiang Cai, Jianbo Hu, Ning Wei, Jiang Wu, Hui Du,
Tingting Chen, Ruiting Li, Huawei Tan, Lijun Kang, Lihua Yao, Manli Huang, Huafen Wang,
Gaohua Wang, Zhongchun Liu, & Shaohua Hu. (2020). Factors Associated With Mental Health
Outcomes Among Health Care Workers Exposed to Coronavirus Disease 2019. JAMA Netw Open.
2020;3(3):e203976. doi:10.1001/jamanetworkopen.2020.3976.
Kamus Dewan. (2016). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia IKPM. (2020). Jabatan Perkhidmatan Awam.
Capaian pada 2 Februari 2020 di https://ikpm.jpa.gov.my/
Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia (2018). Kementerian Kesihatan Malaysia. Kuala
Lumpur.

172

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi. (2019). Kementerian Kesihatan Malaysia.
Capaian pada 12 Oktober 2020 daripada
http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Fact_Sheet_NHMS_2019-
BM.pdf
Laura Di Renzo, Paola Gualtieri, Giulia Cinelli, Giulia Bigioni, Laura Soldati, Alda Attina, Francesca
Fabiola Bianco, Giovanna Caparello, Vanessa Camodeca, Elena Carrano, Simona Ferraro, Silvia
Giannattasio, Claudia Leggeri, Tiziana Rampello, Laura Lo Presti, Maria Grazia Tarsitano &
Antonino De Lorenzo (2020). Psychological Aspects and Eating Habits during COVID-19 Home
Confinement: Results of EHLC-COVID-19 Italian Online Survey. Nutrients, 12, 2152.
Lewis, C. A., & Cruise, S. M. (2006). Religion and Happiness: Consensus, Contradictions, Comments
and Concern. Mental Health, Religion and Culture, 9, 3, 213-225.
Mamun, M.A. & Griffiths, M.D. (2020). First COVID-19 suicide case Bangladesh due to fear of
COVID-19 and Xenophobia: Possible suicide prevention strategies. Asian Journal of Psychiatry,
51, 102073. Doi: 10.1016/j.ajp.2020.102073
Mitchell. S., & Romans, S. (2003). Spiritual beliefs in bipolar affective disorder: Their relevance for
illness management. Journal Affect Disorder. Vol 75 (3), 247–57.
Nanda, A., Wasan, A., & Sussman, J. (2017). Provider Health and Wellness. The Journal of Allergy
and Clinical Immunology, 5(6):1543-1548.
Overall, N. C. (2018). Does partners’ negative-direct communication during conflict help sustain
perceived commitment and relationship quality across time? Social Psychological and Personality
Science, 9,481–492.http://dx.doi.org/10.1177/1948550617712030
Overall, N. C., & McNulty, J. K. (2017). What type of communication during conflict is beneficial for
intimate relationships? Current Opinion in Psychology, 13, 1–5.
http://dx.doi.org/10.1016/j.copsyc.2016.03.002
Pertubuhan Kesihatan Sedunia-World Health Organization. (2020). Capaian pada 8 Mei 2020 di
https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
Pietromonaco, P.R. & Overall, N.C. (2020). Applying Relationship Science to Evaluate How the
COVID-19 Pandemic May Impact Couples’ Relationships. American Psychologist. Advance
Online Publication. http//dx.doi.org/10.1037/amp0000714
Qiu, J., Shen, B., Zhao, M., Wang, Z., Xie, B., & Xu, Y. (2020). A nationwide survey of psychological
distress among Chinese people in the COVID-19 epidemic: implications and policy
recommendations. General psychiatry, 33(2), e100213. https://doi.org/10.1136/gpsych- 2020-
100213.
Rafidah Mat Ruzki & Mohd Nasaruddin Parzi. (19 Mei 2020). Covid-19: Masalah Emosi Isu Utama
Kesihatan Mental Rakyat. Berita Harian Online. Capaian pada 1 November 2020
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19-masalah-emosi-isu-
utama-kesihatan-mental-rakyat

173

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 4, 156-174, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Rehman, U. S., Gollan, J., & Mortimer, A. R. (2008). The marital context of depression: Research,
limitations, and new directions. Clinical Psychology Review, 28, 179–198.
http://dx.doi.org/10.1016/j.cpr.2007.04.007
Schutte, N. S., Malouff, J. M., Bobik, C., Coston, T. D., Greeson, C., Jedlicka, C., Wendorf, G. (2001).
Emotional intelligence and interpersonal relations. The Journal of Social Psychology, 141(4), 523–
536.
Sijia, L., Yilin, W., Jia, X., Nan, Z., Tungshao, Z. (2020). The impact of COVID-19 epidemic
declaration on psychological consequences: A study on active Weibo Users. International Journal
of Environmental Research and Public Health, 17(2032): 2-9.
The American Institute of Stress. (2020). Using Key Communication Skills To Manage Stress. Capaian
pada 3 November 2020 daripada https://www.stress.org/using-key-communication-skills-to-
manage-stress
Twenge, J.M., & Campbell, W.K. (2019). Media Use Is Linked to Lower Psychological Well-Being:
Evidence from Three Datasets. Psychiatry, 90, 311–331. https://doi.org/10.1007/s11126-019-
09630-7
Voinescu, B.I., Szentagotai-Tatar, A. (2015). Sleep hygiene awareness: its relation to sleep quality and
diurnal preference. Journal Mol Psychiatry 3, (1). Doi: org/10.1186/s40303-015-0008-2
Vuuren, M., de Jong. M.D.T & Sydel, E.R. (2007). Direct and indirect effects of supervisor
communication on organizational commitment. International Journal of Corporate
Communication, 12 (12), 116-128.
Wang, C., Pan, R., Wan, X., Tan, Y., Xu, L., Ho, C. S., y Ho, R. C. (2020). Immediate Psychological
Responses and Associated Factors during the Initial Stage of the 2019 Coronavirus Disease
(COVID-19) Epidemic among the General Population in China. International Journal of
Environmental Research and Public Health, 17 (5). Doi: 2https://doi.org/10.3390/ijerph17051729
Weinstein E. (2018). The social media see-saw: Positive and negative influences on adolescents’
affective well-being. New Media & Society, 20 (10), 3597-3623. Doi:10.1177/1461444818755634
World Health Organisation. (2020). Mental Health and COVID-19. Capaian pada 11 Oktober 2020
daripada https://www.who.int/teams/mental-health-and-substance-use/covid-19
World Health Organization (31 Mac 2020). Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public.
Dicapai pada 1 November 2020 daripada https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-
coronavirus-2019/advice-for-public.
Zhang, Y. & Ma, Z.F. (2020). Impact of the COVID-19 Pandemic on Mental Health and Quality of
Life among Local Residents in Liaoning Province, China: A Cross-Sectional Study. International
Journal of Environmental and Public Health, 17, 2381. Doi: 10.3390/ijerph17072381

174

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved