Anda di halaman 1dari 41

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM

TAMADUN MELAYU
PENGENALAN KEPADA TAMADUN
1. DEFINISI TAMADUN
Tamadun berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi
bahasa dan kesopanan tingkah laku. Ianya berpunca dari kata kerja
“maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah
laku. Selain itu juga ianya membawa erti membuka bandar. Terbit pula
perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang
yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi
bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.
Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah
pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi,
akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga
sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau
negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu
bentuk budaya tinggi.

2. ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN


 Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang
strategik.
 Hayat penghidupan stabil yang panjang.
 Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi,
sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik.
 Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem
tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman,
penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya.
 Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal
perlakuan dan tindak tanduk anggota masyarakatnya.
 Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera,
falsafah dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.

1
3. CIRI-CIRI TAMADUN

 Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi


pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan
semesta (world view/weltanschauung).
 Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara
tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama :
1. tamadun materialistik
2. tamadun intelektual
3. tamadun mistik
4. tamadun berasaskan wahyu

 Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-


tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu;
1. Pencapaian fizikal : boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah
kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungan beberapa
pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui
penaklukan.
2. Pencapaian intelektual : boleh diliaht dari segi penemuan fikiran
yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali
fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains
dan teknologi.

4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN TAMADUN

1. Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh

2
kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan
masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadi
bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun
China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah
Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.

2. Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan


daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-
nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah
menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun.
Kemunculan Tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan
nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.

3. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan


masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada
sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti,
ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah,
berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong
rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya;
Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun
China, Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali
dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

4. Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan


kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling
tenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini
akhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif
dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun
seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan
mereka dalam Perang Dunia Kedua.
5. Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi
dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan
bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun

3
yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik
daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada
kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-
sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.
Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman
kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan
sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya,
ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai
kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan
penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa
sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah.
Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan
mengekalkan nilai-nilai yang baik.

5. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan


tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama,
budaya dan juga budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza
dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan
tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu
(tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti
Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya


makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India
menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila
setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi
dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang
ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada
konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja
selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan

4
arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak
dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara


tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai
persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya
bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu
adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif
pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang
terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah.


Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah
untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan
rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-
Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan
raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep
Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan
sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat
menumpahkan taat dan setia kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan


bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap
anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan
memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun
Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada
juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu
menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara
masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan
pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam
menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya.

5
Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah
sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas
golongan lain.

6. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang


utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada
tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan
agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang
penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita
tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau
peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana
tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun,
Nyozaken Hasegawa;

“without contact, fusion, inheritence and transmission of various different cultures, civilization
would undergo no development.”

PENGARUH TAMADUN ISLAM


1. Institusi Keluarga dan Komuniti
 Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi

6
kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.
 Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan
tanggungjawab.
 Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak
anak itu di dalam kandungan.
 Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
 Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
 Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam

2. Komuniti
 Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun
Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan
kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan
sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan
jiran yang bukan Islam.
 Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam
terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran
tersebut.
 Asas hubungan individu dalam Islam:
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama
c) ikatan kemanusiaan
 Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian
bermaksud sama rata.
 Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas
dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.

3. Islam Dalam Masyarakat Malaysia

Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam

7
membincangkan tamadun Melayu. Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi
perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada
hampir segenap aspek dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke
Alam Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan ada yang
berpandangan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad
ke sembilan Masehi.
Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara langsung dari
negeri Arab, ada yang mengatakan dari India dan ada yang mengatakan dari
China.

4. Kesan Dan Pengaruh Islam Dalam Masyarakat Malaysia


Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di
masyarakat Malaysia. Kesan dan pengaruh Islam dalam masyarakat
Malaysia dapat dilihat dalam beberapa aspek, antaranya:
1. Politik
2. Sosial
3. undang-undang
4. Ekonomi
5. Kebudayaan
6. Bahasa dan sastera
7. Kesenian
8. Pendidikan dan Ilmu Syariah

5. Islam Dan Pembentukan Masyarakat Malaysia

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh

8
sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang
Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali
dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu, Nusantara, Tanah Jawi,
Gugusan Kepulauan Melayu dan sebagainya.
Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu
sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti
penduduknya.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan
keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula
tentangnya. Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu
(man-centered) dan kesedaran bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan
(god-centered) membuatkan manusia Melayu menyedari serta meyakini
bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani.
Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga
dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah)
dan hubungan dengan sesama manusia (hablum minannas).

6. Pengaruh Islam Pada Seni Bina


1) Batu Nisan

Gambar : Batu nisan yang menerima pengaruh Islam


2) Rekebentu Banggunan

9
Gambar : Masjid Cina. Senibina masjid yang menerima pengaruh Cina.

3) Pengaruh Tamadun Melayu Dalam Masyarakat Malaysia

Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan
proses pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang
berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan
dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu.
Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai
oleh bangsa Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada
generasi kini dan akan datang untuk membina satu bangsa yang hebat dalam
konteks pembinaan negara bangsa Malaysia. Ciri-ciri ampuh tersebut
merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistem
pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu,
peranan Bahasa Melayu,system perundangan, pembudayaan ilmu,
pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas.
Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini
amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam
yang jelas terbukti berjaya mermetabatkan nama Melayu di persada
antarabangsa suatu ketika dahulu.
Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu

10
perlu menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.
i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di
Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan
Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.
ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah
cetusan dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa
terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka.
iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

3.1 Pembinaan Jati Diri Dan Modal Insan


Konsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat
bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia.
Istilah peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi
ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang
diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.
Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia
memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam.
Apa yang jelas mutahir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin
terhakis akibat gelombang modenisasi dan globalisasi yang melanda umat
Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat diperincikan menerusi:
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan
kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian
tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi
akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan
yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan.
Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan
diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat
sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini,
sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang
telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan
sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan
melahirkan watak insane Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak

11
mulia.

3.2 Sistem Pemerintahan


Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses
sejarah yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai
sumber sejarah dan kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa
wilayah politik atau negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politi-
politi atau kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya. Politik-politik Melayu ini
juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat
tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Ria, Lingga dan
sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk
persekutuan yang mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu
yang pernah menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau
landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan
tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang
dinyatakan diatas, diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua.
Sistem pemerintahan beraja (skarang ini system pemerintahan raja
berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepada
tamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja
iaitu Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen
penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-
Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga
buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan
perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-
59).
Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan
negara dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya
kepada sesiapa atau suruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda
merupakan paying dan paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan negara.
Inilah hakikat sistem raja berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa
mutlak, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau

12
Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalam Perlembagaan persekutuan
Malaysia.

3.3 Sistem Perundangan


Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan
sendiri yang berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam(hukum
syarak)
Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu
adalah pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai
Terasat, Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702
H bersamaan dengan 22 Februari 1303 m. Ia mengandungi beberapa
cacatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang
tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran
Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas
penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua
orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman,
2004:90)
Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah
diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang
disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di
bawah pengaruh Undang-undang Melaka.
Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak
merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi
dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu
apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi
keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan
Malay Union (Abdul Monir, 2005:68).

3.4 Bahasa,Kesenian, dan Kesusasteraan


Tamadun Melayu mencapai era kegemilangan setelah penerimaan Islam oleh

13
Masyarakat Melayu. Perkembangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu
tidak dapat dipisahkan daripada peranan penting yang diamankan oleh
Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa tertua di
rantau Asia Tengara. Bukti-bukti epigrafi menunjukkan bahawa bahasa
Melayu sudah digunakan sejak abad ketujuh Masihi.
Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai bahasa
Melayu Kuno iaitu hasil pencampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa
Sunkrit. Bahasa Melayu Kuno inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu
bersurat memakai huruf yang berasal dari huruf Kawi dan Nagari yang
berasal dari Palava. Menurut de Caparis, bahawa Melayu Kuno yang ditulis
dalam bentuk tulisan Palava ini telah digunakan oleh orang Melayu di
kawasan Sumatera Selatan(Mahayudin, 1998:59). Atas dasar inilah sarjana
Inggeris, John Crawfurd mengatakan tamadun Melayu bermula di bahagian
pendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak lebih dari pantai dan sungai-
sungai yang boleh diharungi (Asmah, 1987:543).
Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan
mabaligh Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh
tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa
Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana
ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama
Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-
istilah yang baru dan cara penhujahan dan penyataan yang baru demi
mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks
tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan, 2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka
lembaran baru dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam
yang membawa sinar baru kepada masyrakat turut juga membawa
memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan
pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama
digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang
dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam
juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6)
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh

14
masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan
mereka hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada
bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan
bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun
memperlihatkan bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah
pusaka warisan Tamadun Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan
pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen penting atau terus teras
kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah Belanda
dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi politik,
pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka
tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu.
Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji
bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan
Hashim, 2001:112). Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang
pertama yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay
race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan
falsafah romantik, teori social dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya
bekas Negeri-negeri Mealyu Tidak Bersekutuan iaitu Kedah Perlis, Kelantan,
Terenganu dan Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi
tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit
(Wan Ab Rahman, 2004:92).
Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan
bahasa Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran
Inggris di semua peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal
abad ke-20, bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan
bahasa pengajian tinggi. Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris
menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa Mealayu (Wan
Hashim, 200587).
Begitu juga dengan era selepas Perang Dunia Kedua yang
memperlihakan penghakisan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi yang terpaksa member laluan kepada bahasa Inggeris.
Ia merupakan syarat yang diwajaibkan oleh pihak inggeris untuk

15
mempercepatkan penerimaan sistem Common Law British dan sistem
pentadbiran mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, penggubal perlembagaan menerima hakikat sejarah penerimaan
bahasa Melayu di negara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalam
Perlembagaan Persekutuan untuk member kedudukan kepada bahasa
Melayu ini.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menmperutukan bahawa
bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk
digunakan dalam semua maksud rasmi maksud rasmi dan bahasa lain
walaupun boleh diajar dan dipelajari, tetapi bagi tujuan selain daripada
maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga telah menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, baik di
peringkat rendah, menegah dan tinggi.
Dalam dasawarsa lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah
dam masih tercari-cari jati diri khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri.
Mereka lebih gemar mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai
bahasa pertuturan sehariaan. Ini ditambah lagi dengan kehadiran bahasa
SMS yang cukup di kalangan remaja dan para pelajar khususnya. Keadaan
ini membimbangkan pihak kerajjan khususnya badan yang
dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan
Bahasa dan Pustaka. Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka telah diberi Kuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah
mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan dan
mencemarkan kesucian bahawa kebangsaan ini.
Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat
Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat
Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran
agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah
seperti berikut:

Agama dan Kepercayaan

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan
kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan

16
ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya
kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan
menitikberatkan soal persamaan tara. Cara kehidupan mereka juga telah
berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati
ajaran Islam dalam kehidupan mereka.
Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar
untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk
dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan
adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap
benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan
itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok,
sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan
sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut
(Haron Daud, 1989 : 26).
Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai
roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa,
percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud.
Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa,
mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga
merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal
Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.
Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang
mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan
keyakinan yang berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world
view orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya,
penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya,
penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad
Uthman, 1977 : 185).

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan


sebagaimana yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai mencetuskan
suatu zaman baru. Perubahan yang dibawa merupakan perubahan
menyeluruh berteraskan as as tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan
berlakunya perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' Alam Melayu ini. Ledakan

17
tauhid ini telah meninggalkan zaman kehidupan t Hinduisme dan Buddhisme
yang tiba pada abad ke-4 dan ke-5M, di mana perintah - perintah dan ajaran
Islam itu diterima melalui jenis-jenis aktiviti pendidikan yang formal (Azhar Hj.
Md Aros, 2003 : 304).
Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama
ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah reI a
men~rima agama Islam yang telah dianuti oleh raja mereka. Dengan
penerimaan ini, mereka berusaha pula untuk mengamalkan serta menghayati
ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah
berubah dan menggambarkan penerimaan dan penghayatan mereka
terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah,
kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh
penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka
sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di
Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal
Abidin bin Abdul Wahid, 1992 : 29).
Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu masyarakat
yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam Melayu
beragama Islam. Tauhid juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi
akhlak serta mencetus perubahan lain dalam bidang politik, perundangan,
pendidikan dan sebagainya. Berasaskan konsep tauhid ini juga lahirlah
hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Pencipta.
Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama tidak
dihapuskan sama sekali. Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera
di bawah: (Samri Sainuddin, 2004 : 38)

Kabul aku menawar ubat pontianak si anu


Kabul Allah
Kabul Muhammad
Kabul Baginda Rasulullah
Kabul berkat guru La ila ha ilallah, Muhammadar
Rasulullah

Mentera ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam perubatan. Ia

18
tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi mental yang


diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang
wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-
unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan
taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari
Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep
rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak
kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme (Abdullah Ishak, 1990 :
133-134).

Pendidikan

Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas


kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna
seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula
beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah.
Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula
tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar
bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab 颅 kitab. Golongan
pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan


ulama ulama Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru
dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul
Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj.
Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke
arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.

19
Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang
begitu tinggi dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan
rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang
diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu
meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu yang
bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu
metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat
(Rasid Muhammad, 1996 : 140).

Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem


pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana
yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan
terjemahan. Di samping itu tempat 颅 tempat lain yang digunakan sebagai
tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau.
Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang
dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitab-kitab utama yang
menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-Manzum
oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al-
Talibin oleh al-Nawawi.

Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka


berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan
yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-
sultan terakhir sebelum 1511M, begitu mengambil berat tentang
perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja berlaku di rumah-
rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan. Ulama-
ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya
seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi
Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan
lain 颅 lain bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi
kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan
pembesar dan pentadbir (Abdullah Ishak, 1990 : 142).

20
Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-
14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal
abad ke-14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya
semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam
di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh
orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-
1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan
puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu.
Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada
bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua
zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-
20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi
bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan
perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan
setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui
sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting
apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-
undang dan pentadbiran.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan


juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam
Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan
kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam
Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan
oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah
Melayu dalam penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah
menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan
terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya
terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di

21
Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima
pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan
al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan
dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari
negara Arab, India dan China.

Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah


menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam
Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah
mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai
taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat
penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam
bahasa Melayu.

Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar


terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu
ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAVY, Hikayat Para Nabi dan Rasul,
Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli
Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi
oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh
Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.

Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa


dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada
itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta
istilah daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja
dalarn kitab serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah
buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti
Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain- 颅 lain lagi
(Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).

Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari


sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan.

22
Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek
pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema,
bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para sasterawan
menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja
bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu
tasawwut ilmu kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai
hasil kesusasteraan telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan
sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah
Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan
Hikayat Nabi Mikraj.

Perundangan

Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di


Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan
seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat
Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran
agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh menggunakan budi
bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan
mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem


perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan
Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi
tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang
Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di
darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-
undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat
yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam


pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan
Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan
dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri

23
terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti
undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah,
undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan
keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.

Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang


meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat
jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam
perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff
dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka
pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang
kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah
sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang
tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah,
menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar".
Terdapat juga undang 颅 undang yang berhubung dengan jenayah,
muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan undang-
undang Islam (Afifah Abu Yazid, 2003 : 41).

Politik dan Pemerintahan

Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik.


Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka.
Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu
mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang
didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-
undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan
masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya
diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik


dan pentadbiran masyarakat Melayu t~lah berubah dan dipadankan dengan
ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan

24
khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan
kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam
menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian
jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas
penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang
menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan
kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat
ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.

Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu


gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan
pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi.
Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat,
bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks sosial,
Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam
pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah
diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan
muda, kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat
(Mifah Abu Yazid, 2003: 54).

Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang


sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara.
Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara.
Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan
dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka,
kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkah 颅 langkah yang diambil untuk
menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil termasuklah (Zulkefli Haron,
2005: 81):

(a) Penghulu Bendahara mempastikan kelicinan perbelanjaan negara,


pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah.聽
(b)Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan.
(c)Temenggung dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan.

25
(d)Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera.
(e)Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran.
(f)Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing.

Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur


bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan
bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-
Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu
dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula
terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar
berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam,
Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta
memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah
Abu Yazid, 2003: 3).

Sistem Kekeluargaan
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat
Melayu.
Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang
billk, III
beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai
agen sosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini
dan turnt dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan
sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang
anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik.

Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak


lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah
mereka dewasa. Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa
atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi
perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya
kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan
semangat Islam kepada bayi tersebut.

26
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan
unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi
diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah
meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga'diajar bersembahyang,
berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga diajar supaya hormat-
menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
menjalani kehidupan seharian.

Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam


masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak
mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun
Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat
pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan
dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul
Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-
wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).

Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan


keluarga sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-
Tahrim (66) ayat 61 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada


api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada
Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan."

Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah dan


pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam
pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu
bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain
memberikan perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan
ajaran agama seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan
sebagainya.

27
Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat
Melayu dengan lebih teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam
membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan
jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-
anak terhadap ibu bapa. Selain itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu
dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama
yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak
selringga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia
yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa
mereka.

Adat dan Cara Hidup

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup
Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari
kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam
segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu
diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah
kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan.

Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat


atau bangs a yang berkenaaf':. Masyarakat Melayu menganggap adat
sebagai undang-undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya
dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap
atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus
mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat
resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara
nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi


warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti
ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah

28
mengalami perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain
daripada mengubah sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan
adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.

Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan


Hinduisme telah diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu
lahir sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara
Hidup adalah seperti berikut:

Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan
katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih
Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat
Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-
Quran dan berzanji
Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat
Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan

Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi
adat resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat
agar kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana aman dan
harmoni. Islam telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-
adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup
masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana
hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat
menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang
bersendikan agama menjadi amalan masyarakat Melayu. Contohnya pantun
Melayu ada menyebut:

Bunga cempaka baunya harum


Pelbagai kembang digubah indah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di kitab Allah

29
Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka
di sisi Allah SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat yang saling
mengasihi dan menghormati. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan
Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat
perhatian dan penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran
agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu. Komunikasi antara
kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi sifat hormat-
menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu.

KESIMPULAN

Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun


Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di
kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana,
pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan
masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Ini
kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan.
Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat
Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian
masyarakat. Amalan-amalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah
ditinggalkan secara beransur ansur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat
Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada
masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan
daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu
sebagai pusat pembudayaan ilmu.

Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam dijadikan


sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu
yang menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah
ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya
dan kehendak-kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-
nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada
generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam

30
masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan
mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

Sejarah Pembinaan Masjid Zahir

31
ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan 
2. Abstrak 
3. Pendahuluan Dan Pengertian Masjid 
4. Sejarah Pembinaan Masjid
5. Latar Belakang Masjid
6. Carta Organisasi Masjid
7. Penutup
8. Rujukan

ABSTRAK

32
Masjid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid
telah dibina di serata dunia oleh umat Islam bagi menjalankan aktiviti
ibadah,dakwah serta tidak lupa sosial. Sama ada di benua Asia, Afrika,
Eropah serta Amerika masjid pasti ada. Kebiasaannya umat Islam hadir ke
masjid bagi beribadah kepada Allah. Bersesuai dengan maksud sujud yang
bermakna kita sebagai hamba perlu sujud atau patuh kepada Allah yang telah
menciptakan kita. Kaum Adam khususnya akan datang ke masjid untuk
bersolat Jumaat secara berjemaah. Disamping itu, solat Hari Raya Aidil Fitri
dan Aidil Adha juga dilakukan oleh jemaah di masjid di serata dunia.  Sebagai
umat Islam, kita sepatutnya memakmurkan rumah – rumah Allah ini bagi
mencari serta memperolehi keredhaanya di dunia dan akhirat.

PENDAHULUAN DAN PENGERTIAN MASJID

   Dari sudut bahasa “masjid” bermaksud tempat bersujud. Masjid adalah


sebuah tempat di mana ibadat – ibadat khusus dijalankan secara berjemaah
atau beramai – ramai. Disebabkan itu masjid secara tidak langsung telah
menjadi tempat yang menyatukan dan merapatkan umat Islam khususnya di
rantau ini. Masjid mempunyai pelbagai fungsi jika dilihat dari pelbagai sudut
pandangan.
   Antara fungsi yang boleh dikaitkan dengan masjid ialah sebagai pusat
penyebaran ilmu dikalangan penduduk setempat, pusat penyelidikan serta
tafsiran dan juga sebagai pusat komuniti berkumpul untuk menjalankan
sebarang aktiviti dan program.
   Sejak zaman permulaan Islam lagi, kemajuan umat dan gerakan Islam
semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat
berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada
bidang dakwah malah perdagangan, ekonomi, perundangan dan penyebaran
ilmu.
   Pada zaman dahulu, sewaktu zaman pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka, masjid memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama
Islam kepada pedagang – pedagang asing yang datang dari China, Jepun ,
India dan juga dari Eropah. Para ulama akan berkumpul dan menerangkan
tentang Islam kepada pedagang – pedagang ini.

33
   Di Malaysia, terdapat banyak masjid yang telah dibina bagi memudahkan
umat Islam di negara ini untuk beribadat. Seni bina masjid di negara ini
setaraf dengan masjid – masjid yang di luar negara. Setiap negeri di Malaysia
sama ada di semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak mempunyai satu
masjid negeri. Sebagai contoh di Kedah Darul Aman, Masjid Zahir telah
diiktiraf sebagai masjid negeri Kedah.

 SEJARAH  PEMBINAAN MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid


Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan
Pekan Melayu. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar
raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.. Ia juga dikenali sebagai
Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di
perkarangan Istana Pelamin.
   Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas
usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah.
Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira  Kedah yang
telah gugur semasa berjuang  mempertahankan negeri Kedah dari serangan
Siam pada tahun 1821. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi
di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama
sebagai lambang lima Rukun Islam.

   Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah


1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim

34
Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda
Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. 

Pandangan Sisi

   Masjid Zahir merupakan masjid yang tertua di negeri Kedah dan tercantik
dari aspek reka bentuk binaanya di Malaysia.

LATAR BELAKANG MASJID ZAHIR

   Masjid Zahir merupakan sebuah masjid yang diklasifikasikan sebagai


sebuah masjid yang mempunyai ciri – ciri senibina yang unik serta menarik.
Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan daripada Masjid Azizi di Sumatera. Ini
bermaksud terdapat banyak pengaruh dari Timur Tengah dan juga India
terhadap seni bina dan reka bentuk Masjid Zahir kerana kedua – dua masjid
ini mempunyai banyak kubah. Masjid Zahir mempunyai 5 kubah manakala
Masjid Azizi mempunyai 9 kubah.

35
   Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi.
Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan
dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap
satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur
laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid
Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada
tahun 1975.

Kubah Masjid Zahir

Mimbar Masjid Zahir


   Disebelah Masjid Zahir terdapat sebuah pejabat untuk Imam Besar,
Penghulu Masjid dan juga Bilal. Ini memudahkan mereka untuk menjalankan
tugas – tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Ini juga
memudahkan jemaah untuk berjumpa dengan mereka jika berlaku apa – apa
masalah selain mendekatkan diri mereka dengan penduduk setempat.

36
Pejabat
   Tugas – tugas Imam Besar dan juga Penghulu Masjid merangkumi
pentadbiran berkaitan aktivti agama serta sosial. Kedua – dua mereka dibantu
oleh kakitangan yang telah dilantik yang terdiri daripada imam rawathib, bilal,
siak, dan juga tukang kebun.

CARTA ORGANISASI MASJID ZAHIR, ALOR SETAR, KEDAH

1.IMAM BESAR = SYEIKH ROSLAN BIN HAJI ABDUL HALIM

2. PENGHULU MASJID = MUHAMAD BIN ABDUL AZIZ

37
3. Mereka dibantu oleh 3 orang Imam Rawathib iaitu :
·         USTAZ SHAHIDAN BAHRUM
·         USTAZ ROSHIDI MAHMUD
·         USTAZ SHAFIE ISMAIL

4. Seterusnya, terdapat 3 orang Bilal di Masjid Zahir iaitu :


·         HAJI AZAM BIN HAJI NAWAWI
·         USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
·         USTAZ MOHD JASNI ABDULLAH

5.  Disamping itu, 4 orang Siak telah dilantik iaitu :


·         MD ZAIN HAJI AHMAD
·         SHARIFUDIN ISMAIL
·         MOHD RADZI ABDUL HAMID
·         JOHARI DIN

6.  Akhir sekali, terdapat 3 orang tukang kebun iaitu :


·         ABDUL RAHMAN MD ZAIN
·         GHAZALI AHMAD
·         RAMLI JUSOH

   Tugas yang dikhaskan buat Imam Besar Masjid Zahir ialah untuk membuat
tugas pentadbiran dan mengimamkan semua Majlis – Majlis Rasmi yang
dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Tugas
Imam Rawathib pula membantu tugas pentadbiran termasuk nikah, cerai,
rujuk dan menjadi imam solat harian. Penghulu Masjid berperanan untuk
membantu tugas pentadbiran dan sebagai ketua Siak. Bilal pula menjalankan

38
tugas melaungkan azan setiap hari dan membant tugas imam. Seterusnya,
Siak dilantik untuk memastikan kebersihan masjid dan persiapan untuk solat
harian disamping membantu tugas Imam Rawathib serta bilal dan
pentadbiran. Akhir sekali, tukang kebun ditugaskan bagi memastikan
kawasan sekitar Masjid Zahir sentiasa bersih dan ceria.
   Pengambilan para pegawai Masjid Zahir adalah melalui Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Kedah berikutan Masjid Zahir merupakan Masjid
Negeri Kedah. Di samping itu, Masjid Zahir telah diletakkan dibawah
Bahagian Dakwah JAIK atau Jabatan Agama Islam Kedah yang diketuai oleh
seorang Ketua Pegawai Hal Ehwal Islam selaku Ketua Bahagian Dakwah.
   Dibelakang Masjid Zahir terdapat dua buah bangunan yang dimiliki oleh
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Kedua – dua bangunan ini
berfungsi sebagai mahkamah bagi kes – kes syariah yang berlaku di negeri
Kedah. Terdapat sebuah mahkamah tinggi syariah dan sebuah mahkamah
rendah syariah.

Mahkamah Tinggi Syariah

Mahkamah Rendah Syariah

   Masjid Zahir merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sering


dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negara jika
bertandang ke Alor Setar. Ini kerana Masjid Zahir mempunyai sejarah yang

39
mendalam serta seni bina yang unik, menarik serta berbeza jika dibandingkan
dengan masjid – masjid lain di Malaysia. Keunikkan Masjid Zahir yang berusia
hampir  seabad merupakan kebanggaan bagi setiap rakyat negeri Kedah
kerana telah membuktikan kepandaian serta kemahiran yang tinggi dan juga
mempunyai seni estetika yang setaraf dengan masjid – masjid lain.

Pandangan Belakang 

PENUTUP
   Kesimpulannya sejarah pembinaan Masjid Zahir telah banyak membantu
kita untuk kita lebih mengenali tentang kesungguhan pemerintah negeri
Kedah untuk membina masjid ini untuk rakyat serta membantu kita untuk
lebih menghargai Masjid Zahir. Disamping itu, keunikkan yang ada pada seni
bina Masjid Zahir diharap mampu memberi inspirasi untuk kita bagi
membangunkan negara berlandaskan Islam.

Rujukan

1.https://www.oxfordfajar.com.my/higher-education/tamadun-

islam-dan-tamadun-asia-titas-buku-teks/1619

2.http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5259

3.Wikipedia.com   Syeikh Roslan Bin Haji Abdul Halim- Imam


Besar : Laporan Pembangunan  Fizikal dan Spiritual Masjid
Zahir

40
4.blogspot.my/2011/02/tajuk-sejarah-pembinaan-dan-
aktiviti.html

41

Anda mungkin juga menyukai