Anda di halaman 1dari 2

Ahli Kumpulan:

Nor Marjan

Hana Zakiah

Izzan Nur Anisa

TUTORIAL 2: LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

4. Bagaimana kita mengaitkan hubungan manusia, ketuhanan dan alam? Bagaimana kita
sebagai manusia dapat membantu mencapai keseimbangan alam sekitar?

Kita mengaitkan hubungan manusia, ketuhanan dan alam dengan cara memahami konsep
tersebut di mana manusia merupakan penyebab utama terjadinya kerosakan di permukaan bumi
ini. Walhal, semua agama di dunia ini sangat menitikberatkan akan penjagaan alam sekitar di
mana semua agama menyuruh penganutnya agar menjaga dan tidak merosakkan alam sekitar.
Hal ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga elemen ini berkait rapat antara satu sama lain.

Selain itu, kita sebagai manusia dapat membantu mencapai keseimbangan alam sekitar
dengan cara merangka dan mengurus projek pembangunan. Jika projek pembangunan yang
dilaksanakan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar maka ia boleh mengundang pelbagai
masalah seperti hakisan tanah, pencemaran sungai dan sebagainya. Maknanya, keseimbangan
antara pembangunan dan alam sekitar mesti diambil kira. Persoalan ini penting diberi perhatian
kerana kegagalan kita mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar akan menyebabkan
berlakunya kepincangan dalam pengurusan pembangunan. Manusia akan menjadi rakus dengan
keuntungan kebendaan jika peraturan atau garis panduan yang jelas tidak disediakan bagi
memastikan tanggungjawab memelihara alam sekitar dipatuhi.

Di samping itu, kerajaan perlu melakukan pelbagai usaha termasuk memperkenalkan


pelbagai undang-undang berkaitan alam sekitar. Penguatkuasaan sepatutnya dilakukan sejak
awal lagi kerana jika dibiarkan berterusan, maka ia membawa kepada kemusnahan yang lebih
besar terhadap alam sekitar. Apa yang berlaku sekarang ialah tindakan hanya diambil apabila
masalah sudah menjadi serius atau sesuatu apabila bencana itu berlaku seperti yang berlaku di
tanah tinggi Cameron Highlands. Justeru, sebarang kelemahan dan kekangan perlu diatasi
segera termasuk keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar. Antaranya ialah memastikan
semua bentuk kawalan sedia ada itu mencukupi dan mencapai piawaian ditetapkan.
Seterusnya, kesedaran masyarakat juga dapat membantu dalam mencapai
keseimbangan alam sekitar. Namun, kesedaran ini masih belum mencapai tahap diharapkan.
Contohnya masih ramai yang membuang sampai sarap di merata-rata tempat. Demikian juga
dalam kenderaan bermotor apabila masih ada kenderaan yang mengeluarkan asap melebihi
paras dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah Kereta Motor (kawalan
Pelepasan Asap dan Gas) 1977. Dalam kalangan pengusaha kilang pula, masih ada yang
membuang bahan toksik di tempat yang tidak dibenarkan. Kementerian atau agensi terbabit
harus memperbanyakkan pendidikan dan kempen kesedaran. Sistem pendidikan negara
seharusnya dapat menanamkan nilai penting penjagaan alam sekitar secara berkesan kepada
pelajar menerusi aktiviti praktikal penjagaan alam sekitar.

Tanbahan pula, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui wajar


diperkenalkan dan diperkasa dalam industri-industri yang berisiko mengancam pemeliharaan
alam sekitar di negara ini. Sebagai contoh, penggunaan sumber solar sebagai tenaga elektrik di
kawasan bandar perlu diperluaskan supaya penggantungan terhadap penjanaan elektrik
daripada sumber arang dan hidro eletrik berkurangan. Sebaliknya, sumber air yang digunakan
dapat dissalirkan ke kawasan-kawasan yang kurang bekalan air bersih dan juga digunakan untuk
pertanian di kawasan luar bandar.

Akhir sekali, langkah yang efektif dalam mencapai keseimbangan alam sekitar adalah
dengan menggalakkan tanaman hijau. Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga dan sayur-
sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap alam sekiar
umpama aur dengan tebing iaitu saling memerlukan. Contohnya, pihak ibu bapa atau pihak
sekolah boleh menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti pokok-pokok bunga di kawasan
persekitaran untuk menyahut seruan atau menyokong kempen penanaman pokok yang
dijalankan pihak kerajaan bagi memulihara alam sekitar. Kesannya, alam sekitar yang hijau dapat
memberikan udara yang nyaman dan segar kepada penghuninya sekaligus dapat menghijaukan
alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai