Anda di halaman 1dari 5

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat

Agung PIBG
SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CLIFFORD KALI KE-35
TAHUN 2012

PEMAKLUMAN:  ( 15 MINIT SEBELUM  ACARA BERMULA )


1.     Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
2.    Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT
AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK CLIFFORD TAHUN 2012.
3.    Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para
hadirin.
4.    Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
5.    Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON
BIMBIT atau sediakan dalam ‘silent mode’.
6.    Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan

SKRIP PENGACARAAN

BI AGENDA SKRIP TINDAKAN


L
1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia
tetamu Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki,
kehormat Pengurus Cyber Bang ke Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sk Clifford Kali
Ke-35 Tahun 2012.

2 Protokol Bismillahirrahmanirrahim..... Faridah


Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati
wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwalmursalin.
Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in

Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam


1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya
Yang Berbahagia  Encik Ahmad Fikri Emir bin
Ahmad Turki, 
Pengurus Cyber Bang
Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil,
Guru Besar Cemerlang SK Clifford
Yang Dihormati  Encik Kamaruddin b
Sulaiman,
Yang Dipertua PIBG, SK Clifford
Puan Rashadah bt Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran
Tuan Haji Ali Othman bin Dayon,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Zaleha bt Abdul Hamid
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-
puan hadirin sekalian.

3 Alu-aluan Bulat Air Kerana Pembentung Faridah


Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Desta
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK Clifford kali ke-35.

4 Bacaan doa Sidang hadirin, Ustaz Wan


Azizan
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah


sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat.  Oleh itu, majlis mempersilakan Al-
fadhil Tuan Haji Ahmad Hisham bin Zainal
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....

- Bacaan Doa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu
tadi.

5 Ucapan Alu- Warga dewan yang mulia. Ustaz Wan


aluan YDP Azizan
PIBG Encik Kamaruddin YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan
Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Cllifford untuk memberikan ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....

- Ucapan YDP PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas


ucapan sebentar tadi.

6 Ucapan Guru Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, Ustaz Wan


Besar Azizan
Seorang pemimpin hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Encik Roslan bin Kechil, Guru
Besar Cemerlang merangkap Penasihat PIBG
SK Clifford untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan....

- Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Tuan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi.

7 Ucapan Sidang warga dewan sekalian, Faridah


Perasmian
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad
Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber
Bang untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford
Kali KE-35 BAGI TAHUN 2012.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

- Ucapan Perasmian

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan


setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad
Turki atas ucapan dan kesudian
menyempurnakan majlis perasmian sebentar
tadi.

8 Penyampaia Beli keladi di Pekan Lidup, Ustaz Wan


n Sijil dan Sayang rasa lemaknya kurang; Azizan
cendera-hati Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil


kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi
2011/2012.

Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia  Encik
Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus
Cyber Bang diringi oleh Yang Berusaha Encik
Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SK
Clifford untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan majlis penyampaian sijil
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Clifford
sesi 2011/2012.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dijemput..............(rujuk senarai nama)


Dijemput..............

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri
Emir bin Ahmad Turki kerana sudi
menyempurnakan majlis sebentar tadi.  

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik


Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SKC
untuk menyampaikan cenderahati tanda
ingatan daripada warga PIBG SK Clifford
kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru


Besar.

9 Penutup Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil Faridah


dan cenderahati itu tadi, maka selesailah
sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita
pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-35 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan
majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Mengumumkan Tetamu Kehormat


meninggalkan majlis.

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis


berhenti rehat dan dijemput kepada semua
hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman
yang disediakan di belakang dewan dan majlis
akan bersambung semula pada pukul........

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai