Anda di halaman 1dari 6

UTK KEGUNAAN MODERASI (BULATKAN YG BERKENAAN)

CEMERLANG /
TINGGI / SEDERHANA / RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Pelajar : GOH JING XIAN


Angka Giliran : 2018182340044
Nombor Kad Pengenalan : 991112-07-6019
Kumpulan/Unit : PISMP JUN 2018 (BNK 1)
Kod dan Nama Kursus : PBKK3223
PENTAKSIRAN DALAM KAUNSELING
Nama Pensyarah : ENCIK TAMIZI BIN KASIM
Tarikh Hantar : 30 OGOS 2021

Saya telah menerima maklum balas tentang semakan kerja kursus


daripada pensyarah kursus ini.

Tandatangan Pelajar:
Tarikh :
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan...................................................................................................................... 3
2.0 Pentadbiran Ujian............................................................................................................ 3
3.0 Pentadiran Bukan Ujian..................................................................................................4
4.0 Intervensi Klien...............................................................................................................4
4.0 Cadangan Tindakan Susulan.........................................................................................5
6.0 Kesimpulan..................................................................................................................... 5
Rujukan...................................................................................................................................... 6
1.0 Pengenalan
Kaplan dan Saccuzzo (1982) mengatakan pentaksiran adalah proses penilaian kemas kini
yang komprehensif ke atas individu dan penerokaan kendiri serta penelahan hasil. Selain itu,
Cronbach’s (1990) juga memberi definisi bahawa pentaksiran adalah suatu ujian yang
bercirikan prosedur sistematik dalam memerhatikan tingkahlaku dengan bantuan skala
numerikal atau kategori tertentu. Seterusnya adalah Anastasi (1998) yang menganggap istilah
pentaksiran dalam konteks yang luas membawa maksud kajian yang intensif kepada individu
untuk tindakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Terdapat 9 prinsip dalam pentaksiran
iaitu skala pengukuran, norma yang dirujuk, kriteria alat ukur, sukatan kecenderungan
memusat, ukuran pemboleh ubah, taburan normal, jenis skor, skor standard dan menilai
kumpulan norma.

2.0 Pentadbiran Ujian


Saya telah menjalankan satu sesi bimbingan dengan seorang murid. Isu dia ialah keliru
dengan cinta-citanya. Dia berminat untuk menjadi seorang polis, juruterbang dan diikuti dengan
arkitek tetapi dia tidak tahu pekerjaan yang mana sesuai dengan personalitinya. Oleh itu, saya
menjalankan sesi dengan dia melalui Google Meet untuk membantunya mengetahui pekerjaan
yang sesuai dengan dirinya. Semasa sesi itu, saya memberi murid menjawab inventori Self-
Dirented Search (SDS) yang boleh digunakan untuk mengenal pasti minat murid samada dalam
bidang Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau Conventional
(C) (Sidek Mohd Noah, 2016) supaya murid mendapat kepuasan dalam pekerjaan. Inventori ini
diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah. Cara menjawab inventori ini adalah menanda “Ya” atau
“Tidak” sahaja. Seterusnya, masa yang dicadangkan untuk menjawab inventori ini juga sama
iaitu 20 minit hingga 30 minit.

Daripada hasil dapatan data murid, murid memperoleh kod tipologi holland ARK. Oleh itu,
murid adalah jenis individu yang mempunyai kebolehan inovatif dan kreatif. Dia dikatakan
mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang
berstruktur. Contoh pekerjaan yang sesuai bagi murid adalah seperti penyair, pelukis dan
artitek. Namun begitu, cita-cita murid adalah menjadi seorang polis, juruterbang dan diikuti
dengan arkitek. Kerjaya polis dikatakan tidak sesuai kepada murid disebabkan kerjaya polis
sesuai dengan orang yang mempunyai trait personaliti Sosial iaitu suka berinteraksi dan bekerja
dengan manusia. Namun begitu, murid masih boleh memilih kerjaya ketiga yang diminati
olehnya iaitu menjadi seorang arkitek. Kerjaya arkitek memang sesuai dengan keputusan
inventori SDS yang dia dapati.

3.0 Pentadiran Bukan Ujian


Saya menjalankan temubual bersama murid melalui Google Meet. Terdapat beberapa
soalan yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pendapat ditanyakan kepada murid.
Pertama sekali, saya menanyakan kepada murid perasaan apabila mengetahui pekerjaan yang
sesuai dengan personalitinya selepas interpretasi inventori SDS. Murid mengatakan dia berasa
lega kerana salah satu pekerjaan yang diminati iaitu arkitek sesuai dengan personalitinya.
Seterusnya, saya menanyakan kepadanya sikap dia bagaimana. Dia memberitahu kepada saya
dia agak malu dan segan apabila baru mengenali seseorang. Daripada temubual dengan murid,
saya juga mendapati dia merupakan seorang yang pendiam dan kurang bercakap. Oleh itu,
kerjaya polis ini memang tidak sesuai dengan personaliti murid. Bukan itu sahaja, dia
memberitahu kepada saya dia sangat suka kepada melukis. Dia juga menunjukkan lukisannya
kepada saya. Daripada lukisannya, dia memang mempunyai bakat dalam melukis. Dengan ini,
saya memberitahu kepadanya kekuatan dan minat dia selaras dengan pekerjaan arkitek yang
diminati olehnya. Saya bercadang kepadanya supaya memilih pekerjaan yang berkaitan
dengan bidang seni. Di samping itu, melalui temubual, saya juga mendapati dia mendapat
keputusan A dalam subjek Seni. Hal ini membuktikan lagi dia memang sesuai dengan bidang
seni. Akhir sekali dalam temubual itu, saya menanya kepadanya pendapat terhadap pekerjaan
arkitek. Menurutnya, perkerjaan arkitek merupakan pekerjaan yang boleh mendapat gaji yang
tinggi dan sesuai juga dengan minatnya. Oleh itu, dia akan membuat pertimbangan untuk
menjadikan perkerjaan arkitek sebagai cita-citanya.

4.0 Intervensi Klien


Greene dan Staff (2012) menyatakan program kerjaya dapat meningkatkan kesediaan
kerjaya murid khususnya dalam aspek perancangan kerjaya bagi memenuhi keperluan pasaran
pekerjaan. Oleh itu, murid boleh menyertai Program kerjaya seperti Program Maju Diri, Program
Ekplorasi Kerjaya, Modul Kembara Kerjaya, Bengkel Merancang Kerjaya dan Modul Kesedaran
Kerjaya untuk meningkatkan kesediaan kerjaya. Bukan itu sahaja, murid juga boleh memupuk
keupayaan membuat keputusan kerjaya. Keupayaan ini adalah berkaitan dengan pemikiran
kerjaya yang melibatkan perasaan, pemikiran, sikap, dan kepercayaan ekspektasi (Bullock-
Yowell, 2013). Hal ini disebabkan individu yang mempunyai pemikiran kerjaya yang negatif
akan menjejas proses membuat keputusan kerjaya dan keupayaan menyelesaikan masalah.
Individu yang mempunyai efikasi membuat keputusan kerjaya rendah berkecenderungan
mempunyai pemikiran kerjaya yang negatif. Oleh itu, dengan mengenal pasti pemikiran kerjaya
negatif dapat membantu merancang strategi intervensi yang sesuai (Andrews, Bullock-Yowell,
Dahlen dan Nicholson, 2014).

4.0 Cadangan Tindakan Susulan


Setelah murid membuat keputusan tentang cita-citanya, GBK boleh mengaplikasikan Teori
Cognitive Information Processing (CIP) untuk mengukur bagaimana murid terlibat dalam proses
penyelesaian masalah kerjaya dan membuat keputusan kerjaya (Reardon, 2011). Selain itu,
GBK juga boleh memerhati samada murid telah menyusun dan melaksanakan tindakan yang
dikehendaki untuk mencapai matlamat yang dihajati. Sekiranya murid tidak membuat apa-apa
langkah untuk mencapai cita-citanya, GBK akan memberi nasihat kepadanya.

6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Sidek Mohd Noah (2016) menegaskan bahawa sebagai seorang
GBK bukan sahaja perlu mengetahui jenis-jenis inventori dan memahami cara pelaksanaan
inventori tetapi juga perlu mengetahui cara menganalisis setiap jenis inventori supaya dapat
membantu individu memilih kerjaya yang bersesuaian dengan ciri-ciri diri.
Rujukan

Anastasi (1998). Psychological testing (7th ed.). Prentice Hall/Pearson Education.


Andrews, L. M., Bullock-Yowell, E., Dahlen, E. R., & Nicholson, B. C. (2014). Can perfectionism
affect career development? Exploring career thoughts and self-efficacy. Journal of
Counseling & Development,92(3), 270– 279. doi:10.1002/j.1556-6676.2014.00155.
Bullock-Yowell. (2013). Relationships among career thoughts, career interests, and career
decision state.The Canadian Journal of Career Development/Revue Canadienne de
Développement de Carrière,12(1).
Cronbach’s (1990). Cronbach’s Alpha In: Encyclopedia of Survey Research Methods.
Diakses pada 27 Ogos 2021 dari https://dx.doi.org/10.4135/9781412963947.n117.
Greene, K. M., & Staff, J. (2012). Teenage employment and career readiness. New Directions
for Youth Development, 134, 23-31. doi: 10.1002/yd.20012
Kaplan dan Saccuzzo. (1982). A cognitive information processing approach to career problem
solving and decision making. Dlm.Career choice and development (3rd ed.) San
Francisco, CA: Josey-Bass
Reardon, R. C. (2011). Big questions facing vocational psychology: a cognitive information
processing perspective. Journal of Career Assessment,19(3), 240–250.
doi:10.1177/1069072710395531.
Sidek Mohd Noah. (2016). Pengujian dan penilaian dalam kaunseling: Teori dan aplikasi.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai