Anda di halaman 1dari 12

NAMA PELAJAR: noor adzlienda binti adnan

NO.MATRIK: JEA080169

KURSUS: PENGAJIAN MELAYU

LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD

Fakulti: pengajian melayu

PENGENALAN

PANTUN PERIBAHASA DAN KIAS IBARAT

1
Pantun peribahasa barat dan kias ibarat merupakan pengucapan kemelayuan yang

terkandung budi bahasa, perumpamaan serta nasihat yang lahir dari npengucapan lahir

batin melayu dan untuk mengambarkan sesuatu yang berlaku didalam kehidupan manusia

pada masa kini dan lampau. antun ini juga di selitkan sindiran yang tidak melampau

untuk mengambarkan sesuatu kejadian.

Di dalam setiap pantun peribahasa dan kias ibarat mempunyai makna yang tersirat dan

tersurat. Oleh itu kita perlu memahami apa yang cuba di sampaikan oleh pengarang

melalui pantu tersebut. Pengarang ingin memberikan nasihat tetapi bukan secara teran-

terangan sebaliknya disampaikan di dalam pantun peribahasa dan kias ibarat tersebut.

KUPASAN
PANTUN PERIBAHASA DAN KIAS IBARAT

Ombak badai mengulung-gulung

Kelasi terdampar di tepi laut

Hajat di hati nak peluk gunung

Apakan daya tangan tak sampai

Serangkap peribahasa ini membicarakan tentang seseorang yang bercita-cita besar,

namun tidak tercapai matlamatnya itu. Baris pertama “ombak badai mengulung-gulung”

menunjukan bahawa terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang

tersebut dalam pencariannya untuk mendapatkan sesuatu. Contoh rintangan yang

dihadapinya adalah kekurangan wang atau tidak mempunyai ilmu yang mendalam yang

mengakibatkan dirinya di hina orang .

Baris kedua “kelasi terdampar di tepi laut” bermaksud semangat seseorang tersebut

2
yang tidak kuat dan cepat berputus asa telah menyebabkan dirinya tewas dalam

pencariannya yang tidak di ketahui penghujungnya. Contohnya seseorang itu tidak dapat

menerima tohmahan dan penghinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadapnya

menyebabkan dia mudah mengalah.

Baris ketiga dan keempat “hajat di hati nak peluk gunung, apakan daya hajat tak

sampai ” bermaksud seseorang itu berasa menyesal dan mengeluh kerana cita-cita yang

hendak dicapainya tidak kesampaian olehnya. Ini adalah berpunca daripada sikapnya

sendiri yang cepat putus asa dan tidak mahu berusaha dengan gigih demi cita-citanya.

Kesimpulannya, kita janganlah cepat berputus asa jikalau ingin mencapai cita-cita

dalam hidup kita kerana “ di mana ada jalan, di situ ada kemahuannya”. Peluang kejayaan

tidak datang bergolek kepada kita malahan kita perlu berusaha dengan gigih untuk

mencapainya.

Berbunga lebat pohon rambutan

Hinggap tempua berjuntai kaki

Bila dapat memandang bulan

Jangan lupa rumput di bumi

Keseluruhan rangkap ini membicarakan tentang nasihat kepada seseorang supaya

jangan lupa diri dan asal usul setelah menempa kejayaan. Baris pertama dan kedua

“berbunga lebat pohon rambutan , hinggap tempua berjuntai kaki” bermaksud seseorang

yang dahulunya dia hanyalah berasal dari keluarga yang miskin itu telah berjaya dalam

mencapai cita-citanya dan banyak peluang pekerjaan yang menantinya.

Baris ketiga dan keempat “bila dapat memandang bulan, jangan lupa rumput di bumi”

bermaksud supaya apabila sudah menempa kejayaan janganlah bersikap bongkak,

3
sombong dan lupa diri serta memandang rendah kepada orang lain apabila sudah berjaya.

Sebaliknya kita mestilah sentiasa ingat siapa diri kita, asal usul kita dan jangan kerana

setelah menjadi seseorang berjaya kita perlu bersiakp bongkak dan lupa diri. Seharusnya

sikap ini tidak baik untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian kita.

Tinggi sungguh gunung daik

Mercunya nampak terang berkilau

Kalau asal benih yang baik

jatuh ke laut menjadi pulau

Serangkap pantun ini membicarakan tentang orang baik akan sentiasa diterima walau

di mana berada. Baris pertama dan kedua “tinggi sungguh gunung daik, mercunya

nampak terang berkilau” mengambarkan tentang seseorang yang mempunyai ilmu

pengetahuan yang tinggi serta sikapnya yang baik dan peramah telah membuatkan orang

sentiasa nampak akan kebaikannya dan sentiasa menyerlah dalam melakukan sesuatu

perkara.

Baris ketiga dan keempat “kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau”

bermaksud jikalau seseorang itu sudah berasal dari keluarga yang baik-baik contohnya

dari keluarga yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi, berpendidikan, beragama dan

mempunyai jati diri yang tinggi oleh sebab itu dia akan sentiasa di sanjung orang walau

kemana dia pergi. Orang juga akan sentiasa mengingati dirinya dan sentiasa di beri

layanan yang baik

Pendekar handal di tengah gelanggang,

Pendekar bergelar raja saksama

4
Bagaikan pipit dengan enggang

Manakan boleh terbang bersama

Rangkap ini membicarakan tentang orang yang tidak sama taraf tidak boleh berbaik

dan berkawan rapat. Ini ditunjukkan dalam baris ketiga dan keempat “bagaikan pipit

dengan enggang, manakan boleh terbang bersama” ini bermaksud seseorang yang

darjatnya rendah dan berasal dari keluarga yang miskin serta tidak mempunyai ilmu

pengetahuan yang tinggi tidak boleh berkawan dengan seseorang yang berasal dari

keluarga yang berada serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

Hal ini demikian kerana masyarakat zaman sekarang kebanyakkan lebih memandang

kepada materialistik dan mementingkan darjat yang tinggi dan ilmu yang tinggi.

Sekiranya tidak mempunyai syarat-syarat tersebut jangan bermimpi untuk berkawan

dengan mereka yang tinggi darjatnya kerana mereka hanya akan mendapatt penghinaan

dan tohmahan sahaja.

Pergi kerumah cik Mariam

Ramai orang tengah berjaga

Carik-carik si bulu ayam

Lama-lama bercantum juga.

Rangkap ini membicarakan tentang adik beradik yang bergaduh, lambat laun akan

berbaik semula. Ini di tunjukan dalam baris yang ketiga dan keempat “carik-carik si bulu

ayam, lama-lama bercantum juga”. Ini bermaksud adik beradik tersebut tidak akan

bergaduh lama-lama sehingga tidak bertegur sapa selama beberapa hari dan biasanya

belum sampai beberapa minit mereka akan berbaik semula. Pantun ini memberitahu

5
tentang hubunggan yang sangat erat antara adik beradik dan ia tidak akan putus kerana

perkara kecil walau sekerap mana mereka bergaduh.

Nyiur daging puncak mahligai

Sayang ketupat berisi inti

Hancur daging tulang berkecai

Belum dapat belum berhenti

Serangkap pantun ini membicarakan tentang seseorang yang sanggup berjuang habis-

habisan sehingga akhir hayatnya. Ini di tunjukan dalam baris ketiga dan keempat iaitu

“hancur tulang berkecai, belum dapat belum berhenti”. Ini menunjukkan bahawa

terdapatnya semangat yang tinggi didalam diri seseorang itu untuk berjaya dan sanggup

buat apa sahaja dan berjuang habis-habisan asalkan dia dapat apa yang dia mahu. Selagi

dia tidak berjaya selagi itulah dia akan berusaha sampai dia berjaya. Contohnya ingin

berjaya di dalam pekerjaan dan pelajaran

Tetapi cara yang dia ambil itu tidak menyalahi undang-undang dan mengikut jalan

yang benar. Ini kerana terdapat juga seseorang yang mengambil jalan yang salah demi

mencapai cita-citanya dan akhirnya memakan diri sendiri.

Kayu keras si kayu kempas

Alas tempat orang berjudi

6
Ada beras kerja pun deras

Ada padi kerja pun menjadi

Pantun ini memberitahu tentang jika seseorang itu mempunyai kemahiran dan

keupayaan, segala kerja dapat dilakukan dengan mudah. Ini ditunjukan dalam baris

ketiga dan keempat iatu “ada beras kerja pun deras, ada padi kerja pun menjadi”.

Sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap semua perkara

maka segala kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat tanpa sebarang kesilapan.

Ini kerana jika tidak mempunyai sebarang asas pengetahuan yang cukup tentang

semua perkara maka kerja tidak dapat dilakukan dengan lancar dan ilmu pengetahuan

juga amat penting bagi generasi zaman sekarang kerana semua perkara memerlukan ilmu

yang tinggi. Oleh sebab itu, kita perlulah menuntut ilmu sebanyak yang mungkin untuk

memantapkan lagi diri kita.

SUMBER RUJUKAN:

• SUMBER HANIEY

7
• KARYA SASTERA MELAYU, HTTP://REPUBLIKA.CO.ID/22 NOVEMBER

2007.

8
9
10
11
12