Anda di halaman 1dari 2

Setiap individu muslim (yang telah baligh) dituntut untuk mengerjakan solat lima waktu

sehari semalam. Perintahnya jelas di dalam Al Quran, Hadis Rasulullah SAW dan Ijma’.
Di antara ayat-ayat Al Quran ialah :
Firman Allah Ta’ala :
Terjemahannya :
"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang
yang beriman".( An Nisaa’:103)

Firman Allah juga:


Terjemahannya:
"Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman:"Hendaklah kamu mendirikan
solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi
ataupun terang-terangan sebelum datang hari (Kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual
beli dan persahabatan".(Ibrahim:31)

Firman Allah Taala juga di dalam Surah Thaahaa: 132:

Terjemahannya :

"Dan perintahkanlah kepada ahli keluargamu supaya menegrjakan solat dan bersabarlah
dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi
rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".

Manakala hadis-hadis pula terlalu banyak juga. Diantaranya:

Daripada Ibnu Umar RA, daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya :

"Islam dibina di atas lima perkara : Mengucap dua kalimah syahadah (Lailahaillah
Muhammadur Rasulullah), mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan
Ramadhan dan mengerjakan haji".(Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah SAW bersabda :

" Sebaik-baik amalan ialah solat pada awal waktunya ".( Diriwayatkan oleh Abu Daud, At
Tirmizi dan Al Hakim).

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat”. (Al-Baqarah: 43).

“Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta‘atan
kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan
menunaikan zakat”. (Al-Bayyinah: 5).

Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.
ad-Dzariyaat:56

beroleh kejayaanlah orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang khusu’ dalam solatnya.
(al-Mukminun:1-2)
dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat,kerana amal yang baik yang kamu sediakan untuk
diri kamu , nanti kamu dapati ganjarannya di sisi Allah.
 (Al-Baqarah:110)

sesungguhnya manusia itu bersifat kedekut dan kikir,mengeluh apabila kesusahan


menimpanya,dan kikir apabila mendapat keuntungan,kecuali mereka yang menunaikan solat.

( Al-Ma’aarij:19-23)

dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu menegah dari perbuatan keji dan mungkar.

  ( Al- Angkabut:45)

Neraka Wail (celakalah) bagi mereka yang solat, iaitu mereka yang lalai dari mengerjakan solat
(melengah-lengahkannya)
(Al-Maa’un:4-5).

Kemudian mereka digantikan oleh satu angkatan, yang meninggalkan solat dan menurut
keinginan nafsu, sebab itu mereka menemui kehinaan.

(Al-Maryam: 59)

Anda mungkin juga menyukai