Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KUMPULAN E2
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpahan kurnia-Nya selama saya bernafas di
bumi-Nya. Dengan izin Allah, segala urusan dalam menyiapkan kerja kursus untuk kursus
Teknologi dalam Pengajara dan Pembelajaran ini dapat disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan kelas E2 yang sudi membantu saya dalam memberi
buah fikiran dan berkongsi maklumat kepada saya.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Semoga mereka sentiasa berada dalam
lingkungan rahmat-Nya.
2
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 4
4.0 Kelebihan Penggunaan Media dan TMK dalam Pengajaran dan 9-11
Pembelajaran Untuk Meningkatkan Kualiti Pendidikan
5.0 Kesimpulan 11
3
1.0 Pengenalan
Noriati A. Rashid et al. (2012) menerusi buku yang bertajuk Teknologi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran menyatakan bahawa proses pengajaran merupakan satu perkara yang
penting dalam sistem pendidikan. Setiap proses pengajaran seharusnya mempunyai matlamat
jelas yang hendak dicapai. Matlamat tersebut tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada
perancangan yang lengkap dan sistematik. Oleh yang demikian, reka bentuk pengajaran ialah
manifestasi bahawa pembelajaran pembelajaran tidak seharusnya berlaku dalam keadaan yang
tidak terancang, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada
hasil pembelajaran yang diukur. Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan perkara
yang hendak diajar dan kaedah bagaimana perkara tersebut hendak diajar agar pembelajaran
dapat berlaku (Yusup Hashim, 1998). Perkara tersebut termasuklah mengukur pencapaian
objektif dan merancang semula sehingga objektif pengajaran tercupai. Dalam erti kata yang
lain, reka bentuk pengajaran ialah proses yang merangkumi tiga peringkat, iaitu penemuan
objektif yang jitu, perancangan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Siti Rahayah (2003), penilaian adalah satu sistem atau proses yang meliputi
aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
untuk membuat analisis dan keputusan yang sewajarnya dan merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang berkesan. Penilaian adalah satu usaha
mengemukakan pendapat tentang nilai sesuatu idea, penyelesaian, kaedah, bahan dan
sebagainya. Penilaian melibatkan penggunaan kriteria dan juga standard untuk menentukan
sejauh mana sesuatu itu tepat, berkesan, ekonomikal atau memuaskan. Instrumen penilaian
merupakan satu penilaian tentang sesuatu yang mengandungi aspek-aspek tertentu yang
berkaitan dengan perkara yang dinilai.
4
penilaian elemen multimedia, penilaian penghasilam komik digital dan penilaian isi kandungan.
Skor berdasarkan Skala Likert digunakan sebagai pilihan kepada respondan. Terdapat lima
pilihan yang yang disediakan bagi setiap soalan iaitu 1 Sangat tidak setuju, 2 Tidak setuju, 3
Tidak pasti, 4 Setuju dan 5 Sangat setuju. Respondan perlu memilih satu daripada pilihan
tersebut berdasarkan penilaian yang dibuat setelah melihat isi kandungan di dalam pautan yang
disediakan. Penyediaan instrument penilaian menggunakan Kertas Kajian yang bertajuk
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan disediakan oleh Christina Andin, Nur Qistina Binti Abdullah, Hazman Bin Ali
daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2010.
Berdasarkan maklum balas daripada beberapa respondan, data telah diperoleh dan
direkodkan. Terdapat 20 orang respondan yang iaitu sebanyak 12 orang respondan lelaki dan 8
orang respondan perempuan.
5
Dapatan maklum balas bagi bahagian 1 menunjukkan bahawa kesemua respondan
setuju atau sangat setuju bagi setiap soalan. Tiada respondan yang sangat tidak setuju
mahupun kurang setuju. Perkara ini menunjukkan manual yang disediakan sangat jelas dan
mudah difahami. Walaubagaimanapun, terdapat seorang respondan yang memilih skor 3 iaitu
tidak pasti tentang bahasan dan tulisan dan juga visual yang digunakan. Berkemungkinan visual
yang digunakan kurang sesuai dan boleh ditambahbaik begitu juga dengan tulisan yang
digunakan boleh ditambahbaik dengan menggunakan font tulisan yang lebih jelas.
Soalan 1 2 3 4 5
6
Seterusnya, untuk Bahagian 2 pula iaitu Penilaian Aspek Teknikal, terdapat 3 orang
respondan iaiti sebanyak 15% yang memilih skor 3 tentang pautan dapat diakses dengan cepat
dan mudah. Dua orang respondan juga memilih skor 3 bahawa bahan media yang jelas
dipamerkan.Yang terakhir terdapat seorang respondan iaitu 5% memilih skor 3 tentang tulisan
mudah dibaca. Aspek lain-lain mendapat skor 4 dan 5 secara keseluruan. Berdasarkan
pemerhatian data yang diperolehi, aspek teknikal seperti tulisan, kelajuan pautan dan visual
bahan media perlu ditambahbaik.
Soalan 1 2 3 4 5
Selain itu, bagi Bahagian 3 pula, terdapat ramai respondan yang memilih skor 3 iaitu
seramai 5 orang yang membawa sebanyak 25% yang memilih skor 3 tentang animasi yang
menarik. Hal ini berkemungkinan di dalam bahan yang dihasilkan kurang animasi seperti video.
Dari segi grafik dan aplikasi yang digunakan, seorang respondan setiap aspek memilih skor 3.
Data ini menunjukkan grafik yang lebih sesuai perlu dimasukkan.
Soalan 1 2 3 4 5
(50%) (50%)
Grafik yang digunakan bersesuaian dengan 0 0 1 10 9
tajuk PdP (5%) (50%) (45%)
Warna yang digunakan sesuai dengan kanak- 0 0 0 7 13
7
kanak sekolah rendah dan tidak keterlaluan (35%) (65%)
Mempunyai animasi yang menarik dan 0 0 5 4 11
bertepatan dengan tajuk (25%) (20%) (55%)
Aplikasi yang digunakan dapat menarik minat 0 0 1 6 13
murid untuk belajar (5%) (30%) (65%)
Jadual 3 menunjukkan data maklum balas penilaian Bahagian 3
Dalam Bahagian 4 pulan, data yang diperoleh menunjukkan setiap aspek mempunyai beberapa
skor 3 iaitu dari aspek asplikasi yang digunakan untuk menghasilkan komik percuma dan
mudah untuk diakses sebanyak 1 respondan memilih skor 3, dari segi cara penggunaan
aplikasi sebanyak 2 respondan memilih skor 3, dari aspek Komik yang dihasilkan dapat
meningkatkan kefahaman murid tentang tajuk yang diajarkan mempunyai 1 respondan memilih
skor 3 dan dari aspek Komik dapat dihasilkan dengan menarik dan kreatif mempunyai 1
respondan memilih skor 3. Data ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi ini mungkin
sukar untuk murid-murid sekolah rendah. Walaubagaimanapun, semua respondan setuju
bahawa penggunaan komik dapat meningkatkan minat dan memilih skor 4 dan 5 bagi.
Soalan 1 2 3 4 5
Di samping itu, untuk penilaian Bahagian 5 iaitu Penilaian isi kandungan, maklum balas
respondan menunjukkan semua respondan setuju dan sangat setuju bahawa keseluruhan isi
8
kandungan sangat menarik, kreatif dan padat dengan ilmu pengetahuan serta isi kandungan
yang disediakan bertepatan dengan tajuk. Semua respondan memilih skor 4 dan 5 bagi aspek
berikut. Walaubagaimanapun, terdapat satu respondan bagi setiap aspek lain yang memilih
skor 3.
Soalan 1 2 3 4 5
4.0 Kelebihan Penggunaan Media dan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk
Meningkatkan Kualiti Pendidikan
Media pendidikan merupakan suatu alat atau perantara yang berguna untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sangat membantu guru dalam
mengajar dan memudahkan murid menerima dan memahami pelajaran. Multimedia adalah
suatu teknik yang menggabungkan data, teks, gambar, grafik, animasi, bunyi dan video.
Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru
menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk
menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang. Dalam sistem pendidikan
sekolah rendah walupun tidak mempunyai mata pelajaran media secara khusus namun unsur
berkenaan telah diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kini proses P&P
menjadi lebih berkesan, canggih dan mudah difahami. Komputer dilengkapi sistem bunyi serta
kamera membolehkan guru menerangkan sesuatu topik dengan lebih jelas. Kecanggihan itu
9
menyuntik semangat serta perhatian murid untuk terus mengikuti sesuatu pengajaran. Selain
mewujudkan proses pembelajaran dua hala, menyedari pentingnya peranan media dalam
proses pembelajaran harian, menjadi tanggungjawab semua pihak terutama pelaksana dasar
memastikan kemudahan media digunakan secara optimum dalam menarik minat pelajar di
kelas.
10
5.0 Kesimpulan
Secara umum perubahan yang berlaku dalam sistem Pendidikan adalah ekoran
daripada perubahan kemajuan ciptaan manusia. Perubahan kini apa yang dikatakan sebagai
‘gelombang ketiga’ diperkatakan oleh Alvin Toffler (1983) merupakan suatu perubahan kepada
tamadun dunia. Perubahan ini adalah perubahan kepada tamadun manusia menuju abad ke21.
Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dan selanjutkan perkembangan ICT
(Information Communication and Technology) telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan
kini. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi maklumat telah memangkinkan pembangunan
ekonomi, fizikal,
sistem komunikasi dan telekomunikasi, pengangkutan, elektronik serta robotik dengan meluas
dan pantas. Kemajuan ini jelas diperhatikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,
Britain, Jerman, Perancis,Jepun dan Korea. pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung
kepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung
11
BIBLIOGRAFI
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, dan Abdul Rahim Hamdan
(2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis dan Interpretasi data. (1st
ed.). Wangsa Melawati, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, dan Manimegalai Subramaniam (2002). Reka Bentuk
Perisian Multimedia (1st ed.). Johor: Penerbit Unversity Teknologi Malaysia.
Ismail Sheikh Ahmad, Fattawi Mokhtar, dan Wan Mohd Rani Abdullah (2007). Laporan Kajian
Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) Dalam
Pengajaran dn Pembelajaran Di Sekolah Tahun 2005. Prosiding Seminar Kebangsaan
JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan. 18-20 November 2007. Hotel Royal Adelphi,
Seremban, 75
Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan, Bentong: PTS
Publications.
Norhayati Abdul Mukti (2000). Perisian Pengajaran. Petaling Jaya: Prentice Hall
12
LAMPIRAN
Borang Penilaiann Instrumen dan Bahan Pengajaran Digital yang dihasilkan melalui Google
Form
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf3nTcyiS8gq7JZMb-
2y8UguujKIpj5PDWrQkzklYIEWb9wwg/viewform
13
LAMPIRAN
Data Bahagian 1
14
LAMPIRAN
15
Data Bahagian 2
LAMPIRAN
16
Data Bahagian 3
LAMPIRAN
17
Data Bahagian 4
LAMPIRAN
18
Data Bahagian 5
LAMPIRAN
19
Data Bahagian 5
20
LAMPIRAN
21