Anda di halaman 1dari 3

‘’Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan’’

Oleh : Siti Amiirah Amirullah

Kebiasaan mengambil makanan segera seperti burger, piza,dan mi segera sudah


menjadi  suatu  trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi sedarkah kita bahawa negara
kita Malaysia terkenal dengan keunikan pelbagai makanan tradisional yang sangat
membuka selera? Namun, mengapa lebih ramai yang gemar menghabiskan wang ringgit
untuk makanan yang hanya nikmat sesaat tetapi menanggung sengsara berpanjangan?
Inilah fenomena yang amat menggusarkan. Media-media massa  dan corong-corong radio
juga telah memainkan peranan mereka dengan cukup baik sekali namun inilah gaya hidup
rakyat negara kita sehingga kita masih dibelenggu dan mengamalkan budaya hidup negara
yang pernah menjajah kita. Sikap sambil lewa yang hanya masuk telinga kanan, keluar
telinga kiri  menjadi kerisauan  kepada pemimpin negara kita yang ingin melihat rakyatnya
hidup dalam keadaan yang sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang serta tidak
memudaratkan. Lebih-lebih lagi, jika kita nilai dari sudut ekonomi, restoran-restoran segera
ini mengancam ekonomi para pengusaha restoran tempatan. Tidakkah ekonomi negara
akan merudum dan rakyat negara kita tanpa disedari sedang meningkatkan ekonomi negara
luar. Oleh itu,kita haruslah tahu akan kesan-kesan pengambilan makanan segera secara
berlebihan.             Sebagai seorang kanak-kanak, selera makan mereka pastinya tertumpu
kepada makanan yang lazat dan menggiurkan sahaja. Mereka akan makan makanan yang
mereka suka tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kepada mereka nanti. Di sini, ibu
bapalah yang harus memainkan peranan untuk mengawal pengambilan  makanan segera
bagi kanak-kanak . Jangan menjadikan rasa sayang kepada anak-anak sebagai satu alasan
untuk memberi  mereka makanan yang tidak sesuai yang mana akan mempengaruhi 
tumbesaran kanak-kanak. Sayang bukanlah bermaksud hanya memberi kepuasan kepada
mereka tetapi sayang adalah apabila kita menjaga seseorang dengan baik dalam jangka
masa yang panjang.  Nyawa tidak bisa dijual beli.  Janganlah apabila nasi sudah menjadi
bubur baru hendak menyesal tidak berkesudahan. Sedarlah bahawa sesal dahulu
pendapatan,sesal kemudian tiada guna. Justeru, adalah baiknya sebagai seorang yang
makan garam terlebih dahulu, ibu bapa menasihati dan mengawal pengambilan makanan
segera kanak-kanak. Sebagai contohnya, ibu bapa menghidangkan sayuran di dalam
sarapan pagi ataupun menyediakan salad  untuk anak-anak mereka.  Justeru, diharapkan
bahawa pihak ibu bapa sedar akan kesan buruk pengambilan makanan segera bagi kanak-
kanak.             Seperti yang kita semua sedia  maklum, peningkatan harga minyak sudah
menjadi bualan ramai pihak khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Dengan ini,
sudah semestinya perancangan keluarga akan terjejas. Jika kita sering mengamalkan
pengambilan makanan yang menjadi punca tegar kepada penyakit-penyakit yang bisa
membawa kepada peperangan ajal dan maut ini, bukankah terjadi sedikit pemborosan yang
sia-sia di situ? Adalah lebih molek jika kita memasak sendiri di rumah.  Namun, kesibukan
bekerja pula dilihat menjadi punca utama seperti yang menymbang peningkatan permintaan
terhadap makanan segera. Malaysia juga terkenal dengan pelbagai restoran yang
menghidangkan makanan berkhasiat di negara kita. Justeru, mengapa harus membazir
wang di restoran makan segera seperti KFC, Pizza Hut, Mc Donald dan lain-lain sedangkan
makanan di restoran  tersebut jauh lebih berkhasiat dan seimbang. Tambahan lagi, kasih
sayang juga pastinya akan dapat terjalin antara keluarga jika kita mengamalkan masak
makanan di rumah daripada di luar ataupun mana-mana makanan segera ini khususnya.
Maka cantiklah jika kita sebagai seorang yang  berfikiran  jauh untuk menyimpan duit
tersebut daripada membelanjakannya untuk perkara yang hanya akan mendatangkan
kemudaratan kepada diri kita kelak. Meskipun nilainya hanya sedikit, namun lama kelamaan
pasti menjadi bukit daripada tidak ada sama sekali. Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa
sesungguhnya, pengambilan makanan segera hanyalah akan menyebabkan pembaziran
yang sia-sia.             Selanjutnya, makanan berkolestrol, gula yang tidak terkawal serta
garam yang berlebihan banyak terdapat dalam makanan segera. Dengan kandungan
kolestrol yang tidak terkawal, penyakit mudah untuk datang bertandang. Bagaikan hujan
yang tidak diundang, dan ribut yang tidak dijemput. Gula yang berlebihan pula
menyebabkan segelintir masyarakat  kehilangan kaki kerana kencing manis. Malah yang
lebih merisaukan lagi, hospital kerajaan di kota raya semakin penuh dengan para pesakit
yang menghidap penyakit darah tinggi kerana terlebih garam. Walaupun pada dasarnya, itu
adalah satu kebaikan kepada para doktor yang dapat memantapkan kemahiran merawat
pesakit mereka ke tahap yang lebihbaiki ,namun tidakkah kita sedih melihat banyak nadi
yang harus terhenti dengan sia-sia? Maka, haruslah rakyat Malaysia sedar akan banyaknya
keburukan yang datang dari pengambilan makanan segera yang hanya merugikan ramai
pihak tersebut dan menguntungkan pihak yang tidak sepatutnya .             Selain itu, masalah
kenaikan berat badan yang berlebihan, iaitu obesiti juga merupakan salah satu penyumbang
keburukan kepada pengambilan makanan segera. Wanita khusunya menjadi contoh yang
tepat masa kini. Wanita yang sudah mendirikan rumah tangga pastinya akan lebih tertumpu
kepada suami, rumah dan anak-anak. Dengan ini, mereka akan lebih tertarik untuk
mengambil jalan mudah selepas lelah seharian bekerja sebagai suri rumah. Mereka akan
lebih gemar memesan makan di luar daripada memasak sendiri. Tidakkah ini merugikan?
Obesiti bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata sahaja.  Jantung juga akan
mudah sesak dan kita akan tercungap-cungap. Hal ini dapat mengganggu rutin harian kita.
Maka, sudah terang lagi bersuluh sememangnya obesiti juga adalah kesan buruk
pengambilan makanan segera.             Konklusinya,  sebagai rakyat Malaysia yang
mengamalkan gaya hidup sihat, kita wajar meneruskan pengambilan makanan yang
seimbang dan tidak menjadikan makanan segera sebagai makanan wajib dalam hidup
seharian. Sesungguhnya, otak yang cerdas adalah apabila badan kita cergas. Sebagai
pilihan, para suri rumah, ibu-ibu dan wanita yang bekerjaya wajar memasak di rumah
sebagai alternatif mengelakkan pengambilan makanan segera yang berlebihan. Mencegah
lebih baik daripada merawat dan janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah.
Sesungguhnya apa yang ditelan, itulah yang akan dihadam oleh perut. Jika makanan yang
mengandungi kolestrol, gula, garam dan lemak yang berlebihan masuk ke dalam perut,
maka badanlah yang akan menanggung akibatnya. Tepuk dada tanya selera kerana di
mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai