Anda di halaman 1dari 25

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

DIPLOMA PENGURUSAN HALAL IC120

KERTAS KERJA

ULASAN JURNAL
IC1202A1

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIKS

NOR AFIFA ALYA BINTI NOR 2020606998


FAIZAL
NUR ADILAH BINTI SADRUL 2020482094
AZHAM
NAWAL NUR’AIFAA BINTI NORIZAL 2020893848
AISYAH SAKINAH BINTI AMIR 2020854144

Kertas Kerja Ini Dihantar Bagi Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk kod
kursus:

ISC151
SESI MAC-JULAI 2021
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 RINGKASAN JURNAL2

3.0 ULASAN KRITIS 7

3.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis 7

3.2 Adakah isu itu menarik? 9

3.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang

penyelidik? 11

3.4 Persetujuan tentang kandungan jurnal 13

3.5 Adakah jurnal ini dapat mengubah atau memberi kesan pemikiran anda? 16

3.6 Sumbangan jurnal ini kepada kod kursus anda 19

4.0 KESIMPULAN 19

4.1 Apa yang kami dapat simpulkan daripada jurnal ini 19

4.2 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini 21

5.0 SUMBER RUJUKAN 22


ULASAN JURNAL

MAQASID SYARIAH DALAM PEMBINAAN FATWA BERKAITAN AMALAN

RENTAS AGAMA DAN RENTAS BUDAYA DI ALAYSIA

Diulas oleh Nor Afifa Alya Binti Nor Faizal, Nur Adilah Binti Sadrul Azham, Nawal
Nur’aifaa Binti Norizal dan Aisyah Sakinah Binti Amir.

Diploma Pengurusan Halal, Universiti Teknologi Mara,

7200 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia.

1.0 PENDAHULUAN

Jurnal yang dikritik adalah bertajuk “Maqasid Syariah dalam Pembinaan Fatwa

Berkaitan Amalan Rentas Agama dan Rentas Budaya di Malaysia” yang ditulis oleh Wan

Zulkifli Wan Hassan, Nabilah Abdullah, Jamsari Alias, Azizi Umar dan Nazri Muslim pada

tahun 2016. Amalan rentas agama dan rentas budaya pada masa kini menimbulkan pelbagai

persoalan tentang hukumnya sama ada ia dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh agama. Di

Malaysia, sesuatu pemasalahan yang berlaku disebabkan oleh kekeliruan manusia

termasuklah perbuatan rentas agama dan budaya ini akan dibincangkan oleh Majlis Fatwa

Kebangsaan dan institusi fatwa di beberapa buah negeri. Jurnal ini membawakan isu yang

berkaitan amalan rentas agama dan budaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia dari

tahun 2010 hingga 2015. Rentas agama dan budaya ini bermaksud mereka yang melakukan

sesuatu perkara yang melibatkan agama dan budaya kaum atau bangsa yang selain darinya.

Sebagai contoh, orang bukan Islam yang dilantik menjadi peguam syariah. Jadi, jurnal ini

akan menjawab persoalan sedikit sebanyak tentang kekeliruan dan hukum terhadap amalan

rentas agama dan budaya.

1
Di Malaysia, institusi fatwa diakui sebagai pandangan rasmi berdasarkan hukum-

hakam agama dan dilaksanakan di bidang kekuasaan mufti dan jawatankuasa fatwa sama ada

di peringkat persekutuan atau negeri. Mufti dan jawatankuasa fatwa adalah badan tertinggi

yang dibuat rujukan oleh masyarakat Islam tentang persoalan yang boleh membawa

kekeliruan agar menepati dengan kehendak Maqasid Syariah. Maqasid Syariah seperti yang

telah dipelajari oleh umat Islam adalah terbahagi kepada tiga iaitu daruriyyat, hajiyyat iaitu

keperluan yang mendesak dan tahsiniyyat yakni keperluan tidak mendesak. Daruriyyat pula

diistilahkan dengan kulliyyat al-khams oleh para ulama’ iaitu merupakan asas kehidupan

utama umat Islam iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Islam telah menyediakan kaedah tertentu bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan

iaitu berlandaskan Maqasid Syariah. Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di setiap

negeri akan membuat keputusan terhadap masalah dan kekeliruan umat Islam berdasarkan

Maqasid Syariah. Keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa

tentang kekeliruan ini perlulah berdasarkan kepada susunan keutamaan iaitu yang terdiri dari

daruriyyat, hajiyyat atau tahsiniyyat. Umat Islam wajib mengutamakan daruriyyat yang

terdiri dari memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Keutamaan perlu

didahulukan sebelum perkara lain yang tidak mendesak. Jadi, institusi fatwa membincangkan

tentang masalah masalah yang diragui tentang hukumnya dan menetapkannya berdasarkan

teori Maqasid Syariah.

2.0 RINGKASAN JURNAL

Secara umumnya, artikel ini membincangkan berkaitan nilai Maqasid Syariah dalam

pembinaan fatwa berkenaan amalan rentas agama dan budaya di Malaysia. Seperti yang kita

tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai bangsa dan etnik. Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia perlulah saling hormat-

2
menghormati di antara masyarakat walaupun berbeza bangsa dan agama. Namun, kini

semakin banyak isu yang menyebabkan persepsi yang kurang disenangi oleh masyarakat

Islam kepada sesetengah pemimpin-pemimpin politik yang kurang mengambil berat terhadap

isu amalan rentas agama dan budaya yang berlainan agama. Oleh sebab itu, maka berlakunya

kecelaruan dalam kalangan masyarakat Islam mengenai konsep kebebasan agama ini.

Seterusnya, secara ringkas tujuan mempelajari konsep asas Maqasid Syariah ini

adalah untuk memahami nas-nas syarak dan mengaplikasikannya dalam masalah-masalah

yang menjadi isu semasa dan mengambil dalil daripadanya ke atas hukum bagi

permasalahan-permasalahan tersebut. Bukan itu sahaja, tujuan mempelajari Maqasid Syariah

ini juga adalah untuk mendapat segala penyelesaian mengenai dalil-dalil yang bertentangan

serta untuk mengetahui dalil-dalil yang lebih utama perlu diterima ataupun ditinggalkan

dengan cara mengetahui matlamat sesuatu pensyariatan tersebut. Seterusnya, dengan

memahami Maqasid Syariah juga dapat membantu umat Islam supaya mengetahui bahawa

segala hukum Allah adalah bertujuan untuk memberi kebaikan atau menghalang

kemudharatan ke atas umat Islam. Maqasid Syariah terdapat tiga bahagian iaitu maslahah al-

daruriyyat secara ringkasnya bermaksud memelihara lima asas iaitu agama, nyawa, akal,

keturunan dan harta. Kedua,maslahah al-hajjiyat iaitu dan terakhir sekali maslahah al-

tahsiniyyat. Oleh itu, dengan mengkaji jurnal ini kami juga dapat mengetahui berkaitan

konsep Maqasid Syariah ini secara terperinci.

Selain itu, di dalam jurnal ini juga menerangkan mengenai fatwa berkenaan amalan

rentas agama dan budaya di Malaysia. Fatwa-fatwa yang diterangkan dalam jurnal ini adalah

mengenai sesiapa yang baru memeluk Islam dan juga dikenali sebagai muallaf, amalan atau

budaya yang menjadi amalan kebiasaan orang Islam, namun ia juga diamalkan oleh orang

bukan Islam dan begitulah juga sebaliknya. Isu yang pertama merupakan kemualaffan

seorang saudara baru. Secara ringkasnya,isu ini berlaku kerana kebimbangan yang

3
dikemukakan oleh Fatwa Negeri Terengganu hal ini kerana tiada keseragaman di setiap

negeri mengenai had tahun bagi seseorang tersebut dipanggil muallaf. Hal ini perlu diambil

berat kerana mengakibatkan golongan-golongan muallaf yang berhak menuntut seperti zakat.

Justeru itu,mengenai hal ini Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia telah menetapkan selepas meneliti fakta-fakta, hujah-hujah

serta pandangan yang telah dikemukakan. Muzakarah memutuskan bahawa sekurang-

kurangnya selama 3 tahun sudah cukup untuk mendapat bimbingan dan pendidikan Islam.

Mereka juga boleh meminta bantuan zakat di bawah asnaf sekiranya layak. Namun yang

demikian, Muzakarah telah bersetuju untuk mewujudkan had tempoh panggilan Muallaf

selama 5 tahun. Secara dasarnya, ia menepati dengan Maqasid Syariah hal ini kerana jika

keputusan tersebut tidak dilakukan,maka akan terjadinya kemudharatan terhadap muallaf

kerana mereka baru mengenali agama Islam ini. Oleh itu, sekurang-kurangnya 3 tahun

tersebut juga sudah mencukupi untuk muallaf mendapatkan bimbingan dan pendidikan Islam

supaya muallaf tersebut tidak terasa beban dan mudah menerima Islam itu dengan sempurna.

Seterusnya, jurnal ini juga terdapat isu berkenaan hukum pemakaian pakaian tentera

yang mempunyai kalimah “Allah” dan “Muhammad” terhadap mayat bukan Islam dalam

upacara pengebumian. Isu ini timbul apabila pakaian seragam tentera Malaysia mempunyai

kalimah suci tersebut dan menjadi kelaziman bagi tentera memakai pakaian seragam tersebut

walaupun bukan beragama Islam. Oleh yang demikian, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan dengan

menegaskan bahawa Lafdz AlJalalah (Allah) dan Muhammad (Nabi Muhammad SAW)

adalah kalimah yang wajib dipelihara dan dihormati daripada sebarang perkara yang dapat

mencemarkan seperti memakai kalimah-kalimah tersebut ke upacara ibadat orang bukan

Islam atau pun ke tempat-tempat yang boleh menyebabkan terkena najis. Bukan itu sahaja,

Muzakarah juga menegaskan bahawa para ulama berpandangan bahawa haram sekiranya

4
menulis ayat Al-Quran atau nama yang diagungkan pada sesuatu objek yang berkaitan

dengan mayat kerana ia akan terkena najis iaitu nanah dan darah. Oleh itu, keputusannya

adalah penggunaan pakaian tentera atau sebagainya yang mempunyai kalimah Allah dan

Muhammad sama ada dalam tulisan rumi atau jawi pada mayat orang Islam atau bukan Islam

adalah dilarang. Hal ini bertujuan untuk menjaga dan memelihara kemuliaan agama Islam.

Oleh yang demikian,larangan memakai pakaian yang mempunyai kalimah suci seperti

kalimah “Allah” dan “Muhammad” memang wajar dikuatkuasakan dengan menepati kaedah

Maqasid Syariah (hifz al din) dan sad al-dhara'i' (langkah pencegahan) yang dituntut oleh

Islam.

Kemudian, terdapat juga isu mengenai isu orang Islam membaca dan menterjemahkan

ayat-ayat suci Al-Quran secara ringkasnya Muzakarah telah membincangkan isu ini dan

menyatakan bahawa pada dasarnya bertujuan untuk mempelajari,memahami dan

mendekatkan kepada ajaran agama Islam serta bagi tujuan berdakwah. Namun terdapat

beberapa syarat yang telah ditetapkan seperti perlulah dilakukan dengan ikhlas dan jujur,

bukanlah untuk kepentingan dan tujuan tertentu atau peribadi dan terjemahannya

menyimpang dari maksud asal teks tersebut dan juga dapat menimbulkan keraguan serta

keresahan masyarakat. Walaupun tiada pandangan yang melarang orang bukan Islam untuk

menggunakan perkataan Allah dalam kalangan mereka sendiri sama ada dalam ibadat atau

amalan mereka,namun mereka dilarang menggunakan perkataan tersebut dalam ucapan

umum yang boleh menyebabkan penyalahgunaan perkataan Allah yang Maha Suci kerana

tidak menghormati kalimah suci tersebut.

Seterusnya, hukum tarian poco-poco dan seumpamanya menurut perspektif Islam

merupakan isu yang juga dibincangkan dalam jurnal ini. Secara umumnya, bukan sahaja

tarian poco-poco malah segala tarian yang tidak bercanggah dengan Islam hendaklah merujuk

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang telah diputuskan sejak tahun 2007. Garis panduan

5
tersebut diantaranya dari segi pakaian yang perlulah menutup aurat, sopan dan tidak

bercanggah kehendak Islam serta gerak tari dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

Berdasarkan fatwa yang diberikan ternyata jawatankuasa fatwa sangat menitikberatkan

perihal ini serta memelihara kesucian agama Islam (hifz al-din). Hal ini kerana,supaya dapat

mengelak daripada berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh

menimbulkan fitnah serta mempersembahkan tarian yang berahi dan sebagainya.

Kemudian, terdapat juga isu mengenai hukum melantik orang bukan Islam sebagai

peguam syari’e. Isu ini berkaitan hukum melantik orang bukan Islam sebagai peguam syari’e

oleh yang demikian selepas Muzakarah telah meneliti keterangan,hujah-hujah dan

pandangan. Muzakarah berpandangan bahawa seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-

Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia

perlu mengetahui dasar keimanan kepada Allah SWT agar tanggungjawab yang dipikul

disandarkan hanya kepada Allah SWT dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan

menurut perspektif Islam. Oleh itu, Muzakarah bersetuju bahawa orang bukan Islam adalah

tidak dibenarkan menjadi peguam syari’e dengan tujuan supaya dapat menegakkan keadilan

tersebut dengan amanah dan mengelakkan daripada perkara yang dapat menjejaskan akidah

dan amalan umat Islam.

Hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam

masjid juga merupakan antara salah satu isi yang telah dikupas di dalam jurnal ini.

Muzakarah telah memutuskan pelancong bukan Islam hukumnya harus untuk memasuki

masjid dan ruang solat tetapi dengan syarat mendapat keizinan daripada pihak pengurusan

masjid dan menjaga perlakuan serta tingkah laku supaya mereka tidak mencemarkan

kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Namun yang demikian, perbuatan seperti

berdoa dan bertafakur oleh pelancong bukan Islam di dalam masjid dan ruang solat perlu

dielakkan kerana berkemungkinan akan menimbulkan fitnah. Kebaikan daripada perkara ini

6
adalah umat Islam dapat menunjukkan bahawa umat Islam boleh berinteraksi baik bersama

orang bukan Islam. Walau bagaimanapun, fatwa juga menitikberatkan mengenai penjagaan

kesucian dan kesusilaan agama.

Isu seterusnya pula mengenai status agama anak bawah umur selepas salah seorang

pasangan memeluk Islam. Di dalam Islam majoriti ulama telah bersepakat bawah umur juga

adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang

beragama Islam. Oleh itu,di dalam fatwa yang dikemukakan oleh Mesyuarat Lembaga Fatwa

Negeri Sarawak di atas jelas menunjukkan bahawa ia menepati dengan tuntutan maqasid al-

syariah dalam menjaga kepentingan asasi mengenai agama dan keturunan. Sudah terang lagi

bersuluh,segala perkara yang telah dikemukakan oleh institusi fatwa mengenai amalan rentas

agama dan budaya bertujuan memelihara maqasid syariah seperti menjaga harta benda dan

kehormatan diri.

3.0 ULASAN KRITIS

3.1 ISU UTAMA YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS?

Berdasarkan jurnal tersebut, isu utama yang telah dikemukakan oleh penulis ialah

berkaitan dengan keseragaman oleh negeri-negeri mengenai had tahun bagi seseorang

saudara baru untuk dipanggil sebagai muallaf. Muallaf atau saudara baru atau saudara

Muslim merupakan mereka yang telah bertukar pegangan agama dan kepercayaan dari agama

asal mereka kepada agama Islam (Irwan et al, 2016). Golongan yang baru dijinakkan hatinya

dengan Islam ini sangat memerlukan perhatian, bimbingan dan sokongan yang terbaik

daripada masyarakat iaitu yang beragama Islam dalam memberi pemahaman kepada mereka

berkenaan soal agama, terutama hal-hal akidah dan ibadat asas seperti konsep bersuci, mandi,

solat, puasa dan sebagainya agar mereka mempunyai sedikit pengetahuan mengenai Islam

(Irwan et al, 2016).

7
Isu ini timbul disebabkan kerisauan yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Negeri

Terengganu kerana tiada keseragaman had tahun seseorang saudara baru itu dipanggil

muallaf yang akan memberi kesan yang kurang baik iaitu dengan tiadanya had tahun

golongan saudara baru ini akan menuntut hak-hak seperti zakat dan sebagainya di negeri-

negeri lain yang mungkin menetapkan had tahun yang berbeza iaitu lebih lama atau lebih

singkat atau tidak dinyatakan langsung had tahun seperti yang telah dinyatakan di dalam

jurnal tersebut. Jika sebelum ini kita menganggap bahawa mereka yang baru memeluk agama

Islam itu sudah dikira sebagai orang Islam maka tanggapan tersebut adalah salah sama sekali

kerana mereka ini mempunyai tempoh masa atau had sebelum dipanggil muallaf supaya

mereka mendalami dan mempelajari ilmu agama serta mendapat bimbingan dalam

Pendidikan Islam iaitu sekurang-kurangnya selama tempoh tiga tahun.

Had tahun ini sangat penting supaya dalam tempoh masa yang ditetapkan tersebut

golongan muallaf ini tidak mengemukakan sebarang bantuan dan meminta-minta. Oleh itu,

penulis telah menyatakan bahawa untuk membincangkan mengenai had kemuallafan

seseorang saudara baru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia kali ke-108 telah diadakan. Hasil perbincangan tersebut, muzakarah

telah bersetuju supaya diwujudkan penyeragaman had tempoh panggilan Muallaf di negeri-

negeri seluruh Malaysia. Melalui perbincangan ini juga muzakarah telah mencapai kata

sepakat menetapkan had tempoh maksimum bagi seseorang Saudara Baru itu dipanggil

Muallaf ialah selama lima tahun. Dengan ini jelas bahawa fatwa yang telah dikeluarkan ini

bertujuan untuk menjaga dan memelihara agama Islam serta bertepatan dengan Maqasid

Syariah iaitu menjaga kesucian agama Islam dan pegangan akidah umatnya seperti mana

yang telah dinyatakan oleh penulis dalam jurnal tersebut. Hal ini kerana jika perkara ini tidak

dilakukan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada para saudara baru, iaitu

kehidupan mereka akan terumbang-ambing kerana kebajikan mereka tidak terjaga atau lebih

8
teruk lagi menyebabkan akidah mereka akan tergugat jika golongan ini tidak diberi

pertolongan yang sewajarnya.

Tambahan lagi mereka ini akan memberi tanggapan yang buruk dan memandang serong

terhadap agama Islam. Perkara ini terjadi disebabkan mereka merasakan bahawa mereka ini

disisihkan atau tidak dipeduli oleh golongan Islam yang lain kerana jika kita lihat kebanyakan

golongan saudara baru ini dihalau oleh keluarga, dibuang kerja dan sebagainya yang akan

memberikan tekanan kepada mereka kerana mereka hilang tempat bergantung dan tempat

berteduh jika kita sebagai umat Islam tidak membantu dan memberi perhatian yang

secukupnya kepada golongan ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa dengan adanya tempoh

masa bagi seseorang saudara baru maka mereka ini akan dapat memperoleh banyak kelebihan

antaranya pengurusan kebajikan golongan saudara baru ini dapat dilaksanakan dengan betul

dan teratur serta dapat memelihara maruah mereka daripada meminta-minta daripada orang

lain.

3.2 ADAKAH ISU ITU MENARIK ?

Pada pendapat kami, isu pertama yang telah dinyatakan oleh penulis dalam jurnal ini

sangat menarik kerana sebagai pembaca kami mudah memahami maklumat yang disampaikan.

Hal ini kerana penulis telah membincangkan setiap maklumat berkaitan dengan isu tersebut

dengan jelas iaitu mengenai kepentingan keseragaman had tempoh seseorang saudara baru

kerana sebelum ini kami belum pernah mengetahui mengenai perkara tersebut kerana tidak

mempunyai pengetahuan berkaitan hal yang melibatkan seseorang saudara baru atau muallaf

ini. Oleh itu, melalui jurnal ini secara tidak langsung telah memberikan pengetahuan yang

lebih jelas kepada kami tentang perkara-perkara yang melibatkan pengurusan golongan

muallaf ini.

9
Seterusnya, isu ini menarik kerana kami dapat memahami keperluan had tempoh yang

dilaksanakan kepada seseorang saudara baru itu supaya mereka ini mendalami ilmu agama

dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, saudara baru merupakan golongan yang memerlukan

bimbingan yang secukupnya agar meningkatkan lagi keimanan dan keyakinan mereka

terhadap agama Islam kerana mereka ini mudah menjadi goyah jika tidak memahami Islam

dengan sebaiknya. Perkara ini sangat penting bagi menjamin kehidupan yang harmoni di

kalangan saudara baru untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat

Islam (Siren et al, 2000). Antara pihak yang bertanggungjawab dalam memberikan

bimbingan kepada golongan muallaf ini ialah pihak MAIN DAN JAIN (Siren et al, 2000).

Mereka ini akan mengadakan kelas-kelas bimbingan, kursus dan juga bengkel kepada

golongan saudara baru yang bertujuan untuk memberikan pengenalan mengenai agama Islam

kepada mereka.

Tambahan lagi, dengan adanya program-program sebegini maka ia dapat menjadi

platform supaya muallaf mendapat pendedahan awal terhadap perkara-perkara asas dalam

Islam iaitu tidak kira dalam bentuk teori mahupun praktikal seperti perkara tauhid, ibadah

solat, cara mandi wajib dan lain-lain lagi (Siren et al, 2000). Selain daripada pihak

bertanggungjawab seperti MAIN DAN JAIN, masyarakat Islam seperti rakan-rakan dan jiran

juga berperanan dalam membantu dan membimbing mereka sebagai saudara baru contohnya

mengajar mereka membaca al-quran, mengajak mereka menunaikan solat berjemaah dan

lain-lain seperti mana firman Allah dalam surah Al-Maidah yang bermaksud:

"Tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan perbuatan baik dan memelihara diri (dari

kesalahan) dan janganlah kamu tolongmenolong dalam mengerjakan dosa dan pelanggaran

hukum." (Surah al-Maidah: 2)

10
Berdasarkan ayat yang tertera di atas jelaslah bahawa isu yang dibawakan oleh jurnal

ini menarik kerana dapat memberikan kesedaran dan pengajaran kepada kami bahawa

golongan muallaf ini sangat memerlukan bimbingan dan sokongan yang padu daripada

masyarakat Islam yang lain agar mereka ini memahami dan dapat mendalami ilmu agama

dengan sempurna. Dengan cara ini kita dapat mengetahui bahawa semua masyarakat perlu

berganding bahu dalam memberikan pertolongan kepada golongan saudara baru iaitu bukan

hanya terletak pada bahu pihak berwajib sahaja.

Seterusnya, isu ini menarik kerana kami juga dapat mengetahui bahawa had tempoh

ini juga penting untuk menjaga kebajikan golongan muallaf ini iaitu melalui dana zakat asnaf

muallaf, penyaluran bantuan kewangan dan kebajikan mualaf di setiap negeri disediakan oleh

MAIN atau JAIN(Siren et al, 2000). Antara bantuan kewangan ialah pemberian wang sagu

hati atau insentif pemelukan Islam bagi menarik dan menjinakkan hati saudara baru(Siren et

al, 2000). Hal ini kerana dengan cara ini mereka merasakan bahawa mereka dihargai oleh

masyarakat Islam kerana memahami keadaan mereka yang berada dalam kesusahan. Di

samping itu juga bantuan kewangan yang diberikan itu juga dapat meringankan tekanan yang

dihadapi semasa fasa permulaan mereka ini memeluk agama Islam.

Seperti mana yang kita ketahui, bergelar saudara baru ini bukanlah suatu perkara yang

mudah . Mereka ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita sering mendengar cerita

atau melihat di keratan akhbar bagaimana golongan muallaf dibuang oleh ahli keluarga serta

dipulau sanak saudara mahupun rakan-rakan dan tinggal sehelai sepinggang. Oleh itu, jika

kita mempunyai rakan atau jiran yang baru memeluk Islam kita mestilah sentiasa mengambil

berat dengan bertanyakan masalah yang dihadapi dan sentiasa mendekati mereka supaya

mereka ini tidak mempunyai tekanan perasaan yang akan memberikan kesan yang buruk

kepada kehidupan mereka.

11
3.3 ADAKAH ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS RELEVAN

BAGI ANDA SEBAGAI SORANG PENYELIDIK?

Bagi pendapat kami, isu-isu yang telah dibangkitkan oleh penulis adalah relevan

kepada kami sebagai seorang peneyelidik. Hal ini adalah kerana, setiap isu yang dibangkitkan

oleh penulis merupakan antara isu-isu yang baru bagi kami sekumpulan sebagai seorang

penyelidik. Bukan itu sahaja, malah isu-isu yang dibincangkan oleh penulis juga merupakan

antara isu yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat kerana isu-isu tersebut merupakan

isu yang berkaitan dengan agama Islam. Penulis juga ada menerangkan berkaitan Maqasid

Syariah yang digunakan oleh mufti-mufti untuk mengeluarkan sesuatu fatwa dan hukum bagi

setiap isu tersebut.

Antara isu yang dibincangkan di dalam jurnal Maqasid Syariah dalam Pembinaan

Fatwa Berkaitan Amalan Rentas Agama dan Rentas Budaya di Malaysia yang ditulis oleh

Wan Zulkifli Wan Hasan et. al pada tahun 2016 adalah berkaitan kemuallafan seseorang

saudara baru, hukum pemakaian pakaian tentera yang mempunyai kalimah ‘Allah’ dan

‘Muhammad’ terhadap mayat bukan Islam dalam upacara pengkebumian, isu orang bukan

Islam membaca dan menterjemah ayat-ayat suci Al-Quran, hukum tarian poco-poco dan

seumpamanya menurut perspektif Islam, hukum melantik orang bukan Islam sebagai peguam

Syari’e, hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam

masjid, dan yang terakhir berkaitan status agama anak bawah umur selepas salah seorang

pasangan memeluk Islam.

Bagi seorang penyelidik, kami merasakan bahawa penulis telah menulis sebuah jurnal

yang sangat relevan dan baik kerana sebelum penulis mengemukakan dan membincangkan

isu-isu tersebut, penulis memberi penerangan berkaitan Maqasid Syariah. Sebagai contoh,

penulis telah menerangkan maksud Maqasid Syariah dan juga kepentingan Maqasid Syariah

12
dalam mengeluarkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia di muka

bumi ini. Bukan itu sahaja, malah penulis juga membincangkan setiap isu-isu tersebut dengan

teliti. Hal ini adalah kerana, penulis telah menerangkan mengenai setiap isu tersebut dan

menyimpulkan setiap isu tersebut dengan hukum dan fatwa yang telah dibincangkan oleh

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Jadi, sebagai seorang penyelidik kami dapat memahami cara penyelesaian bagi setiap isu

yang dibincangkan oleh penulis.

Selain itu, sebagai seorang penyelidik yang tidak terdedah dengan isu-isu yang

dibincangkan di dalam jurnal ini, penulis telah berjaya menerangkan setiap isu tersebut

dengan menggunakan ayat yang ringkas dan padat membuatkan kami memahami setiap

perkara yang dinyatakan di dalam jurnal tersebut. Bukan itu sahaja, malah sebagai penyelidik

yang mempelajari subjek Usul Fiqh, kami dapat mengetahui betapa luasnya penggunaan

konsep Maqasid Syariah ini bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan

agama Islam. Dengan ini saya mengetahui bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya

kerana agama Islam merupakan agama yang mudah.

Oleh itu, kami dapat menyimpulkan bahawa isu-isu yang dibincangkan oleh penulis

adalah sangat relevan kepada kami sekumpulan sebagai seorang penyelidik. Hal ini adalah

kerana, setiap isu yang dibincangkan merupakan satu isu yang menarik dan perlu diambil

perhatian kerana isu-isu yang berkait dengan agama Islam merupakan satu isu yang tidak

boleh dibuat main. Ini kerana ia melibatkan aqidah dan iman kita sebagai umat Islam yang

perlu mematuhi setiap perintah Allah SWT dan meninggalkan setiap apa yang dilarang oleh

Allah SWT. Dengan pembincangan isu-isu ini kami dapat mengetahui perkara apa yang

boleh dilakukan dan perkara apa yang tidak boleh dilakukan.

3.4 PERSETUJUAN TENTANG KANDUNGAN JURNAL

13
Setelah meneliti, membaca dan mengkaji jurnal ini, kami sekumpulan sebulat suara

mempersetujui keseluruhan kandungan yang terdapat di dalam jurnal ini setelah

dipertanggungjawabkan untuk menilai jurnal ini. Melalui jurnal ini, penerangan yang

dikemukakan oleh penulis mengenai pembinaan fatwa berkaitan isu rentas agama dan rentas

budaya ini memberi impak yang sangat besar terhadap masyarakat di Malaysia. Perkara ini

dapat dilihat dengan jelas. Seperti yang sudah dinyatakan dan dibincangkan, antara isu utama

yang dibangkitkan oleh penulis ialah berkaitan dengan isu yang berkaitan dengan rentas

agama dan rentas budaya dalam masyarakat Malaysia. Kami bersetuju dengan dengan apa

yang dinyatakan oleh penulis ini yang menganggap isu ini perlu diambil berat oleh

masyarakat Malaysia terutamanya yang beragama Islam untuk menjamin kesucian agama

Islam.

Perlu diakui bahawasanya masalah mengenai rentas agama dan budaya ini merupakan

isu yang agak berat dan sensitif bagi menjaga kesucian nama agama Islam dalam masyarakat

Malaysia. Perlunya kawalan dan juga penerangan hukum supaya masyarakat Malaysia

terutama yang beragama Islam tidak melanggar nilai-nilai agama dan budaya yang mengikut

syiar Islam. Hal ini kerana iman dan aqidah kita sebagai umat Islam perlu dijaga supaya tidak

terpesong dan tidak melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Bukan itu sahaja, malah

dengan penjagaan iman dan aqidah juga akan memberikan kesempurnaan dalam ibadah yang

dilakukan. Kami juga menyokong sepenuhnya kandungan jurnal ini dimana penulis ada

menyatakan berkaitan kuasa mufti dalam mengeluarkan fatwa dan juga hukum-hakam bagi

menjawab setiap permasalahan atau isu yang berlaku berkaitan rentas agama dan rentas

budaya. Penulis juga ada menyatakan mengenai realiti masyarakat Malaysia dimana

masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan etnik. Perkara inilah yang

menyebabkan adanya isu rentas agama dan budaya. Dengan ini, penulis juga ada

mengingatkan kita sebagai umat Islam perlu menyedari dan dapat membezakan antara prinsip

14
dan sikap toleransi yang perlu dipegang oleh masyarakat Islam di Malaysia yang mempunyai

pelbagai bangsa, budaya dan juga etnik.

Seperti yang kita tahu, Maqasid Syariah merupakan satu konsep yang digunakan oleh

orang yang mengeluarkan fatwa dan hukum atau dipanggil sebagai mufti bagi menyelesaikan

permasalahan yang melibatkan agama. Di dalam jurnal ini, penulis ada menerangkan dengan

terperinci mengenai konsep asas Maqasid Syariah. Antaranya, Maqasid Syariah kebiasaannya

akan membahaskan mengenai lima perkara utama (daruriyyat) iaitu memelihara agama,

nyawa, akal, keturunan dan harta. Seterusnya, keperluan mendesak (hajiyyat) dan yang

terakhir merupakan jaminan Islam kepada keperluan yang tidak mendesak (tahsiniyyat).

Tetapi dalam penerangan bagi isu-isu yang disebut didalam jurnal ini, penulis lebih

menekankan kepada pemeliharaan agama, keturunan/maruah dan juga harta benda.

Kami juga menyetujui pernyataan di dalam jurnal ini di mana dalam menyelesaikan

sesuatu masalah, mufti-mufti tidak mengeluarkan hukum atau fatwa mengikut hawa nafsu

sendiri, malah mufti-mufti membincangkan dahulu isu tersebut sesama mereka supaya setiap

fatwa yang dikeluarkan bersesuaian dan tidak melanggar syariah Islam dengan menggunakan

konsep Maqasid Syariah. Dalam jurnal ini, penulis ada menyatakan mengenai perbincangan

yang diketuai oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia bagi menyelaraskan fatwa dan hukum yang dikelurakan bagi setiap

negeri. Sebagai contoh didalam jurnal ini Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah meyelaraskan bagi setiap negeri

mengenai tempoh bagi seorang saudara baru untuk digelar sebagai muallaf adalah lima tahun.

Dengan ini, tidak akan timbulnya kekeliruan bagi muallaf di setiap negeri kerana Muzakarah

telah menyelaraskan tempoh ini kepada setiap negeri.

15
Kami membuat keputusan untuk menyokong setiap penerangan dan perbincangan

yang ditulis oleh penulis dalam jurnal ini. Hal ini kerana, setiap yang dibincangkan

merupakan antara isu yang penting. Dengan perbincangan ini, masyarakat Malaysia terutama

yang beragama Islam akan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara supaya

perlakuan itu tidak melanggar Syariah Islam. Bukan itu sahaja, malah dengan penerangan

yang diterangkan oleh penulis juga akan membuka mata masyarakat berkaitan kepentingan

konsep Maqasid Syariah dalam penggunaan untuk mengeluarkan satu hukum dan fatwa.

Malah dengan pendedahan mengenai Maqasid Syariah ini juga dapat memberi pengetahuan

kepada masyarakat yang tidak mempelajari dan terdedah dengan Maqasid Syariah fungsi dan

kegunaan Maqasid Syariah dalam pengeluaran fatwa selain Al-Quran dan As-sunnah kerana

kayu pengukur bagi Maqasid Syariah adalah berasaskan Al-Quran dan As-sunnah. Dengan

ini, setiap fatwa yang dikeluarkan oleh mufti tidak melanggar dan tidak bercanggah dengan

Syariah Islam.

Kesimpulannya, pendapat dan penerangan penulis berkaitan isu rentas agama dan

rentas budaya ini sangat membantu masyarakat dan juga kumpulan kami dalam menyelidik

jurnal ini. Hal ini kerana adanya penerangan mengenai konsep Maqasid Syariah dan juga

memberi jawapan bagi setiap permasalahan yang dinyatakan oleh penulis. Dengan ini, kami

sebagai satu kumpulan yang menyelidik jurnal ini sebulat suara menyetujui setiap isi

kandungan yang dinyatakan oleh penulis.

3.5 ADAKAH JURNAL INI DAPAT MENGUBAH ATAU MEMBERI KESAN

KEPADA PEMIKIRAN ANDA?

Jurnal ini dapat memberi kesan kepada kami kerana ia dapat menambahkan

pengetahuan kami. Perkara yang mengelirukan dan perkara yang diragui dapat mengubah

pemikiran kami kerana mengetahui tentang hukum-hukumnya apabila membaca jurnal ini.

16
Ini kerana, di dalam jurnal ini sudah menyatakan tentang kemuallafan seseorang saudara

baru, hukum pemakaian pakaian tentera yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad

terhadap mayat bukan Islam dalam upacara pengebumian, isu orang bukan Islam membaca

dan menterjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran, hukum tarian poco-poco dan seumpamanya

menurut perspektif Islam, hukum melantik orang bukan Islam sebagai peguam syari’e,

hukum pelancong bukan Islam memasuki Masjid dan ruang solat utama di dalam Masjid dan

status agama anak bawah umur selepas salah seorang pasangan memeluk Islam. Jadi, isi

kandungan jurnal yang telah kami kaji ini amatlah memberi kesan yang mendalam kerana

dengan isi yang terdapat di dalam jurnal ini, ia dapat membantu kami dalam meneruskan

kehidupan yang akan datang tanpa sebarang kemusykilan dan keraguan di dalam diri.

Kemuallafan seseorang saudara baru mungkin menjadi kebiasaan bagi masyarakat

kita. Pada zaman kini, lebih banyak orang bukan muslim berminat untuk memeluk agama

Islam kerana akhlak dan budi pekerti yang terdapat di dalam Islam sangatlah tinggi. Di dalam

jurnal ini, telah menyatakan tentang had kemuallafan seseorang saudara yang baru memasuki

Islam. Had tempoh maksima bagi seseorang saudara baru yang dipanggil muallaf ialah lima

tahun. Ini bertujuan untuk mengelakkan golongan saudara baru atau muallaf ini meminta-

minta. Sekiranya pengurusan kebajikan saudara baru atau muallaf ini dilaksanakan dengan

betul, maka sekurang-kurangnya tempoh tiga tahun sudah mencukupi untuk mereka

mendapatkan bimbingan dan pendidikan Islam. Oleh itu, perkara yang dinyatakan dalam

artikel sangat menepati dengan Maqasid Syariah untuk menjaga kesucian agama di bawah

dharuriyyah. Jika hal ini tidak diambil tahu dan dibiarkan, maka terabai lah keperluan saudara

baru dan panggilan muallaf mereka akan dibiarkan melekat pada mereka. Jadi, kandungan

tentang kemuallafan saudara baru ini sangat memberi kesan dan pengetahuan yang bagus

kepada kami.

17
Selain itu, isi seterusnya adalah berkaitan dengan hukum pemakaian pakaian tentera

yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad terhadap mayat bukan Islam dalam upacara

pengebumian. Isu ini sangatlah menarik perhatian kami kerana adanya kalimah Allah dan

Muhammad yang tertera di pakaian tentera bukan Islam. Ia pasti akan menimbulkan keraguan

dan ingin mencari kepastian tentang perkara ini sama ada ia dibenarkan ataupun tidak. Jadi,

apabila jurnal ini disebarkan, maka banyak kesan yang dapat diperolehi iaitu mendapat

kepastian baharu juga dapat diajar dan disebarkan kepada orang lain. Hukum pemakaian

pakaian tentera yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad terhadap mayat bukan Islam

dalam upacara pengebumian adalah haram dan dilarang sama sekali. Ini bertujuan untuk

menjaga kesucian dan pegangan akidah umat Islam. Jika kalimah Allah dan Muhammad

dapat digunakan oleh orang bukan Islam dengan sewenang-wenangnya, maka kesucian

kalimah tersebut tidak dapat dipelihara. Ini bertepatan dengan memelihara agama di bawah

kuliyyat al khams iaitu dalam kategori daruriyyat iaitu merupakan asas kehidupan utama

umat Islam.

Seterusnya, kesan yang didapati apabila kami membaca jurnal ini ialah kami dapat

membezakan taraf kedudukan orang Islam dengan orang bukan Islam. Al-Quran merupakan

kitab suci bagi umat Islam. Jadi, kitab ini perlu dijaga dengan rapi dan tidak boleh digunakan

oleh orang bukan Islam sesuka hati. Ini kerana, orang bukan Islam kadangkala mempunyai

niat yang tidak sepatutnya apabila mereka membuat sesuatu. Di dalam jurnal ini, ada

menjelaskan bahawa orang bukan Islam dilarang membaca dan menterjemahkan ayat-ayat

suci Al-Quran adalah bertujuan untuk menjaga dan mengukuhkan lagi kemulian agama

Islam. Ini kerana, ia bertujuan untuk mengelakkan orang bukan Islam sewenang-wenangnya

menghuraikan maksud Al-Quran kerana bimbang akan menyimpang daripada maksud

sebenar ayat itu. Hal ini boleh menimbulkan keraguan dan keresahan kepada masyarakat

akibat daripada penghinaan terhadap Al-Quran yang tidak menepati maksud yang sebenar. Ini

18
berlainan pula dengan kehadiran pelancong bukan Islam ke dalam masjid. Perkara ini

diharuskan selagi ia tidak membuat perkara yang bertentangan dengan Islam di dalam tempat

suci ini dan sentiasa dalam keadaan terkawal dan beradab. Perbuatan berdoa atau bertafakur

oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka adalah dilarang sama sekali.

Akhir sekali, kesan yang dapat mengubah pemikiran kami adalah kami dapat

mempelajari ilmu Islam dengan lebih mendalam dan mengetahui hukum Islam yang wajar

diketahui. Apabila ketiadaan tentang ilmu tersebut, maka setiap perlakuan yang kita lakukan

berada dalam keadaan was-was dan meragukan. Hidup seperti ini adalah seperti tersepit di

dalam keresahan kerana kita tidak berusaha untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.

Antara hukum yang kami ragui antaranya ialah hukum tarian poco-poco, melantik orang

bukan Islam sebagai peguam syari’e dan status agama anak bawah umur selepas salah

seorang penjaganya memeluk Islam. Selepas kami membaca artikel ini, ia memberi kesan

terhadap pemikiran kami bahawa tidak semua perkara dibolehkan di dalam Islam. Sebagai

contoh, tarian poco-poco adalah tarian yang bersahaja yang bertujuan untuk melakukan

senaman biasa. Akan tetapi, jika senaman ini bertujuan untuk meniru simbol agama lain,

maka ia adalah dilarang.

3.6 SUMBANGAN JURNAL INI DALAM SUBJEK ISC 151

Kami sekumpulan merupakan pelajar yang mempelajari subjek ISC 151 iaitu subjek

Usul Fiqh. Kami sekumpulan merasakan jurnal ini sangat memberi sumbangan dalam subjek

ISC 151, dimana dalam subjek ini kami mempelajari berkaitan Usul Fiqh. Antara topik yang

kami belajar adalah berkaitan Maqasid Syariah. Maka, jurnal ini sangatlah memberi

sumbangan kepada kami untuk meluaskana pandangan kami terhadap konsep Maqasid

Syariah yang digunakan dalam pembentukan fatwa. Bukan itu sahaja, malah jurnal ini juga

dapat membuka mata kami terhadap isu-isu yang berlaku di Malaysia. Dengan ini, kami

19
dapat menguatkan kefahaman kami terhadap konsep Maqasid Syariah dalam subjek Usul

Fiqh.

Selain itu, dengan isu dan isi kandungan yang dibincangkan di dalam jurnal ini juga

mampu membantu kami untuk menjawab ujian akhir bagi subjek Usul Fiqh dengan

menggunakan isi kandungan dan isu-isu yang berkaitan sebagai contoh untuk menguatkan

jawapan kami. Bukan itu sahaja, menyelidik dan mengkritik jurnal ini juga merupakan antara

perkara yang sangat memberi manfaat kepada kumpulan kami untuk menyempurnakan

tugasan Ulasan Jurnal yang diberikan oleh pensyarah. Maka, dapat disimpulkan disini

bahawa jurnal ini amatlah memberi sumbangan yang efektif kepada kami sekumpulan.

4.0 KESIMPULAN

4.1 APA YANG KAMI DAPAT SIMPULKAN DARI JURNAL INI

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan jurnal ini ialah kami dapat mempelajari

ilmu baru dimana ianya bertepatan dengan konsep Maqasid Syariah. Dharuriyyah perlulah

diutamakan sebelum hajiyyat dan tahsiniyyat. Ini kerana, dharuriyyah merupakan merupakan

asas kehidupan utama bagi umat Islam iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan

harta. Kemudian, diikuti dengan hajiyyat dan tahsiniyyat. Keperluan hajiyyat perlu

diutamakan sebelum tahsiniyyat kerana tahsiniyyat bukan merupakan perkara yang

mendesak. Oleh itu, Mufti dan jawatankuasa fatwa merupakan badan tertinggi yang

berperanan untuk membincangkan tentang permasalahan yang melibatkan isu rentas agama

dan budaya ini berdasarkan Maqasid Syariah. Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di

beberapa buah negeri merupakan tempat untuk dibuat rujukan oleh masyarakat Islam tentang

persoalan yang boleh membawa kekeliruan agar menepati dengan kehendak Maqasid

Syariah.

20
Amalan rentas agama dan budaya sememangnya menjadi kebiasaan bagi masyarakat

kita. Akan tetapi, perlulah diketahui tentang garis panduannya tersendiri sama ada perkara itu

wajar dilakukan atau tidak. Rentas budaya dan agama juga perlu diketahui tentang hukumnya

agar tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Perbuatan rentas agama dan budaya ini

akan dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di beberapa buah

negeri. Masyarakat Islam menjadikan institusi fatwa ini sebagai rujukan jika terdapat

sebarang kekeliruan berkaitan agama. Ini kerana, sesuatu perkara itu memerlukan penjelasan

dan garis panduannya tersendiri. Keputusan yang dibuat oleh institusi fatwa di beberapa

negeri adalah berdasarkan Maqasid Syariah. Jadi, Islam itu mudah dan sememangnya

keputusan yang dibuat adalah untuk menjaga hak dan asas kehidupan umat Islam. Oleh itu,

amalan rentas agama dan Maqasid Syariah sangat berhubung rapat dan keputusan yang dibuat

tentang hukum-hakam agama adalah wajar terhadap Islam.

Oleh itu, kita mestilah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar setiap apa

yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Hal ini adalah kerana, ia bertujuan

untuk menolak segala kemungkinan yang boleh menyebabkan seseorang itu mungkin

menyimpang terhadap kehidupannya sebagai umat Islam. Maqasid Syariah dijadikan sebagai

garis panduan bagi umat Islam agar umat Islam tidak melebihi had sebagai muslim yang

boleh menjadikan mereka hidup dalam keadaan yang diselubungi keresahan dan keraguan.

Jadi, Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan umat Islam dalam

menjalani kehidupan mereka.

4.2 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI KUALITI JURNAL INI

Seperti yang kita tahu, setiap jurnal dihasilkan dengan tujuan memberi kita ilmu

pengetahuan yang lebih. Bukan itu sahaja,jurnal juga dihasilkan kerana untuk membantu

semua orang untuk menimba ilmu pengetahuan yang baru dan secara tidak langsung dapat

21
berdakwah melalui jurnal. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan untuk

meningkatkan lagi kualiti jurnal ini. Pada pendapat kami, dengan meningkatkan kualiti jurnal

ini kami perlu menerangkan lebih lanjut berkaitan konsep Maqasid Syariah. Hal ini kerana di

dalam artikel tersebut telah menyatakan mengenai Maqasid Syariah namun tidak diterangkan

dengan lebih terperinci berkaitan contoh dan konsep Maqasid Syariah. Oleh itu, pembaca

tidak berasa tertanya-tanya dan keliru mengenai konsep Maqasid Syariah ini.

Seterusnya, cadangan untuk penambahbaikan jurnal ini adalah penulis boleh cuba

mengemukakan isu yang timbul mengikut peredaran masa ke semasa. Hal ini kerana,

semakin lama semakin banyak isu yang timbul tidak kira lah dari konsep Maqasid Syariah

mahupun konsep lain. Namun, sekiranya berkaitan dan bercanggah dengan Islam perlulah

dikupas dan dibincangkan oleh jawatankuasa fatwa terhadap isu-isu yang baru timbul. Bukan

itu sahaja, sekiranya jurnal sentiasa mengikut perkembangan semasa sudah tentulah dapat

menarik pembaca supaya membaca jurnal ini. Oleh itu, sebagai penulis jurnal perlulah

sentiasa mengetahui pengembangan semasa dan menerangkan setiap ulasan isu tersebut

dengan menarik.

5.0 SUMBER RUJUKAN

Wan Zulkifli Wan Hassan, Abdullah, N., Alias, J., Umar, A., & Muslim, N. (2016). Maqasid

Syariah Dalam Pembinaan Fatwa Berkaitan Amalan Rentas Agama dan Rentas

Budaya di Malaysia. Al-Hikmah, 8(2), 128-147.

Siren, N. R. (2000). Isu Saudara Baru dalam Media Islam. Jurnal Usuluddin, 11, 67-78.

Irwan, M. S., Azman, A. R., Mahazan, A. M., & Nuradli Ridzwan Shah, M. D. (2016).

Penerimaan Penggunaan Istilah Mualaf dalam Kalangan Mualaf di Malaysia.

22
Badran Abu al-‘Ainain Badran. 1969, Usul al-Fiqh, Mesir: dar al-Ma’arif.

Hasan hj. Ahmad (1999). Maqasid Syariah: Konsep dan Pengaruhnya Dalam Pembentukan

Hukum, dalam Abdul Karim Ali dan Raihanah Azahari, Hukum Islam Semasa Bagi

Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

23

Anda mungkin juga menyukai