Anda di halaman 1dari 7

KHUTBAH

AIDILFITRI
(RUMI)
2020 M / 1441H

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK


KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN,
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB,
30000 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
TELEFON 05-2084800
Khutbah Aidilfitri 24 Mei 2020 “KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

AMARAN! PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM PERAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


KE ATAS SEBARANG PENAMBAHAN AYAT SELAIN DARI KANDUNGAN KHUTBAH YANG DIKELUARKAN

KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN


1 Syawal 1441/ 24 Mei 2020

،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ
،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ُ
، ُ‫هللا َأ ْك ر َُب رو هلل الْ رح ْمد‬ ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ
.‫ل‬ ‫ رو ُس ْب رح ران ه‬،‫ روالْ رح ْمدُ ه هلل رك هث ْ ًْيا‬،‫هللا َأ ْك ر َُب ركب ْ ًهْيا‬
ً ‫هللا بُ ْك رر ًة رو َأ هص ْي‬ ُ
‫ ا ذ هَّل ْي رن فر ُاز ْوا‬،‫ رو رج رع رل ه رذا ال ري ْو رم فر ْر ًحا هل هع ربا هد هه الُمتذ هق ْ ري‬.‫ ذ هاَّلى روف ذ رقنرا هل هع ربا رد هت هه‬1‫احل ر ْمدُ ه هلل‬
‫هللا رو َأ ْشهردُ َأ ذن رس ديهدر َر ُم رح ذمدً ا رَ ْبدُ ُه‬ ُ ‫ َأ ْشهردُ َأ ْن رل ا رهل ا ذل‬.‫ب ههص ريا هم رر رمضر ران رو هقيرا هم هه‬
‫ه‬ ْ ‫ه‬ ِ ِ
‫ اللدهُ ذم رص ه دل رو رس ه د ّْل رو رَب هركْ عر رىل رس ه ديدَر ُم رح ذمد روعرىل أهل روأْصا هبه رو رم ْن ر هب رعهُ ْم‬،‫رو رر ُس ْو ُ ُهل‬
‫ت‬ ‫ر‬ َ ‫ه‬ ‫ر‬ 2 ‫ه‬
‫ رولمت ُروتُ ذن‬،‫ رح ذق تُ رقاته هه‬3‫هللا‬ ‫ ات ذ ُق ْوا ر‬،‫ فر ريا َأُّيه را امل ُ ْس هل ُم ْو رن‬. ُ‫ َأ ذما ب ر ْعد‬.‫هَب ْح رسان ا رَل ي ر ْو هم د هاليْ هن‬
‫ه‬ ِ َ ‫ِد‬
.‫ال روأْ ُ ُْْ ُم ْسل ُم ْو رن‬
ِ
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan ahli jemaah sekalian agar bertakwa
kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Semoga kita tergolong sebagai orang
yang berjaya di dunia dan akhirat. Khutbah Aidilfitri pada hari ini bertajuk
Kegembiraan Dalam Kepayahan.

‫هللا َأ ْك ر َُب رو هلل الْ رح ْمد‬


ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Hari ini, kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan kegembiraan bercampur
kepayahan. Kegembiraan atas kejayaan menyelesaikan ibadah puasa di dalam bulan
Ramadan dengan penuh harapan agar ianya diterima oleh Allah SWT. Kegembiraan
kerana menyambut Aidilfitri yang mengembalikan fitrah hakiki (makan dan minum
di siang hari) dan fitrah maknawi (diampunkan dosa-dosa yang lalu).

1
Khutbah Aidilfitri 24 Mei 2020 “KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Tanpa diduga, kehendak Allah mengatasi semua perancangan makhluk.


Tahun 2020 yang diharap penuh kemakmuran, ditimpa musibah penyebaran virus
Covid-19 sejak beberapa bulan lalu. Seluruh dunia mencatatkan jutaan manusia
dijangkiti dengan ratusan ribu kematian. Semua negara mengambil langkah berhati-
hati dengan pelbagai kaedah termasuk negara kita yang menguatkuasakan perintah
kawalan pergerakan.

Kini, kita meneruskan kehidupan dengan normal baru. Masjid dan surau
terpaksa ditutup sementara demi mengelakkan virus berterusan mendapat tempat
baru dan berkembang. Kita menyambut Ramadan tanpa iftar beramai-ramai, solat
tarawih tanpa kemeriahan jaluran saf yang memenuhi ruang. Sambutan Hari Raya
juga solat solat sunat di masjid dan surau dengan bilangan yang terhad. Tiada
kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara di samping menjaga jarak antara satu
sama lain.

‫هللا َأ ْك ر َُب رو هلل الْ رح ْمد‬


ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ
Sebagai hamba Allah yang beriman, perkara pertama yang mesti
didahulukan apabila ditimpa musibah adalah mengingati Allah. Firman Allah SWT:

‫ﱞﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧ ﱨ‬
Maksudnya : (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan
(musibah), mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali. (Surah al-Baqarah ayat 156)4

Kedua, kita hendaklah memperbanyakkan istighfar dan taubat. Segera tinggalkan


maksiat dan kezaliman termasuk maksiat dan kezaliman dalam muamalah
kehidupan seharian.

Ketiga, banyakkan berdoa agar Allah segera mengangkat bala yang menimpa kita.
Berdoalah dengan sepenuh hati kerana tiada yang dapat menghapuskan musibah
melainkan Dia.

2
Khutbah Aidilfitri 24 Mei 2020 “KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Keempat, bersabarlah dengan ujian ini terutama kepada yang terkesan dengan
kewangan dan kehidupan harian. Allah menguji orang beriman sekadar
kemampuannya untuk meningkatkan darjatnya dan melayakkannya syurga. Kepada
yang berkemampuan, musibah ini mengajak kita untuk banyak bersedekah, saling
membantu sanak-saudara, jiran tetangga kita yang dalam kesusahan.

Kelima, sebagai umat Islam, jangan pula kita melupakan ikhtiar yang patut kita
laksanakan. Jagalah kebersihan, patuhi arahan penjarakan sosial, patuhi segala
nasihat Kementerian Kesihatan yang merupakan ahli zikir (pakar) dalam bidang ini.
Patuhi arahan pihak berkuasa agama berkenaan pengimarahan masjid dan surau.

Patuhi arahan Majlis Keselamatan Negara kerana semuanya bertujuan menjaga


kemaslahatan kita semua dan negara amnya. Mematuhi perintah Ulil Amri pada
perkara makruf hukumnya wajib.

‫الطاعر ُة‬ ‫ ذ‬: ‫اَّلل عرلر ْي هه رو رس ذ رّل قرا رل‬


‫الس ْم ُع رو ذ‬ ُ ‫اَّلل رَ ْن ُه رَ ْن النذ ه ه دب رص ذىل ذ‬ ُ ‫ِض ذ‬ ‫اَّلل رر ه ر‬‫رَ ْن رَ ْب هد ذ ه‬
‫ فر رل ر َْس رع‬،‫ فرا رذا ُأ هم رر هب رم ْع هص رية‬،‫ هفميرا َأ رح ذب رو رك هر ره رما ل ر ْم ي ُ ْؤ رم ْر هب رم ْع هص رية‬،‫عر رىل الْ رم ْر هء الْ ُم ْس ه هّل‬
ِ
.‫رو رل رطاعر رة‬
Maksudnya : Dariapda Abdullah R.A daripada Nabi ‫ ﷺ‬bersabda : Mendengar dan
mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap muslim, sama ada dalam perkara
yang disukai ataupun yang tidak disukai, selagi dia tidak diperintahkan melakukan
kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib)
dia mendengar dan mentaati. (Muttafaqun Alaih)

‫هللا ه ِْل رولر ُ ُْك هَبلْ ُق ْر رء هان الْ رع هظ ْ هْي روْ رف رع ه ِْن روا ذَّي ُ ُْك هب رما هف ْي هه هم رن ْالآ رَّي ه ِت رو دهاَّل ْك هر الْ رح هك ْ هْي‬
ُ ‫رَب رركر‬
‫ َأ ُق ْو ُل قر ْو ه ِْل ه ررذا رو َأ ْس رت ْْغ هف ُر ر‬.‫الس هم ْي ُع الْ رع هل ْ ُِْي‬
‫هللا الْ رع هظ ْ رْي‬ ‫روتر رقبذ رل هم ه د ِْن رو همنْ ُ ُْك هت رل روتر ُه ِاْ ذ ُه ه رُو ذ‬
‫ا ِت ْ َال ْح ريا هء هم ْ ُْن ْم‬ ‫ا ِت روالْ ُم ْؤ هم هن ْ ري روالْ ُم ْؤ همنر ه‬ ‫ه ِْل رولر ُ ُْك رو هل رسائه هر الْ ُم ْس هل هم ْ ري روالْ ُم ْس هل رم ه‬
.‫رو ْ َال ْم رو ها ِت فر ْاس رت ْْغ هف ُر ْو ُه اْ ذ ُه ه رُو الْ رْغ ُف ْو ُر ذالر هح ْ ُْي‬
ِ
3
Khutbah Aidilfitri 24 Mei 2020 “KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Khutbah Kedua

،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ُ
،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ
. ُ‫هللا َأ ْك ر َُب رو هلل الْ رح ْمد‬ ُ
،‫ رو ْحدر ُه‬1‫ احل ر ْمدُ ه هلل‬.‫هللا بُ ْك رر ًة رو َأ هص ْي ًل‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب ركب ْ ًهْيا واحل ر ْمدُ ه هلل رك هث ْ ًْيا رو ُس ْب رح ران ه‬ ُ
.‫ روه ررز رم ا أل ْح رز راب رو ْحدر ُه‬،‫ رو َأ رَ ذز ُجنْدر ُه‬،‫رَص رَ ْبدر ُه‬ ‫ روْ ر ر‬،‫رصدر رق رو ْعدر ُه‬
،‫َيْ رَ ر ُهل رو َأ ْشهردُ َأ ذن رس ديهدر َر ُم رح ذمدً ا رَ ْبدُ ُه رو رر ُس ْو ُ ُهل‬ ‫هللا رو ْحدر ُه ل ر ه‬ ُ ‫َأ ْشهردُ َأ ْن رل ا ه رهل ا دل‬
ْ ‫ روعر رىل أ ه ههل رو ر‬2‫اللدهُ ذم رص ه دل عر ِ رىل ِ رس ه دي هدَر ُم رح ذمد‬
،‫ فر ريا َأُّيه را امل ُ ْس هل ُم ْو رن‬. ُ‫ َأ ذما ب ر ْعد‬،‫ْص هب هه َأ ْ رْج هع ْ ري‬
.‫هللا ُ هُي هب املُتذ هق ْ ري‬ ‫ رو َأ هط ْي ُع ْو ُه! روا ْعلر ُم ْوا َأ ذن ر‬3‫هللا‬
‫ات ذ ُق ْوا ر‬
ُ‫هللا َأ ْك ر َُب رو هلل الْ رح ْمد‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬ ُ
،‫مسلمي دان مسلام ِت يڠ درمحيت هللا‬
Walau sehebat mana kita diuji, tetaplah memelihara keimanan kepada Allah.
Berpegang teguhlah dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Jangan sekali-kali kita
lupakan Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kita dituntut berusaha,
berdoa dan bertawakkal. Firman Allah SWT :

‫ﲓﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛ ﲜﲝ‬
Maksudnya : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja)
mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? (Surah al-
Ankabut ayat 2)

1
Pujian kepada Allah
2
Selawat ke atas Nabi Muhammad ‫ﷺ‬
3
Pesan Takwa
4
Khutbah Aidilfitri 24 Mei 2020 “KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengingatkan apakah kita sudah
bermuhasabah atas musibah yang menimpa ini? Sudahkan kita kembali kepada
Allah yakni bertaubat? Semoga Allah mengembalikan kita dan negara kita dalam
kesejahteraan.

ُ‫هللا َأ ْك ر َُب رو هلل احل ر ْمد‬


ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ ،‫هللا َأ ْك ر َُب‬
ُ
‫هللا تر رع ر‬
:‫اَل‬ ُ ‫قرا رل‬
‫ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ‬
‫الل ذ ُه ذم رص ه دل عر رىل ُم رح ذمد روعر رىل أ هل ُم رح ذمد ر رمَك رصل ذ ْي رت عر رىل ا ْب ررا هه ْ رْي روعر رىل أ هل ا ْب ررا هه ْ رْي‬
ِ ِ
‫رو رَب هركْ عر رىل ُم رح ذمد روعر رىل أ هل ُم رح ذمد ر رمَك رَب رر ْك رت عر رىل ا ْب ررا هه ْ رْي روعر رىل أ هل ا ْب ررا هه ْ رْي ه ِْف‬
ِ ِ
.‫الْ رعال ر هم ْ ري اْ ذ رَ ر همح ْي ٌد رم هج ْي ٌد‬
ِ
‫ رو َأ ْص هل ْح رذ را ِت بريْ ه هْن ْم رو َأ هل د ْف‬،‫ا ِت‬ ‫الل ذ ُه ذم ا ْغ هف ْر هللْ ُم ْس هل هم ْ ري روالْ ُم ْس هل رم ه‬
‫ روالْ ُم ْؤ هم هن ْ ري والْ ُم ْؤ همنر ه‬5‫ا ِت‬
‫ الل د ُه ذم‬.‫ب ر ْ ري ُقلُ ْوِبه ه ْم روا ْج رع ْل ه ِْف ُقلُ ْوِبه ه ُم ْاليْ رم ران روالْ هح ْْكر رة روثر هب د ْْتُ ْم عر رىل هم ذ هَّل رر ُس ْو هل هللاﷺ‬
ْ ِ
‫ر‬ ‫ه‬ ْ ‫ه‬ ْ ‫ر‬ ْ
‫ روالم رح هن روالف هَت رما‬،‫ روالْغرلء‬، ‫وصا رۏ ُير ْوس الك ُوروَر‬ ُ ً ‫ روالْ رو رَبء خ ُُص‬،‫أأ ْدفر ْع رَنذا الْ رب رلء‬
.‫ رَ ْن ب ر ر هَلَر ه ررذا خ ذراص ًة رو رَ ْن بُ ْ رَل ران عرا ذم ًة رَّي رر ذب الْ رعال ر هم ْ ري‬،‫رظه ررر هم ْْنرا رو رما ب ر رط رن‬
Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau
jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan
khianat.

Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu terhadap raja kami, Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan Raja
Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat Diraja dan seluruh
rakyat jelata.

‫رربذنرا أ آ هتنرا هِف اله ْْ ريا رح رس نر ًة رو هِف ْال آ هخ رر هة رح رس نر ًة رو هقنرا عر رذ راب النذ هار‬

5
‫”‪Khutbah Aidilfitri 24 Mei 2020 “KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN‬‬
‫]‪[Jabatan Agama Islam Perak‬‬

‫هللا يرأْ ُم ُر هَبلْ رع ْد هل رو ْ هأال ْح رس هان روايْ رتا هء هذي الْ ُق ْر رَب روير ْْنرى رَ هن الْ رف ْحشر ا هء‬ ‫هللا‪ ،‬ا ذن ر‬ ‫هَ ربا رد ه‬
‫هللا الْ رع هظ ْ رْي ي ر ْذ ُك ْرُ ُْك رو ْاش ُك ُر ْو ُه عرىلر‬ ‫ِ‬ ‫ْ‬ ‫ر‬ ‫ذ‬ ‫ِ‬
‫روالْ ُم ْن رك هر روالْ رب ْْغ هي يرعظُك ل رعلُك ترذك ُر ْو رن‪ .‬فراذك ُر ْوا ر‬
‫ُ‬ ‫ذ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ر‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬
‫هللا َأ ْك ر َُب‪ ،‬رو ُ‬
‫هللا ي ر ْع ر ُّل رما ت ْرصنر ُع ْو رن‪.‬‬ ‫هْ رع هم هه ير هزد ُ ُْْك رو ْاسأَلُ ْو ُه هم ْن فر ْض ه هِل يُ ْع هط ُ ُْك رو ر هَّل ْك ُر ه‬
‫لل الْ رح ْمدُ ‪.‬‬ ‫هللا َأ ْك ر َُب رو ه‬‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬‫هللا َأ ْك ر َُب‪ُ ،‬‬ ‫ُ‬

‫‪1‬‬
‫‪Pujian kepada Allah‬‬
‫‪2‬‬
‫ﷺ ‪Selawat ke atas Nabi Muhammad‬‬
‫‪3‬‬
‫‪Pesan Takwa‬‬
‫‪4‬‬
‫‪Ayat al-Quran‬‬
‫‪5‬‬
‫‪Doa Kaum Muslimin‬‬
‫‪6‬‬

Anda mungkin juga menyukai