Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AMALI 3

Secara umumnya latihan litar merupakan salah satu kaedah latihan yang melibatkan
stesen-stesen tertentu yang dilakukan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Latihan ini
adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu
litar. Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap
kecergasan
atlet,umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan yang hendak
dibina. Berdasarkan soalan jumlah aktiviti yang dipilih adalah 8 yang mana melibatkan otot-
otot tertentu tetapi tidak melibatkan penggunaan otot yang sama secara berturut-
turut.Tujuan utama penulisan laporan amali ini adalah untuk menganalisis proses yang
berlaku kepada tubuh badan atlet semasa melakukan latihan litar sebanyak 3 set , 10 kali
ulangan dalam satu sesi latihan .Sehubungan itu , sistem urinari dan perkumuhan
merupakan salah satu proses yang berlaku kepada tubuh badan atlet dengan
menyingkirkan bahan perkumuhan dan air berlebihan dalam badan melalui peluh
semasa melaksanakan kaedah latihan tersebut .

Menurut Mohammad Faris, et al. (2021), sistem urinari adalah merujuk kepada
proses penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk urin iaitu air kencing yang tidak
diperlukan oleh badan. Sistem ini melibatkan beberapa organ utama antaranya ialah ginjal
, pundi kecing , ureter dan uretra . Ginjal adalah berfungsi untuk menapis dan
menyingkirkan hasil perkumuhan dan air berlebihan dari darah yang menjadi air kencing.
Selepas ginjal menapis plasma darah , air dan pelarut akan kembali semula ke saluran
darah. Pelarut dan bahan-bahan buangan bercampur dengan air akan membentuk air
kencing dan akan melalui ureter dan kemudiannya di simpan di dalam pundi kencing
sebelum dikeluarkan daripada badan melalui uretra . Ureter pula membolehkan urin
mengalir dari ginjal ke pundi kencing manakala pundi kencing pula akan menyimpan air
kencing sebelum dikeluarkan dari badan. Urethra pula memainkan fungsi sebagai salur
kencing dari pundi kencing ke luar badan.Seterusnya, tugas terpenting yang dibuat oleh
sistem urinari ini ialah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan
homeostasis .Homeostasis merupakan salah satu proses pengekalan keseimbangan
faktor fizikal dan faktor kimia di persekitaran dalam sesuatu organisma. Proses
homeostasis ini dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Di
samping itu, untuk mengekalkan proses homeostasis sistem urinari akan mengeluarkan atau
menyimpan isi padu air dan bahan larutan yang terpilih. Berdasarkan situasi di atas ,
sistem urinari juga akan berlaku semasa atlet tersebut melakukan latihan litar.
Semasa atlet melakukan latihan litar, mereka akan kehilangan tenaga dan ini akan
menyebabkan mereka untuk mengambil air untuk mengembalikan tenaga. Apabila air
berlebihan berada dalam badan, ia akan dikeluarkan melalui sistem urinari.

Menurut Federico Benetti, et al. (2008), sistem perkumuhan adalah merujuk


kepada proses penyingkiran bahan buangan atau berlebihan dari badan oleh organ-
organ perkumuhan. Organ perkumuhan yang terlibat ialah kulit, paru-paru dan ginjal.
Fungsi kulit dalam sistem perkumuhan adalah membantu menyingkirkan urea, garam
mineral dan air dalam bentuk peluh di badan. Hal ini dikatakan demikian kerana kulit
mempunyai kelenjar peluh untuk menghasilkan peluh. Kelenjar peluh ini adalah merupakan
salur bergulung yang dihubungkan ke duktus peluh yang menuju ke permukaan kulit yang
dipanggil liang peluh. Dengan ini, bahan-bahan perkumuhan akan disingkirkan melalui
perpeluhan dalam badan. Antara bahan kumuh yang dirembeskan oleh manusia ialah, urea.
Urea merupakan hasil sampingan daripada penguraian asid amino di dalam hati. Bahan
kumuh yang seterusnya ialah, karbon dioksida dan air. Bahan kumuh ini dirembeskan
daripada respirasi sel. Peparu juga merupakan organ yang terlibat dalam sistem
perkumuhan. Semasa seseorang atlet menghembus nafas, karbon dioksida yang berada
dalam peparu akan dikeluarkan. Contohnya, karbon dioksida dalam kapilari darah
meresap ke dalam alveolus dan disingkirkan dari peparu ketika menghembus
nafas .Ginjal berfungsi menapis darah dan membantu menyingkirkan urea, garam mineral
berlebihan dan air berlebihan dalam bentuk air kencing. Air dan garam mineral terhasil
daripada makanan dan minuman serta pengambilan garam mineral yang berlebihan. Ginjal
juga mengawal atur dan mengekalkan keseimbangan kandungan air dalam badan dan juga
memastikan tekanan darah dalam badan seseorang individu berada dalam keadaan yang
normal. Kegagalan fungsi ginjal ini akan menyebabkan bahan-bahan perkumuhan tidak
dapat dikeluarkan.Kepentingan perkumuhan adalah untuk mengekalkan kesihatan dan
menyingkirkan toksik daripada badan. Tambahan lagi sistem perkumuhan ini juga dapat
mengawal suhu badan dan mengekalkan kandungan air dan garam mineral di dalam
tubuh badan. Sekiranya bahan ini terkumpul di dalam badan dalam jumlah yang
banyak , ia akan menjadi beracun (toksik) serta membahayakan kesihatan (Sabrina
Tang). Bahan kumuh ini harus disingkirkan oleh badan untuk memastikan badan sentiasa
sihat.

Dalam menjalani latihan litar ini, atlet dilihat banyak menggunakan sistem
perkumuhan berbanding sistem urinari. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang atlet
itu sedang menjalani latihan, dia dilihat banyak berpeluh yang mana peluh itu
merupakan bahan kumuh yang dirembeskan oleh kulit. Peluh ini mengandungi air,
garam mineral dan urea daripada badan sebagai bahan toksik. Jika badan seseorang itu
mengeluarkan peluh semasa melakukan senaman secara tidak langsung menunjukkan dia
mempunyai badan yang sihat. Akhir sekali, semasa menjalani latihan, atlet juga dilihat
merembeskan bahan perkumuhan seperti air dan karbon dioksida melalui hembusan
nafas yang dikeluarkan. Hal ini secara tidak langsung akan dapat menstabilkan suhu
tubuh badan mereka.

Terdapat beberapa kebaikan sistem perkumuhan yang mengeluarkan peluh daripada


badan seseorang atlet semasa melakukan latihan litar. Antaranya adalah membuang
toksin daripada badan iaitu melalui peluh dapat membersihkan bahan yang berbahaya
seperti kolesterol dan garam daripada badan. Sebenarnya, ginjal mengambil masa 24
jam untuk membuang toksin yang berbahaya daripada badan, manakala bagi seorang
atlet yang kerap berpeluh pembuangan toksin itu lebih cepat dilakukan . Apabila
badan atlet berpeluh semasa melakukan latihan litar, jantung akan bekerja lebih kuat
untuk menambahkan peredaran darah. Mekanisme ini boleh digunakan dalam jangka
masa yang panjang. Dengan ini jelaslah bahawa sistem urinari dan perkumuhan merupakan
proses yang kerap berlaku kepada atlet semasa melakukan aktiviti fizikal dan ia juga
membantu mengeluarkan bahan-bahan perkumuhan dan toksik yang terdapat dalam badan.

Anda mungkin juga menyukai