Anda di halaman 1dari 3

CARA PANDEMIK COVID-19 MEREBAK DENGAN CEPAT

Pandemik COVID – 19 yang mula dikesan di Wuhan, China telah memberi pendedahan kepada

masyarakat sesebuah negara bahawa virus berbahaya ini mampu membunuh ratusan nyawa di

bandar tersebut. Virus itu tidak berhenti merebak hanya di Wuhan, tetapi telah merebak ke

seluruh dunia dalam tempoh yang singkat melalui pelbagai cara. Dari sudut sosial, cara

penularan baharu COVID – 19 antara seseorang dengan yang lain adalah melalui titisan yang

dihantar dari hidung atau mulut apabila seseorang yang dijangkiti virus itu batuk mahupun

bersin. Titisan ini melalui objek dan permukaan sekeliling. Orang lain akan dijangkiti COVID –

19 dengan menyentuh objek atau permukaan dan kemudian menyentuh mata, hidung atau

mulutnya. Seseorang itu juga boleh dijangkiti COVID – 19 jika mereka berada dekat dengan

pesakit COVID – 19 yang batuk, bersin atau membebaskan titisan. Oleh itu, pentingnya dalam

mengekalkan jarak lebih dari satu meter bersamaan tiga kaki dari orang yang sakit.

Terdapat pelbagai keadaan yang berlaku apabila virus akan mudah merebak iaitu apabila berlaku

interaksi antara individu dengan individu yang lain secara bersemuka pada jarak yang lebih dekat

tanpa ada sebarang perlindungan. Alat pelindung diri seperti pelitup hidung dan mulut atau face

shield perlu digunakan bagi memastikan virus ini tidak merebak terlalu cepat. Berinteraksi atau

bercakap secara bersemuka pada jarak yang dekat akan merisikokan seseorang itu akan dijangkiti

virus COVID–19 apabila mereka bersentuhan seperti bersalaman dengan orang yang menjadi

kontak rapat kepada pesakit COVID–19 dan dikhuatiri sekiranya individu itu juga telah

dijangkiti COVID–19.

Seterusnya, tempat yang tertutup dan sesak tanpa ada pengudaraan yang baik turut menjadi

punca virus COVID-19 merebak dengan begitu cepat. Hal ini kerana, selain dipengaruhi faktor

suhu dan kelembapan, mereka yang berada dalam keadaan berhawa dingin juga akan lebih
berisiko dijangkiti COVID-19 sekiranya tiada pengaliran udara. Keadaan tertutup di sesuatu

kawasan yang dilengkapi dengan penghawa dingin tanpa sistem keluar masuk udara yang baik

juga mampu menjadi tempat mutasi virus COVID-19 cepat merebak.

Selain itu, melakukan sesuatu aktiviti yang boleh meningkatkan hembusan aliran cecair yang

merebak seperti bersembang dengan nada yang kuat, menjerit, menyanyi dan bernafas kuat

semasa bersenam juga menjadi punca virus COVID-19 merebak dengan cepat. Hembusan aliran

cecair yang terkeluar semasa seseorang itu bernafas akan merebak melalui udara. Kajian yang

diketuai sekumpulan pakar penyelidik dari Univeriti Maryland di Amerika Syarikat turut

membuktikan bahawa mereka yang dijangkiti varian COVID-19 akan menghembuskan nafas

yang mengandungi virus. Namun bagi individu yang dijangkiti dengan varian Alpha pula

membebaskan nafas yang mempunyai virus dalam anggaran antara 43 hingga 100 kali lebih

banyak berbanding individu yang dijangkiti virus strain asal.

Virus COVID-19 ini juga merebak terlalu cepat sekiranya seseorang itu terlalu terdedah kepada

keadaan-keadaan yang telah dinyatakan di atas untuk tempoh masa yang lama atau lebih

daripada 15 minit.Kebarangkalian untuk dijangkiti virus tersebut amatlah besar sekiranya

seseorang itu masih tidak peka dengan keadaan di sekeliling. Sebaiknya, mereka hendaklah

segera beredar daripada kawasan atau keadaan yang boleh menyebabkan virus tersebut menular

dengan cepat. Virus COVID-19 ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat tidak endah

kerana ianya mampu meragut ribuan nyawa sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai