Anda di halaman 1dari 17

………………………………………………………………………………………………………

………..

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE2203: UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

SEMESTER : JANUARI 2011

NAMA: MOHD SHARIL BIN AHMAD

NRIC: 840901-02-5101

MATRIC NUMBER: 840901025101002

TELEPHONE NUMBER: 012-2305721

E-MAIL ADRESS: sekateur_persona@yahoo.com

NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMAD HAMZAH SARIMUN

NAMA E-TUTUR : EN. SARUDIN BIN MD AMIN


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI

LEARNING CENTRE: IPG- BAHASA ANTARABANGSA,KUALA LUMPUR

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Soalan Tugasan: Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan 3


Jasmani

2. 2.0 Pendahuluan 4
3.0 Pengenalan 4-5

3. 3.0 Pendekatan Semasa Menjalankan Tugas 6

3.1 Cadangan dan Penambahbaikan 7-9

4. 4.0 Panduan bagi Memastikan Ujian Kecergasan Membawa Keasn 10-11


Positif Di Sekolah

5. 5.0 Langkah Yang Diambil Untuk Membuat Penilaian Kecergasan 11-12

6. 6.0 Rumusan 13-14

7. Rujukan / Bibliografi 15

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 2


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

SOALAN / QUESTION

Sebagai satu asas pengetahuan utama dalam bidang Pendidikan Jasmani, kursus
pengukuran dan penilaian lazimnya ditawarkan dalam program ijazah sarjana muda dan
sarjana di universiti dan kolej. Sebagai seorang pendidik yang mengikuti kursus ini, anda
seharusnya membaca penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal profesional. Kebolehan
anda mencerakin pembacaan artikel penyelidikan akan membolehkan anda melaksana
dapatan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai tambahan kepada modul dan sesi tutorial, anda dikehendaki membaca artikel
penyelidikan berikut yang boleh dimuat turun dari Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Digital
Library, OUM di alamat:

http://ehis.ebscohost.com.newdc.oum.edu.my/ehost/detail?
hid=121&sid=9bdf5501-9268-45a2-8f81-
cc4910093367%40sessionmgr114&vid=7&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3QtbGl2ZQ
%3d%3d#db=a3h&AN=33325310

A lasting impression: A pedagogical perspective on youth fitness testing


oleh Stephen Silverman, Xiaofen Deng Keating, dan Sharon R. Phillips
Measurement in Physical Education and Exercise Science, 12: 146-166, 2008

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 3


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
Anda perlu mengkritik dan merumuskan secara terperinci tentang pendekatan yang
menjadi persoalan utama tentang ujian kecergasan, panduan bagi memastikan ujian
kecergasan membawa kesan positif di sekolah, langkah yang boleh digunakan untuk
menilai pengajaran kecergasan dan faedah maklumat artikel ini kepada anda sebagai
seorang guru Pendidikan Jasmani.

[Jumlah: 30 markah]

1.0 - PENDAHULUAN

Kertas kerja ini membincangkan dengan lebih lanjut tentang pendekatan yang
menjadi persoalan utama mengenai ujian kecergasan,panduan bagi memastikan ujian
kecergasan membawa kesan positif di sekolah, langkah yang digunakan untuk menilai
pengajaran kecergasan dan faedah maklumat artikel kepada guru Pendidikan Jasmani.
Artikel yang menjadi bahan untuk dikriti dan diulas bertajuk “ A Lasting Impression : A
Pedagogical On Youth Fitness Testing “ yang ditulis oleh Stephen Silvermen,Xionfen Den
Keating dan Sharon R. Philips, tahun 2008.

2.0 - PENGENALAN

Umumnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan adalah salah satu kandungan subjek yang terdapat didalam Sukatan Kurikulum
Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2002 dan 2004, semakan kurikulum oleh pihak Unit
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan bersama-sama Unit Pendidikan Kesihatan, Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia membawa sedikit
perubahan dalam kandungan pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran
tersebut. Semakan ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 4


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
pendidik tentang perubahan Sukatan Pelajaran dan pemantapan kurikulum dengan
memberi penekanan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Serentak dengan itu juga PPK telah menyediakan Garis Panduan
Ujian Kecergasan Fizikal sebagai rujukan dan panduan guru-guru Pendidikan Jasmani
untuk melaksanakan ujian tersebut di sekolah-sekolah. (Laporan Tahunan PPK, KPM
2005).
Jadi, program pengukuran dan penilaian kecergasan fizikal di sekolah telah dirancang
selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani harus
merancang dan melaksanakan ujian kecergasan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan
Ujian Kecergasan Fizikal supaya semua murid sentiasa cergas dan bersedia untuk
mengikuti mata pelajaran yang lain ( Abang Ismail Bin Abang Haji Julhi, etl. Jurnal
Penyelidikan IPBL 2008 ). Oleh yang demikian, ujian, pengukuran dan penilaian yang
terdapat di dalam garis panduan tersebut perlulah dilakukan secara berhati-hati oleh guru
agar dapatan dan maklumat yang dikehendaki terhadap fisiologi dan tahap kecergasan
murid-murid tersebut adalah betul dan boleh dipraktikkan demi tujuan meningkatkan
prestasi dalam kalangan murid.
Bagi memastikan ujian pengukuran dan penilaian yang akan diadakan kelak bakal
memperolehi hasil yang dikehendaki, maka guru-guru Pendidikan Jasmani haruslah
memastikan pendekatan yang akan dijalankan di dalam ujian tersebut sesuai dengan
keperluan murid-murid. Di samping itu, panduan dan langkah yang betul untuk
pengukuran yang dilaksanakan perlu diketahui dengan lebih lanjut supaya ujian dan
penilaian yang akan dijalankan membawa faedah jangka panjang serta kesan yang positif
kepada warga sekolah.
Menurut Raminah (1991), ujian boleh didefinisikan sebagai satu instrumen atau alat
yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum,semasa dan selepas
pengajaran. Ianya boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak,bateri
prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku dan sebagainya.

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 5


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.
Pengukuran adalah aspek yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran
didefinisi iaitu suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang
sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain, pengukuran boleh dimaksudkan dengan
membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian yang dijalankan.
Penilaian dilaksanakan dengan cara guru-guru menggabungkan kaedah ujian dan
pengukuran. Ini adalah untuk memastikan proses mentafsir dan menganalisis data dapat
dikumpulkan untuk dibuat pengesahan tentang ujian yang telah dijalankan. Menurut
Stufflebeam et al. (1971:xxv), penilaian adalah “proses delineating,iaitu mencari dan
memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif
keputusan”.
Berdasarkan dapatan yang telah dikemukakan, ujian, pengukuran dan penilaian adalah
satu proses bagi mengukur, menilai dan mendapatkan maklumat yang sebenar mengenai
tahap kecergasan murid-murid dan faedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesan
yang positif di sekolah.

3.0 - PENDEKATAN YANG MENJADI PERSOALAN DALAM UJIAN


KECERGASAN

Kecergasan lebih memberi perhatian kepada komponen kecergasan berasaskan


kesihatan dan perlakuan motor. Seseorang guru Pendidikan Jasmani perlu menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam aspek berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,
daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan bagi komponen kecergasan
berasaskan kesihatan. Bagi komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor, guru

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 6


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
perlu menguasai bidang kecekapan kemahiran dalam aspek koordinasi, imbangan,
ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.
Pelbagai jenis pendekatan yang boleh digunakan dan dipraktikkan terutamanya
semasa menjalankan ujian kecergasan. Di samping menilai tahap kecergasan murid,
pendekatan yang betul mampu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dalam
aktiviti sukan. Penggunaan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap umur murid
dapat membantu guru-guru memperoleh data tahap kecergasan yang lengkap bagi setiap
murid. Menurut (Sallis dan Patrick, 1994), aspek yang selalu dikaitkan dengan kesihatan
ialah kecergasan fizikal. Oleh yang demikian, ujian kecergasan yang dijalankan perlulah
menepati piawaian supaya objektif ujian dapat dicapai dengan sempurna.
Berdasarkan artikel (“ A Lasting Impression : A Pedagogical On Youth Fitness
Testing“ yang ditulis oleh Stephen Silvermen,Xionfen Den Keating dan Sharon R. Philips,
tahun 2008),terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk menilai
keberkesanan ujian yang dijalankan. Walau bagaimanapun, pendekatan tersebut boleh
ditokok tambah dan dipermurnikan lagi supaya ujian yang dijalankan dapat mencapai
sasaran dan objektif yang dirancang.

3.1 - CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN PEMURNIAN


ARTIKEL

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 7


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
Kesihatan dan penampilan adalah dua aspek yang sering dikaitkan dengan berat
badan seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan yang menarik akan membuatkan
seseorang
merasa lebih yakin apabila berhadapan dengan masyarakat. Kegemukan atau berat badan
berlebihan dianggap sebagai persoalan yang memberi impak ke atas kesihatan dan
penampilan seseorang (Kementerian Kesihatan, 1998). Selain dari menjejaskan
kecantikan, kegemukan(obesiti) akan membatasi pergerakan fizikal serta kerap
menyebabkan keletihan di samping menggalakkan gangguan kesihatan (Anderson dan
Barlett, 1998).
Dalam artikel( A Lasting Impression : A Pedagogical On Youth Fitness Testing) ,
penulis telah menggunakan pendekatan lagu dan nyanyian bertajuk “Chicken Fat” yang
telah dicipta oleh President’s Council for Physical Fitness and Sport. Tujuan utama lagu
tersebut dicipta untuk memberi pendekatan dan peringatan kepada individu yang
mempunyai berat badan berlebihan(obesiti) dan individu yang tidak mengamalkan gaya
hisup sihat supaya mengubah tabiat dan cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat dan
positif. Walaupun mesej yang dikemukakan berfaedah, namun didapati individu yang
terbabit akan berasa rendah diri dan hilang keyakinan ini. Ini kerana, kandungan dalam
lagu tersebut seolah-olah bersifat menyindir kepada golongan yang mempunyai berat
badan berlebihan dan tidak cergas.
Jadi, seseorang guru Pendidikan Jasmani tidak harus menggunakan kaedah seperti
melemahkan minat dan motivasi murid walaupun murid mempunayai berat badan yang
berlebihan atau tidak cergas. Sebenarnya, lagu tersebut dicipta untuk memberi peringatan,
namun ianya banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang yang mendengarnya. Oleh
itu, pemurnian perlu dibuat untuk menilai keberkesanan aktiviti tersebut seperti mengubah
lirik dan kandungan lagu supaya tampak lebih menarik dan tidak mengkritik orang lain.
Menurut laporan daripada United States Health and Human Service (2001), sekolah
adalah lokasi utama strategi pencegahan dan penurunan kewujudan sindrom kegemukan
dan obesiti dalam kalangan pelajar. Sekolah merupada institusi yang menyediakan
pelbagai peluang untuk murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 8


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
tabiat pemakanan yang sihat dan mengukuhkan kefahaman berkaitan diet yang sihat. Oleh
itu, guru mestilah bertindak sebagai pakar rujur atau role model kepada murid-murid dan
sentiasa memberikan nasihat membina tentang amalan pemakanan yang sihat dan
seimbang.
Seterusnya, kita lihat daripada segi penglibatan dalam aktiviti fizikal. Menurut
Deborah J. Rea, (1998) penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat mengawal berat badan
khususnya golongan remaja. Menurut National Association for Girls and Women in Sport
dan Women’s Sports Foundation, walaupun faedah aktiviti fizikal telah dikenal pasti,
golongan remaja masih kekal tidak aktif serta mengamalkan tabiat pemakanan yang baik
serta melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan (Sundaot-Borgen, 1994). Jadi, guru
Pendidikan Jasmani perlu mengubah persepsi murid-murid supaya mengamalkan tabiat
pemakanan yang lebih sihat serta melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang sesuai dan
positif. Ujian kecergasan merupakan aktiviti yang dilakukan secara berkala untuk
memastikan setiap pelajar sentiasa cergas, aktif dan bertenaga.
Terdapat 2 komponen utama dalam ujian kecergasan yang memainkan peranan
bagi menentukan penilaian yang akan dibuat. Komponen tersebut adalah penilaian sumatif
dan formatif. Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau
program. Tujuan utama penilaian sumatif ialah memperoleh maklumat tentang
pencapaian pelajar pada kursus itu atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan
program yang telah dijalankan itu. Ujian formatif pula ialah ujian yang dijalankan secara
berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah
untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan
itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada
tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada murid. Dalam ujian kecergasan, ujian formatif
adalah penting untuk menentukan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu berkesan dan
meningkatkan tahap kecergasan murid-murid.
Dalam skop Pendidikan Jasmani, kanak-kanak tidak dapat membuat keputusan
sama ada melibatkan diri dalam ujian kecergasan atau bagaimana untuk menggunakan

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 9


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
maklumat dan keputusan yang dihasilkan daripada penilaian yang telah dilakukan. Ini
berbeza dengan keupayaan orang dewasa yang dapat memilih sama ada untuk
menggunakan ujian kecergasan sebagai penilaian sumatif atau formatif sebagai sebahagian
daripada latihan kecergasan.
Guru Pendidikan Jasmani haruslah membimbing murid-murid semasa menjalankan ujian
kecergasan. Pemantauan dan pemerhatian yang berterusan dan rapi membolehkan prosedur
ujian dijalankan dengan baik dan sempurna. Walaupun kanak-kanak atau murid-murid
tersebut tidak dapat membuat keputusan sendiri, guru haruslah bijak menggunakan
pendekatan penilaian berdasarkan keupayaan murid. Antara langkah-langkah yang boleh
membantu ialah menggunakan kaedah penilaian secara hasil dan proses. Oleh sebab
kemampuan murid adalah berbeza tahap keupayaan mereka maka guru boleh
mengaplikasikan dua kaedah tersebut. Melalui kaedah penilaian secara hasil, ujian dan
penilaian yang dibuat menitikberatkan proses terakhir yang ditunjukkan. Contohnya, dalam
ujian jangkauan melunjur, tahap kelenturan dalam kalangan murid-murid adalah berbeza.
Ini adalah disebabkan oleh saiz badan dan kemampuan/ keupayaan murid itu sendiri.
Hanya jarak dan capaian murid-murid yang ditunjukkan sahaja diambil kira. Manakala
cara duduk dan melakukan proses ( selagi tidak melanggar peraturan ) tidak diambilkira.
Kaedah penilaian proses memberikan penekanan kepada keseluruhan proses yang
terlibat. Hasil yang terakhir adalah sebahagian daripada penilaian tersebut. Contohnya,
dalam ujian bangkit tubi. tempoh ulangan dan beberapa kali ulangan yang boleh dilakukan
oleh murid tidak diambil kira. Proses ujian yang dijalankan hanyalah menitikberatkan
proses perlakuan murid ,iaitu baring di atas lantai yang rata, membengkokkan kaki,
meletakkan tangan di bahagian belakang kepala dan cuba mengangkat beban badan serta
kembali semula kepada posisi awal iaitu berbaring di atas lantai.
Jadi, dengan 2 kaedah penilaian tersebut, guru boleh menilai tahap kebolehan dan
keupayaan murid yang berbeza berbanding menitik beratkan proses yang dijalankan
mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan seterusnya membantu murid menjalankan
ujian kecergasan dengan lebih sempurna dan betul.

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 10


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI

4.0 - PANDUAN BAGI MEMASTIKAN UJIAN KECERGASAN


MEMBAWA KESAN POSITIF DI SEKOLAH.

Dalam artikel( A Lasting Impression : A Pedagogical On Youth Fitness Testing) ,


terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu untuk memastikan ujian kecergasan
membawa kesan positif di sekolah. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut masih boleh
dimurnikan untuk memastikannya lebih sesuai diaplikasikan di sekolah. Cadangan
pertama yang diutarakan oleh penulis artikel ialah keputusan ujian kecergasan mestilah
digunakan oleh guru untuk mengetahui tahap kecergasan dan tahap kebolehan murid
apabila aktiviti fizikal diajar. Bagi langkah pemurnian, guru Pendidikan Jasmani perlulah
mengetahui tahap keupayaan seseorang pelajar atau individu sebelum menjalankan ujian.
Bagi tujuan tersebut, adalah dicadangkan supaya murid-murid dikelaskan mengikut
keupayaan masing-masing . Melalui penilaian yang dibuat membolehkan mereka
dikumpulkan ke dalam kumpulan yang sesuai dengan kebolehan mereka mengikut tahap
kecergasan daripada segi umur dan jantina. Contohnya, dalam Norma Ujian Standard
Kecergasan, skor bagi aktiviti tekan tubi lelaki dan perempuan berumur 10 tahun adalah
berbeza. Bagi lelaki skor 5 adalah 15 ke atas manakala perempuan bagi skor yang sama
adalah 21 ke atas. Jadi, bilangan lakuan tekan tubi dikira berbeza antara lelaki dan

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 11


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
perempuan. Kesan daripada penilaian tersebut, maka keputusan ujian yang diperolehi
adalah lebih tepat dan guru akan memperolehi data ujian yang lebih tepat dan relevan
berbanding dengan cara penilaian secara keseluruhan. Justeru itu, guru akan dapat
mengklasifikasikan kebolehan murid mengikut aktiviti fizikal yang sesuai.
Selain itu, guru Pendidikan Jasmani mestilah mempunyai kebolehan membuat
jangkaan iaitu murid mempunyai potensi memenuhi standard asas mengikut tahap gred
mereka. Bagi membuat penambahbaikkan terhadap pandangan ini, seseorang guru perlulah
mengetahui setiap murid mempunyai tahap keupayaan dan kebolehan berbeza. Oeleh yang
demikian, Guru juga perlulah mengetahui bahawa terdapat perbezaan fizikal dan bentuk
tubuh badan murid yang mungkin akan merencatkan jangkaan gred mereka apabila
melakukan ujian kecergasan. Menurut Sheldon ( 1942),terdapat 3 tahap mengkategorikan
fizikal individu iaitu, Endomorf ( bertubuh bulat), Mesomorf (tubuh yang sasa dan berotot)
dan Ektomorf ( bertubuh kurus dan tinggi ).
Dalam Ujian Standard Kecergasan, iaitu dalam aktiviti jangkauan melunjur, murid
yang mempunyai tubuh badan yang kurus dan tinggi berkeupayaan untuk melakukan
lakuan tersebut dengan mudah dan memperolehi skor yang paling tinggi berbanding murid
yang mempunyai tubuh bulat dan tubuh yang sasa dan berotot. Oleh yang demikian,
dorongan dan sokongan dari guru seperti motivasi, memberikan tunjuk ajar tentang teknik
dan lakuan yang betul membantu murid mencapai tahap yang sesuai mengikut gred
mereka .

5.0 - LANGKAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENILAI


PENGAJARAN
KECERGASAN.

Secara umumnya, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat
dan

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 12


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
menjadikan penilaian kecergasan sesuatu yang boleh digunakan untuk mengukur tahap
kecergasan setiap murid. Langkah yang pertama ialah dengan mengajar dan menerangkan
kepada para pelajar atau murid tentang perbezaan antara kecergasan untuk kesihatan dan
kecergasan untuk prestasi. Menurut Falls ( 1980 ), kecergasan untuk kesihatan
merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-
bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-
fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti
sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya.
Oleh itu, guru Pendidikan Jasmani Sebagai haruslah membantu meningkatkan
kecergasan fizikal setiap murid mengikut tahap dan had keupayaan mereka hingga ke tahap
yang maksima. Bagi mencapai ke tahap kecergasan ini, seseorang murid perlulah
mempunyai kesempurnaan di dalam setiap komponen kecergasan. Program kecergasan
fizikal yang seimbang terdiri daripada gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya
kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Penilaian boleh dibuat melalui
ujian terhadap dua komponen kecergasan yang utama iaitu komponen kecergasan
kesihatan dan komponen kecergasan perlakuan motor.

Kecergasan kesihatan terdiri daripada kecergasan kardiovaskular, kekuatan


otot,kelenturan serta komposisi badan. Penilaian untuk komponen ini dilakukan melalui
ujian larian ulang alik,naik turun bangku, tekan tubi untuk kekuatan otot,jangkauan
melunjur untuk kelenturan dan dirian bangau untuk komposisi badan.
Kecergasan perlakuan motor adalah melibatkan kelajuan, keseimbangan,
koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang juga boleh diklasifikasikan sebagai kecergasan

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 13


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
motor. Penilaian yang boleh dijalankan adalah seperti menggelecek bola hoki untuk
ketangkasan, menendang bola untuk kelajuan, meniti bangku untuk keseimbangan dan
menjaringkan gol dalam perlawanan bola keranjang untuk koordinasi.
Guru bolehlah menvariasikan cara dan teknik pelaksaanan ujian untuk
menghasilkan sikap yang positif dalam kalangan murid. Menurut Davis (1991),
kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang individu untuk
memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa
menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan Sheikh
Kamaruddin (1988), latihan bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh
manakala kecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk
berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu.
Contoh yang paling sesuai adalah semasa menjalankan komponen bateri ujian
dalam ujian kecergasan. Kesan positif yang dapat dilihat dan dinilai selepas ialah hasil
ujian tersebut akan dapat meningkatkan stamina daripada segi kesihatan dan tindak balas
lakuan motor dengan lebih baik dan sempurna. Di samping itu, ujian latihan Fartlek
bertujuan untuk membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Objektif
utama yang ditumpukan di dalam latihan ini ialah dapat membina keupayaan aerobik dan
anaerobik, meningkatkan kepantasan dan meningkatkan daya tahan otot. Kesan positif
yang dapat dilihat hasil keberkesanan latihan ini ialah dapat meningkatkan stamina dan
membina daya tahan otot serta jantung yang kuat dan tahan lama .

6.0 - RUMUSAN

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 14


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
Kesimpulannya, ujian pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani
mestilah dijalankan secara berterusan dan konsisten untuk membolehkan tahap kecergasan
murid dapat diketahui. Ini dapat membantu murid supaya sentiasa kelihatan cergas dan
seterusnya dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih sempurna. Kecergasan
fizikal adalah aspek yang penting bagi setiap induvidu. Kecergasan tubuh badan hanya
akan tercapai menerusi latihan fizikal teratur atau bersistematik dan mengikut prinsip-
prinsip latihan yang sesuai serta disiplin yng tinggi.
Ketika menjalankan ujian, pelbagai jenis pendekatan yang boleh diterapkan.
Selain daripada menilai tahap kecergasan murid, pendekatan yang betul mampu
meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dalam aktiviti sukan. Penggunaan teknik
dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap umur murid membantu guru-guru memperoleh
data tahap kecergasan yang lengkap bagi setiap murid. Menurut (Sallis dan Patrick, 1994),
aspek yang selalu dikaitkan dengan kesihatan ialah kecergasan fizikal. Oleh yang
demikian, ujian kecergasan yang dijalankan perlulah menepati piawaian supaya objektif
ujian dapat dicapai dengan sempurna.
Demi memastikan ujian kecergasan membawa kesan yang positif di sekolah, guru
Pendidikan Jasmani perlulah mengetahui tahap keupayaan dan kebolehan murid sebelum
menjalankan ujian. Pertimbangan terhadap umur dan jantina murid dapat memberikan
kesan yang amat ketara dalam keputusan ujian. Contohnya dalam Ujian Standard
Kecergasan, perbezaan jantina memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian
skor murid terhadap lakuan yang dijalankan oleh mereka. Seterusnya, guru seharusnya
dapat membezakan keupayaan dan kebolehan pencapaian murid. Jadi, murid-murid akan
dapat menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru tanpa melibatkan paksaan serta lebih
gembira dengan hasil ujian serta markah yang diperoleh.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat penilaian kecergasan.
Seseorang guru yang mahir di dalam subjek Pendidikan Jasmani seharusnya dapat
menerangkan dengan lebih lanjut tentang perbezaan antara kecergasan untuk kesihatan
dan kecergasan untuk prestasi. Tindakan dan lakuan murid semasa menjalankan aktiviti
ujian kecergasan akan menjadi lebih mudah dan sempurna dengan mengetahui perbezaan

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 15


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
dan aktiviti yang dijalankan mengikut komponen yang berbeza. Kefahaman tentang
perbezaan lakuan aktiviti dalam setiap komponen akan menghasilkan keputusan ujian yang
lebih tepat dan berkesan.
Guru-guru juga perlulah berperanan mempelbagaikan cara dan teknik ujian. Ujian-
ujian yang dijalankan seperti Bateri Ujian dan Latihan Fartlek perlu dijalankan mengikut
tetapan piawaian dan standard yang telah ditentukan supaya hasil daripada ujian tersebut
akan memberikan kesan yang lebih sihat dan positif terhadap murid-murid.
.

( 2511 patah perkataan


)

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 16


HBPE2203-UJIAN,PENGUKURAN,DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI

RUJUKAN

Borhan Yusof, M, H. (2010). Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani.
Meteor Doc Sdn. Bhd. Selangor.

James,P,W. (2000) Modern Education measurement: practical duidelines for education


leaders. USA : A Pearson Education,Co.

David,K. M.(2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How. New York,
US : Mc Graw Hill,Co.

Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru
Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

HBPE2203 | MOHD SHARIL BIN AHMAD: 840901025101002 17