Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Cepat Baca Didikku Sayang: Meningkatkan Kemahiran


Membaca Suku Kata (KV)

Amir Shahrizal Bin Md. Sharif


Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Sidim

1. ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah


kelemahan penguasaan membaca Suku Kata KV dalam kalangan murid Kelas
Pemulihan Khas. Kajian ini juga meliputi aspek-aspek seperti menentu atau
memilih masalah, merancang langkah, melaksana langkah dan membuat
refleksi. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik dan
Ujian Saringan KIA2M (Bahagian Lisan) secara tidak langsung dapat membantu
melancarkan lagi kajian ini. Bagi memastikan kajian ini berjalan lancar, seramai
18 orang murid daripada Kelas Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Ladang
Bukit Sidim telah dipilih bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian ini.
Daripada analisis data yang diperolehi menunjukkan bahawa kebanyakkan
murid-murid Kelas Pemulihan Khas ini tidak boleh menguasai sepenuhnya
kemahiran membaca Suku Kata KV tetapi sekiranya mereka diberikan
bimbingan dan didikan yang sewajarnya, mereka mampu menguasai kemahiran
membaca Suku Kata KV.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

2. PENGENALAN

2.1 Latar Belakang Kajian

Kelas Pemulihan Khas yang telah diwujudkan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) Kedah di Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Sidim merupakan
suatu program yang dilaksanakan bagi memastikan masalah membaca, menulis
dan mengira dalam kalangan murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dapat diatasi
atau dikurangkan. Kebanyakan murid yang tidak boleh membaca di Kelas
Pemulihan Khas ini biasanya mereka tidak dapat menguasai kemahiran Suku
Kata KV dengan baik terutamanya dari segi ejaan dan sebutan Suku Kata KV.
Kegagalan murid-murid tersebut dalam menguasai kemahiran asas ini secara
tidak langsung telah menyebabkan mereka tidak boleh membaca.

2.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Berdasarkan Ujian Saringan (Lisan) yang telah dijalankan ke atas murid-


murid yang telah dicalonkan oleh guru kelas masing-masing ke Kelas Pemulihan
Khas, saya dapati kebanyakan mereka tidak dapat menyebut huruf vokal dan
konsonan dengan betul. Selain itu, mereka juga gagal menyebut dengan betul
Suku Kata KV apabila huruf vokal dan konsonan digabungkan. Melalui
keputusan ujian ini juga, saya dapati kegagalan mereka menguasai kemahiran
asas ini telah menjadi penyebab utama mereka tidak boleh membaca. Masalah
yang dihadapi oleh murid-murid ini pasti akan berpanjangan sekiranya tindakan
sewajarnya tidak diambil oleh pihak sekolah terutamanya Guru Kelas Pemulihan
Khas. Untuk itu, Guru Kelas Pemulihan Khas perlu mengambil langkah-langkah
yang sewajarnya bagi memastikan masalah ini benar-benar dapat diatasi dengan
berkesan terutamanya ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p &
p) di dalam kelas.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

i) Membantu murid-murid Pemulihan Khas menguasai kemahiran


membaca suku kata kv.

3.2 Objektif Khusus

i) Meningkatkan kebolehan murid-murid Pemulihan Khas mengenal huruf


konsonan.

ii) Meningkatkan kebolehan murid-murid Pemulihan Khas mengenal huruf


vokal.

iii) Meningkatkan kebolehan murid-murid Pemulihan Khas menyebut huruf


dengan betul.

iv) Meningkatkan kebolehan murid-murid Pemulihan Khas menyebut suku


kata kv apabila huruf konsonan dan huruf vokal digabungkan.

v) Meningkatkan kebolehan murid-murid Pemulihan Khas menyebut suku


kata kv dengan betul.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

4. SOROTAN KAJIAN

Kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid


Pemulihan Khas terutamanya pada peringkat sekolah rendah lebih menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan, dan penilaian. Hal ini
selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan
kebangsaan. Oleh itu, saya sebagai guru Pemulihan Khas akan menggunakan
pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid-murid tersebut.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada teknik
penyampaian dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid-murid Pemulihan Khas untuk berkomunikasi dan
berfikir.

5. RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini memfokuskan sasaran kepada 17 orang murid yang terlibat


dengan Kelas Pemulihan Khas iaitu terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 7
orang murid perempuan dari Tahun 2 hingga Tahun 6.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

6. KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan saya telah menggunakan beberapa


kaedah dalam mendapatkan dapat data-data yang berkaitan dengan kajian.
Diantaranya ialah:

a) Pemerhatian.

Kaedah ini saya jalankan untuk mendapatkan data berkaitan dengan


tingkahlaku murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

b) Soal Selidik

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan borang soal


selidik yang mempunyai skala likert. Kaedah ini saya gunakan bagi mendapatkan
gambaran secara jelas tentang tahap penguasaan murid-murid Pemulihan Khas
tersebut terhadap kemahiran suku kata kv.

c) Temubual

Melalui teknik ini saya dapat mengumpul data mengenai murid-murid


tersebut terhadap proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dengan
berpandukan instrumen yang telah disediakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

7. INSTRUMEN KAJIAN

7.1 Borang Soal Selidik (Pemerhatian)

Skala Likert : 1, 2, 3, ( 1 Kurang Baik, 2 Baik , 3 Amat Baik )

Tujuan Borang Soal Selidik ini digunakan ialah untuk mendapatkan maklumat
dan maklum balas berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid ketika berada di
dalam kelas Pemulihan Khas.

7.2 Temubual Bersemuka

Temubual ini dilaksanakan ke atas murid dengan tujuan untuk mendapatkan


maklum balas berkaitan teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar yang
telah digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu saya
juga telah menggunakan Borang Soal Selidik untuk mendapatkan maklumat dan
maklum balas daripada murid-murid.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

8. DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan saya dapati bahawa:

8.1 Murid-murid yang masuk Kelas Pemulihan Khas kebanyakkannya terdiri


daripada murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas
membaca iaitu kemahiran mengenal dan mengecam huruf-huruf vokal
dan huruf konsonan. Oleh kerana mereka belum menguasai dengan
baik kemahiran tersebut secara tidak langsung menyebabkan
mereka tidak dapat menguasai kemahiran suku kata kv dengan baik.

8.2 Selain itu, murid-murid yang tidak boleh menguasai kemahiran suku kata
kv mungkin disebabkan oleh teknik pengajaran dan pembelajaran (p&p)
yang digunakan oleh guru tidak sesuai dengan tahap kebolehan murid.

8.3 Alat atau bahan bantu mengajar yang tidak sesuai digunakan oleh guru
ketika proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan tahap
kebolehan murid-murid tersebut boleh menyebabkan murid-murid gagal
menguasai kemahiran tersebut iaitu kemahiran suku kata kv.

8.4 Ibu bapa murid-murid Pemulihan Khas kebanyakkannya tidak


mengambil berat tentang pelajaran mereka. Apabila keadaan ini wujud
sudah pasti murid-murid tersebut terpaksa bergantung harap kepada
keupayaan diri sendiri (kebolehan sedia ada yang terhad) dan guru di
sekolah semata-mata untuk memajukan diri dalam pelajaran (menguasai
kemahiran suku kata kv).

8.5 Murid mudah jemu terhadap pengajaran dan pembelajaran yang


menggunakan kaedah lama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

9. PELAKSANAAN TINDAKAN

9.1 Penggunaan Kad Imbasan Dan Huruf-huruf Yang Diperbuat


Daripada Plastik Bagi Huruf-huruf Vokal Dan Konsonan.

Fungsi kad imbasan dan huruf-huruf yang diperbuat daripada plastik ini
digunakan bagi membolehkan murid-murid mengenal, mengecam dan merasai
sendiri mengenai bentuk huruf-huruf tersebut dengan lebih terperinci.
Penggunaan bahan-bahan tersebut telah menarik minat murid-murid tersebut
untuk belajar dan sekaligus memberikan impak yang sangat baik terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh :

a) Murid menyebut berulang kali huruf vokal dan konsonan dengan betul
berdasarkan pada kad imbasan yang dipamerkan oleh guru.

b) Murid-murid menyebut dengan betul sambil memegang dan merasai


sendiri bentuk huruf vokal dan konsonan yang disebut berdasarkan
huruf yang diperbuat daripada plastik tersebut.

Teknik atau kaedah ini dilaksanakan bagi memudahkan murid-murid Pemulihan


Khas mengenal dan mengecam huruf-huruf vokal dan konsonan tersebut dan
menyebutnya dengan betul.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

9.2 Perisian MS Power Point.

Bagi memastikan kajian ini berjalan lancar saya telah menggunakan


Perisian MS Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) ketika kelas
dijalankan. Kaedah ini dijalankan bagi menarik minat dan perhatian murid-murid
terhadap objektif yang hendak disampaikan dan mudahkan murid-murid tersebut
memahaminya.

Contoh;

a) Murid-murid menyebut suku kata awalan iaitu suku kata kv berdasarkan


gambar yang dipamerkan oleh guru menerusi Perisian MS Power Point.

b) Murid-murid menyebut huruf konsonan dan vokal yang sedang


dipamerkan oleh guru Perisian MS Power Point.

c) Murid-murid menyebut huruf-huruf konsonan dan vokal yang telah


digabungkan sehingga menjadi suku kata kv yang dipamerkan oleh guru
menerusi Perisian MS Power Point.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

9.3 Mengadakan Aktiviti-aktiviti Bertenaga Berkaitan Kemahiran Suku


Kata KV.

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya juga telah mengadakan beberapa


aktiviti-aktiviti yang bertenaga dan merangsang minda murid-murid tersebut.
Maksud bertenaga yang saya maksudkan ialah aktiviti-aktiviti yang boleh
mewujudkan persaingan atau pertandingan dalam kalangan murid-murid
tersebut iaitu murid-murid yang berjaya menyiapkan kerja atau menang dalam
latihan yang telah diberikan, berdasarkan masa yang telah ditetapkan dengan
baik dan sempurna akan diberi hadiah.

Contoh:

a) Guru mengarahkan murid-murid supaya menyusun huruf-huruf kecil


dan besar mengikut urutan.
b) Guru megarahkan murid-murid supaya menyusun suku kata awalan
(suku kata kv ) berdasarkan gambar.
c) Guru menyebut bunyi suku kata kv dan murid-murid mencari huruf
konsonan dan vokal untuk digabungkan.
d) Guru mengarahkan murid-murid supaya meletakkan suku kata awalan
(suku kata kv ) pada gambar yang telah disediakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

9.4 Mengadakan Ujian Lisan.

Ujian Lisan ini dilaksanakan oleh saya kerana melalui ujian inilah saya
dapat menilai sejauhmanakah keberkesanan teknik pengajaran dan
pembelajaran (p&p) yang telah saya jalankan ketika mengajar. Selain itu, melalui
cara ini juga saya menilai tahap pencapaian dan daerah kelemahan mereka
terutamanya dalam kemahiran membaca.

Contoh:

a) Ujian Pengamatan.

Tujuan utama ujian ini dilaksanakan ialah untuk mengesan dan


mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan. Ujian ini
perlu bagi memastikan kajian ini dapat berjalan lancar dan pengajaran dan
pembelajaran (p & p) dapat disampaikan dengan berkesan.

b) Ujian Diagnostik Bacaan.

Objektif utama ujian ini dilaksanakan ialah untuk mengesan daerah


kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran. Dengan adanya ujian ini secara
tidak langsung dapat memudahkan saya untuk mengajar mereka.

c) Ujian Lisan Penanda Aras Pencapaian Murid.

Manakala ujian ini pula dilaksanakan untuk mengukur tahap pencapaian


murid sepanjang kajian ini dilaksanakan. Melalui ujian ini juga saya dapat
menilai sejauhmanakah tahap keberkesanan teknik pengajaran dan
pembelajaran (p&p) saya ketika mengajar.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

10. REFLEKSI TINDAKAN

Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya dapati murid-murid Pemulihan
Khas Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Sidim ini sebenarnya boleh dipulihkan
sekiranya mereka diberikan perhatian, bimbingan dan dorongan yang
sewajarnya oleh guru yang terlibat.

Selain itu, berdasarkan kajian ini juga saya dapati pelbagai tindakan boleh
diambil oleh guru yang terlibat bagi membantu murid-murid tersebut . Diantara
tindakan-tindakan tersebut ialah:

a) Guru menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (p&p)


yang sistematik sebelum mengajar.
b) Guru perlu kreatif dalam menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
c) Selain itu, guru juga boleh mengadakan sesuatu permainan atau
aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat dan merangsang minda
mereka ketika pengajaran dan pembelajaran (p&p) dijalankkan .
d) Seterusnya, guru juga boleh menggunakan pendekatan memberi
ganjaran atau hadiah kepada murid-murid tersebut sekiranya mereka
berjaya menyiapkan atau melengkapkan sesuatu arahan atau kerja
yang telah diberikan oleh guru dengan baik, memberi perhatian ketika
belajar, sentiasa memberi kerjasama kepada guru ketika kelas
djalankan dan sentiasa berdisiplin ketika di dalam kelas.

Akhir sekali, saya sebagai seorang guru Kelas Pemulihan Khas Sekolah
Kebangsaan Ladang Bukit Sidim dan juga sebagai pengkaji yang menjalankan
kajian tindakan ini, saya harap saya dapat terus membantu, membimbing dan
memulihkan murid-murid tersebut dari semasa ke semasa.

Diharapkan kajian ini juga sedikit sebanyak dapat memberi input yang
berguna kepada kita terutamanya guru yang mengajar Kelas Pemulihan Khas
supaya menggunakan kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh saya ketika

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

menjalankan atau melaksanakan Program Cepat Baca Didikku Sayang. Melalui


kaedah yang saya jalankan ini, saya telah berjaya membantu mereka untuk
menguasai kemahiran suku kata kv terutamanya dari segi ejaan suku kata kv,
sebutan bunyi suku kata kv.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

RUJUKAN

AL.Ramaiah.1999. Kepimpinan Pendidikan:Cabaran masa kini.Selangor:IBS


Buku Sdn.Bhd.

Kamus Dewan.1996.Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Pusat Perkembangan Kurikulum.2002.Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan


Khas:Kementerian Pelajaran Malaysia

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah.2005. Jurnal.Kota Kinabalu :Bahagian


Teknologi Pendidikan.

Temubual dengan Guru Pemulihan Khas , 10/8/2007

Temubual dengan Murid Pemulihan Khas , 20/8/2007

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

LAMPIRAN 1: BORANG KAJI SELIDIK (TEMUBUAL)

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan tandakan ( / ) pada


nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut
skala berikut pada borang jawapan soal selidik murid yang dilampirkan.
Skala:
1 = Tidak Minat 2 = Sederhana 3 = Berminat 4 = Amat Berminat

Bil. Soalan Soal Selidik Bersama Murid 1 2 3 4


Kelas Pemulihan Khas SK. Ladang Bukit Sidim
a) Guru
1. Adakah kamu suka dengan guru yang mengajar kamu?
2. Adakah kamu suka dengan penampilan / gaya guru kamu?
b) Pengajaran Dan Pembelajaran Di dalam Kelas
1. Adakah kamu suka / berminat untuk belajar di kelas
pemulihan?
2. Adakah kamu suka / berminat dengan cara guru kamu
mengajar kamu?
3. Adakah kamu melakukan aktiviti-aktiviti ketika belajar?
4. Adakah kamu suka melakukan kerja rumah yang diberikan
oleh guru?
5. Adakah kamu berminat untuk melakukan lembaran kerja
yang diberi oleh guru?
6. Adakah kamu suka dengan bahan-bahan yang digunakan
oleh guru ketika mengajar?
7. Adakah kamu suka dengan cara guru kamu mengajar?
c) Bilik Kelas Pemulihan
1. Adakah kamu suka dengan Kelas Pemulihan Khas?

LAMPIRAN 2: BORANG KAJI SELIDIK TINGKAH LAKU ( PEMERHATIAN ).

Tandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan.

1. Kurang Baik 2. Baik 3. Amat Baik

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Bil. Tingkah Laku Murid Ketika Aktiviti Sedang Dijalankan 1 2 3


a. Minat
1. Tumpuan murid pada aktiviti.
2. Kerjasama murid ketika aktiviti dijalankan.
3. Penyertaan murid.
b. Kefahaman
1. Pemahaman murid terhadap arahan.
2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
c. Penguasaan
1. Tahap pengecaman huruf yang telah dipaparkan.
2. Tahap daya ingatan murid terhadap huruf.
3. Pengamatan murid terhadap huruf yang dipaparkan.
4. Tahap penguasaan sebutan huruf konsonan.
5. Tahap penguasaan sebutan huruf vokal.
6. Sebutan huruf konsonan.
7. Sebutan huruf vokal.
8. Sebutan suku kata kv.

LAMPIRAN 3: INSTRUMEN TEMURAMAH

Temuramah Murid Kelas Pemulihan Khas

Soalan-soalan yang dikemukakan ketika temuramah dijalankan:

1. Adakah kamu suka ke sekolah? Kenapa (jelaskan)?

2. Adakah kamu suka ke kelas pemulihan? Kenapa (jelaskan)?

3. Adakah ibu bapa kamu mengambil berat tentang pelajaran kamu?

4. Apakah pekerjaan ibu bapa kamu?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

5. Bagaimanakah kamu datang ke sekolah?


6. Adakah kamu mengulangkaji pelajaran di rumah?
7. Bagaimanakah keadaan kamu sebelum masuk ke kelas pemulihan?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17