PERKAHWINAN
PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau
keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah.
Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi
undang-undang.
Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin lebih gembira, sihat, panjang umur dan menikmati
kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna serta kurang berisiko untuk didera secara fizikal.
Bersekedudukan (tinggal bersama sebagai satu keluarga tanpa perkahwinan yang sah) tidak memberi
manafaat yang sama seperti pasangan yang berkahwin.
Malah meningkatkan konflik, persengketaan dan risiko perceraian dalam perkahwinan akan datang.
Pilih pasangan dengan bijak. Ini merupakan salah satu keputusan penting yang akan dibuat oleh
seseorang dalam kehidupannya
Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin
Bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin
Jadikan perkahwinan keutamaan hidup anda. Luangkan masa bersama dan hargai pasangan
anda
Dapatkan kemahiran berkomunikasi dan jalinkan perhubungan sihat
Dapatkan sebanyak mungkin ilmu sebelum kahwin
Berkahwinlah semasa usia anda dalam lingkungan 20an atau lebih
Elakkan hubungan seks sebelum berkahwin
Elakkan tinggal bersama / bersekedudukan sebelum kahwin
Bina perhubungan yang kukuh dengan keluarga dan ibu bapa pasangan masing-masing
Hadiri kursus pra-perkahwinan bersama pasangan anda sebelum berkahwin