Anda di halaman 1dari 3

PRODUKSI 7 PETALA

ANALISIS NASKHAH INDIVIDU

TAJUK NASKHAH : SEKIRANYA TAKDIR


OLAHAN : MOHAMMAD AMEEN MUSTAQIM BIN SUHRI
CHANG KIAET CHING

TEMA

Tema cerita ini berkisarkan tentang tiga orang remaja yang telah dimasukkan ke dalam pusat
pemulihan juvana kerana kes masalah disiplin yang berat di tempat mereka masing-masing.
Mereka yang baru sahaja bertemu telah berkongsi sejarah hitam mereka yang menjadi punca
mereka bertiga dimasukkan ke dalam pusat juvana tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN

ZAHID – Seorang budak lelaki yang berumur sekitar 17 tahun dan berkulit kuning

langsat.

AMRIL – Seorang budak lelaki yang berada, berumur sekitar 17 tahun dan berkulit

sawo matang.

JAMIL – Seorang budak lelaki yang berumur sekitar 16 tahun dan berkulit kuning

langsat.

SENI TEATER
PRODUKSI 7 PETALA

PLOT

PERMULAAN

Jamil dimasukkan ke dalam sebuah pusat juvana atas kesalahan membunuh. Di dalam pusat
juvana tersebut, terdapat dua orang remaja yang bernama Zahid dan Amril yang juga senasib
dengan Jamil.

PERKEMBANGAN

Jamil masuk ke dalam bilik yang di tempatkan untuknya. Zahid dan Amril memerhati Jamil
iaitu ahli bilik mereka yang baru masuk ke dalam bilik mereka.

KONFLIK

Zahid dan Amril menengking Jamil kerana Jamil tergagap-gagap ketika menjawab persoalan
mereka dan ketika mereka menyuruh Jamil memperkenalkan diri.

KLIMAKS

Mereka mula memperkenalkan diri masing-masing dan mula menceritakan tragisnya kisah
kehidupan mereka sehingga mereka di masukkan ke dalam pusat juvana . Mereka masing-
masing menyesal atas perbuatan mereka.

PELERAIAN

Zahid dan Amril mengajukan pertanyaan kepada Jamil untuk masuk kedalam mana-mana
kumpulan. Zahid memberitahu Jamil bahawa di dalam asrama tersebut terdapat tiga golongan
kumpulan iaitu gangster,balaci dan jambu. Jamil pun berasa was-was dan takut apabila
ditanya soalan tersebut.

SENI TEATER
PRODUKSI 7 PETALA

MESEJ

KASIH SAYANG

Kasih sayang antara ibu-bapa dan anak-anak.

KEPERIHATINAN

Keperihatinan terhadap anak-anak yang menghadapi tekanan akibat masalah keluarga yang
serius .

LATAR

LATAR MASYARAKAT

- Masyarakat yang kurang didikan dan perhatian.

LATAR MASA

- Petang

LATAR TEMPAT

- Di dalam bilik tidur asrama pusat juvana

SENI TEATER

Anda mungkin juga menyukai