Anda di halaman 1dari 8

11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

INSPIRASI

Biodata Rentap Dan


Sumbangan Tokoh
Iban Ini
OLEH RINAZUL

Rentap atau nama sebenarnya Libau anak Ningkan, merupakan seorang tokoh
pahlawan Iban-Dayak dan merupakan salah seorang wira Iban yang dikenali di
Sarawak semasa pemerintahan Raja Putih atau nama sebenarnya James Brooke.

Slogan Rentap atau turut dikenali juga sebagai ‘Raja Darat’ yang paling terkenal
dan sering digunakan adalah ‘Agi idup, Agi ngelaban’ yang membawa erti ‘Masih
hidup, Masih tetap berjuang’.

Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Rentap bersama
pasukannya buat pertama kalinya bertempur dengan pasukan James Brooke dan
Kapten Keppel. 
https://ilabur.com/biodata-rentap/ 1/12
11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

Imej via [pekhabar]

Kisah Dan Sumbangan Rentap


Selepas usaha penentangan oleh Rentap di Beting Maru, James Brooke telah
membuat satu kubu di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan
orang-orang Skrang ke arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China
Selatan.

James Brooke membuat rancangan ini bertujuan untuk menghalang kerjasama


antara orang Skrang dengan Linggir “Mali Lebu” dari Paku dan Aji Apai Limba dari
Padeh bagi mengamalkan aktiviti mengayau kepala manusia.

https://ilabur.com/biodata-rentap/ 2/12
11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

Ia juga bertujuan untuk menyekat orang Skrang daripada membeli barang


keperluan seperti garam atau menentang pemerintahan James Brooke di
Sarawak pada masa itu.

1. Pertempuran di Lintang Batang

Pada awal tahun 1853, beliau telah mengetuai pasukan orang Iban untuk
menyerang pasukan tentera James Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai
oleh William Brereton. Maka, berlakulah pertempuran yang sangat sengit di
antara kedua-dua belah pihak di Lintang Batang.

Semasa pertempuran tersebut, seorang lelaki pengikut Rentap yang bernama


Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya dan William Brereton
telah melarikan diri dengan kecederaan parah. 

Rentap dengan segera mengarahkan pasukannya pulang ke hulu Sungai Skrang.


Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah memusnahkan dan
membakar 20 buah rumah panjang yang menjadi tempat kediaman bagi
pengikut Rentap.

2. Membina Kubu Pertahanan Di Sungai Lang

Dengan itu, Rentap telah mengambil keputusan untuk berundur dan membina
kubu pertahanan di Sungai Lang, di hulu Sungai Skrang. Semasa
mempertahankan kubu tersebut, pasukan Rentap telah melaung-laungkan
semangat perjuangan mereka yang kental menggunakan “Agi Bedarah, Agi
Ngelaban” yang membawa erti “Selagi masih berdarah, Selagi itu tetap
menentang” dan “Agi Idup, Agi Ngelaban”.

https://ilabur.com/biodata-rentap/ 3/12
11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

Terdapat beberapa orang pasukan tentera James Brooke yang menghampiri


kubu pertahanan Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun, angkatan
Brooke berjaya menyerang kubu pertahanan Rentap pada Ogos 1854, pada
waktu tersebut Rentap telah tercedera.

Rentap kemudiannya melarikan diri bersama pengikutnya di Bukit Sadok dan


telah membina kubunya di sana.

Imej via [borneohistory57]

3. Pertahankan Kubu ‘Bujang Timpang Berang’

Tahukah anda, Kubu Bukit Sadok ini amat sukar ditakluk oleh pihak tentera
James Brooke kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan
dikelilingi oleh tebing-tebing curam?

Hanya terdapat satu jalan sempit di atas gaung yang begitu curam untuk sampai
ke kubu Rentap. Sekeliling kubu ini telah diperkuat oleh pagar kayu tebelian yang
keras dan setebal lebih kurang dua kaki. 

https://ilabur.com/biodata-rentap/ 4/12
11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

Kali ini, Rentap juga telah mempunyai sebatang meriam yang besar untuk
mempertahankan kubunya yang dikenali sebagai ‘Bujang Timpang Berang’.
Meriam ini telah dihasilkan oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba.

Aji Apai Limba telah terkorban ditembak oleh pasukan James Brooke di Sungai
Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.

4. Serangan Di Bukit Sadok

Tentera James Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap
di Bukit Sadok tersebut. Cubaan pertama adalah pada Jun 1857 dan semasa
serangan ini, seorang anggota pasukan James Brooke telah ditembak dan
dibawa turun ke bawah bukit.

Melihat kejadian tersebut, Rentap dan pengikutnya menjerit kegembiraan dan


telah memukul gong mereka sebagai tanda kemenangan.

Pada tahun 1858, pasukan James Brooke telah membuat serangan kali kedua ke
atas kubu Rentap di atas Bukit Sadok. Namun tembakan meriam mereka tidak
dapat menembusi pagar kubu Rentap di Bukit Sadok tersebut.

Akibat kejadian tersebut, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megah


kepada pasukan Brooke untuk menggunakan meriam yang lebih besar lagi pada
masa akan datang sekiranya ingin menyerang kubu mereka.

Serangan James Brooke Tidak Terhenti

https://ilabur.com/biodata-rentap/ 5/12
11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

Imej via [pinterest]

Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke berjaya menawan
kubu Rentap di Bukit Sadok setelah menggunakan satu meriam besar yang
dipanggil sebagai “Bujang Sadok”.

Meriam tersebut digunakan untuk menembak dan merobohkan pagar kubu


Rentap di Bukit Sadok. Sebelum pertempuran, pasukan James Brooke telah
memberikan pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah ditembak
mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit.

Tawaran Kepada Rentap Dan Pengikutnya

https://ilabur.com/biodata-rentap/ 6/12
11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

Abang arwah Aji tersebut adalah Nanang dan Luyoh yang telah menyerah diri
dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa. Tawaran yang sama telah
dicadangkan kepada Rentap dan pengikutnya dengan denda sebanyak 12 biji
tempayan dan meninggalkan kubu itu dengan segera.

Namun, Rentap telah menolak tawaran tersebut walaupun telah diberitahu


pasukan James Brooke akan menyerang menggunakan meriam yang lebih besar
dalam serangan kali ketiga ini. 

Peperangan Rentap Dan James Brooke Tercetus Lagi

Kesemua wanita dan kanak-kanak telah diarahkan untuk meninggalkan kubu


tersebut dan sewaktu pasukan Rentap berperang dengan pasukan James
Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah
terkorban.

Ianya adalah akibat terkena tembakan meriam pasukan James Brooke. Selepas
itu, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan para pengikutnya telah
dibakar oleh pasukan James Brooke pada 20 Oktober 1861.

Akibat kekalahan tersebut, Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang
telah menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari pada masa
kini.

Penghijarahan Rentap

Selepas itu, Rentap telah berpindah ke Ulu Entabai di sebuah sungai cawangan
kepada Sungai Kanowit dan Julau. Di sana, beliau telah membina kubu di Bukit
Stulak. 
https://ilabur.com/biodata-rentap/ 7/12
11/6/21, 7:33 AM Biodata Rentap Dan Sumbangan Tokoh Iban Ini - iLabur

Pada usianya yang semakin tua, Rentap dan para pengikutnya telah berpindah ke
Bukit Sibau yang merupakan kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa
tahun kemudian, Rentap telah meninggal dunia pada usia lebih kurang 70 tahun
di situ.

Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa, sebaliknya
diletakkan dalam satu pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang
telah dianggap sebagai pahlawan dan bangsawan terulung.

Akhir kata, Rentap merupakan pejuang sejati kerana dia tidak pernah tunduk
kepada pemerintah James Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga kini,
makam Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang
jasanya yang amat besar.

Jom baca juga apa itu asnaf, cara semak status bankrap online dan juga semut
charlie.

Rujukan
1. Rentap

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap

2. Perjuangan Rentap

http://perjuangan-tokoh-tempatan.blogspot.com/2016/07/rentap.html

3. Biodata Rentap

http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com/p/rentap.html
https://ilabur.com/biodata-rentap/ 8/12

Anda mungkin juga menyukai