Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN ESEI)

Terdapat pasar raya yang tidak menyediakan lorong untuk golongan OKU menggunakan kerusi
roda. Selain itu, terdapat juga tandas awam yang tidak menyediakan tandas khas untuk golongan
OKU dan terdapat tempat yang tidak menyediakan ruang letak kereta untuk golongan ini.
Terdapat segelintir orang awam yang tidak menghormati golongan OKU dengan meletakkan
kereta di ruang letak kereta golongan OKU.

Pada pandangan anda, mengapakah perkara ini berlaku? Jelaskan usaha-usaha kerajaan dan
pihak swasta dalam membantu golongan ini agar mereka tidak disisihkan. [10 markah]

Jawapan Kumpulan 1 (Shelly dan kawan-kawan)

Nilai yang perlu diamalkan ialah rasional, bertanggungjawab,menghormati hak golongan kurang
berupaya, tolenrasi, keadilan. Pada pandangan kami, perkara ini berlaku disebabkan oleh
segelintir masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan tidak mengamalkan nilai murni.
Terdapat usaha-usaha pihak kerajaan dan pihak swasta dalam membantu golongan OKU
tersebut. Antaranya, menguatkuasakan undang-undang tentang hak golongan OKU. Selain itu,
membuat rondaan di kawasan tempat kemudahan golongan OKU. Menubuhkan persatuan
terhadap ‘Prihatin Terhadap Golongan OKU di Sekolah’. Disamping itu, pihak kerajaan juga
harus mengadakan kempen sokongan dan dorongan untuk memberi motivasi diri kepada
golongan OKU serta mengenakan denda kepada individu yang menggunakan kemudahan yang
disediakan khusus untuk golongan OKU demi kepentingan diri. Seterusnya, pihak kerajaan juga
haruslah menyediakan lebih banyak lagi kemudahan awam agar tidak mengganggu kemudahan

yang disediakan kepada golongan OKU. (8/10)


Jawapan Kumpulan 2 (Kunong dan kawan-kawan)

Nilainya ialah rasional, bertanggungjawab, keadilan, menghormati hak golongan kurang


berupaya dan hemah tinggi. Kerajaan dan pihak swasta perlu menyediakan kemudahan khas
untuk mreka sama ada di dalam kenderaan awam, hotel atau pusat beli-belah. Mereka juga diberi
peluang untu memegang jawatan penting dalam organisasi awam. Golongan kurang berupaya
juga diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UA dan US. Selain itu, mereka juga mendapat
bantuan untuk menceburi bidang perniagaan melalui Geran Pelancaran. Kemahiran mereka harus
digunakan dengan sebaik-baiknya kerana tiada lagi tempat mereka meminta bantuan selain
kerajaan dan pihak swasta. Peraturan tentang menghormati hak golongan kurang berupaya juga
dikuatkuasakan agar mereka tidak berasa tersisih dan rasa dihormati. Kerajaan juga perlu
memberikan sokongan yang diperlukan untuk membantu mereka menjadi insan yang berdikari.
Kerajaan juga perlu menyeru kepada semua rakyat untuk hidup dalam perpaduan dan aman tanpa
sebarang diskriminasi dari segi kaum, budaya dan agama kerana semua orang mempunyai

perasaan termasuklah golongan kurang upaya. (8/10)


Jawapan Kumpulan 3 ( Unduk Ngadau RL dan kawan-kawan)

Nilainya, menghormati hak golongan kurang berupaya, bertanggungjawab, rasional, kasih


sayang, keadilan, toleransi, dan kepercayaan kepada Tuhan. Perkara yang dijelaskan di atas
adalah kerana kurangnya kesedaran tentang isu keperluan golongan kurang upaya. Antara usaha
kerajaan dan pihak swasta dalam membantu golongan kurang upaya adalah menyediakan
kemudahan khas seperti tandas khas, lorong kerusi roda, tempat meletakan kenderaan khas dan
turut memberi elaun OKU setiap bulan. Selain itu, memberikan ceramah kepada masyarakat
untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan asas dan layanan yang sepatutnya diberi
kepada mereka. Contohnya, tidak mengejek atau menyisihkan golongan kurang upaya.
Seterusnya, kerajaan dan swasta juga membenarkan golongan kurang upaya untuk menuntut
ilmu di universiti awam dan universiti swasta. Bukan itu sahaja, kerajaan turut memberikan kelas
khas di setiap sekolah rendah dan sekolah menengah agar golongan kurang upaya mendapat
pendidikan yang setaraf dengan orang yang mempunyai tubuh badan dan mental yang sempurna.
Di samping itu, kerajaan dan swasta tidak memilih kasih/prejudis dalam melantik orang

golongan kurang upaya untuk memegang jawatan penting dalam organisasi awam. (10/10)

Anda mungkin juga menyukai