Anda di halaman 1dari 1

PERDAGANGAN TINGKATAN 5

BAB 10 – PENGANGKUTAN

ISTILAH PENTING DALAM PENGANGKUTAN AIR

1) Kapal Penumpang
 Mengutamakan pengangkutan penumpang. Namun membawa sedikit mel dan kargo.
 Berjalan mengikut laluan (route)dan jadual yang tetap. Singgah di pelabuhan mengikut jadual
tertentu.
 Kadar tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan.

2) Kapal Kargo (Linear Kargo)


 Membawa kargo di samping sedikit penumpang
 Belayar mengikut jadual yang tetap, tidak kira muatan penuh atau tidak.
 Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan (Shipping Conferance)
 Mengiklankan jadual kapal di akhbar tempatan dan nyatakan sama ada muatannya penuh atau
tidak.
 Dari iklan ini, pengeksport dan pengimport dapat mengetahui tarikh pelayaran dan menempah
ruang kargo.

3) Kapal Kargo Khas


 Dibina khusus untuk mengangkut sejenis kargo tertentu.
 Terdiri daripada :-
i) Kapal kargo pukal (bulk carriers)
 Dibina untuk mengangkut barang pukal tertentu seperti kayu balak, petroleum, dan arang batu.
 Kapal tangki dibina khas untuk mengangkut gas, petroleum, dan bahan cecair lain.

ii) Kapal Kontena


 Dibin khas untuk mengangkut kargo di dalm kontena-kontena.

iii) Feri “roll-on” dan “roll-of”


 Kapal besar yang dibina untuk membawa kenderaan-kenderaan yang mempunyai muatan
seperti lori, treler dan van.
 Kenderaan yang mempunyai muatan berat boleh dipandu masuk ke dalam lori (“roll-on”)n dan
terus dipandu keluar (“roll-of”) setibanya sampai ke tempat yang dituju.

4) Kapal Kerentan (Tramp)


 Khusus untuk mengangkut barang-barang
 Tidak berjalan atau belayar mengikut jalan atau jadual waktu yang ditetapkan
 Kapal ini adalah untuk disewa (carter) oleh saudagar yang ingin menghantar kargonya
 Seorang saudagar dapat menyewa kapalnya melalui exchange perkapalan iaitu pasaran di mana
urusan sewa-menyewa kapal dilakukan.
 Kadar kapal tidak ditetapkan tetapi dicapai melalui tawar-menawar
 Apabila persetujuan dicapai, satu dokumen iaitu Janji Carter akan ditandatangani.
 Kapal tramp boleh disewakan sama ada untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau tempoh
masa tertentu (carter masa).

Anda mungkin juga menyukai