Anda di halaman 1dari 4

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

Nama: Foo Wee Chong

Tingkatan: 4 Arif

Tajuk:Kepentingan Kokurikulum

Tarikh:

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang


dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan
permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap
pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada
aktiviti tersebut.Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan
keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar
yang menyertainya.

Antara kepentingan afdal aktiviti kokurikulum ialah mengisi masa


lapang.Hal ini demikian kerana,kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa
yang telah ditetapkan.Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa
menguruskan masa.Tamsilannya, para pelajar diwajibkan menghadiri
kegiatan kokurikulum yang diadakan setiap hari Rabu.Dengan ini , mereka
kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat
seperti melepak dan menjadi kaki joli yang akan berfoya-foya di pusat
penularan maksiat.Oleh itu, masa yang diibarat pedang dapat dapat
dimanfaatkan oleh pelajar.

Sementelahan itu, aktiviti kokurikulum dapat mendisiplinkan


diri.Hal ini dikatakan demikian kerana,dalam badan beruniform atau
persatuan, terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-
ahlinya.Misalnya, seseorang pelajar mesti mematuhi beberapa peraturan
tertentu seperti pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhiran
untuk menyiapkan sesuatu projek itu.Kegiatan kokurikulum amat
menekankan disiplin ahli yang tinggi.Tegal itu, setiap ahli yang berdisiplin
akan menjalankan tugas dengan sempurna.

Selain itu, para pelajar dapat meningkatkan daya kepimpinan. Daya


kepimpinan dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik menjadi ketua
dalam sesuatu kegiatan.Biar kita ambil contoh, pelajar yang pernah
memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan
sebagainya akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi
pada sesuatu hari nanti. Daya kepimpinan ini juga amat berguna kepada para
pelajar apabila sudah dewasa. Lantaran itu, daya kepimpinan ini dipupuk
sejak awal lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan


perpaduan dan meyemaikan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Semangat kerjasama dan
perpaduan merupakan unsur-unsur penting dalam masyarakat majmuk.
Sebagai analogi, semanagat dipupuk apabila ahli-ahli pengakap bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk mendirikan khemah, menyalakan unggun api
dan sebagainya. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar berbilang
ras dan warna kulit akan bertambah kukuh dan erat ibarat isi dengan kuku.
Justifikasinya, kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah dapat
menyatupadukan pelajar-pelajar.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga menyumbang ke arah


kecemerlangan seseorang pelajar. Sebagaiman kita sedia maklum, markah
kokurikulum sangat penting kerana diambil kira untuk permohonan ke
universiti. Selain keputusan akademik yang cemerlang, pihak universiti akan
menilai dan memilih murid yang aktif dlam kegiatan kokurikulum. Jika
keputusan akademik seseorang murid itu cemerlang tetapi penglibatannya
dalam kegiatan kokurikulum kurang baik, belum tentu pihak universiti akan
menerimanya. Oleh itu, seseorang pelajar yang ingin diterima masuk ke
universiti haruslah menyertai kegiatan kokurikulum agar mendapat markah
yang baik dalam kegiatan ini.

Konklusinya, setiap pelajar perlu bergiat cergas dalam kegiatan


kokurikulum. Pihaksekolah dan ibu bapa seyogianya menggalakkan
golongan muda melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan yang berfaedah.
Degan usaha-usaha kolektif ini, pelajar-pelajar yang berdaya saing,
berketerampilan, kreatif , dan inovatif dapat dilahirkan.

【Ceramah】Peranan Pertubuhan Sukarela dalam Masyarakat di Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapakan kepada


seluruh kulawangsa dewan yang dihormati tuan pengerusi, yang dimuliakan
tuan pengetua, penolong-penolong kanan, dan rakan-rakan yang saya
hormati . Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi
menjemput saya menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang nirmala
ini./mauduk 题目 ceramah saya pada hari ini ialah Peranan Pertubuhan
Sukarela dalam Masyarakat di Malaysia.

Pertubuhan sukarela merupakan peranan signifikan dlam masyarakat


kita. Terdapat beberap pertubuhan sukarela di Malaysia yangtelah
menjalankan tanggungjawab murni mereka dengan baik. Sebagai analogi,
Persatuan Pengguna, Persatuan St. John Ambulans dan
sebagainya.Bahawasanya, objektif pertubuhan sukarela adalah menjaga dan
memelihara kebaikan orang awam tetapi bukan bersikap tamak haloba dan
ingin mengenyangkan perut koceknya.Pertubuhan sukarela mengutamakan
sumbangan dan khidmat dalam usaha membela kebajikan dan kesejahteraan
umum. Justifikasinya, badan sukarela ini perlu mendapat sokongan dan
bantuan pelbagai pihak.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa. Antara peranan pertubuhan


sukarelawan adalah untuk meringankan beban golongan susah bagai kain
basah kering di pinggang. Hal inin demikian kerana, para sukarelawan sedia
menghulurkan bantuan kepada golongan yang susah. Tamsilannya, golongan
sukarelawan yang berhati mulia akan membantu mangsa banjir, kebakaran,
dan bencana alam. Bukan itu sahaja, mereka turut membantu anak-anak
yatim, warga tua dan orang kuran upaya. Lazimnya, badan sukarela akan
memungut derma, melancarkan tabung kebajikan, majlis amal 慈善晚宴,
gotong-royong.Sudah terang lagi bersuluh bahawa menghulurkan bantuan
kepada yang memerlukan. Persis kata peribahasa, orang mengantuk
disorongkan bantal / lemah ditopang, sakit dianduh.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi ,

Dari perspektif yang lain, pertubuhan sukarela mengambil inisiatif


untuk menjalankam program tertentu dalam usaha meringankan beban
kerajaan.Hal ini dikatakan demikian kerana, pertubuhan tersebut turut
memikul obligasi untuk membantu kerajaan memberitahu orang ramai
berkenaan sesuatu isu. Kempen derma darah yang diadakan pada hujung
minggu di mana-mana gedung beli-belah akan menambah tabung darah
hospital.Masyarakat turut terlibat dalam kempen tersebut dengan menderma
darah. Masyarakat turut menyumbang jasa dalam menambahkan tabung
darah hospital-hospital di negara kita sekaligus dapat menyelamatkan nyawa
yang tidak berdosa. Oleh itu, program dan kempen yang dijayakan oleh
pertubuhan sukarela dan mendapat sokongan masyarakat berjaya mencapai
matlamatnya.

Anda mungkin juga menyukai