Anda di halaman 1dari 1

Ibnu Khaldun antara cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke-14.

Beliau melakar
sejarah sendiri ketika zaman itu dengan kehebatannya sebagai seorang tokoh sejarawan dan pemikir
Islam dalam bidang sosial, politik, pendidikan dan falsafah yang diiktiraf oleh seantero dunia. Figura
hebat kelahiran Tunisia pada 1332 Masihi itu diiktiraf sebagai pengasas kajian sejarah moden,
sosiologi dan ekonomi. Pandangan Ibnu Khaldun turut dikagumi bukan sahaja oleh tamadun Islam,
tetapi juga dunia Barat. Tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Profesor Emeritus Dr Bernerd Lewis
menyifatkan Ibnu Khaldun sebagai ahli sejarawan Arab yang hebat pada zaman pertengahan. Pemilik
nama Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad dikenali sebagai Ibnu Khaldun sempena nama
tempat kelahirannya iaitu di kawasan Khalduniyah di Tunisia. Menyoroti historiografinya, ia agak
menarik untuk disingkap dengan penuh keinsafan. Bapanya merupakan seorang sarjana. Kehandalan
beliau dalam pelbagai bidang itu sebenarnya sudah terbukti sejak kecil lagi. Masakan tidak, tokoh
hebat itu sudah menghafaz al-Quran sejak kecil, selain menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia
belasan tahun. Ketekunannya menggali ilmu fardu ain dan kifayah memang sudah dilentur pada usia
yang muda. Ketika berusia18 tahun, ilmuan genius itu terpaksa berhenti belajar gara-gara Tunisia
ditimpa wabak taun. Beliau bagaimanapun kembali melanjutkan pengajian tinggi dengan guru dan
ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi. Sekitar tahun 1375, Ibnu Khaldun berhijrah ke
Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran keadaan politik di negara tersebut tidak
stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai