Anda di halaman 1dari 2

Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab
telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai
barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang
nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka
berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai
di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak
mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin
dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan
mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan
laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke
China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika
mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

Teori Kedatangan Islam Melalui India[sunting | sunting sumber]

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi,
apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan
Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan
antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering
berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk
tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang
terletak di Malabar, India bukan Gujerat.

Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan
penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut
merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka
berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan
fardhu ain.
Teori Kedatangan Islam Melalui China[sunting | sunting sumber]

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah
menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk
menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke
sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding
dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China
khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia
Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri
Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan
Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah
berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

Penyebaran Islam sebelum kebangkitan Melaka[sunting | sunting sumber]

Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam
di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 oleh Marco Polo mengenai negeri-
negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja
Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh.

Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara
memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada
pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan
pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.

Anda mungkin juga menyukai