Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Laporan Pengalaman Bersaskan Sekolah

Tugasan : Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat,


berbincang dengan guru, soal jawab dengan pelajar dan merekod tentang
perkara-perkara berikut.

Pemerhatian terhadap langkah – langkah keselamatan yang diambil atau yang


diamalkan di sekolah berkenaan

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi


memastikan keselamatan dan kebajikan murid semasa berada dalam kawasan
sekolah. Antaranya, bilik kesihatan yang baru di buka di bangunan baru sekolah ini.
Bilik ini merupakan bilik rawatan sementara kepada murid yang menghadapi
masalah kesihatan semasa berada dalam waktu sekolah. Malah akses untuk
kenderaan masuk ke kawasan tempat ini juga mudah.

Disini juga disediakan bilik sakit bagi murid yang sakit. Contohnya pitam, sakit
perut dan klinik kesihatan gigi juga dilakukan disini ketika Kementerian kesihatan
melakukan klinik pergigian sekolah setiap tahun. Terdapat juga bahan-bahan bacaan
kesihatan dan perkhidmatan informasi berkenaan kesihatan.

Selain itu, guru juga ada membuka kelab Doktor Kecil yang mana mendedahkan
kepada murid akan pengetahuan dalam perkara yang berkaitan kesihatan. Murid
didedahkan dengan pengetahuan tentang ubat-ubat asas dan prosedur asas bagi
menghadapi situasi kecemasan.

1
1. Adakah terdapat pelajar melakukan aktiviti ergonomik (tabiat dan gaya
badan) seperti duduk di kerusi, berdiri dan mengangkat barang dengan
postur yang betul ?

Duduk mengikut postur yang betul Postur mengambil barang kecil

Secara keseluruhannya masih ada pelajar yang boleh duduk dan melakukan
aktiviti mengikut postur badan yang betul dan ada yang sebaliknya. Jika dilihat pada
gambar diatas, kedua – dua pelajar melakukan aktiviti mereka dengan mengikut
postur badan yang elok. Duduk di kerusi dengan postur badan yang tegak dan
mengambil barang kecil dari lantai haruslah dalam keadaan postur badan yang betul.

Namun masih ada murid yang mengamalkan tabiat tidak baik semasa didalam
kelas. Antaranya segelintir mereka suka menjungkitkan kerusi semasa guru sedang
memberikan sesi pengajaran. Saya ada menegur dan mereka mengatakan mereka

2
sudah terbiasa melakukannya. Hakikatnya, perlakuan ini bukan sahaja tidak baik
bagi postur ketika duduk malah ia berbahaya sekiranya berlaku kemalangan.

Tetapi apabila dinasihati dan diberitahu, murid tersebut dapat menerimanya


secara terbuka. Bagi menyampaikan sesuatu maklumat dan nasihat, gunakan
kaedah yang betul semasa berkomunikasi dengan murid. Ia penting bagi
memastikan penerimaan mereka terhadap teguran kita lebih terbuka dan difahami.

2. Adakah terdapat pelajar (terutamanya yang tinggi ) yang berdiri di


barisan hadapan semasa perhimpunan sekolah, berdiri dengan postur
yang betul ?

Postur berdiri yang betul Postur


berdiri yang tidak betul

Semasa perhimpunan sekolah, saya ada mengenalpasti beberapa


permasalahan yang berhubung dengan soalan tugasan. Murid perempuan yang
berdiri dalam barisan hadapan berdiri dalam postur badan yang betul. Namun, masih
ada juga pelajar yang berdiri dalam keadaan postur badan yang salah. Seperti
contoh murid lelaki diatas yang berdiri dalam postur yang tidak baik.

Gambar dibawah ini menunjukkan postur tubuh yang tidak baik semasa
berdiri. Dengan merujuk gambar dibawah saya dapat mengenalpasti bagaimana

3
postur tubuh yang baik semasa berdiri. Postur tubuh yang baik memberi kelebihan
kepada kita untuk mengelakkan kecederaan dan kesan buruk kepada tubuh badan.

3. Adakah terdapat pelajar yang melakukan aktiviti PJ berlari dengan


kaedah betul ?
 Cuba perhatikan pelajar yang berlari secara “flat – footed” ?
 Cuba diagnos pergerakan mereka. Kenapa berlaku demikian ?
 (1-3 Semoga anda dapat menyelamat mereka daripada mempunyai
postur yang tidak baik bila mereka besar nanti.

Pada 22 Mac saya berjumpa dengan salah seorang guru Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan iaitu Pn. Norazah Bt. Md Mahadi semasa beliau menjalankan kelas
PJK bagi tahun 1 Gemilang. Saya berbincang dengan beilau untuk melihat mereka
melakukan aktiviti.

Bersama saya saya juga sertakan borang senarai semak yang saya buat bagi
mengenalpasti beberapa komponen masalah dan soalan yang berkaitan dengan
tugasan ini.

Pertamanya saya melihat cara bagaimana murid tahun satu berlari. Dalam
pemerhatian saya tiada murid yang berlari secara “flat-footed”. Begitu juga bagi
murid tahun 5 dan 6. Mereka juga tiada yang saya dapat kesan mengalami masalah
tersebut. Oleh kerana saya menganggap mereka tidak melakukannya semasa waktu
pendidikan jasmani, maka saya membuat pemerhatian sepanjang waktu rehat.

4
Pada waktu rehat, ramai murid yang tidak makan dikantin, sebaliknya mereka
bermain dan berkejaran di dalam kawasan padang yang terletak di tengah kawasan
sekolah. Antara murid yang sedang berlari juga tiada yang menghadapi masalah

tersebut. Jadi saya dapat simpulkan bahawa, masalah “flat-footed” tidak berlaku
dalam kalangan murid sekolah ini.

Hasil pemerhatian saya sepanjang waktu rehat tiada murid yang menghadapai
masalah berlari secara flat-footed dan juga berjalan secara tidak betul. Ini mungkin
disebabkan persekitaran dan keadaan kawasan luar bandar.

Merujuk kepada gambar diatas murid berlari dengan koordinasi tangan yang
betul. Apabila kaki kanan melangkah tangan kiri diayunkan kehadapan ia adalah
perlakuan sepontan yang mana murid sendiri melakukannya secara tidak
disengajakan. Namun, tidak dapat dinafikan jika ada dalam seelintir murid yang
menghadapi masalah dalam berlari mengikut postur badan yang betul.

4. Bagaimana penerimaan pelajar terhadap teguran guru tentang


kepentingan mempunyai postur badan yang baik.

Saya ada membuat pertemuan secara rawak dengan murid-murid yang mana
mereka mengahadapi masalah dalam melakukan aktiviti. Mereka yang saya pilih
merupakan murid yang duduk dengan postur badan yang tidak betul, koordinasi
tangan yang tidak betul semasa berlari.

Semasa sesi temubual mereka tidak tahu dan ada dalam kalangan mereka yang
pernah ditegur oleh guru mereka. Pada mereka apa yang mereka lakukan sudah
terbiasa dan ibu bapa mereka tidak menegur mereka dalam keadaan sebegitu.

5
Mungkin tiada pendekatan dan ibu bapa sendiri tidak tahu akan masalah yang
berlaku kepada anak-anak mereka.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, keperihatinan ibu dan bapa penting dalam
menyelesaikan masalah ini. Guru juga harus perihatin terhadap masalah yang
anak murid mereka hadapi. Ini kerana kita bertanggungjawab memastikan
generasi sihat dan sejahtera dapat dicapai.

5. Peralatan dan kemudahan yang berkaitan :


a. Kemudahan tempat letak beg
b. Jenis kerusi /meja murid
c. Susunan kerusi dan meja pelajar

Jenis kerusi dan meja yang digunakan

6
Kemudahan meletakkan bekal dan minuman murid

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah

Semasa saya melakukan tinjauan semasa di sekitar sekolah saya dapat


mengenalpasti beberapa kemudahan yang disediakan oleh guru kelas. Setiap kelas
mempunyai kerusi dan meja yang sama jenis iaitu meja dan kerusi kayu berwarna
biru. Ia bersesuaian dengan murid kerana ia tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu
kecil. Bagi kelas pra-sekolah meja dan kerusi lebih kecil saiznya dan hanya sesuai
untuk murid pra-sekolah yang kebanyakannya kecil saiz tubuhnya.

Susunan bilik darjah mereka kebanyakannya berbentuk bilik darjah KBSR. Ia


memberi ruang kepada guru untuk bebas bergerak didalam kelas. Meja dan kelas
tiadak terlalu padat dan mengelakkan murid duduk dalam keadaan sempit dan

7
berasak-asak. Jika kelas sempit dimuatkan dengan pelajar yang ramai akan
meyesakkan trafik didalam kelas. Murid akan sukar bergerak dan mereka akan jadi
malas untuk bergerak. Jarak tempat duduk yang sempit akan menyukarkan postur
murid untuk duduk dengan selesa dan betul semasa dalam kelas. Peranan guru
penting dalam memastikan kebajikan murid terjamin.

6. Adakah terdapat guru mengamalkan sesi memanaskan badan dan


menyejukkan badan dalam pengajaran pendidikan jasmani ?

Aktiviti memanaskan badan

Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal.
Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali
gus mengelakkan daripada berlaku kecederaan.

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan


seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin
anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin
berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang,
mulakan dengan renangan yang ringan.

Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas


memanaskan badan.

Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan


suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan;
meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk
kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori).

8
Aktiviti menyejukkan badan
Kelas pendidikan jasmani dijalankan oleh semua kelas bagi setiap tahun. Murid
tahun 1 hingga 6 akan menjalani sesi pendidikan jasmani sebanyak 1 jam seminggu.
Gambar diatas menunjukkan aktiviti PJ yang di kendalikan oleh guru sekolah ini.
Merka memulakan sesi senaman dengan memanaskan badan dan mengakhiri sesi
dengan aktiviti menyejukkan badan.
Setiap pergerakan dilakukan oleh guru dan murid dikehendaki mengikut cara
guru mereka melakukannya. Setiap kali murid melakukan pergerakan yang salah,
guru akan menegur murid untuk melakukannya dengan betul. Secara tidak langsung
murid akan dapat mempelajari kaedah melakukan pemanasan dan penyejukkan
badan yang betul.
Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan
melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk
atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-
kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari,
perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.
Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan
badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan
pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot,
mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.

9
7. Bagaimanakah sistem aktiviti memanaskan badan yang diamalkan ?

Sistem pemanasan badan dilakukan dengan memulakan sesi memanaskan


badan dengan melakukan regangan. Guru melakukan regangan bermula daripada
kepala hingga ke kaki. Ia adalah salah satu bentuk pendedahan yang baik bagi murid
dalam melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani dengan prosedur yang betul.

Bagi murid tahap dua, mereka akan melakukan aktiviti memanaskan badan
dengan melakukan regangan dan membuat larian sekeliling padang.(Rujuk Gambar
dibawah) Malah, jika ada murid yang tidak mampu melakukannya, dia akan
melakukan aktiviti tersebut dalam kadar kemampuan yang dia boleh lakukan.

Murid berlari selepas melakukan regangan

8. Adakah pengajaran Anatomi & Fisiologi diterapkan pada pelajar semasa


mata pelajaran pendidikan Jasmani & Kesihatan ?

10
Ya, semasa sesi pendidikan jasmani, guru ada menunjukkan dan menerapkan
pengajaran Anatomi dan Fisiologi pada murid-muridnya.

Guru menunjukkan cara berdiri dalam postur badan yang betul. Secara tidak
langsung murid dapat mengetahui postur badan yang sepatutnya semasa mereka
berdiri.

Semasa kelas ini menjalankan aktiviti melompat, guru mereka memberikan


tujuk ajar dengan melakukan demonstrasi melompat dengan satu kaki, melompat
dengan dua kaki dengan betul. Guru juga menunjukkan bagaimana untuk mendarat
dengan betul selepas melompat.

Selepas iu guru menunjukkan bagaimana untuk melompat dan bergerak


kehadapan dengan cara melompat dan melayangkan badan kehadapan.

Murid melakukan pergerakan dan apabila murid selesai melakukannya guru akan
menegur cara mereka melakukan pergerakan samada betul atau pun tidak. Secara
ammnya, murid akan melihat dan memperbaiki cara mereka melakukan pergerakan.
Malah, murid juga meminta guru menunjukkan cara yang betul sekali lagi.

11
9. Adakah pihak sekolah mementingkan gaya hidup sihat kepada
pelajarnya melalui aktiviti senaman, rancangan diet, pemakanan
seimbang dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

12
Piramid Makanan yang dinyatakan di kantin Menu RMT untuk setiap minggu

Kempen kebersihan yang dijalankan


sekolah

Sekolah ini juga mementingkan kesihatan


dan gaya hidup sihat dalam kanalgan murid sekolah
ini. Bermula dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid
yang mendapat bantuan dari bentuk makanan tambahan bagi mereka yang layak.
Menu yang disediakan dipantau oleh pihak sekolah kerana ia adalah penting bagi
memastikan program ini dapat membantu murid –murid supaya lebih sihat dan
bersedia untuk belajar dengan lebih baik.

Jualan makanan dan program makan secara sihat dijalankan oleh sekolah ini.
Makanan pada waktu rehat dijual dengan kadar yang berpatutan dan terdiri daripada
makanan yang berkhasiat. Contohnya mee goreng yang dicampurkan sayur-
sayuran, nasi putih sayur dan lauk ikan atau ayam.

Selain itu, kebanyakan murid membawa bekal makanan mereka dari rumah.
Biasanya ia bukan terdiri dari makanan berat, ia lebih seperti kuih, makanan sarapan
pagi mereka yang dimasak dirumah.

Setiap kali perhimpunan sekolah, akan ada guru yang menyentuh soal serta
perihal makanan secara tidak langsung. Didalam kelas ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran guru juga ada memberi nasihat akan cara memilih makanan dan
makan makanan yang seimbang. Ia penting kerana, kebanyakan murid yang ada
disini tidak memilih makanan yang betul. Contohnya, mereka akan memlilih makanan

13
ringan berbanding makanan yang lebih baik semasa berbelanja di kantin atau diluar
sekolah.

Sememangnya warga sekolah amat mengambil berat akan kesihatan dan


keperluan murid sekolah ini dalam usaha membina murid yang sihat dan cerdas
seiring dengan matlamat membina negara bangsa yang rakyatnya sihat serta
cerdas.

Refleksi Individu

Mohamad Syafie Bin Samsir PISMP SEM 3 SAINS/PK/PSK

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu


tugasan yang kami perolehi dari pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kami
iaitu Encik Wan Zamri b. Wan Muhamad. Tugasan adalah berkenaan beberapa
soalan berkaitan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan dijalankan di sekolah,
pendekatan anatomi yang diadakan oleh guru pendidikan jasmani dan kesihatan.

Seterusnya soalan berkenaan analisis postur murid yang mana ia melibatkan


bagaimana kesalahan postur tubuh itu dilakukan. Sebelum itu juga saya ada

14
berjumpa dengan para pensyarah pembimbing bagi mendapatkan nasihat dan cara
untuk menjawab soalan tersebut.

Pertamanya kami mencari bahan rujukan dalam bentuk multimedia dalam


bentuk maya (soft copy) dari internet berkenaan tajuk serta bahan rujukan.
Kemudian melakukan pemerhatian, temu-bual, semakan dan rujukan melalui guru,
murid serta kakitangan bagi memastikan maklumat yang diperlukan diperolehi
dengan tepat dan bermakna.

Saya ada melakukan sesi dokumentasi bagi mendapatkan bahan sumber


penulisan dan kaedah pelaksanaan pendidikan jasmani di sekolah ini. Secara
keseluruhan saya berpendapat sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah
berjalan dengan peruntukan waktu sepenuhnya dan memerlukan sedikit
oenambahbaikan. Bermula dengan kaedah pelaksanaan dan prosedur semasa
melakukan kelas PJ serta selepas melakukan aktiviti dalam kelas PJ.

Pada pandangan saya pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah rendah


memerlukan penglibatan guru yang benar-benar terlatih untuk tujuan itu dan bukan
secara tangkap muat. Ini kerana teknik dan cara yang betul penting bagi memastikan
keselamatan diri dalam melakukan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah. Saya tidak
dapat menafikan memang jika di sekolah semua guru boleh mengajar pendidikan
jasmani, namun bagaimana mereka melakukannya samaada betul atau salah.

Kekangan guru yang benar-benar arif tentang ilmu pengajaran dan


pembelajaran pendidikan jasmani amat mendukacitakan. Malah, jika ada guru yang
bukan opsyen melakukan kesalahan semasa melaksanakan kelas pendidikan
jasmani. Pada hakikatnya, pendidikan jasmani merupakan satu subjek yang tidak
boleh dipandang remeh. Ini kerana,ia adalah teras pembinaan murid yang sihat,
cerdas dan berkualiti dari segi jasmani.

Pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi memberi kesan yang besar dalam
hidup kita. Bukan sahaja untuk memberi pengetahuan berkenaan badan namun
kaedah serta cara untuk menjaganya. Segalanya memerlukan ilmu dan praktikal bagi
melengkapi ilmu tersebut. Saya juga dapat mempelajari pelbagai teori berkenaan
anatomi dan fisiologi yang mana membantu saya untuk mengetahui kaedah dan cara
yang betul berkenaan postur, pemakanan, kesihatan dan tubuh manusia. Secara

15
tidak lansung ia membuka mata saya akan kelebihan mempelajari anatomi dan
fisiologi.

Ilmu tanpa amal umpama pohon yang hidup subur tapi tidak berbuah.
Pengajaran anatomi dalam kalangan murid membuka dan memberi mereka peluang
untuk bergerak, melakukan kerja dan bermain secara kaedah postur badan yang
betul.

Saya berharap agar tugasan ini dapat membimbing saya untuk melengkapkan
diri sebagai seorang guru. Secara keseluruhannya saya dapat mengetahui sedikit
sebanyak berkenaan Anatomi dan Fisiologi. Ia membantu saya dalam usaha
menghadapi cabaran sebagai seorang guru disekolah kelak. Terima kasih kepada
semua pihak yang membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Rujukan

www.fitness-programs-for-life.com/good_posture.html

www.bodymindandmodem.com/Basics/posture.html

www.shedyourweight.com/how_to_improve_your_posture_get_a_good_body_postur
e.html

www.sooperarticles.com/.../good-bad-body-posture-2801.html

www.shedyourweight.com/how_to_improve_your_posture_get_a_good_body_postur
e.html

16
www.bodyzone.com › Home › Posture & Health

17
LAMPIRAN

18

Anda mungkin juga menyukai