Anda di halaman 1dari 6

ASSIGNMENT FALSAFAH

JXEA 1104
SHAMIHAH BT BERAHIM
JEA 080126

“ SEBERMULA maka tersebutlah perkataan Hang Tuah anak Hang Mahmud di Sungai
Duyong dan segala orang duduk di Sungai Duyong mendengar warta demikian itu;
apabila Hang Mahmud mendengar khabar itu, maka kata Hang Mahmud pada bininya
yang bernama Dang Merdu itu, “ Ayo tuan, baiklah kita pergi ke Bentan; negeri besar
lagi pula kita tiga beranak; baiklah kita pergi pindah ke Bentansupaya mudah kita
mencari makan.” Maka sahut Dang Merdu, “ Benarlah seperti tuan kata itu.”

PENGENALAN

Hikayat merupakan satu bahan untuk menceritakan mengenai asal-usul, sejarah,

ketokohan dan sebagainya. Melalui hikayat ini, kita dapat mengetahui serba sedikit

mengenai sesuatu yang berlaku pada masa lampau. Hikayat yang saya kaji adalah

Hikayat Hang Tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah ini telah menunjukkan bertapa besarnya

pengaruh hikayat tersebut kepada jiwa, pemikiran dan cara hidup orang-orang Melayu.

Selain itu juga, dalam Hikayat Hang Tuah ini banyak nilai-nilai yang baik untuk

dijadikan teladan kepada masyarakat hari ini bagi memudahkan hal-hal pentadbiran

terutamanya dalam bidang pentadbiran negara, keluarga dan diri sendiri. Dengan erti kata

lain Hikayat Hang Tuah ini menkjadi sumber rujukan bagi masyarakat hari ini untuk

memudahkan urusan pentadbiran.

Berdasarkan petikan satu dalam bab 2 Hikayat Hang Tuah ini dapat diceritakan

bahawa Hang Tuah merupakan satu nama yang dikenali umum oleh segenap lapisan

masyarakat. Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Suria. Hang
Mahmud mengajak mereka sekeluarga untuk berpindah ke Bentan kerana disana peluang

untuk mencari nafkah adalah lebih luas kerana Bentan merupakan sebuah negeri yang

besar. Sebagai seorang isteri yang amat taat pada suaminya Dang Suria hanya menurut

apa yang dikehendaki oleh suaminya itu.

Daripada sudut falsafah, dapat diungkapkan bahawa petikan diatas dapat

menjelaskan bahawa manusia dan alam sekitar adalah saling bergantungan. Hal ini dapat

dijelaskan bahawa manusia memerlukan sumber alam untuk menguruskan kehidupan

sehari-hari contohnya manusia menjalankan aktiviti pertanian untuk mendapatkan sumber

kewangan dan sumber makanan untuk menampung kehidupan keluarga. Salah satu

contoh aktiviti pertanian yang dapat dikaitkan dengan masyarakat Melayu adalah aktiviti

penanaman padi. Aktiviti penanaman padi ini dapat menghasilkan beras yang digunakan

oleh masyarakat kita sehari-hari untuk dijadikan sumber makanan iaitu nasi.Dapat kita

perhatikan bahawa nasi adalah salah satu makanan asasi manusia. Oleh hal yang

demikian alam sekitar dapat memberi banyak kesan terhadap kehidupan manusia kini.

Banyak faktor yang dapat kita ungkapkan tentang perkaitan manusia dengan alam

sekitar ini sendiri antaranya ialah tentang hakikat kejadian manusia itu sendiri. Dalam

Islam dapat kita kata katakan bahawa manusia itu sendiri dijadikan daripada tanah. Ini

dapat dibuktikan melalui firman Allah S.W.T melalui surah Al-Mukminun ayat 12-15

yang membawa maksud “ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu

saripati ( bearasal ) daripada tanah. Kemudiannya Kami jadi saripati itu air mani ( yang

disimpan ) dalam tempat yang kukuh ( rahim ) kemudian air mani itu kami jadikan
segumpal darah, itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami

jadikan tulang belulang lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian

Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta yang

paling baik”.

Selain itu, kita juga dapat mengungkapkan daripada aspek ilmu sains bahawa

manusia dan alam sekitar adalah saling bertautan. Contohnya manusia memerlukan

oksigen untuk melakukan sistem pernafasan. Ini perlu kita tahu bahawa sumber oksigen

dapat kita perolehi melalui tumbuhan, dan tumbuhan pula memerlukan cahaya mataharii

untuk pembekalan oksigen tersebut dan menjalankan proses fotosintesis.Oleh hal yang

demikian, terbuktilah bahawa kehidupan manusia diatas muka bumi Allah S.W.T ini

mempunyai banyak perkaitan dan saling bertautan antara satu sama lain. Sesungguhnya

setiap penciptaan Allah S.W.T seperti matahari,bulan, bintang, planet-planet adalah

mempunyai fungsi yang tersendiri dan bertautan antara satu sama lain untuk menjalankan

tugas-tugas mereka. Oleh hal yang demikian kita seharusnya sentiasa bersyukur dan

menghayati sepenuhnya dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita itu.

Disamping itu juga, petikan diatas juga turut menggambarkan tentang kasih

sayang seorang ayah atau suami dalam keluarga iaitu kasih sayang Hang Mahmud

terhadap anak dan isterinya. Walau bagaimanapun sifat kasih sayang masyarakat kita hari

ini amat berbeza dengan masyarakat zaman sebelum pemodenan. Padahal kasih sayang

amat dituntut dalam islam dimana Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Balad

ayat 17-18 yang bermaksud “ Dan dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang
beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih-sayang.

Mereka adalah golongan kanan.” Oleh itu sifat kasih sayang perlu disemai dalam setiap

diri individu terutamanya dalam kalangan ketua keluarga itu sendiri kerana anak-anak

perlu dididik dengan kasih sayang yang tinggi supaya mereka tidak terjerumus dalam

kancah maksiat mahupun gejala sosial. Dapat kita katakana bahawa tugas seorang suami

buakn sahaja menjadi ketua keluarga tetapi mereka hendaklah memberi nafkah zahir

atau batin, mendidik dan juga menjaga keluarga daripada kesusahan kerana mereka

adalah salah satu orang yang diamanahkan oleh Allah S.W.T bagi menjaga keluarga itu.

Selain itu, seorang ketua keluarga juga harus memberi pendidikan kepada anak-

aanak mereka secukupnya supaya masa depan mereka terjamin. Oleh hal yang demikian

pendidikan adalah amat penting dalm mencorakkan kehidupan sehari-hari. Pendidikan

yang diterapkan haruslah bermula di peringkat awal lagi kerana bak kata pepetah melayu

“Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Dalam hal ini Palto sendiri telah

mendefinisikan pendidikan sebagai ‘ Latihan yang telah diberikan oleh kebiasaan yang

sesuai dan naluri mereka yang terawal ayng ada dalam diri kanak-kanak. Apabila

keseronokkan dan kesakitan dengan betul ditanam di dalam jiwa yang bukan rasional.

Latihan ini mengenai keseronokkan dan kesakitan yang membawa kepada anda

membenci dan mencintai apa yang sepatutnya anda benci dan cintakan,digelar

pendidikan. Selain itu juga Schofield turut mendefinisikan pendidikan dengan

‘ Pendidikan yang lengkap membolehkan seseorang itu bertindak dengan adil dan

saksama,mahir dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dalam kedua-dua sktor
awam dan swasta, pada masa damai dan perang.’ Hal ini turut ditekankan dalam islam

supaya umatnya menuntut ilmu yakni ‘tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China’.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapat kita huraikan bahawa alam sekitar memainka perenannya

dan amat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. Semakin kita rancak

dengan pemodenan negara semakin moden pemikiran masyarakat kita hari ini. Oleh itu,

kita hendakalah pandai mengawal perwatakan dan peribadi kita supaya kita tidak terus

diacam oleh anasir-anasir barat dalam pemikiran kita itu. Hal ini bagi mengawal

pemikiran diri kita dari dijajah supaya negara kita sentiasa aman dan makmur tanpa

berlaku penjajahan barat.


RUJUKAN

Awang Sariyan,2007,Falsafah Dan Logika Melayu,

Jabatan Bahasa Melayu,Akademi Pengajian melayu

Universiti Malaya

Hahsim Bin Haji Musa,2001,Falsafah Logik Teori

Nilai.Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Al-quran