Anda di halaman 1dari 100

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN

DISEMBER 2019

SITI KHALIDAH BINTI MOHD AMRAN


(02DTM17F1034)

FPG OLEOCHEMICALS SDN. BHD.


LOT 3831, KUANTAN PORT INDUSTRIAL AREA,
26080 KUANTAN PAHANG, DARUL MAKMUR

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI


POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

1
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH
SITI KHALIDAH BINTI MOHD
AMRAN (02DTM17F1034)

DI
FPG OLEOCHEMICALS SDN. BHD.
LOT 3831, KUANTAN PORT INDUSTRIAL AREA,
26080 KUANTAN PAHANG, DARUL MAKMUR

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan
Teknologi Makanan Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan
Industri Dan Penganugerahan
Diploma Teknologi Makanan

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

DISEMBER 2019

i
PENGESAHAN PELAJAR

“ Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya yang telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : Kayda
Nama Pelajar : SITI KHALIDAH BT MOHD AMRAN

No. Pendaftaran : 02DTM17F1034

Tarikh : 24 APRIL 2020


PENGHARGAAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulilah dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menamatkan latihan

industri selama empat (4) bulan hari ini dengan jayanya di FPG Oleochemicals Sdn Bhd

yang terletak di Pelabuhan Indutri Kuantan, Pahang bermula pada 9 Disember 2019

hingga 30 Mac 2020. Pada masa yang sama berjaya menyempurnakan laporan latihan

industri ini sepertimana yang telah ditetapkan bagi memenuhi syarat utama

penganugerahan Diploma Teknologi Makanan.

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa

saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang saya menjalani latihan

industri ini. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima

kasih yang tidak terhingga kepada pihak perngurusan latihan industri Politeknik Sultan

Haji Ahmad Shah khususnya pihak Jabatan Teknologi Makanan dalam menguruskan

hal-hal berkaitan dengan pelajar. Sejuta penghargaan juga kepada Direktor Operasi

syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd iaitu Mr Harish Harlani dan juga penyelia, Puan

Rohana Binti Ahsan yang begitu mengambil berat tentang perkembangan saya

sepanjang saya menjalani latihan di syarikat tersebut.

Tidak lupa juga kepada seluruh kakitangan syarikat ini yang banyak memberi

tunjuk ajar kepada saya tentang perjalanan operasi syarikat yang selama ini kurang saya

ketahui. Ia banyak mengajar saya tentang betapa pentingnya perhubungan dalam

kumpulan ketika menjalankan tugas dengan wujudnya semangat berkumpulan.


Segala latihan yang saya peroleh mungkin tidak diketahui tanpa kerjasama yang

baik daripada seluruh kakitangan. Terima kasih kepada semua warga kerja FPG

Oleochemicals Sdn Bhd kerana sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar

walaupun sibuk menjalankan tugas harian. Ucapan terima kasih kepada semua warga

syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd kerana sanggup meluangkan masa untuk

memberi tunjuk ajar walaupun sibuk menjalankan tugas harian, Ucapan terima kasih

sekali lagi kepada Puan Rohana Binti Ahsan selaku penyelia serta Puan Siti Hajar Binti

Ahmad selaku penyelia yang kedua.

Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh semua warga kerja

syarikat ini akan saya jadikan pedoman dan manfaatkan sebaik mungkin. Semoga

segala ilmu diberkati Allah hendaknya. Beribu kemaafan turut saya pohonkan sekiranya

terdapat kesilapan sepanjang latihan saya di sini.

Sekian, Wassalam.
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


Judul i
Pengesahan pelajar ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv
Senarai Jadual v
Senarai Rajah vii
Senarai Lampiran viii

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI


1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Latihan Industri 2
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 3
1.4 Kepentingan Latihan Industri 4

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI


2.1 Pengenalan Organisasi 5
2.2 Profil Syarikat 8
2.3 Landskap Organisasi 9
2.4 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 10
2.4 Aktiviti Organisasi 12
2.5 Halatuju Organisasi 15
2.6 Carta Organisasi 18
2.7 Lokasi Organisasi 19

BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


3.1 Pengenalan 20
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 21

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL


4.1 Pengenalan 32
4.2 Jenis Peralatan yang Digunakan 33
4.2.1 Microsoft Excel 33
4.2.2 Fail Kulit Keras 34
4.2.3 Rak Fail 35
4.2.4 Alat Pengokot 36
4.2.5 Alat Penebuk Lubang 36
4.2.6 Gas Chromatography 37
4.2.7 Solid Fat Content Analyzer 28
4.2.8 Lovibond Colorimeter 39
4.2.9 Moisture Content Analyzer 40
4.3 Tatacara penggunaan peralatan 41
4.3.1 Microsoft Excel 41
4.3.2 Gas Chromatogrphy 42
4.3.3 Lovibond Colorimeter 43
4.3.4 Moisture Content Analyzer 44
4.4 Proses kerja yang dilakukan 45
4.4.1 Mengendali Quality Management System 45
4.4.2 Mengemaskini Standard Operating 47
Procedure
4.4.3 Mengeksplorasi Pengawalan Makhluk 49
Perosak dan Dokumen Pest Control 19/20
4.4.4 Pengendalian Audit Makmal dan Merekod 55
Laboratory Audit System
4.5 Kesimpulan 64

BAB 5 KESIMPULAN 65

BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 68

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 75

LAMPIRAN 76
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Pesaing terbesar syarikat 11

Oleochemicals di Malaysia

2 Produk akhir yang dihasilkan 12

3 Senarai aktiviti harian 21


SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Logo organisasi 5
2 Logo P&G 7
3 Logo FGV 7
4 Kedudukan bangunan organisasi 9
5 Landskap organisasi 9
6 Syarikat FPG Oleochemicals 10
7 Pintu pagar A syarikat 11
8 Minyak Kelapa Sawit 13
9 Methyl Ester 13
10 Fatty Alcohol 13
11 Refined Glycerine 13
12 Carta alir proses kimia penghasilan 14
Produk akhir
13 Visi bisnes 15
14 Visi budaya 16
15 Carta Organisasi FPG Oleochemicals 18
16 Carta Organisasi Jabatan Kualiti 18
17 Pelan Pelabuhan Kuantan 19
18 Peta lokasi FPG Oleochemicals 19
19 Lokasi FPG Oleochemicals 19
20 Taklimat daripada Pengurus Sumber Manusia 21
21 Gudang penyimpanan stok mesin 23
22 Jadual bulanan pemusingan rotator 24
23 Logo Microsoft Excel 33
24 Dokumen QA/QC 34
25 Rak fail QA/QC 35
26 Alat pengokot 36
27 Alat Penebuk Lubang 37
28 GC 37
SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT


29 SFC Analyzer 37
30 Loviond Colorimeter 38
31 Moisture Content Analyzer 39
32 Penggunaan Excel 41
33 GC 42
34 Lovibond Colorimeter 43
35 Moisture Content Analyzer 44
36 Proses pengendalian aduan pelanggan 46
37 Kebaikkan Veeva Vault 48
38 Proses dalam mengemaskini SOP 48
39 Akta Kawalan Makhluk Perosak 1974 49
40 Laporan Pest Control 19/20 51
41 Insect Light Trap 51
42 Genus Orbit 52
43 Perangkap lipas 52
44 Perangkap cicak 53
45 Perangkap tikus berjaring besi 54
46 Perangkap tikus jenis gam 54
49 Serbuk Sulfur 55
50 Audit Makmal 56
51 Agenda Audit Makmal 57
52 Proses menjalani audit makmal dalaman 59
53 SFC 60
54 GC 61
55 Analisis warna 62
56 Analisis kelembapan Sampel 63
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1 Tapak kilang FPG Oleochemicals 76


2 Proses pengendalian sisa buangan secara 76
berjadual
3 Bersama pekerja FPG Oleochemicals 77

4 Mesyuarat bersama penyelia-penyelia 77

5 Sijil HALAL 78

6 Sijil FSMA 78

7 Pemprosesan pengasingan sampel rosak 79

8 Tempat penyimpanan produk di RGD 79

9 Jaket keselamatan diperlukan semasa audit 80

10 PPE semasa berada di dalam makmal 80


BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu diambil

oleh sumua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Setiap

pelajar diharuskan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum sijil atau

diploma.

Tujuan sebenar latihan industri adalah bagi menyediakan para graduan yang

bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang

akademik mahupun bukan akademik dengan semangat penampilan profesionalisme

yang tinggi.

Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebenar dunia

pekerjaan di samping membantu meningkatkan kemahiran social pelajar. Pelajar telah

menjalani latihan industri di syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd. Sepanjang tempoh

latihan, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti dalam bidang tugas yang

berkaitan dengan kursus yang diambil di Politeknik. Selain itu, pelajar juga dapat

mempelajari corak pentadbiran dan pengurusan sesebuah syarikat. Selepas itu,

pelajar dapat mempelajari kemahiran sosial seperti komunikasi.

Di samping itu, ia juga dapat meluaskan pengetahuan dan menambahkan

pengalaman walaupun ianya mengambil masa yang singkat. Latihan industi ini dapat

menerapkan pelajar dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berdisiplin, amanah

dan bertanggungjawab. Semasa di politeknik, pelajar hanya mempelajari secara teori

1
dan ianya akan dipraktikkan oleh pelajar ketika menjalani latihan industri. Pelajar akan

tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh organisasi semasa

menjalani latihan dimana segala masalah akan dirujuk kepada pihak pengurusan dan

bukan lagi kepada pihak politeknik, contohnya permohonan cuti.

Di akhir latihan industri, pelajar dapat mencapai objektik latihan industri dan

memanfaat kan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran di dunia

luar yang semakin mencabar.

1.2 Objektif Latihan Industri

Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan


menjalani

latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester

bagi melayakkan pelajar memporolehi diploma yang telah diambil oleh pelajar

tersebut.

Di antara objektif latihan seperti berikut:

a) Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang


sebenar

b) Menanamkan semangat kerjasama dan perhubungan yang baik antara pelajar

dan para pekerja firma tersebut.

c) Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan kerja dalam bidang

yang berkaitan dengan pengajian mereka.

d) Memberi peluang kepada para pelajar untuk menghubungkaitkan

antara kefahaman teori yang dipelajari dan mempraktikanya ketika

menjalani latihan industri.

e) Menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.


f) Mendidik pelajar supaya mematuhi peraturan- peraturan yang telah ditetapkan

oleh firma.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Buku laporan latihan industri adalah satu syarat yang perlu dilaksanakan oleh

semua pelajar setelah menjalani latihan industri. Setelah tamat menjalani latihan

industri selama hampir empat bulan, para pelajar dikehendaki untuk

mendokumentasikan kembali segala aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh

menjalani latihan tersebut. Para pelajar juga dikehendaki mematuhi piawaian yang

telah ditetapkan oleh pihak politeknik ketika menulis laporan. Pihak politeknik juga

mempunyai objektif yang tersendiri dalam penyediaan buku laporan ini.

Antara objektif penyediaan buku laporan ini adalah:

a) Menerangkan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan

harian pelajar.

b) Menjadi satu bahan untuk mendokumentasikan atau menyampaikan

maklumat aktiviti-aktivtii yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh

latihan dalam bentuk laporan yang tersusun dan sistematik.

c) Sebagai bukti pelajar mengikuti latihan industri di syarikat yang dipohon.

d) Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja

yang dilakukan oleh pelajar di syarikat tersebut.

e) Menyertakan gambarajah dan carta yang menunjukan dengan jelas jenis

peralatan dan cara kerja yang dilakukan.


1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada

Latihan industri merupakan syarat kepada pelajar politeknik. Sehubungan

dengan itu, para pelajar akan dihantar ke jabatan-jabatan atau firma yang menerima

dan melatih pelajar menjalani latihan industri di firma tersebut. Latihan industri dapat

memberi pengalaman paling berguna kepada pelajar serta bagaimana cara unuk

menyiapkan diri bagi menempuhi alam perkerjaan.

Di samping itu, latihan industri ini juga membuat pelajr lebih yakin terhadap diri

sendiri dan tidak terlalu mengharapkan pertolongan dari pihak yang lain serta dapat

mengubah sikap para pelajar itu sendiri agar hidup lebih berdikari. Selain itu, melalui

latihan industri pelajar juga dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan

semua pihak sebagai sebuah pasukan dan institusi yang lengkap. Sifat amanah dan

betanggungjawab adalah satu sifat yang paling dituntut dalam menjalankan latihn

industri dan alam pekerjaan yang sebenar kerana dengan adanya sifat ini ia dapat

melambangkan imej politeknik serta dapat menyakinkan institusi tersebut untuk

memberi lebih banyak peluang kepada pelajar yang akan datang.

Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui

pesekitaran kerja yang sebenar. Ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikkan apa

yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah atau bengkel pada kehidupan yang sebenar.

Dengan cara ini pelajar akan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman

sendiri.
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

FPG OLEOCHEMICALS SDN. BHD.

Rajah 1 : Logo Organisasi

Syarikat FPG Oleochemicals Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah projek

daripada usaha sama 50-50 di antara FGV Holdings Bhd (FGV) dan The Procter &

Gambe Co. USA (P&G) bermula daripada tahun Julai 1989. Syarikat ini terletak di

Tanjung Gelang yang merupakan kawasan Industri Perlabuhan Kuantan, Pahang

Darul Makmur, Malaysia. Syarikat ini memulakan operasi pembuatan pada tahun 1993

dan telah memasarkan produk oleokimia yang berasaskan bahan semulajadi dengan

menggunakan minyak kelapa sawit seperti Refined Palm Kernal Oil (RBDPKO)

sebagai bekalan bahan mentah.

Rangkaian produk dan kapasiti pengeluaran bagi jualan pasaran termasuk

bahan asas semulajadi bagi Fatty Alcohol yang telah dihasilkan sebanyak 80,000 tan
p.a manakala bagi Methyl Ester pula telah dihasilkan sebanyak 300,000 tan p.a dan

yang terakhir adalah Refined Glycerin yang telah dihasilkan sebanyak 36,000 tan p.a.

Kesemua produk ini akan dihantar ke pelbagai tempat di seluruh dunia. Selain itu,

kesemua produk utama ini akan dijual kepada Syarikat P&G iaitu salah satu syarikat

bersumberkan produk pengguna terbesar di dunia seperti Pentene, Downy, Oral-B,

Rejoice dan sebagainya. Manakala FGV pula, salah satu syarikat pengeluar kelapa

sawit terbesar di dunia serta produk berbungkus seperti minyak masak, marjerin,

shortening, produk hidrogenasi dan lain lain yang telah membekalkan sebahagian

besar bahan mentah kepada FPG Oleochemicals Sdn Bhd seperti Refined Palm

Kernel Oil (RBDPKO).

Tambahan pula, FPG Oleochemicals Sdn Bhd telah menggunakan

perkhidmatan FGV untuk menyokong bahagian operasi termasuk penapisan Palm

Kernal Oil (PKO) dan penyimpanan bahan mentah serta hasil produk.

Di samping itu, produk yang telah dihasilkan oleh FPG Olepchemicals Sdn Bhd

mempunyai ciri-ciri yang kuat dalam memenuhi piawai antarabangsa dan sijil seperti

Good Manufacture Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point

(HACCP), Kosher, HALAL dan British Retail Consortium (BRC).

Fatty Alcohol merupakan salah satu produk yang dihasilan oleh FPG

Oleochemicals Sdn Bhd yang perlu digunakan melalui pelbagai aplikasi seperti dalam

penghasilan bahan pencuci, sabun, syampu dan produk penjagaan diri yang lain serta

aplikasi produk di dalam industry. Refined Glycerin ialah produk bergred premium

yang dipraktik dalam penggunaan bahan farmasi, industri makanan dan pelbagai lagi

aplikasi industri lain yang selebihnya.


Syaikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd telah meletakkan penekanan yang kuat

terhadap pembangunan para pekerja dan menyediakan peningkatan peluang kerjaya

yang lebih baik. Sebahagian itu, kilang pemprosesan di FPG Oleochemicals Sdn Bhd

telah memenangi banyak anugerah selama bertahun-tahun termasuklah pelbagai

anugerah keselamatan dari MSOSH dan dianggap sebagai salah satu syarikat

oleochemicals terpenting di dalam Malaysia khususnya. Terdapat berbagai-bagai

aktiviti yang telah melibatkan oleh syarikat ini terutamanya bersama-sama komuniti

tempatan dalam memenuhi perbadanan tanggungjawab sosial. Antara aktiviti

sukarelawan yang melibatkan masyarakat sejagat ialah program bersama pihak

sekolah , mengadakan aktiviti bersama golongan kurang upaya , menganjurkan

aktiviti kotak pertolongan cemas ,serta megikuti program derma darah yang dijalankan

oleh kementerian kesihatan.

Rajah 2 : Logo P&G Rajah 3 : Logo FGV


2.2 Profil Organisasi

Nama Organisasi : FPG Oleochemicals Sdn Bhd

Alamat Premis : Lot 3821, Mukim Sg. Karang, Tanjung Gelang,

Kuantan Port Industrial Area,

26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

No. Telefon : Tel : 09-5852233

Faks : 09-5852290

Email : enquiry@fpg.com.my

Website : www.fpg.com.my

Tahun Ditubuhkan 1993

No Pendaftaran Syarikat : 1736640 – K

Status Syarikat : Syarikat Sendirian Berhad

Pensijilan : ISO 9001:2015 Policy, GMP, HACCP, Kosher,

HALAL dan BRC

Lembaga Pengarah : FGV 50% dan 50% P&G

Kemudahan Perakaunan : CIMB Bank

Produk Utama : Fatty Alcohol, Methyl Ester dan Refined Glycerine


2.3 Landskap Organisasi

Rajah 4 : Kedudukan bangunan organisasi

Rajah 5 : Landskap organisasi


2.4 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Rajah 6 : Syarikat FPG Oleochemicals Rajah 7 : Pintu Pagar A organisasi

Pada Julai 1989, Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd telah diperbadankan

dan dibina sekitar tahun 1990 hingga 1993. Kemudian, pada 22 Mei 1993, Syarikat

FPG Oleochemicals Sdn Bhd memulakan operasi kilang dan bertempatkan di kawasan

perindustrian pelabuhan Kuantan, Pahang. Syarikat ini juga merupakan syarikat

berdaftar Malaysia dengan kerjasama 50-50 Felda Palm Industries Sdn Bhd (FGV) dan

The Procter & Gamble Co. USA (P&G). Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd adalah

syarikat perkongsian yang sangat utuh di antara kedua dua syarikat terbesar ini iaitu

FGV dan P&G.

Di samping itu, syarikat ini telah mengeluarkan produk seperti Fatty Alcohols,

Methyl Ester dan Refined Glycerine. Ternyata produk Refined Glycerine adalah produk

utama dalam pengembangan projek kepada FPG Oleochemicals. Pada Disember

2004, syarikat ini memulakan operasi bagi penghasilan Refined Glycerine dan

menambah nilai melalui operasi sedia ada dengan menukarkan kesemua produk

sampingan Gliserin mentah (Crude Glycerine) kepada proses esterifikasi sebanyak

99.7% ketulenan dan kepekatan Gliserin yang mana merupakan gred kualiti terbaik

bagi bahan farmasi. Bangunan proses penulenan minyak telah dibina di FPG
Oleochemicals mengikut piawai antarabangsa oleh pekerja syarikat ini serta kontraktor

tempatan yang bekerja secara kolaborasi dengan bantuan secar teknikal dan teknologi

yang disediakan oleh pihak Syarikat P&G. Gliserin juga telah dipasarkan melalui

Syarikat P&G sejurus memberi impak yang besar menerusi produk yang dieksport ke

luar negara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Produk FPG Oleochemicals Sdn Bhd seperti Fatty Alcohol, Methyl Ester dan

Refined Glycerine menggunakan unit teknologi yang dibangunkan oleh Syarikat The

Procter & Gamble’s Sharon Woods Technical Center di Cincinnati, Amerika Syarikat

pada abad ini. Selain itu, ciri-ciri kilang Syarikat P&G yang mempunyai inovasi teknikal

terbaru yang mana telah di amalkan oleh Syarikat FPG Oleochemicals, Kuantan untuk

pertama kali. Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd telah bersetuju untuk mengadakan

perjanjian jangka panjang bersama-sama Syarikat P&G seperti memberi akses kepada

Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd mengenai pembangunan teknologi semasa dan

akan datang terutamanya dalam penghasilan Methyl Ester dan Fatty Alcohol

semulajadi.

Jadual 1 : Pesaing terbesar Syarikat Oleochemicals di Malaysia yang

menghasilkan Gliserin.
2.5 Aktiviti Organisasi

Terdapat tiga jenis produk penting yang telah dikeluarkan dan dihasilkan oleh

Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd iaitu Fatty Alcohol, Methyl Ester dan Refined

Glycerine. Jadual 2 dibawah menunjukkan terdapat beberapa jenis produk yang

terhasil. Seperti yang dilihat, Gliserin boleh dihasilkan kepada dua jenis poduk akhir

iaitu Crude Glycerine dan Refined Glycerine. Tambahan pula, Ester telah

menghasilkan empat jenis produk akhir iaitu Light Cut Ester (ELA), Middle Cut Este

(ELA), Intermediate Cut Ester (ITE Storage) dan Heavy Cut Ester (EHA). Akhir sekali,

Alkohol dapat menghasilkan dua jenis produk akhir iaitu Middle Cut Alcohol (LMA) dan

Heavy Cut Alcohol (LHA).

Produk Utama Jenis Produk Akhir Kod

Gliserin Crude Glycerine -

Refined Glycerine -

Ester Light Cut Ester – LCE (ELA) CE810

Middle Cut Ester – MCE (ELA) CE1214

Intermediate Cut Ester –ITE Storage CE1618

Heavy Cut Ester – HCE (EHA) CE1875A

Alkohol Middle Cut Alcohol – MCA (LMA) CO1214

Heavy Cut Alcohol – HCA (LHA) TA1618

Jadual 2 : Produk akhir yang dihasilkan oleh Syarikat FPG Oleochemcals.


Rajah 8 : Minyak kelapa sawit Rajah 9 : Methyl Ester

Rajah 10 : Fatty Alcohol Rajah 11 : Refined Glycerine


2.5.1 Carta Alir Proses Kimia dalam Penghasilan Produk

Rajah 12 : Carta alir proses kimia penghasilan produk akhir.

Rajah 7 mewakili carta alir proses kimia secara umum mengikut sistem

penghasilan produk akhir dalam Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd iaitu bermula

daripada bahan mentah sehingga terhasilnya tiga jenis produk akhir yang utama. Pada

mulanya, bahan mentah yang digunakan adalah campuran methanol bersama-sama

minyak kelapa sawit (PKO), minyak stearin sawit (PSO) atau minyak kelapa untuk

menghasilkan Ester yang mana akan diteruskan dengan proses penyulingan bagi

memperoleh lima jenis Methyl Ester. Manakala Gliserin pula perlu diproses selepas

pemprosesan ester tamat dan disambung dengan proses penulenan Gliserin untuk

menghasilkan Refined Gliserine (RG). Kemudian itu, CE 1218 iaitu salah satu produk

akhir Methyl Ester yang telah diperoleh untuk kegunaan pembuatan alcohol selepas

ditambah bersama-sama hydrogen dan pemangkin.


2.6 Halatuju Organisasi

2.6.1 Visi

Visi bagi Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd telah dibahagikan

kepada dua jenis iaitu visi bisnes dan visi budaya. Penyataan visi adalah

merupakan peta perjalanan sesebuah syarikat supaya menjadi penanda

aras terhadap kemahuan syarikat dan panduan kepada inisiatif

transformasi dengan menetapkan perkembangan hala tuju syarikat. Rajah

8 dan rajah 9 dibawah merupakan visi bisnes dan visi budaya.

2.6.2 Visi Bisnes

Melalui visi bisnes, FPG Oleochemicals Sdn Bhd bertujuan untuk

menjadi pembekal kimia yang boleh diperbaharui terbesar di dunia.

Syarikat ini akan melebihi jangkaan kesemua pelanggan dan pengguna.

FPG Oleochemicals Sdn Bhd menambah nilai yang besar terhadap

Syarikat FGV Holdings, menyediakan penyelesaian rantaian bekalan yang

unggul kepada Syarikat P&G dan sangat menyumbang kepada komuniti di

Malaysia.

Rajah 13 : Visi Bisnes organisasi


2.6.3 Visi Budaya

Budaya adalah seperti WAU, dimana syarikat ini :

a) Menuju untuk terbang tinggi dalam rangka untuk menjadi pemimpin di

setiap sudut.

b) Berwarna warni seperti mereka perlu saling menghormati antara satu

sama lain dan memberi peluang sama rata terhadap kesemua

bangsa, jantina, agama dan umur.

c) Terbang dengan terbaik dalam keadaan cuaca yang baik bermaksud

melakukan kerja secara bersih, selamat dan persekitaran mesra

alam.

d) Terbang dengan bantuan kemahiran, angin dan tali bermaksud

mereka perlu memberi tumpuan dan tampil dengan lengkap.

Rajah 14 : Visi Budaya organisasi


2.6.4 Misi

Tujuan kami adalah untuk menjadi pemimpin global dengan:

a) Mewujudkan nilai melalui modal insan kita.

b) Juara budaya tempatan kami yang dilaburkan.

c) Membina kelebihan rantaian nilai bersepadu

d) Mempelbagaikan kepelbagaian dalam komoditi dan geografi.

2.6.5 Nilai

a) Penyelesaian dan idea terbaik datang daripada bekerja dengan rakan

sekerja (dalaman) dan rakan kongsi perniagaan (luar).

b) Kejayaan dan percapaian kami yang berterusan hanya boleh dihormati

untuk orang (rakan sekerja, rakan sebaya dan rakan niaga), serta

persekitaran yang mejadi sumber utama perniagaan kami.

c) Berusaha untuk menerajui semangat dan bekerja dengan semangat.

Kami bersemangat dengan apa yang kami lakukan serta komited

terhadap pertumbuhan dan masa depan perniagaan kami, sementara

pada masa yang sama, menyebarkan pembangunan mampan di

seluruh dunia.
2.7 Carta Organisasi

Rajah 15 : Carta Organisasi Syarikat FPG Oleochemicals Sdn Bhd

Rajah 16 : Carta Organisasi Jabatan Kualiti


2.8 Lokasi Syarikat

Rajah 17 : Pelan di seluruh kawasan Pelabuhan Kuantan

Rajah 18 : Peta lokasi FPG Rajah 19 : Lokasi FPG Oleochemicals Sdn


Bhd Oleochemicals
Sdn Bhd
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan

sepanjang memjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis

di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang

meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan

akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan

secara ringkas aktiviti-aktiviti dan tugas yang saya telah lakukan sepanjang tempoh

latihan industri ini berjalan.

Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya

dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu di samping

memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama

setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat.

Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara

yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, saya juga

telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya

dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan

industri.

Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian

Jabatan Jaminan Kualti dan Kawalan Kualiti. Tugas kami disini ialah untuk

memastikan dan menjamin mutu produk yang dikeluarkan mengikut segala spesifikasi
yang telah ditetapkan sebelum diedar kepada pengguna dan mengawal sistem

organisasi seperti ISO 9001.

Setiap pekerjaan yang ditugaskan telah diberikan oleh Pengurus Tapak Jaminan

Kualiti supaya jadual kerja teratur dan mengikut keperluan sistem yang ditetapkan.

Dalam memjalani latihan industri ini, saya telah diberi masa selama 8 jam sehari,

bermula dari jam 08.30 a.m. – 05.30 p.m, pada hari isnin hingga jumaat, manakala

hari sabtu dan ahad adalah hari cuti.

3.2 Ringkasan Aktiviti Semasa Latihan Industri

Berikut merupakan jadual bagi ringkasan daripada aktiviti pelatih sepanjang

menjalani latihan industri.

Minggu Aktiviti

Minggu Pertama a) Melapor diri di FPG Oleochemicals Sdn Bhd bersama-

(10 Dis 2019 - 13 Dis 2019) sama Pengurus Sumber Manusia iaitu Puan Tengku

Rozaimah Binti Abdul Rahman pada 9 Disember 2019

b) Dokumen-dokumen yang dibawa semasa lapor diri

ialah surat penempatan kilang, salinan kad

pengenalan dan jurnal refleksi harian pelajar sebagai

pengenalan diri.

Rajah 20 : Taklimat c) Bahagian keselamatan, iaitu Encik Hafiz Ahmad

daripada Pengurus Sumber memberi taklimat etika pemakaian dan peraturan-

Manusia peraturan yang perlu dilakukan di sepanjang

tempoh latihan industri. Kemudian, ujian

keselematan telah
dijalankan bagi menerapkan kefahaman mengenai
keselamatan lebih lanjut.

d) Penggunaan kad akses FPG Oleochemicals Sdn Bhd

untuk memasuki setiap bangunan syarikat turut

dipelajari dan taklimat mengenai latar belakang

syarikat serta lawatan di setiap kawasan FPG

Oleochemicas dan pengenalan rakan sekerja di

syarikat telah dijalankan.

e) Penyelia kedua didalam Jabatan Jaminan Kualiti iaitu,

Puan Siti Hajar bin Ahmad telah memperkenalkan

tugasan jaminan kualiti dan kawalan kualiti.

Kemudian, para pelajar telah dibahagikan posisi kerja

masing- masing kepada dua kumpulan.

f) Surat-surat pengesahan laporan diri perlu

dilengkapkan dan ditandatangani oleh penyelia seperti

kad pengesahan lapor diri dan peta lakaran lokasi

ditempat latihan industri untuk dihantar ke Politeknik

Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

g) Memulakan tugasan pertama iaitu mengenali setiap

dokumen yang diperlukan dalam Jaminan Kualiti

seperti sijil-sijil yang diiktiraf, Traceability 2019,

Deviation Report dan Mock Recall 2019

Minggu Kedua a) Mengenali Quality Program Health Assessment

(16 Dis 2019 – 20 Dis 2019) (QPHA) atau dikenali sebagai I-Quality.

b) Melakukan persamaan klausa antara Malaysia

Standard iaitu MS1480:2019 dan QPHA.


c) Mengenalpasti sistem Inventory Record Accuracy

(IRA) dan pengiraan stok semula telah dijalankan di

Jabatan Penyelenggaraan.

d) Mengenapasti setiap simpanan di gudang dan

melaksanakan pengiraan stok.

e) Jumlah perbezaan positif dan negative telah

dianalisis untuk mengetahui pengurangan


Rajah 21 : Gudang syarikat
dan penambahan barang.
yang meyimpan stok mesin
f) Bahan Refined Glycerine (RG) dan prosedur

mengenai RM, PM dan Refined Glycerine telah

dipelajari.

g) Diskripsi projek mini mengenai Quality Management

System telah diberikan oleh penyelia pertama iaitu

Puan Rohana Binti Ahsan untuk tugasan harian,

mingguan dan bulanan.

Minggu Ketiga a) Sample Request Analysis telah difahami dan dikaji

(23 Dis 2019 – 27 Dis 2019) b) Melakukan eksperimen carbonyl bagi mengetahui

lebih lanjut mengenai peralatan dan mesin di dalam

makmal serta memberi keselesaan dalam suasana

pekerjaan kawalan kualiti.

c) Menyemak fail jaminan kualiti pada tahun 2020

dan 2019 supaya tiada helaian yang tidak lengkap.

d) Mengenalpasti jumlah peralatan yang ralat sama

ada berkurang mahupun bertambah di gudang FPG


Oleochemicals Sdn Bhd.

e) Mempelajari rotator dalam teknik pemusingan shaft

secara bulanan mengikut jadual yang telah

disediakan.

f) Kesemua perisian yang berkaitan dengan skop

kerja jaminan kualiti dan kawalan kualiti telah

dipasang di dalam komputer bagi memudahkan

dalam menyiapkan tugasan yang telah

Rajah 22 : Jadual bulanan diberikan oleh penyelia.

bagi pemusingan rotator

Minggu Keempat a) Menyelaraskan klausa mengikut MS1480:2019 dan

(30 Dis 2019 – 3 Jan 2020) QPHA atau dikenali sebagai I-Quality.

b) Menganalisis data mengenai Analytical Time

Mapping iaitu merupakan jadual harian bagi para

analisa di dalam makmal. Ia perlu dipindahkan

dalam bentuk Microsoft Excel bagi memudahkan

proses rekod dan pemeriksaan data.

c) Perbincangan bersama penyelia telah dilakukan

mengenai Agenda Audit di makmal. Tedapat

beberapa prosedur yang perlu dilakukan

apabila menyediakan agenda audit tersebut.

d) Mengemaskini Scorecard Board bagi aktiviti

bulanan. Ia perlu dikemaskini selepas enam hari

bekerja pada akhir bulan tersebut.

e) Menyediakan Agenda Audit di dalam makmal.


Setiap agenda yang diperlukan semasa audit

mestiah mengikut prosedur yang telah ditetapkan

oleh syarikat.

Minggu Kelima a) Menganalisis Sample Request Analysis pada tahun

(6 Jan 2020 – 10 Jan 2020) 2018 yang perlu diringkaskan dalam bentuk

Microsoft Excel untuk menyenaraikan kos setiap

analisis dii dalam makmal.

b) Mengemaskini persembahan slaid mengenai

Management Review dan Quality Review.

c) Pembetulan dan penambahan maklumat

mengena klausa Lab Audit dan I-Quality.

Kemudian, ia perlu di hantar kepada penyelia

untuk disemak semula.

d) Menyediakan jadual pelan cuti untuk pekerja

yang berada di Jabatan Jaminan Kualiti dan

Kawalan

Kualiti.
Minggu Keenam a) Mengetahui prosedur perbincangan secara

(13 Jan 2020 – 17 Jan 2020) berkumpulan bersama-sama 8 orang ahli HACCP

Team yang menyelaras semula Malaysia Standard

mengikut I-Quality.

b) Mengenalpasti nama saintifik sampel yang

digunakan sama ada berbentuk kod, abjad

mahupun nombor melalui analisis SV

Data Collection

c) Menganalisis data daripada bentuk borang sampel

ester, alcohol dan gliserin ke dalam Microsoft Excel


yang perlu disenaraikan bagi memudahkan proses

mengesan.

d) Menganalisis fail Customer Complaint dan

Quality Incident 2018/2019 bagi tujuan audit.

e) Menyemak slaid Management Review 2018

f) Menganalisis senarai Analytical SOP

Masterlist Revew 2020

g) Melakukan senarai Laboratory Full Investigation

2019 dalam Microsoft Excel.

Minggu Ketujuh a) Menjalankan audit makmal mengikut agenda yang

(20 Jan 2020 - 23 Jan 2020) telah ditetapkan bermula pada hari pertama.

b) Menganalisis Sample Request Analysis 2019

dalam bentuk ringkasan

c) Mengira kos bagi setiap analisis yang telah

dilakukan

d) Menjalankan audit makmal mengikut agenda

pada hari kedua dan ketiga.

e) Mengenalpasti senarai Equipment External

Calibration Masterlist

f) Menganalisis senarai kalibrasi peralatan mengikut

Standard Operating Procedure (SOP)

Minggu Kelapan a) Mengetahui lokasi dan fungsi setiap peralatan di

(28 Jan 2020 – 31 Jan 2020) dalam makmal dengan menyemak kalibrasi setiap

alat.

b) Menganalisis tarikh kalibrasi dan kekerapan


penggunaan peralatan mengikut SOP dan label

pada pelekat di setiap alat.

c) Mengetahui tarikh kalibrasi, jenis model, nombor siri

dan penjual peralatan mengikut sijil COA.

d) Mempelajari SOP (FPG-III-196) yang perlu

dikemaskini kepada versi dan format yang baru.

e) Mengira jumlah peralatan yang masih berfungsi,

peratusan peralatan yang telah dikalibrasi dan

mengira jumlah keadaan setiap peralatan di

dalam makmal sama ada baik, hampir lupus atau

tamat

tempoh.
Minggu Kesembilan a) Mengetahui keadaan setiap peralatan yang tiada di

(3 Feb 2020 – 7 Feb 2020) dalam senarai.

b) Menjadualkan semula audit di dalam makmal yang

belum selesai pada hari yang ditetapkan.

c) Memastikan senarai utama kalibrasi peralatan telah

dilakukan sehingga lengkap.

d) Menganalisis Sample Request Analysis 2020.

e) Mengira kos untuk setiap analysis disepanjang

tahun 2020.

f) Melengkapkan penyelarasan klausa untuk Lab

Audit dan I-Quality dengan menggunakan versi

baharu iaitu versi 2.0.

g) Mengemaskini Quality Alert di dalam makmal yang

merupakan laporan ringkas bagi kes yang berlaku


tidak mematuhi SOP yang diberikan.

Minggu Kesepuluh a) Perjumpaan bersama pekerja makmal dan

(10 Feb 2020-14 Feb 2020) penyelia mengenai kalibrasi peralatan.

b) Memahami tentang ringkasan data

Customer Survey 2019.

c) Memastikan tiada kesalahan pada penyelarasan

Lab Audit dan I-Quality

d) Mengenali senarai syarikat pembekal RBDPKO

baharu yang mana memerlukan sijil HALAL yang

diiktiraf.

e) Mengeksplorasi butiran maklumat dan

informasi pada Scorecard Board

f) Menilai dan mengira kos setiap analisis

makmal yang dilakukan pada minggu ini.

g) Menyediakan PPE yang lengkap untuk tujuan

lawatan dari Syarikat FGV Holdings.

Minggu Kesebelas a) Memenuhi dan menyemak nilai maksimum racun

(17 Feb 2020 - 21 Feb 2020) perosak yang diperlukan untuk kelapa sawit

berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan.

b) Menyiasat penjejakan dokumen Unplanned

Hold 2019 dan borang tersebut yang berada di

dalam Microsoft Team.

c) Menentukan jenis mycotoxin dan logam berat

bersama-sama nilai maksimum yang diperlukan

merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan


serta SOP.

d) Menyelaraskan minit mesyuarat Management

Review Result 2019 dengan slaid persembahan

Management Review.

e) Mempelajari klausa BRC Issue 8 yang berkait rapat

dengan klausa Lab Audit dan I-Quality

f) Memastikan kesemua persediaan dokumen

dan suasana syarikat perlu disusun dengan

baik

sebelum audit BRC bermula.


Minggu Kedua Belas a) Melakukan dan menambah ringkasan mengenai

(24 Feb 2020 - 28 Feb 2020) Laboratory Full Investigation Report 2019.

b) Mengemaskini tarikh kalibrasi luaran yang terkini

sama ada berkeadaan baik, tamat tempoh atau

hampir lupus.

c) Mengetahui CSV Assessment Tool (RPN) Validated

di Kilang Kuantan.

d) Melengkapkan DDSi January 2020 dalam bentuk

Microsoft Excel untuk mengendalikan mesyuarat

bagi Kawalan Kualiti.

e) Mengeksplorasi QA Training Plan 2019

f) Melengkapkan bilangan kedatangan pekerja yang

hadir ke latihan yang di anjurkan oleh Jabatan di

dalam bentuk document.

Minggu Ketiga Belas a) Melengkapkan dan mengemaskini Kuantan Plant

(2 Mac 2020 – 6 Mac 2020) CSV Assessment Tool Validated bersama pekerja
Kawalan Kualiti.

b) Menghadiri mesyuarat CSV bersama ahli-ahli

Power User.

c) Mengenalpasti SOP bagi senarai alatan yang

memerlukan kalibrasi setiap tahun.

d) Mengemaskini SOP yang berkaitan kalibrasi

kepada versi dan format yang baharu.

e) Mempelajari One Point Lesson (OPL) bagi kawasan

Refined Glycerine Drumming.

f) Melengkapkan Scorecard di dalam Microsoft Excel,

Scorecard Board, dan slaid mesyuarat Jabatan

Jaminan Kualiti.

g) Menyediakan senarai minit mesyuarat

Jabatan Jaminan Kualiti dalam bentuk

Microsoft word.

h) Mengendali dan menyusun kesemua dokumen dan

fail yang diperlukan sebagai persediaan untuk audit

BRC.
Minggu Keempat Belas a) Menyediakan ringkasan laporan mengenai

(9 Mac 2020 – 12 Mac 2020) Laboratory Full Investigation pada tahun 2019

dan 2020.

b) Mengenalpasti piawai pembungkusan individu (IPS)

kepada produk akhir.

c) Menyelaraskan dokumen IPS bekaitan

Refined Glycerine melalui sistem ENOVIA.

d) Mengemaskini IPS kepada dokumen yang baharu


dalam bentuk Microsoft Excel.

e) Mempelajari laporan perkhidmatan dalam dokumen

Pest Control 2019/2020.

f) Mengenali dengan lebih dalam mengenai Mock

Recall 2018 yang perlu digunakan sebagai rujukan

untuk persediaan menempuhi situasi COVID-19

apabila berlaku penutupan kilang kelak.

Minggu Kelima Belas a) Melengkapkan dan menambah pemerhatian

(16 Mac 2020 -20 Mac 2020) terhadap penyelarasan klausa Lab Audit dan

I- Quality.

b) Menganalisis Correction Action Plan (CAPA) dalam

bentuk Micrrosoft Excel mengenai masalah yang

berlaku di dalam makmal.

c) Mempelajari, mengenali dan mengemaskini kedua-

dua SOP iaitu FPG-III-585 dan FPG-II-012.

d) Mengemaskini dan menyediakan dokumen COVID-

19 BCP untuk Jabatan Kawalan Kualiti dan Jaminan

Kualiti.

e) Syarikat FPG Oleochemicals telah memberikan cuti

khas sehingga tamat latihan industri kepada para

pelajar yang menjalani latihan industri bermula 19

Mac 2020 sehingga 30 Mac 2020 mengikut tarikh

rasmi daripada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad

Shah berkenaan dengan virus COVID-19 yang

merebak secara mendadak di seluruh Malaysia.


BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah

dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut

proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat-

peringkat. Ia memastikan segala pengurusan organisasi dapat berjalan lancar

tanpa menimbulkan masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan

segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama

20 minggu di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini

hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk

mengendalikan kerja tersebut dengan baik.

Bab ini menerangkan mengenai pemantauan dalam sistem pengurusan

kualiti dengan mengendali pelbagai jenis dokumen seperti QMS, SOPs, Pest

Control, Laboratory Audit dan sebagainya. Di samping itu, makmal kawalan kualiti

berperanan dalam melakukan anlisis terhadap semua produk yang dihasilkan

setiap hari. Terdapat pelbagai analisis yang dilakukan oleh pegawai kawalan kualiti

untuk memastikan priduk yang dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan oleh syarikat. Di makmal ini juga terdapat banyak peralatan canggih

yang digunakan untuk analisis produk. Dengan ini, ia mampu memberikan peluang

yang baik kepada pelajar latihan industri untuk mempelajari hubungan dan

komunikasi berikatan dengan masa pengurusan di dalam suasana alam pekerjaan.


4.2 Jenis Peralatan Yang Digunakan

4.2.1 Microsoft Excel

Rajah 23 : Logo Microsoft Excel

Fail di dalam Microsoft Excel dikenali sebagai bukukerja (WorkBook)

yang tergolong didalam kategori helaian eletronik (spreadsheet). Secara default,

Excel menyediakan 3 lembaran kerja (sheet) yang boleh ditambah, dibuang,

disalin dan dipindah. Selain itu, Microsoft Excel berguna untuk menyimpan dan

memanipulasikan data, pengiraan, ringkasan dan juga penganalisaan data,

memasukkan gambar, carta dan data dari internet. Satu lembaran sama seperti

lejer akauntan yang disusun dalam lajur yang menegak (column) dan baris yang

melintang (row). Pertembungan diantara baris dan lajur dinamakan sel (cell).

Setiap sel dirujuk dengan alamat (address) dan boleh mengandungi nombor, teks

atau formula.
4.2.2 Fail Kulit Keras (2D Ring File)

Rajah 24 : Dokumen QA/QC

Fail merupakan alat yang sesuai bagi menyusun dan mengatur

pelbagai dokumen berbentuk hardcopy di mana setelah di akses melalui

perisian, ia perlu dicetak di atas kertas. Fail mempunyai kepentingan

yang tertentu terutamanya semasa audit dijalankan. Antaranya ialah :

a) Mengandungi maklumat rasmi seperti tarikh, butiran stok barang


dan sebagainya.

b) Pengguna dapat menggunakan segala maklumat yang telah direkodkan

dalam tempoh masa yang panjang disamping dijadikan sebagai bahan

rujukan.

c) Menjadi bukti bahawa organisasi tersebut mengandungi pelbagai

dokumen yang sah disisi undang-undang jika sesuatu kerumitan kelak.

d) Memudahkan pekerja untuk membuat pencarian sumber dalam keadaan

pantas, mudah dan selamat kerana mempunyai salinan pendua


e) Membantu untuk menyempurnakan proses dalam mendapatkan sijil

penting seperti HALAL,GMP, HACCP dan sebagainya dengan jelas dan

cepat.

4.2.3 Rak Fail

Rajah 25 : Rak fail berkaitan QA/QC

Rak fail digunakan untuk menyimpan segala dokumen sama ada

yang firma ataupun pelanggan. Pad rak fail akan dilekatkan label

berwarna mengikut pemilik dan SOP 5S yang ditetapkan. Selain itu, ia

mestilah disertakan dengan pembahagian antara ruang untuk jenis fail

seperti nama fail (Pest Control, Quality Incident, Customer Survey,

Quality Management System dan sebagainya).


4.2.4 Alat Pengokot (Max HD 12N/7 Heavy Duty Stapler)

Rajah 26 : Alat pengokot untuk 110 helai kertas

Alat pengokot merupakan alat untuk menggabungkan kesemua

dokumen berbentuk hardcopy. Ia amat diperlukan dalam pemprosesan

dokumen sementara sebelum difailkan ke dalam fail kulit keras.

4.2.5 Alat Penebuk Lubang (Heavy Duty 3 Punch Hole)

Rajah 27 : Alat penebuk lubang


Alat penebuk lubang digunakan untuk menebuk kertas semasa

membuat proses dokumentasi ke dalam fail kulit keras.

4.2.6 Gas Chromatography (PERKIN ELMER CLARUS 580)

Rajah 28 : Gas Chromatography

Gas Chromatography (GC) ialah sebuah alat yang digunakan

dalam analisis kimia untuk mengasingkan dan menganalisis sebatian-

sebatian kimia. Antara kegunaan biasa alat ini ialah untuk menguji

ketulenan sesuatu bahan tertentu atau untuk mengasingkan komponen-

komponen berbeza dalam satu campuran. Selain itu, alat ini juga dapat

mengenal pasti jumlah relatif komponen-komponen yang terdapat di

dalam suatu campuran. Gas kromatografi juga boleh mengenalpasti

sesuatu bahan didalam campuran dengan melihat bacaan yang

diperoleh daripada analisis.

Di dalam Makmal Kawalan Kualiti, alat ini digunakan untuk

menganalisis produk-produk bagi memastikan semua produk itu

mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Alat ini juga dapat

mengenalpasti jenis bahan di dalam produk serta kuantitinya. Gas


kromatografi sangat berguna bagi memastikan tahap kualiti produk lebih

terjamin .

4.2.7 Solid Fat Content Analyzer (Minispec Bruker mq-one)

Rajah 29 : Solid Fat Content Analyzer

Solid Fat Content Analyzer (SFC) secara umumnya diterima

dalam analisis lemak dan minyak dalam industri makanan dan menilai

kualiti produk-produk ini. Pengukuran langsung SFC oleh NMR

(Resonans Magnetik Nuklear) memberikan penentuan nilai SFC yang

cepat dan tepat. Kaedah analisis lemak dan minyak NMR dimasukkan

dalam piawaian antarabangsa berikut:

a) AOCS Cd 16b-93 revised in 2000

b) ISO 8292

c) IUPAC 2.150

SFC Analyzer merupakan sebuah alat yang sangat penting bagi

syarikat ini. Ia membantu dalam usaha untuk memastikan setiap produk

yang dikeluarkan mengikut semua spesifikasi yang telah ditetapkan di

samping menjamin kualiti produk yang lebih bermutu tinggi.


4.2.8 Lovibond Colorimeter (Model F)

Rajah 30 : Lovibond Colorimeter

Peralatan ini dapat melakukan analisis yang boleh dipercayai dan

selamat untuk menjamin kualiti air dan warna. Dalam industri kerja air

dan loji kumbahan, alat ini berguna dan berharga. Dalam industri

makanan, alat ini memastikan kualiti dengan kawalan warna.

Pelaksanaan skala warna yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,

kolorimeter dan komparator juga memastikan minyak yang diuji

mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan .

Alat ini sangat penting dalam industri pemakanan. Sebelum

pemprosesan produk dilakukan, setiap minyak yang akan digunakan

mestilah diperiksa kualiti dari segi warna. Ini untuk memastikan, setiap

produk yang akan dikeluarkan mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan dan juga untuk memastikan kualiti produk terus berada di

tahap yang tertinggi.


4.2.9 Moisture Content Analyzer (Metrohm KF Trino Plus)

Rajah 31 : Moisture Content Analyzer

Alat ini merupakan komponen yang sangat penting dalam

pengujian produk- produk untuk memastikan produk berada didalam

spesifikasi yang betul. Setiap produk yang dikeluarkan akan diuji

kandungan air . Kandungan air bagi produk lemak ialah 15%. Dengan

menggunakan alat ini, kandungan air didalam produk akan lebih senang

untuk diperolehi serta keputusan analisis daripada alat ini lebih terjamin

daripada keputusan ujian manual.


4.3 Tatacara Penggunaan Peralatan

4.3.1 Microsoft Excel

Rajah 32 : Penggunaan Excel

Standard Operatting Procedure (SOP)

Klik butang 'Search' untuk memulakan perisian Microsoft Excel

Klik pada Microsoft Excel 2013

Satu helaian kosong akan terpapar dan diberikan nama "Book1" secara automatik

Kemudian, tekan kekunci Cara Pintas, Ctrl + N secara serentak untuk mendapatkan buku kerja baru

Klik sel untuk memasukkan data

Taip data (teks, nilai formula atau function)

Klik kekunci Enter atau Tab


4.3.2 Gas Chromatography

Rajah 33 : Gas Chromatography

Standard Operating Procedure (SOP)

'Aktifkan Un-interrupable Power Supply' (UPS)

Buka penutup gas (Untuk mengalirkan gas He, N2 & H2 ke GC)

Aktifkan komputer

Aktifkan GC dengan menekan suis Buka/Tutup dan tunggu sehingga GC selesai diakses (2 minit)

Aktifkan 'software Chemstation' dengan klik sebanyak dua kali dan klik 'start'

Pastikan paparan menu perlu berada pada 'Load Method'. Kemudian, klik 'Method and Run Control'.

Pastikan Column berada ditempat yang betul dengan suhu 20˚C

Biarkan selama 30 minit dan pilih prosedur


yang digunakan semasa analisis (Method
and Run Control)
4.3.3 Lovibond Colorimeter

Rajah 34 : Lovibond Colorimeter

Standard Operating Procedure (SOP)

Masukkan sampel dan 'blank' ke dalam tabung 'Nessler'

Buka tempat tabung 'Nessler'

Letakkan kedua-dua tabung Nessler pada Lovibond Colorimeter. Dibahagian kiri adalah 'blank' manakala dib

Pasangkan 'discomparator' dan tekan suis buka.

Pusingkan 'discomparator' sehingga nampak warna yang bersesuaian dengan warna sampel dan blank

Rekod nombor yang telah ditunjukkan

Matikan suis Lovibond Colorimeter

Bersihkan tabung 'Nessler' dan simpan dalam


keadaan yang baik
4.3.4 Moisture Content Analyzer

Rajah 35 : Moisture Content Analyzer

Standard Operating Procedure (SOP)

Tekan suis buka pada alat

Masukkan sampel ke dalam kelalang yang disediakan pada alat.

Masukkan berat sampel

Ujian kelembapan pada sampel dijalankan

Keuputusan kadar kelembapan akan dipaparkan pada skrin

Matikan suis Moisture Content Analyzer

Kelalang sampel perlu dibersihkan


4.4 Proses Kerja Yang Dilakukan

4.4.1 Mengendali Quality Management System (QMS)

Sistem Pengurusan Kualiti atau dikenali sebagai Quality

Management System (QMS) merupakan sistem rasmi yang berbentuk

dokumen merangkumi proses, prosedur dan tanggungjawab untuk

mencapai dasar kualiti dan objektif sesuautu oganisasi. QMS membantu

menyelaraskan dan sebagai penunjuk arah dalam aktiviti organisasi supaya

mengikut keperluan pengguna dan undang-undang serta memperbaiki

keberkesanan dan kecekapan dalam asas secara berterusan. Sebagai

contoh, ISO 9001:2015 merupakan piawai antarabangsa yang menyatakan

keperluan untuk sistem pengurusan kualiti adalah paling ketara untuk

mencapai sistem yang berprestasi tinggi. Manakala beberapa penggunaan

terma “QMS” untuk menghuraikan tentang piawai ISO 9001 mahupun

pelbagai dokumen memperincikan QMS adalah sebenarnya merujuk

kepada kesulurahan sistem. Dokumen ini hanyalah menyediakan

penerangan secara terperinci mengenai sistem tersebut. QMS

menerangkan pelbagai tujuan termasuk penambahbaikan proses,

pengurangan sisa, penurunan kos, memudahkan dan mengenalpasti

peluang latihan, kakitangan yang terlibat dan menetapkan hala tuju

organisasi.

Ia juga melaksanakan satu sistem pengurusan kualiti (QMS) yang

meliputi aspek setiap prestasi organisasi tersebut. Faedah sistem

pengurusan kualiti yang telah di dokumenkan adalah termasuk memenuhi

kehendak pengguna yang mana membantu untuk menanam keyakinan diri


di dalam organisasi, seterusnya membawa kepada lebih banyak pelanggan
mempertingkatkan jualan, memperlipat kaliganda jualan, peruntukan produk

dan servis pada kos yang optimum dan sumber efisi, mewujudkan ruang

pertumbuhan dan keuntungan.

Kesemua faedah menawarkan kelebihan, seperti menyampaikan

kesediaan untuk menghasilkan keputusan yang konsisten, menghindar

kesilapan, mengurangkan kos, memastikan proses diolah dan dikawal,

justeru kesinambungan organisasi terjamin.

an mengenai produk tidak mematuhi spesifikasi seperti mempunyai bendasing hitam dipermukaan Refined Glycerine
Memberi borang aduan untuk di isi oleh pelanggan sebagai rekod syarikat dalam aspek penam

Menjalankan kajian mengenai punca yang berlaku (Analisis makmal, pengeluaran di RGD, perkap

Borang tersebut perlu dilengkapkan mengikut SOP syarikat terutamanya gambar Refined Glycerin
Merekodkan keputusan kajian pada tempat yang telah disuspek.

Mengkaji Corrective Action Plan/Act (CAPA) dan perlu disahkan oleh Pengurus.

Rajah 36 : Proses dalam mengendali dan merekod aduan daripada pelanggan

mengenai produk untuk menyeimbang sistem pengurusan kualiti (QMS)


4.4.2 Mengemaskini Standard Operating Procedure (SOPs)

Standard Operating Procedure merupakan set arahan bertulis

yang mngandungi rutin dokumen atau aktiviti berulang yang diikuti oleh

organisasi. Pembangunan dan penggunaan SOPs adalah bahagian

terpenting dalam menjamin sistem kualiti yang berjaya kerana ia

menyediakan maklumat kepada individu untuk melaksanakan kerja dengan

baik dan kemudahan sentiasa konsisten di dalam kualiti dan integrity

sesuautu produk atau hasil akhir. Terma “SOP” tidak semestinya sesuai dan

terma seperti protokol, arahan, helaian kerja dan prosedur operasi makmal

boleh juga digunakan.

SOPs mempunyai proses kerja secara berulang dan terperinci yang

mana ia perlu dikendali atau mengikut sesuatu organisasi. Organisasi

tersebut perlu didokumentasikan melalui cara aktiviti yang akan dilakukan

untuk memudahkan pematuhan aliran kerja yang konsisten sama ada

teknikal mahupun keperluan sistem kualiti, secara tidak langsung mampu

menyokong kualiti data serta rekod.

Melalui tugasan ini, tindakan asas programatik dan tindakan teknikal

seperti proses analisis dan proses untuk mengekalkan, kalibrasi dan cara

penggunaan peralatan telah dikemaskini melalui laman web

VeevaVault.com. Veeva Vault merupakan data asas dan platform

pengurusan terbaik yang mempunyai rangkaian aplikasi untuk menguruskan

dokumentasi yang berkaitan dengan sistem kualiti. Kesemua SOP sulit

syarikat perlu disimpan dan dirujuk di dalam Veeva Vault kerana lebih

selamat dan efektif. SOP juga mempunyai nilai yang terhad jika tidak di tulis

dengan betul. Kegunaan SOP perlu dikaji dan diperkuat oleh pengurus.
Rajah 37 : Kelebihan Veeva Vault dalam penyimpanan SOP syarikat.

Mengakses Veeva Vault

Menaip kod atau tajuk lengkap dokumen SOP


tersebut di ruang pencarian seperti
"Calibration Instrument Masterlist"

SOP ini memerlukan pengesahan daripada


penyelia untuk di muat kerana ia merupakan
dokumen sulit syarikat

Setelah dimuat turun, SOP boleh dikemaskini


dan ditambah mengikut format dan versi
yang baharu seperti senarai peralatan
tambahan yang perlu dikalibrasi

Kemudian, SOP perlu disemak, dikaji


semula dan dikuatkuasa oleh Pengurus
Jaminan Kualiti

Rajah 38 : Proses kerja dalam mengemaskini SOP mengenai peralatan

kalibrasi
4.4.3 Mengeskplorasi Pengawalan Makhluk Perosak dan Merekod Dokumen

Pest Control 2019/2020

Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak adalah berkenaan dengan

pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan

perosak menyerang disekitar syarikat. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk

memastikan kawasan bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit,

namum terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap

program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil.

Racun Makhluk Perosak (Racun Perosak) merupakan bahan atau campuran

bahan yang digunakan untuk memusnahkan, menghalau dan mengurangkan kesan

bahan daripada makhluk perosak kepada tanaman, manusia dan persekitaran seperti

yang tersenarai di Bawah Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Rajah 39 : Akta Racun Mahkluk Perosak 1974

Oleh kerana ianya adalah racun, maka ia adalah merbahaya kepada kesihatan

manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan cara dan kaedah yang betul

untuk mengendalikannya. Jika bahan mentah atau produk tercemar, hal ini boleh

menyebabkan pengguna dijangkiti penyakit bawaan oleh serangga perosak seperti


keracunan makanan, mual muntah, cirit-birit dan gatal-gatal kulit. Sekiranya hal ini

berlaku, syarikat boleh mengalami kerugian yang besar. Untuk mengelakkan perkara

ini terjadi, pihak syarikat memastikan kawasan premis dan sekitarnya sentiasa

diperiksa bagi tujuan mengesan sekiranya terdapat bukti-bukti serangan makhluk

perosak

Di samping itu, pemeriksaan ini dilakukan setiap minggu dan setiap bulan di

kawasan persekitaran premis, kawasan pemprosesan produk dan stor penyimpanan

bahan. Setiap kali pemeriksaan makhluk perosak dilakukan, keputusan akan direkod

di dalam rekod kawalan makluk perosak. Tujuan proses ini dilakukan adalah

mengawal serangga perosak seperti semut, cicak, lalat, tikus dan lain-lain. Kawalan

serangga dan makhluk perosak akan dilakukan pada setiap minggu yang merangkumi

bahagian luar dan dalam kawasan pemprosesan.

Pekerja yang ditugaskan untuk sentiasa memantau setiap kawasan di FPG

Oleochemicals terutamaya banguna pengeluaran produk untuk mengawal serangga

perosak dan akan dikemaskini juga oleh sebuah syarikat yang lain pada setiap bulan.

Semasa melakukan pengawalan serangga perosak, ianya perlu berwaspada dengan

tanda-tanda kehadiran serangga perosak yang mungkin terkena perangkap yang

dipasang pada setiap penjuru kawasan.

Rujukan dokumen kawalan mahkluk perosak (Pest Control 2019/2020)

menyediakan panduan secara praktikal mengenai cara-cara untuk membina dan

mengekalkan bahagian tertentu program kawalan makhluk perosak yang berkesan.


Rajah 40 : Antara laporan yang mempunyai rekod pemerhatian mengenai jenis

kes makhluk perosak dan tindakan yang perlu dilakukan serta wajib di kepilkan di

dalam dokumen Pest Control 2019/2020

Terdapat pelbagai tindakan dan alat perangkap makhluk perosak sebagai

kawalan pencegahan. Antaranya ialah :

4.4.3.1 Insect Light Trap

Rajah 41 : Insect Light Trap

Insect light trap terletak di kawasan pemprosesan dan pembungkusan

makanan. Fungsinya adalah untuk memerangkap serangga terbang, lalat dan

kumbang. Fungsinya adalah sama seperti Genus Orbit tapi berbeza tempat

pemasangan perangkap.
4.4.3.2 Genus Orbit

Rajah 42 : Genus Orbit

Genus orbit kebiasaanya akan diletakkan di bahagian pengeluaran bahan

mentah dan bilik yang tertutup. Ia digunakan untuk memerangkap serangga seperti

lalat, serangga terbang, dan kumbang. Apabila melakukan pemeriksaan, pastikan

lampu berfngsi dengan baik dan dihidupkan.

4.4.3.3 Perangkap Lipas

Rajah 43: Perangkap Lipas


Perangkap lipas ini kebiasaaanya berbau yang boleh menarik minat lipas

dan mempunyai lekatan gam yang amat kuat. Selain itu, ia perlu diletakkan di

kawasan lipas berkumpul mahupun berkeliaran seperti, dinding, belakang almari

mahupun tingkap.

4.4.3.4 Perangkap Cicak

Rajah 44 : Perangkap cicak Rajah 45 : Cicak telah ditangkap

Perangkap cicak amat penting untuk menangkap cicak dan dapat

mengelakkan daripada sebarang pembiakan cicak secara berleluasa di dalam

bangunan. Ia selalunya diletakkan di permukaan yang rata seperti dinding.

Perangkap ini juga mempunyai gam yang sangat kuat sejurus mampu untuk

mengekalkan cicak supaya tidak terlepas daripada perangkap tersebut.


4.4.3.5 Perangkap Tikus Berjaring Besi

Rajah 46 : Perangkap tikus berjaring besi

Perangkap tikus berjaring adalah dicipta untuk tikus sahaja. Terdapat

makanan yang akan diletakkan di penyangkut yang berada dalam perangkap untuk

mengumpan tikus supaya masuk ke dalam perangkap tersebut.

4.4.3.6 Perangkap Tikus Jenis Gam

Rajah 47 : Perangkap tikus jenis gam Rajah 48 : Antara tikus telah terperangkap

Perangkap tikus jenis gam mudah digunakan untuk memerangkap tikus,

sangat berkesan, tidak beracun dan mesra alam sekitar. Disebabkan gam yang
terlalu kuat, ia perlu diletakkan dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan

kawasan tersebut.

4.4.3.7 Serbuk Sulfur

Rajah 49 : Serbuk sulfur di letakkan disetiap bangunan syarikat

Serbuk sulfur atau dikenali sebagai belerang kuning mempunya fungsi untuk

menghalau dan mengelakkan daripada kemasukkan ular. Ianya seperti racun bagi

ular apabila mereka menghidunya. Serbuk sulfur ini telah diletakkan di sekeliling

bangunan FPG Oleochemicals Sdn Bhd.

4.4.4 Pengendalian Audit Makmal dan merekod Laboratory Audit System

Laboratory Audit atau Audit Makmal merupakan audit yang wajib setiap

tahun. Ia dilakukan hanya setahun sekali bagi audit dalaman dan persediaan

dalam menghadapi audit luaran yang lain seperti British Retail Consortium (BRC)

Audit mahupun Nestle Audit. Audit makmal dapat memastikan bahawa makmal
tersebut mempunyai ciri-ciri sistem kualiti, mengikut amalan makmal yang baik dan

menghasilkan data integriti dan kualiti. Ia sangat dicadangkan bahawa makmal

yang menjalani audit kualiti dalaman dengan frekuensi yang cukup untuk

memastikan ujian analisis memberi hasil yang boleh dipercayai secara berterusan.

Audit makmal dalaman juga memberi ciri ciri pekerja yang lengkap dengan

pengetahuan di dalam makmal seperti cara-cara untuk mengikuti spesifikasi

program kualiti organisasi tersendiri dan menyediakan senarai audit yang perlu di

semak oleh juruaudit.

Rajah 50 : Audit makmal

Melalui audit makmal dalaman ini, ia dapat dikenalpasti dengan

menyediakan senarai klausa, perkara dan pemerhatian semasa melakukan audit.

Antaranya ialah cara mengendali peralatan dan bahan kimia, cara menyimpan

rekod setiap analisis dan pekerja, pengetahuna organisasi dalam mencapai ciri-ciri

pengurusan yang berkualiti dan sebagainya. Walaubagaimanapun, para pekerja

juga sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai jenis hazard yang terdapat di dalam

makmal sama ada hazard fizikal seperti peralatan tajam, hazard biologi seperti

mikroorganisma yang menyebabkan pencemaran alatan mahupun sampel, hazard


kimia seperti bahan pelarut, hazard ergonomic seperti mengangkat beban yang

berat dan juga hazard psikososial seperti kerja giliran (shiftwrok) yang terlalu

banyak kerja serta jadual yang padat dan sebagainya. Perkara seperti ini adalah

menjadi tanggungjawab majikan mahupun pengurus sebagai pihak yang

mewujudkan hazard dan risiko serta kesemua para pekerja yang mengendali

hazard dan risiko perlu bekerjasama memastikan tempat kerja adalah tempat yang

selamat dan pengurusan lebih sistematik.

Audit makmal ini adalah satu sistem pengurusan yang proaktif untuk

membolehkan sesuatu organisasi menilai pelaksanaan program-program, tatacara

amalan dan juga tanggungjawab organisasi berkaitan makmal. Ini kerana

pengurusan makmal yang baik boleh memberikan faedah kepada semua

pengurusan jaminan kualiti dan kawalan kualiti. Tujuan audit makmal dalaman ini

dijalankan untuk mengadakan satu kemudahan yang praktikal melalui sistem yang

dapat mempertingkatkan tahap sistem yang berkualiti tinggi dan amat penting bagi

penyimpanan data untuk mengelakkan daripada kos yang tinggi dalam

menganalisis sampel secara berulang kali.

Rajah 51 : Agenda audit makmal

Audit yang cemerlang perlu mengikuti aspek dalam persediaan yang teratur,
prestasi yang tepat, didokumentasikan dengan baik dan laporan yang mendalam

dan susulan produktif. Berdasarkan rajah 5.1, agenda audit makmal perlu

disediakan setelah melakukan mesyuarat bersama penyelia. Bilangan minimum

pasukan audit yang terlibat dalam membuat pemeriksaan adalah sebanyak empat

orang dan telah dibahagikan kepada dua kumpulan pada setiap agenda yang

diperlukan. Selain itu, agenda makmak audit ini perlu disenaraikan dengan jelas

mengikut tarikh, hari, masa, lokasi, jenis agenda, juruaudit dan auditee,

pengulasan serta status setiap audit sama ada lengkap, belum selesai mahupun

tidak bermula.

Agenda audit makmal ini perlu dihantar kepada pasukan audit yang terlibat

melalui email supaya lebih bersedia dalam menjalani audit ini. Jika terdapat

percanggahan dari segi masa dan tarikh, agenda ini perlu dijadualkan semual lebih

awal supaya tidak menganggu aktiviti harian pekerja di FPG Oleochemicals.

Kemudian, senarai ciri-ciri makmal mengikut klausa berselaras dengan ciri-ciri dan

klausa Quality Program Health Assessment (QPHA) atau dikenali sebagai I-

Quality. Senarai ini mampu menunjukkan cara pengurusan sistem lebih berkesan

mengikut piawai antarabangsa di seluruh dunia sejurus memberikan kualiti produk

yang tinggi. Dalam masa yang sama, senarai semak makmal audit juga mestilah

disediakan kepada juruaudit sebelum audit bermula. Juruaudit perlu melakukan

dan menuliskan pemerhatian berdasarkan jenis audit makmal yang dijalankan.

Juruaudit mestila menyoal beberapa soalan yang berkaitan sector audit serta

auditee perlu memberikan tindak balas yang proaktif dalam mencapai keyakinan,

kemajuan para pekerja dan spesifikasi para audit.

Setelah audit selesai selepas lima hari dijalankan, pemerhatian juruaudit

perlu dilengkap mengikut susunan yang teratur. Ini menjadikan bahan bukti, rekod
dan penambahbaikkan terhadap organisasi tersebut dalam meningkatkan sistem

kualiti yang berdaya saing. Justeru, kesemua data senarai semak yang lengkap

beserta pemerhatian mestilah dipindahkan ke dalam senarai ciri-ciri makmal

mengikut klausa berselaras dengan ciri-ciri dan klausa Quality Program Health

Assessment (QPHA) atau dikenali sebagai I-Quality.

Berikut merupakan carta alir mengenai proses kerja secara ringkas

disepanjang audit makmal dalaman dijalankan.

Menghadiri
mesyuarat bersama Menjalankan audit Mencatat maklumat
penyelia mengenai selama lima hari dan soalan yang
proses audit makmal mengikut turutan diberikan oleh
dalaman senarai semak juruaudit

Memindahkan data
dan melengkapkan
Menyediakan agenda Menyediakan senarai senarai ciri makmal &
audit makmal semak audit klausa berselaras
dengan ciri & klausa I-
Quality mengikut
senarai semak

Memberikan Menguruskan
maklumat yang jelas senarai ciri-ciri Senarai yang
tentang audit makmal mengikut lengkap perlu
makmal kepada disemak oleh
barisan juruaudit dan klausa berselaras
dengan ciri- ciri dan penyelia dan dicetak
auditee untuk dilekatkan
klausa I-Quality pada papan kualiti.

Rajah 52 : Proses kerja bagi menjalani audit makmal dalaman


4.4.5 Solid Fat Content (SFC ANALYZER)

Rajah 53 : Solid Fat Content

Proses:

1. Sebelum memulakan proses, sampel mestilah dicairkan di dalam oven

terlebih dahulu.

2. Setiap sampel mestilah dimasukkan ke dalam 9 tiub kaca.

3. Selepas itu, tiub kaca tersebut mestilah diletakkan di dalam water bath

yang bersuhu 70˚C selama 10 minit.

4. Selepas semua sampel mencair, alihkan semua tiub kaca itu ke dalam

water bath yang bersuhu -0.1˚C selama 1 jam. Proses pengalihan mestilah

15

saat untuk setiap tiub kaca.

5. Selepas 1 jam, alihkan semua tiub kaca ke dalam water bath yang bersuhu

10˚C, 15˚C, 20˚C, 25˚C, 30˚C, 35˚C, 40˚C, 45˚C, 50˚C selama 30minit.

Proses pengalihan ini mestilah 15 saat untuk setiap tiub kaca.

6. Selepas itu, setiap 15 saat, tiub kaca itu dimasukkan ke dalam SFC

Analyzer.

7. Keputusan akan ditunjukkan dalam bentuk data di komputer.


4.4.6 Fatty Acid Composition (Gas Chromatography)

Rajah 54 : Gas Chromatograhy

Proses :

1. Setiap sampel mestilah ditimbang sebanyak 0.5-0.7g ke dalam kelalang

kaca yang bersaiz 5ml.

2. Masukkan 8ml Methyl Hidroksida (MeOH).

3. Panaskan di atas pemanas dengan menggunakan suhu yang rendah. Di

atas kelalang kaca mestilah diletakkan piring kecil untuk mengelakkan

pengewapan.

4. Panaskan sehingga sampel dan MeOH sebati.

5. Masukkan 9ml BF3 dan 8ml Heptane.

6. Panaskan lagi selama 1 minit.

7. Sejukkan sehingga suhu mencapai suhu bilik.

8. Masukkan air garam ke dalam kelalang sehingga penuh.

9. Ambil sampel yang berada diatas air garam.

10. Masukkan sampel itu kedalam val.

11. Letakkan val di dalam GC dan analisis boleh dimulakan.

12. Keputusan analisis akan ditunjukkan di komputer.


4.4.7 Analisis Warna

Rajah 55 : Analisis Warna

Proses :

1. Setiap sampel mestilah dipanaskan dahulu untuk memastikan setiap

analisis yang dilakukan mendapat bacaan yang tepat.

2. Sampel minyak akan diletakkan ke dalam bekas yang telah disediakan.

3. Bekas itu akan diletakkan di dalam alat it .

4. Suis lampu akan dibuka.

5. Pegawai kawalan mutu akan mencari warna minyak.


4.4.8 Analisis Kelembapan Sampel

Rajah 56 : Analisis kelembapan sampel

Proses :

1. Sebelum membuat analisis, alat ini mestilah di kalibrasi dahulu untuk

memastikan keputusan yang diperoleh adalah keputusan yang tepat

2. Isi sampel ke dalam bekas ujian yang telah disediakan.

3. Masukkan berat sampel.

4. Jalankan ujian dan keputusan akan ditunjukkan di skrin.


4.5 Kesimpulan

Sistem dokumentasi sangat penting dalam setiap organisasi. Segala dokumen

dan maklumat penting syarikat perlu disimpan dengan sistematik supaya mudah

dicari dan dapat mengelakkan dokumen-dokumen atau maklumat syarikat daripada

tercicir atau hilang. Sistem dokumentasi yang berkesan terhasi daripada perancangan

dan pengurusan yang teliti dan sistematik ke atas fail-fail yang membawa kepentingan

dan hak milik sesebuah organisasi tersebut. Memandangkan dokumen berikut adalah

penting, maka tanggungjawab setiap pekerja di FPG Oleochemicals Sdn Bhd perlu

dititik beratkan dalam memproses dan mengendali dokumen sama ada berbentuk

media yang dijana oleh sistem komputer mahupun dokumen yang telah dicetak di atas

kertas. Antara faktor-faktor pengkelasan yang terbaik perlu di ambil kira seperti :

a) Boleh diubah suai

b) Boleh dikemaskini

c) Kesamaan

d) Penjimatan kos

e) Penyelarasan dan kawalan

f) Mudah dikesan atau dicari

Di samping itu, proses kerja secara praktikal amat diperlukan di setiap

organisasi. Cara kerja yang tangkas dan produktif mampu mempercepatkan

persiapan sampel dan mewujudkan suasana yang berdaya saing.


BAB 5

KESIMPULAN

Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPT) telah menetapkan bahawa

setiap pelajar harus menjalani latihan industri dahulu sebelum menamatkan

pengajian bagi memberi pengalaman kepada pelajar tentang situasi sebenar di

alam pekerjaan disamping memberi pengetahuan tambahan tentang pekerjaan

tersebut sambil mempraktikkan pengetahuan yang sedia ada yang telah dipelajari

ketika berada di politeknik.

Latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar kepada suasana

persekitaran kerja yang sebenar. Ia adalah suasana yang berbeza di mana pelajar

perlu lebih berdisplin, tanggungjawab, amanah dan professional dalam setiap kes.

Tambahan pula, sikap bijak atau pintar juga amat penting untuk menangani

masalah inventori peribadi untuk memperbaiki dunia dalam memahami cabaran

perniagaan dan ujian sama ada jatuh atau meningkatkan prestasi sesebuah

organisasi.

Disamping memberi ilmu pengetahuan, pelajar juga didedahkan tentang

permasalahan yang berlaku di tempat pekerjaan. Ia memberi pengalaman kepada

pelajar untuk menyelesaikan permasalahan tersebut jika dihadapinya ketika alam

pekerjaan yang sebenar kelak. Kerjasama sesama ahli pasukan amat dipraktikkan

di dalam pekerjaan ini kerana kita saling bantu-membantu jika salah seorang

mempunyai masalah dan permasalahan itu dapat di selesaikan dengan kadar

segera.

Perkara yang amat dipraktikkan selama saya menjalani latihan industri selama 4

bulan di FPG Oleochemicals Sdn. Bhd. ialah komunikasi antara rakan sepasukan
amat penting untuk mengelakkan berlaku sebarang salah faham. Perbincangan

banyak dilakukan di dalam ahli pasukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang

dihadapi kerana setiap ahli mempunyai pandangan yang berbeza dan mereka

mempunyai hak untuk memberi pandangan peribadi mereka tentang cara

menyelesaikan masalah tersebut. Ia menjadi aspek penting dalam menguruskan

sesuatu organisasi dalam membentuk persefahaman yang baik.

Terdapat banyak pengetahuan baharu saya peroleh ketika menjalani latihan

industri serta pengalaman yang berguna ketika melakukan pekerjan sebagai

Jaminan Kualiti dan Kawalan Kualiti selama 4 bulan setengah di FPG

Oleochemicals Sdn. Bhd. Saya juga menghadapi pelbagai cabaran selama saya

menjalani latihan disini tetapi dengan bantuan ahli sepasukan yang tidak berhenti

menyokong serta memberi dorongan saya mampu menghabiskan tempoh latihan

dengan jayanya.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Pengurus Sumber Manusia iaitu Puan

Tengku Rozaimah Binti Abdul Rahman kerana memberi banyak tunjuk ajar

mengenai produk-produk yang dijalankan di syarikat FPG Oleochemicals Sdn. Bhd.

serta meyakinkan saya supaya melakukan tugasan-tugasan yang telah diberikan

oleh penyelia saya Puan Rohana Binti Ahsan dengan jayanya. Rakan-rakan

sepasukan saya juga banyak memberi sokongan kepada saya dalam

menyesuaikan diri ketika bekerja serta membantu jika berlaku sebarang kesilapan

mahupun masalah. Latihan industri telah memberi peluang kepada saya untuk

merasai situasi alam pekerjaan yang sebenar.

Di samping itu, Politeknik juga banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan

mengenai latihan industri untuk dilaksanakan dengan betul. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan
Syarikat FPG Oleochemicals Sdn. Bhd. kerana menerima kedatangan saya

dengan senang hati serta tidak pernah gagal memberi bimbingan dan tunjuk di

sepanjang tempoh ini.

Setelah menamatkan latihan industri ini, saya lebih yakin dengan segala

cabaran yang akan dihadapi ketika melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh ketika menjalani latihan

indusri ini, saya dapat melangkah ke arah masa depan yang lebih meyakinkan.

Kesimpulanya, latihan industri dapat memberi manfaat yang baik kepada

pelajar kerana ia boleh dijadikan bekalan pengalaman yang baik untuk pelajar serta

pengetahuan yang berguna untuk masa hadapan. Justeru itu, pelajar boleh melatih

diri untuk member komitmen yang baik menerusi setiap tugas yang telah diarahkan

serta mendisiplinkan diri mengikuti kesemua undang-undang yang telah ditetapkan

oleh sesebuah firma. Selain itu, komunikasi yang baik amat diperlukan ketika

melakukan pekerjaan yang melibatkan berkumpulan.

FPG Oleochemicals juga banyak memberikan sokongan dan dorongan

kepada pelajar yang menjalani latihan industri dalam usaha untuk mendidik serta

mengajar kesemua pelajar terhadap aspek-aspek ekonomi yang mempunyai masa

depan lebih cerah di masa akan datang. Secara keseluruhan, latihan industri

adalah salah satu medium bagi pelajar untuk diberikan pendedahan dunia sebenar

sebelum mengharungi alam pekerjaan dan mengajar untuk menguruskan sebuah

organisasi secara sistematik untuk bersaing dengan ekonomi yang berdaya maju.
BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

Latihan industri amat penting kepada pelajar sebagai pelengkap kepada

penganugerahan sijil atau diploma kepada pelajar selepas menamatkan pengajian

mereka. Mereka perlu mempunyai pengalaman yang luas sebelum menjejaki ke

alam pekerjaan yang lebih mencabar. Pelajar dinasihatkan menjalani latihan

industri mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Sultan Haji

Ahmad Shah iaitu selama satu semester.

Sepanjang menjalani tempoh latihan industri di Syarikat FPG Oleochemicals

Sdn. Bhd., pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang telah saya pelajari dan

ikuti. Walaubagaimanapun, masih banyak jurang yang pelu diperbaiki dan dipelajari

supaya tugasan yang telah diberikan mampu diselesaikan dengan sempurna dan

baik.

Terlalu banyak perkara yang perlu pelajari setiap hari kerana cabaran yang

dihadapi mampu diselesaikan dimana ia memerlukan pelajar mempraktik ilmu yang

telah diberi untuk menangani pelbagai situasi. Dengan setiap peluang yang telah

ditonjolkan, pelajar harus merebut kesempatan yang wujud bagi mempertingkat

pengetahuan dan pengalaman yang berguna sejurus membantu pada masa

mendatang.

Tambahan pula, sikap terbuka dan boleh menerima kritikan serta

pandangan dari orang lain adalah perkara yang digalakkan dan membolehkan

pelajar memperbaiki diri bagi memperoleh kualiti kerja yang lebih

memberangsangkan. Latihan industri ini juga membantu pelajar serta memberi

pendedahan secara meluas menerusi perlbagai aspek terutamanya berkaitan skop


dan etika pekerjaan.

Cadangan yang membina dan idea yang kreatif mampu memberikan kesan

positif kepada organisasi tersebut untuk menapis kekurangan dan kelebihan sedia

ada yang boleh diperbaiki serta dikekalkan. Justeru itu, ia mampu menerajui hasil

usaha serta perjuangan bagi organisasi syarikat tersebut dalam mengharungi

cabaran yang lebih kompetitif.

1.1 Jurulatih atau Pelajar

Terdapat beberapa komen dan cadangan yang diperlukan oleh setiap pelajar

industri dalam pelbagai perkara, Antaranya ialah:

i. Membuat persediaan yang rapi dan berkeyakinan tinggi.

Sebelum memulakan latihan industri, pelajar harus membuat persiapan yang

rapi bagi memberi keyakinan yang tinggi ketika menghadirkan diri ke firma dan

memberikan perspektif positif kepada penyelia yang akan menilai pelajar. Persiapan

yang rapi harus dibuat untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kesilapan ketika

menjalani latihan industri.

ii. Pemilihan organisasi yang sesuai.

Pemilihan yang tepat harus di dilakukan oleh pelajar sebelum memilih

tempat latihan industry. Beberapa ulasan harus dibuat supaya menjadi serasi

dengan bidang semasa pengajian di politeknik. Ia bertujuan untuk membolehkan

pelajar menggunakan pengetahuan yang dipelajari di politeknik ke firma yang dituju

bagi mengelakkan sebarang konflik di bidang masing-masing.


iii. Kegigihan dan semangat yang tinggi ketika menjalani latihan industri.

Setiap pelajar harus mempunyai semangat yang tinggi ketika melakukan

sesuatu tugas yang diberikan oleh pihak atasan. Pelajar perlu menanamkan

perasaan tidak mudah berputus asa jika berlaku kesilapan ketika menjalani latihan.

Anggap itu sebagai cabaran untuk memajukan diri serta memperbaiki diri untuk

menjadi lebih baik. Kritikan yang membina harus menjadi inspirasi untuk menjadi

insan lebih baik. Pelajar perlu bersedia menangani pelbagai situasi yang sering

berlaku dalam pengurusan sesebuah organisasi seperti aduan daripada pelanggan,

keuntungan mahupun kerugian dan sebagainya.

iv. Kritikan yang membina.

Kritikan yang membina harus diambil dengan sebagai pengajaran bagi

memajukan diri untuk menjadi pelajar yang lebih baik.Jangan anggap itu sebagai

kritikan yang negatif tetapi ambil itu sebagai penaik semangat untuk membuktikan

diri sendiri yang kita boleh memajukan diri sendiri.


4.1. Politeknik

Sebelum menjalani latihan industri, Politeknik telah memberi pengetahuan dan

gambaran kecil kepada pelajar tentang situasi yang berlaku ketika menjalani latihan

industri. Walau bagaimanapun, ia masih belum mencukupi untuk memberi gambaran

menyeluruh tentang situasi sebenar dan ia perlu diperbaiki oleh politeknik untuk

memberi persediaan yang mencukupi kepda pelajar untuk menjalani latihan industri

mereka. Antaranya adalah seperti:

i. Memberikan penerangan serta gambaran yang jelas kepada pelajar

Memberi pandangan yang menyeluruh mampu memberi persiapan dan

keyakinan kepada pelajar tentang situasi yang sebenar ketika mereka melangkah ke

alam pekerjaan.Pihak politeknik boleh memberi tumpuan kepada objektif dan skop

latihan industri yang jelas kepada pelajar supaya mereka tidak menghadapi sebarang

masalah untuk menyesuaikan diri.

Selain itu, kekurangan pendedahan terhadap pelajar tentang cabaran yang

mereka hadapi juga mampu menggangu konseterasi mereka ketika menjalani latihan

industri.Pendedahan yang meluas harus diberikan oleh pihak politeknik supaya pelajar

mampu menyediakan diri mereka akan cabaran yang mereka hadapi. Penyediaan

yang rapi mampu mengurangkan risiko kesilapan pelajar ketika menjalani latihan

industri.

Oleh itu, pensyarah harus menunjukkan contoh gambaran yang lebih meluas

akan cabaran yang bakal ditempuhi oleh pelajar dan memberikan tunjuk ajar tentang

cara untuk mengatasi cabaran tersebut dengan cara yang sesuai agar dapat
71
memberikan reaksi positif kepada pelajar.

ii. Mengambil tahu situasi tempat latihan industri pelajar.

Pihak politeknik harus mengambil tahu tentang situasi yang sedang berlaku

serta memantau perjalanan pelajar tersebut sehingga mereka tamat latihan

industri.Mengambil tahu tentang cabaran yang mereka sedang hadapi dan

memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana mereka harus menyelesaikan masalah

tersebut.

Selain itu, pensyarah mesti memantau disiplin pelajar ketika menjalani latihan

industri.Ia bagi mengelakkan pelajar melakukan kesilapan seperti kelewatan ke tempat

kerja serta masalah yang dihadapi oleh firma ketika menguruskan pelajar tersebut.

Penyarah juga boleh mengambil tahu tentang pelajar melalui talian bersama penyelia

yang menyelia pelajar tersebut dan memantau tentang disiplin pelajar tersebut.

4.2. Organisasi (FPG Oleochemicals Sdn. Bhd.)

FPG Oleochemicals Sdn. Bhd. adalah satu organisasi yang mengikuti

perkembangan dan menerima pelajar industri. Semasa latihan industri, pelajar dapat

melibatkan diri dalam organisasi yang mampu memberi pengetahuan dan pengalaman

yang diperlukan oleh pelajar yang akan dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar

selepas tamat pengajian. Ia mampu memberi keyakinan kepada pelajar untuk

melangkah dengan lebih tenang dan yakin ke alam pekerjaan pada masa hadapan.

Justeru itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh

organisasi untuk memberikan pendedahan yang positif kepada pelajar. Antaranya :


i. Menerima pandangan daripada pelajar.

Organisasi boleh memberikan tumpuan tentang pandangan daripada pelajar

dan memberi tunjuk ajar jika berlaku kesilapan.Pandangan tersebut mampu

memberikan keyakinan kepada pelajar untuk memperbaiki diri mereka.Mengadakan

mesyuarat ringkas ataupun peribadi mampu digunakan untuk memberi mereka masa

dan ruang untuk menyuarakan pandangan mereka.

Selain itu, menerima pandangan mereka boleh menaikkan keyakinan mereka dan ia

dapat membantu mereka memberi pandangan yang lebih jelas ketika melangkah ke

alam pekerjaan yang sebenar serta memberitahu penambah baik idea yang

dilontarkan oleh pelajar supaya mereka mampu meningkatkan prestasi pekerjaan

mereka.

Ia mampu menjadi sistem komunikasi dua hala antara pelajar dan penyelia serta

pertubuhan-pertubuhan yang boleh memberikan faedah yang baik antara kedua- dua

belah pihak.

ii. Pengambilan yang berterusan dari pihak industri.

FPG Oleochemicals Sdn. Bhd. perlu terus mengambil pelajar latihan industri

kerana ia mampu memberi pendedahan kepada pelajar industri tentang situasi

sebenar yang akan mereka tempuhi. Ia juga mampu memberikan pengetahuan dan

pengalaman yang berguna kepada pelajar untuk menempuhi cabaran yang bakal

mereka hadapi di masa hadapan. Dengan ini, pelajar mampu membuat persiapan

yang rapi sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.


Keyakinan ini mampu melahirkan seorang pelajar yang berdedikasi yang akan

melangkah ke alam pekerjaan yang penuh cabaran.

iii. Pendedahan yang lebih mencabar pada pelajar.

Organisasi adalah prospek yang terbaik untuk pelajar diberikan pendedahan

tentang cara untuk menguruskan sesebuah organisasi sebagai salah satu cara

berkomunikasi dan berkhidmat dengan pelanggan. Ia juga melatih para pelajar untuk

berkomunikasi dengan orang luar dan bersemuka dengan pelbagai ragam orang

ramai.

Cabaran ini amat penting diberikan pendedahan untuk memberikan keyakinan

kepada pelajar untuk bersemuka dengan orang ramai kerana sebilangan pelajar

sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana sifat malu yang tinggi. Ia

mampu merubah mereka menjadi lebih berani untuk berkomunikasi serta berkhidmat

kepada pelangan.

Justeru itu, ia adalah pendedahan yang positif kepada pelajar untuk

menonjolkan diri mereka untuk menjadi sebahagian daripada syarikat selama tempoh

latihan industri dijalankan. Ia mampu memberikan mereka keyakinan serta

pengalaman yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan.


BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. Puan Rohana Binti Ahsan (Penyelia Latihan Industri Pertama & Pegurus

Jaminan Kualiti)

2. Puan Siti Hajar Binti Ahmad (Penyelia Latihan Industri Kedua & Pengurus Sistem
Jaminan Kualitil)
3. Encik Hafiz Bin Ahmad (Pegawai Keselamatan FPG Oleochemicals)

4. Puan Tengku Rozaimah Binti Abd Rahman (Pengurus Sumber Manusia FPG
Oleochemicals )

5. Puan Azliyana Binti Abdul Rahman (Pegawai Sistem Operasi Teknikal)

6. Puan Azlinawati Binti Musa (Pegawai Sistem Operasi Teknikal)

7. Muhd Qamarul Badri (Pekerja Kawalan Kualiti)

8. Noordin bin Sulaiman (Pegawai IT)

9. Puan Tay Vern Vern (Pekerja Quality Control)

10. Akta Makanan 1983 dan Undang-undang


LAMPIRAN

Lampiran 1 : Tapak kilang FPG Oleochemicals

Lampiran 2 : Proses pengendalian sisa buangan secara berjadual

76
Lampiran 3 : Bersama pekerja FPG Oleochemicals

Lampiran 4 : Mesyuarat bersama penyelia-penyelia


Lampiran 5 : Sijil HALAL

Lampiran 6 : Sijil FSMA


Lampiran 7 : Pemprosesan pengasingan sampel rosak

Lampiran 8 : Tempat menyimpanan produk di RGD


Lampiran 9 : Jaket keselamatan diperlukan semasa audit

Lampiran 10 : PPE di dalam makmal

Anda mungkin juga menyukai