Anda di halaman 1dari 4

4.

0 DAPATAN KAJIAN
MEMAHAMI PUASA DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

Ketika menyambut bulan Ramadhan, umat islam perlulah menahan diri dari lapar,dahaga
serta perlakuan – perlakuan yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari.Hal ini serupa dengan penjelasan dalam kitab Subul al-Salam, yang
berbunyi:

"Menahan diri dari makan, minum, jima' (bercampur dengan istri) dan lain-lain yang telah
diperintahkan kepada kita untuk menahannya, sepanjang hari menurut cara yang
disyariatkan. Demikian pula diperintahkan menahan diri dari ucapan yang diharamkan atau
dimakruhkan, karena ada hadis-hadis yang melarang hal itu, itu semua berdasarkan waktu
dan syarat-syarat yang telah ditetapkan."
Mengetahui sekadar maksud puasa dari segi perkataan tidak akan mencukupi bagi seorang
hamba Allah yang beriman kepada-Nya.Sebaliknya,seseorang yang memahami puasa dari
sudut pandangan islam itu adalah orang yang mengetahui hal-hal penting lain tentang puasa
tersebut seperti syarat wajib. sunnah ketika berpuasa, dan hal yang makruh dilakukan.
Antara syarat wajib ketika berpuasa adalah:
-Beragama islam dan percaya dengan bersungguh-sungguh akan agama islam
-Baligh
-sihat akal
-Kesihatan jasmani dan rohani yang baik
-Tidak dalam keadaan musafir
-Bebas atau suci daripada haid dan nifas
-Berkemampuan untuk melakukan ibadah puasa dan tidak memudaratkan kesihatan diri
Perkara sunnah yang boleh dilakukan ketika berpuasa
-Bangun untuk bersahur
Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:makanlah sedikit sebelum
subuh, kerana makan pada waktu itu terdapat keberkatan.
-sunnah mengelakkan diri daripada marah atau memaki hamun
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: apabila salah seorang
daripada kamu berpuasa pada suatu hari, maka janganlah kamu berkata – kata keji dan
jangan pula meninggikan suara; atau jika seseorang itu mencacinya atau cuba bertengkar
dengannya hendaklah dia berkata,”Sesungguhnya aku orang yang berpuasa hari ini.”
-Bersedekah
-Berbuka puasa dengan kurma
Rasulullah SAW sering berbuka puasa sebelum melalukan solat dengan beberapa kurma
segar, tetapi apabila tiada kurma, beliau akan berbuka dengan kurma kering, dan jika tidak
terdapat kurma kering, beliau akan mengambil beberapa suapan air.
-Mendirikan solat tarawih
Dari Abu Hurairah RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang
mendirikan solat sunat (solat tarawih) di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan
pahala, nescaya dia akan diampunkan dosa lalunya.”
Hal yang makruh dilakukan ketika berpuasa

-Mengunyah gula-gula getah, barang-barang plastik atau benda-benda lain (yang dikunyah
tetapi tidak ditelan, dan tidak sampai ke perut, kerana jika tidak puasa akan berbuka).
-Mengumpul air liur dan menelannya dengan tujuan menghilangkan dahaga
-Berkumur dengan air lebih daripada keprluan
-Bergaduh, berbalah, menggunakan kata – kata tidak senonoh dan kotor.

Tatkala seseorang itu berpuasa, hendaklah ia mengelakkan dirinya melakukan dosa – dosa
yang menyebabkan hilangnya pahala yang diperoleh serta menyebabkan ibadah puasa yang
dilakukan menjadi tidak sah tanpa disedari. Seseorang itu mudah mendapat dosa kerana ia
tidak memelihara deria – deria yang dikurniakan Allah SWT dengan berhemah justeru
mendorong ia melakukan amalan sia – sia. Oleh itu, umat Islam wajib memelihara deria –
deria berikut:

DERIA PENGLIHATAN (MATA)


-Umat Islam disuruh untuk menjaga penglihatan lebih – lebih lagi ketika seseorang itu
menjalankan ibadah puasa. Kita ditegah daripada melihat perkara – perkara keji dan
mendatangkan dosa seperti unsur – unsur lucah. Sebaliknya, seseorang yang berpuasa
digalakkan melihat dan menikmati keindahan ciptaan Allah seperti kehijauan alam sekitar,
kebiruan lautan yang ditemani hempasan ombak, serta keluasan langit yang membiru. Tidak
lupa juga akan wajah ibu bapa yang membolehkan kita mendapat pahala dengan hanya
memanjang wajah mereka.

DERIA PENDENGARAN (TELINGA)


-Ketika seseorang itu berpuasa, maka hendaklah ia mengelakkan dirinya daripada mendengar
perkara yang lagha. Umat Islam yang menunaikan ibadah puasa itu sebaiknya mendengar dan
menghayati perkara – perkara yang baik seperti menghadiri majlis ilmu dan tazkirah kerana
apabila seseorang hamba Allah itu menghadiri sebuah majlis ilmu, nescaya akan dikurniakan
ganjaran yang sangat besar iaitu sebanyak 70,000 malaikat akan mendoakan keampunan
hamba-Nya yang berbuat demikian. Selain itu, kita digalakkan untuk mendengar alunan zikir
dan bacaan ayat Al-Quran yang merupakan sumber kesuburan dan ketenangan jiwa rohani.

DERIA PENCIUMAN (HIDUNG)


-Apabila menjalankan ibadah puasa, Ustaz Muhammad menyatakan bahawa hukumnya
makruh perbuatan memberus gigi dan membasuh mulut selepas waktu zohor yang sering
berlaku kerana seseorang itu tidak selesa dengan bau mulutnya. Bagi Allah, mulut orang
berpuasa yang berbau tidak enak di hidung manusia lain itu adalah lebih harum daripada
kasturi di sisi-Nya kerana keikhlasan ibadah puasa yang dijalankan itu.

DERIA PERCAKAPAN (MULUT)


-Orang yang berpuasa seharusnya memelihara percakapannnya dari mengeluarkan kata – kata
yang sia – sia seperti mengumpat, memfitnah, memaki atau mencarut dan berbual kosong.
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak
meninggalkan percakapanbohong dan kelakuan keji lagi buruk sedangkan ia berpuasa,
baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang
didapatinya.”
-Seharusnya seseorang itu menggunakan lidahnya untuk mengeluarkan kata – kata yang baik
seperti membaca Al-Quran, berzikir memuji kekuasaan Allah serta mendoakan dirinya dan
umat Islam yang lain.
MENGHARGAI DAN MENGAMATI KETETAPAN PUASA DALAM KEHIDUPAN

Ibadah puasa merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh umat islam di bulan Ramadhan
yang menjadi salah satu rukun Islam. Ibadah tersebut bukan hanya boleh dilakukan pada
bulan Ramadhan. Sebaliknya, seseorang itu boleh berpuasa di waktu yang lain kerana
terdapat banyak faedah yang diperoleh bukan sahaja dari segi rohani seseorang tetapi juga
pada jasmani yang mana puasa itu baik untuk kesihatan tubuh.

Puasa merupakan ibadah yang pada dasarnya bertujuan untuk mewujudkan sikap disiplin
dalam diri manusia untuk mengawal segala jenis nafsu yang tertanam dalam diri manusia
agar mereka dapat berada di jalan yang benar dalam setiap perlakuan dan tindakan yang
diambil. Ia juga bagi melahirkan kepatuhan dan taqwa kepada perintah Allah SWT.

"Adalah tidak tepat untuk menganggap puasa sebagai satu ibadah untuk mengekang
keinginan manusia. Sesuatu yang merupakan sifat semulajadi manusia daripada sudut
pandangan Islam tidak boleh dilihat daripada perspektif negatif," kata Ketua Pengarah Institut
Kefahaman Islam Malaysia(IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Dari sudut kesihatan, menerusi ibadah puasa, seseorang itu mampu memperoleh kebaikan –
kebaikan kepada pemilik tubuh orang yang berpuasa iaitu:

1.Mengawal paras kolesterol

-Selain daripada faedah rohani dan psikologi, puasa juga membawa beberapa manfaat
kesihatan. Salah satunya adalah pengurangan kolesterol dalam darah, yang merupakan hasil
daripada kesan positif puasa pada profil lipid. Ini seterusnya membawa kepada peningkatan
yang hebat dalam kesihatan kardiovaskular seseorang yang berpuasa secara keseluruhan,
yang mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung, serangan jantung atau strok.

2.Menghapuskan tabiat buruk

Tabiat adalah perkara yang sukar untuk diubah, terutamanya jika ia telah menjadi sebahagian
daripada hidup kita untuk masa yang sangat lama. Merokok, sebagai contoh, adalah tabiat
buruk, dan lebih daripada itu, ia adalah ketagihan. Mengamalkan kawalan diri semasa
berpuasa akan menyedarkan diri kita bahawa tabiat kita mampu mengawal tabiat buruk diri
sendiri. Jika kita mampu menahan diri daripada pemakanan yang tidak baik seperti merokok,
berfikiran negatif dan tidak wajar, ini akan memberi diri sendiri kekuatan dan keyakinan diri
untuk menendang semua tabiat buruk kita.

3.Meningkatkan sistem imun anda


Apabila seseorang individu menggabungkan diet yang kaya dengan serat dan protein semasa
sahur dan berbuka puasa, dan menahan diri daripada makanan yang diproses dan bergula,
hasilnya adalah peningkatan imuniti yang hebat. Penyingkiran toksin dan pengurangan
simpanan lemak juga membantu badan. Apabila individu mengambil buah-buahan untuk
berbuka puasa, mereka meningkatkan simpanan vitamin dan mineral penting badan. Vitamin
A dan E adalah antioksidan yang baik yang mudah didapati dalam buah-buahan.

Anda mungkin juga menyukai